CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5821|Reply: 7

SAMAN PEMAJU PERUMAHAN..peluang pembeli menang kes???????

[Copy link]
Post time 26-3-2009 12:10 PM | Show all posts |Read mode
kalu kes2 gini...kalu nak saman pemaju ni...bape persen peluang pembeli  nak menang?
sape ada pengalaman mcm ni???



100 pembeli kecewa


KUANTAN - Kira-kira 100 pembeli rumah Taman Alam Perdana, di sini sepakat untuk membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak berpuas hati berhubung dengan status sijil kelayakan menduduki (CF) rumah mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan yang dihadiri pemilik rumah di kawasan perumahan berkenaan di pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) di sini, semalam.

ertemuan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut dihadiri wakil pemaju perumahan dan wakil Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Pengerusi jawatankuasa perumahan itu, Rosli Mohammad berkata, dalam mesyuarat berkenaan, antara percanggahan yang dibangkitkan ialah penduduk menerima surat penyerahan kunci pada 9 April 2007, sedangkan CF hanya dimohon pihak pemaju pada 12 April 2007.

Menurutnya, pemilik unit rumah yang berharga RM250,00 ke atas juga tidak berpuas hati kerana pemaju tidak membina fasiliti seperti rumah kelab, kolam renang dan gim yang dijanjikan dalam promosi.

:“MPK juga berkata, mereka tidak pernah menerima sebarang permohonan pihak pemaju dalam pelan pembinaan untuk membina kemudahan itu dan mereka mengemukakan permohonan membina lot perniagaan sahaja.

“Semua 286 unit rumah juga dipasang dengan meter air individu pihak pemaju, sedangkan hanya JBA yang mempunyai kuasa memasang meter air di kediaman,” katanya ketika ditemui pada pertemuan itu.

Katanya, loji kumbahan yang disediakan juga didapati tidak berfungsi dan belum diserahkan kepada Indah Water Konsortium (IWK) sedangkan kebanyakan penduduk mula menduduki rumah masing-masing pada Ogos 2007.

:“Pihak pemaju juga tidak membina tangki air besar untuk kegunaan penduduk dan mereka diminta ber:buat demikian selewat-lewatnya pada Disember tahun ini.:

:“Kami akan menuntut hak kami sebagai pengguna dan tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengadukan perkara ini kepada SPRM,” katanya.

:Sementara itu, Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran syarikat pemaju berkenaan, Saiful Ibrahim berkata, melalui perbincangan dan persetujuan dengan pihak berkuasa negeri, pihaknya mendapat tempoh untuk membina tangki air sehingga hujung tahun ini.

“Pihak kami sudah mematuhi segala syarat dan perjanjian jual beli, maka kerana itulah sijil berkenaan dikeluarkan.

:“Jika syarat berkaitan spesifikasi pembinaan rumah tidak dipenuhi, tidak mungkin CF dikeluarkan MPK,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kunci diserahkan kepada penduduk lebih awal supaya sebarang pembaikan boleh dilakukan pihaknya jika pemilik tidak berpuas hati.

“Selepas kerja pembaikan dijalankan, barulah pihak kami memohon CF daripada MPK supaya rumah berkenaan diisytiharkan selamat diduduki.

“Jadi tidak timbul isu permohonan CFO lambat dikemukakan dan setakat ini pihak saya masih mematuhi terma dan syarat yang dipersetujui,” katanya.


SUMBER: SINAR HARIAN PAHANG.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 12:33 PM | Show all posts
x berapa clear la kes nih...
buyer dah masuk rumah ke blom??tapi kalo dari statement dier kate terima surat penyerahan kunci..bermakna rumah nih ready untuk diduduki...
tapi kalo depa dah setuju terima perjanjian penyerahan kunci tuh, kenapa buyer tak check dulu status CF rumah tuh....?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 01:15 PM | Show all posts
hemmm ....x pi bila pihak pembeli sudah menerima surat penyerahan kunci maknanya Cf dah lulus beb....ada percanggahan di situ.....seperti nya ada penyalahguanan kuasa.....mungkin rasuah......hehehehehe x pi mmg lerrr kerja di bah perumahan rata2 rasuah......hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 01:53 PM | Show all posts
kalo bab saman menyaman nih bg aku senang jer....


kite kene betul2 komfem kite berada di pihak yg teraniaya dan ade itam putih tuk segala perkara yg berkaitan yg ape yg nak kite perjuangkn....

kekdg verbal pun okehh.... mek sure verbal yg kite ada beserta saksi yg akan menyokong verbal yg kite lakukan..

dah juga loyer kene betul2 bagus lam nak hemtam pihak yg kite nak saman tuh....

jgn hire loyer bangap...herdik ckit dah gelabah...cari loyer yg kental...dan bijak lam menyusun ayat2 tuk defense kite..dan biar berbaloi bayar mahal dengan keje yg loyer buat tuk kite...


bg aku kalo beli umah ker hape...bukti lg la terserlah sbb sumer details kene ade surat menyurat...dan itu boleh dijdkn bukti....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2009 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by dainese at 26-3-2009 12:33
x berapa clear la kes nih...
buyer dah masuk rumah ke blom??tapi kalo dari statement dier kate terima surat penyerahan kunci..bermakna rumah nih ready untuk diduduki...
tapi kalo depa dah setuj ...


nanti aku kaji dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2009 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by AkU75 at 26-3-2009 13:15
hemmm ....x pi bila pihak pembeli sudah menerima surat penyerahan kunci maknanya Cf dah lulus beb....ada percanggahan di situ.....seperti nya ada penyalahguanan kuasa.....mungkin rasuah......hehe ...



ya..betul tu
tarikh di surat dan di cf lain...
tu yg konpius tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-3-2009 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by mammavoque at 26-3-2009 13:53
kalo bab saman menyaman nih bg aku senang jer....


kite kene betul2 komfem kite berada di pihak yg teraniaya dan ade itam putih tuk segala perkara yg berkaitan yg ape yg nak kite perjuangkn.. ...



betul tu..lawyer kena hati kering skit...sb biasala..dah ada yg cuba sogok dr amik kes

pasal dokumen, sume dah settle.sume dah ready..plg  xtahannya, punyala teruk pemaju ni
sanggup buat broucher tipu..kata ada mcm2..tp sebenarnya xde pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 04:35 PM | Show all posts
ada kes pemaju ms bg kunci tu cf blm kua tp depa tunuk kpd buyer surat permohonan cf tuh. sbb tu kita sbg pembeli kena bijak, dev biasalah nk cpt lepas tgn, once buyer setuju je terima kunci maka tu bermakna da terima vacant posesssion & dev terlepas drp byr buyer penalty atas kelewatan serah kunci. klu bank buyer buyer lambat byr cepat je dev kira interest tp bila depa yg lambat utk serah vacant posession mula la buat helah. x semestinye dev yg cikai2 buat cmnih, pengalaman merak sndirik, dev nama besar yg bina rmh mahal2 tu pn ada kebarangkalian akn buat cmnih, so semua di luar sana jgn mudah tertipu ok, make sure hak anda terjamin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.161771 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list