CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2906|Reply: 11

Perhatian Penganggur/Pekerja Diberhentikan: Pakej Ransangan Ekonomi Kedua

[Copy link]
Post time 24-3-2009 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua..

mohon maaf kalau thread nih dah ada..dah penat selak2 page sebelum nih..so nak minta MOD highlightkan dan boldkan tajuk thread nih dgn warna hijau boleh . TQ

boleh dpt belajar free..(yuran pengajian ditanggung beres).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2, 62100 Putrajaya.
(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)
Tel. : 03-8884 4607 / 4612 / 4669 / 4634 / 4618
Faks : 03-8884 4701
E-mel: [email protected]

Tarikh tutup permohonan:

Permohonan dibuka untuk sesi pengajian 2009 dan 2010 sepanjang tahun sehingga
mencapai sasaran iaitu seramai 10,000 calon Sarjana dan 500 calon Ph.D






[table=98%][tr][td=1,1,1580]PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

[/td][/tr][tr][td]Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

OBJEKTIF PROGRAM:
Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.


PENAJAAN PENGAJIAN*
  • Penajaan ini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
  • Calon-calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
  • Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
  • Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
  • Bagi calon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.D iaitu tidak melebihi RM20,000.00.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Syarat-Syarat Umum
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.
  • Pengajian adalah secara sepenuh masa.
  • Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
  • Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.

Syarat-Syarat Khusus
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
  • Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK
  • Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
  • Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.
TEMPOH TAJAAN
    Ph.D - maksimum lapan (8) semester
    Sarjana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 10:29 PM | Show all posts
aaa dah tgk dah.. kalo uniten intake june ni..
tp nk tgu ATC nih.. camne ni.. kang xkan nk kena stop study?
apsal diorg buat 2009 je? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 10:55 PM | Show all posts
NOTA : Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu, PTPTN ada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Hutang lagi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2009 11:45 PM | Show all posts

Balas #3 sofianbm\ catat

itu kalau yg nak berhutang lar...tp kalau buat under projek grant SV..boleh dpt elaun pembantu penyelidik/pegawai penyelidik..

tp at least yuran pengajian dah settle kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 11:54 PM | Show all posts
wahh..teringinnye nak sambung study....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 06:19 AM | Show all posts
dah ada sedara aku yang kena buang kerja.. sedih laks dengar.. camner gaknyer nak bayar rumah, kereta..

tetiba aku pun terasa nak sambung belajar.. tapi.. ermmm.. ntah lah.. aku dah ada master <-- itu pun tergolek doq nak habiskan.. tak dapat imagine kalau PhD..

tapi kan, aku kerja swasta, even ada master, diorang tak kira pon..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2009 08:43 PM | Show all posts

Balas #6 iey_iyda\ catat

iey ambik master bidang apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by wirazam at 25-3-2009 20:43
iey ambik master bidang apa?


saye dulu degree IT.. master pon IT, tapi IT biasa2 la, bukan yang power2 sistem/programming etc tuh..

tapi tuh la bebudak IT skang dah bersepah.. ada master pun orang tak pandang.. tapi alhamdulillah ada gak kerja kan, syukur lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 11:52 AM | Show all posts
aku nak sambung belajo..join program nie ok gak....tp aku dah keje tetap........
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 01:20 PM | Show all posts
kalau tak dapat surat tawaran lagi, tapi apply leh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by epal_putih at 29-3-2009 13:20
kalau tak dapat surat tawaran lagi, tapi apply leh tak?

tu lah.. intake uniten bulan jun.. bleh apply ke biasiswa ni? tp aku nk apply intake november lah.. huhu
sbb smlm nk try isi borang tu, dia suh isi universiti yg nk belajar n kos yg dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 12:08 AM | Show all posts
apa-apa pun kena ada surat tawaran dulu
pahtu utk yang tak kerja @ yang diberhentikan kerja
tak dapat mana2 tawaran biasiswa atau tajaan dari mana2 pihak.
tanya diarang, diarang jawab gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047949 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list