CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8180|Reply: 31

Penonton merusuh di Kota Bharu

[Copy link]
Post time 8-4-2009 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan, NS tercemar

NEGERI Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium.

Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.

Keadaan turut bertambah buruk di luar stadium apabila sebuah kenderaan polis diterbalikkan sebelum dibakar selain cermin beberapa kereta dipecahkan oleh sekumpulan penonton yang kurang berpuas hati.

Ini kekalahan kedua berturut-turut tuan rumah kepada pelawat selepas tunduk 2-1 saingan Liga Super 31 Mac lalu - sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan sukar menjelang pertemuan kedua pada 18 April ini.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, Perlis sekadar seri 1-1 dengan skuad Merah Kuning di Stadium Utama, Kangar dalam pertemuan yang turut dicemari dengan pergaduhan antara penjaring gol kedua-dua pasukan, R Surendran dan Shazwan Zainol sejurus sebelum rehat tetapi berjaya dihalang rakan sepasukan yang lain.

Di Kota Bharu, Kelantan dikejutkan seawal minit ketujuh menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak berpunca daripada kesilapan Azlan Zainal yang gagal menguasai bola dalam kawasan sendiri.

Ketinggalan satu gol, Kelantan cuba bangkit menyamakan kedudukan dan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-13 tetapi sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin dari luar kotak penalti sedikit melepasi palang gol lawan.

Walaupun berbekal sokongan padu kira-kira 20,000 penonton, Kelantan seolah-olah kehilangan punca ketika pasukan Negeri Sembilan lebih banyak menguasai perlawanan.

Usaha Kelantan mencari jaringan penyamaan pada babak kedua tidak kesampaian, apabila percubaan Indra dan kapten pasukan, Badhri Radzi pada minit ke-46 dan 74 sekadar menggegar palang gol lawan.

Di Stadium Utama, Perlis hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan menerusi rembatan Shazwan dari dalam kotak penalti sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi Surendran pada minit ke-34.

Tuan rumah beroleh kelebihan pada minit ke-57 apabila ketua pasukan pelawat, Amri Yahyah dilayangkan kad merah selepas mengasari penjaga gol Perlis, Farizal Marlias.

Namun, skuad Singa Utara bukan sahaja gagal mengambil kesempatan malah turut kehilangan penyerang utama, Nizaruddin Yusof yang dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua pada waktu kecederaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 02:11 AM | Show all posts
salah satu faktor pyokong kelantan mrusuh dgr kabarnya sbab diorg marahkan polis....ada polis mnampar bdk dlm umur darjah 6 ketika lalu dpn astaka.........pykong tgk...sbab 2 diorg marah & tbalikan blak maria polis.......motor sape laa yg jd mangsa nak bkr kete polis....fru plak tembak ngan gas pemedih...mmg pedih gile
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:08 AM | Show all posts
ye ke mmg patut kena bakar
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:27 AM | Show all posts
kwn aku pegi stadium ckp lak polis tampar mat rempit yg baling mercun
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:33 AM | Show all posts
eleh pemain ngan penyokong pun sama naik............ penyokong tgk lagi la terkinja-kinja......
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:42 PM | Show all posts

Kafa gantung Halim Napi



PENJAGA gol Kelantan, Halim Napi bertindak balas dengan memijak pemain Negeri Sembilan nombor 7, Aidil Zafuan kerana meludah kearahnya selepas tamat perlawanan dalam perlawanan Piala FA separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi. - Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Penjaga gol Kelantan, Halim Napi digantung permainan berikutan kejadian rusuhan penyokong Kelantan sebaik tamat perlawanan Piala FA separuh akhir pertama antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV di sini, malam tadi.

Halim digantung oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) serta-merta tanpa ditetapkan tempoh penggantungannya.

Dalam perlawanan itu Kelantan tewas 0-1.

Halim dilihat sebagai punca meletusnya rusuhan selepas dia menyerang pemain pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd Radzak sebaik tamat perlawanan.

"Kami (Kafa) dan jurulatih Peter Butler bersetuju dengan keputusan ini kerana Halim dilihat secara sengaja menggunakan kekerasan terhadap pemain pelawat.

"Kami sependapat bahawa soal disiplin dan etika bagi pemain Kafa perlu dijaga walaupun kita memerlukan penjaga gol yang baik," kata Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa selepas tamat perlawanan.

Beliau berkata, penggantungan Halim dibuat berikutan satu mesyuarat yang diadakan antara Kafa dengan Butler sebaik sahaja tercetus insiden berkenaan.

Beliau yang kesal dengan rusuhan penyokong Kelantan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat insiden terbabit.

"Saya tahu ianya berpunca daripada sikap pemain Kafa yang secara sengaja mengambil tindakan mengasari pemain pelawat.

"Ianya benar-benar bertentangan dengan semangat kesukanan. Sifat ini tidak seharusnya ada di dalam setiap pemain Kafa," katanya.

Tindakan liar sebahagian besar dari kira-kira 20,000 penyokong Kelantan menyebabkan lapan buah kereta rosak teruk termasuk sebuah kenderaan polis sementara sebuah motosikal turut dibakar.

Seorang anggota Unit Simpanan Persekutuan turut cedera.

Menurut polis, tiga penyokong Kelantan ditahan.

Tindakan liar penyokong Kelantan turut berlaku semasa perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Negeri Sembilan pada akhir bulan lalu di mana penyokong membaling botol minuman dan mercun ke tengah padang selepas Kelantan tewas 1-2. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2009 12:43 PM | Show all posts
balik jaga lembu je la........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 01:45 PM | Show all posts
halim napi, kau tu dh x terer sedor2 la sket diri
ni dah la kalah pastu tak leh terima kenyataan
bengong punye worang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 01:54 PM | Show all posts

Reply #2 yosh's post

salah statement ni bro.. polis nk tangkap org yg baling mercun da... pastu geng2 skampung dgn nya marah la member sekampung nk kene tangkap.. trus bikin itu kecoh..
ape pun.. mmg game smlm penuh kekasaran.. baik dr player klantan dgn N9.. tp gua salute N9 nye defend.. mmg bagus la diorg main.. trutama skali si laki rita tu...

[ Last edited by  akukah at 8-4-2009 13:58 ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:01 PM | Show all posts
Aku tak puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:03 PM | Show all posts
kalau tak menjanda lagi la si rita tuh..............

peluang baekkkkkk nih...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:03 PM | Show all posts
Gocoh Kelate Gocoh :@ :@ :@ :@ :@
Jangan wat@cari pasal ngan ore Kelate
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:20 PM | Show all posts

Reply #10 edy_uptown's post

nape x puas ati bro... aku pun sokong klantan gak. tp mmg aku admit.. game smlm N9 main lg bagus.. defend diorg mmg best.. btw.. tgk bola pun jaga la emosi beb.. jgn smpai nk mrusuh2..
x kemana pun dgn prangai camni.. myusahkan org lain ada la.. aku kesian dgn tuan2 punye kete yg kete pecah cermin sume tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:21 PM | Show all posts

Reply #11 jofizo's post

  aku rasa si halim tu pun ada syok kat rita kot..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 05:33 PM | Show all posts

Balas #14 akukah\ catat

nih balas dendam tak dapat rita ka nih........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 07:41 PM | Show all posts

Reply #15 jofizo's post

ye kot..
tp aku x phm la nape halim g serang bdk tu..
padahal yg gaduh dgn dia sblm tu kembar mamat ni..
salah org kot.. muka dh nk sama.. no pun nk sama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2009 11:31 AM | Show all posts
aku yg kena praktikal kat kelantan ni pun org dah pesan dah kalu time ada match kelantan ngan sapa2 ke jgn kuaq mlm tu....
kang x pasai2 kena....
diaorang ni hangin semacam....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 01:07 PM | Show all posts
aku suggest korang bakar stadium plak pasnih.........

pastuh boleh buat liga kampung plak.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:35 PM | Show all posts

Pelajar buta sebelah mata angkara rusuhan bola sepak

09/04/2009 4:40pm


KOTA BHARU 9 April — Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini malam Selasa lepas.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat di sini, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:35 PM | Show all posts
naya...... naya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.117991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list