View: 10093|Reply: 40
|
Process Mengerjakan Haji
[Copy link]
|
|
nak tau daripada yg dah berpengalaman mengerjakan Haji
dari mula mendapat surat hinggalah balik ketanah Air
Process yg dimaksudkan seperti:
Mula Mendaftar sebgai bakal Haji
Mendapat surat tawaran ( berapa lama baru di tawarkan)
Kursus ( berapa kali harus gi kursus dan dimana serta berapa lama)
Surat menyurat apakah yg selalu dikirimkan kepada Bakal2 Haji
dan sebagaiNYA. semoga mendapat sambutan
 |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya surat-surat tawaran dah dapat sebab kursus haji dah start.
pastu kalau dah dapat surat tawaran kursus, ikut jer surat-surat yang akan menyusul berikut.
kalau dah confirm tawaran haji, dah boleh daftar untuk pekej samada pekej tabung haji atau pekej swasta. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 bizsari's post
Sudah mendaftar di Tabung Haji? Jika anda adalah Jemaah Haji dari Malaysia lah.. Tapi, tuanpunya thread ni nampaknya lokasi nya di Manhattan, NY. Jadi, rasanya prosedur lain lah kot... sebab kuota adalah kuota visa utk USA lah kot.. Wallahua'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 Gravedigger\ catat
Bagus la ada niat..jangan berlagak nanti dengan title tu sudah la..nanti kang kata doa kau mustajab la apa la...ye la, orang yang pernah berdoa depan Kaabah... |
|
|
|
|
|
|
|
seelok2nya g daftar dulu......kena buka account tabung haji kalau tak salah.
duit mesti cukup sebelum tarikh yg ditetapkan.
lepas tu g kursus haji.....kena paham betul2
tak semestinya dah dapat surat baru nak g kursus
kalau masih tak paham tanye ustaz
haji jangan dibuat main2. Yang mustahak rukun dan wajib haji....
kalau salah satu rukun dan wajib haji tak buat...haji tak sah.....
mesti tahu pantang larang dsbgnya.....
kalau dah ade niat tuh...alhamdulillah.....moga2 dipermudahkan Allah....
seeloknya2 mulailah dgn sembahyang taubat byk2 (dulu sayapun dipesan buat gitu)
dan mintaklah doa byk2 agar dipermudahkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 yasmin08's post
Maaf, sebenarNYa aku dok kat Fort Lee berdekatan dgn George Washington Brigde
kalau nak gi Manhattan kena Cross sebelah sana 17km from WTC (911)
Manhattan is an island dalam New York ( macam kat Putrajaya Kem Kewangan tu actualy atas island)
kalau nak balik KL ikut New Wark Airport (25km) takyah cross.
kwsn aku zero muslim ramai korean dn japanese juga.
kat Mahanttan memang ramai Muslim tapi negro dan pakistanilah
kat E 19-22th S( dekat gan empire state building W 34th Street) kwsn ni banyak barangan jual borong.
Masjid Al Rahman pun kat sini (shop lot converted)
aku malas nak komen peragai diorang kat sini.
ok balik pasal Haji aku prefer ikut Tabung Haji
sbb budaya dan maazab sama
lagi pun feelings being with melayusian lain,
( susah nak explain pasal feeeligs bila berjauhan ni,
tapi over here is better in term of social,work enviroment and income plus knowledge)
so cuma nak tau sequences sebelum bertolak wat Haji ni, tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 bizsari\ catat
Aku andaikan ko tinggal kt Fort Lee, NJ lah ya.. dan keja kat Manhattan yaa..dan aku kira nko akan balik ke Malaysia dlm masa terdekat kan..
Jika nak pergi ikut Jemaah Malaysia, boleh gak kot ikut dari USA tapi guna agen TH ...Di samping lawat laman sawang yg di beri oleh darly tu, nko boleh juga tanya ada tak agen2 TH yg uruskan jemaah Haji M'sia yg tinggal di USA sbb kalu dari UK , yg aku tahu ada agen2 niihh..
Bukan apa, sbb aku rasa dah nko tinggal kat USA lebih senang dpt kuota nak ke Arab Saudi niihh... tak mcm dari M'sia yg kena 'beratur' pjg ..ada yg sampai bertahun2 sebab tak ada kuota.. Tapi, kalu kita dari USA atau UK lebih mudah nak dapat visa tunai hj...
Aku juga andaikan nko tak ada masalah kewangan..Jadi, rasanya lagi satu alternatif, cuba ikhtiarkan agen Malaysia yg uruskan jemaah hj Malaysia di luar negara niiihh.. kurang2 yg dari UK
Salam maju jaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 yasmin08's post
thanks for the infor
ikut UK ok juga
ramai juga Melayu
especially dari Liverpool
God Bless you and God Bless Malay
sia |
|
|
|
|
|
|
|
G datfar kat mana2 cawangan LUTH minimum balance misti ada RM1,300/- pas 2 tunggulah bila giliran kita nak g.. insyaallah ALLAH permudahkan segala urusan...  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 bizsari\ catat
Okk.. no problem..
May Allah swt always showers His blessings and guide us to the right path...
Salam |
|
|
|
|
|
|
|
Panduan bagaimana nak daftar haji :
1. Kena ada akaun TH. Buka akaun TH RM2 je...
2. Jika nak daftar haji minimum dalam akaun RM1300
3. Masa nak daftar haji cuma bawak Buku Akaun & 2 keping gambar
4. Dah daftar, RM90 akan dipotong dari akaun (RM90 ni termasuk dlm perbelanjaan haji)
5. Bakal Jemaah Haji yang dah berdaftar akan diberi Buku Panduan Haji
6. Akan dapat no. daftar dan tahun giliran (Terkini kena tunggu sampai tahun 2025)
7. Jika rasa tak boleh nak tunggu sampai tahun 2025, boleh buat surat rayuan. Nyatakan sebab dan alasan. Jika kes kukuh contoh wargatua (yg usia 70 tahun keatas) akan dipertimbangkan untuk pemergian segera pada tahun yg dipohon.
8. Kalau tak nak merayu pun ok...coz tahun 2025 tu giliran atas kertas. Kemungkinan untuk pergi lebih awal (cth tahun 2020 or 2019) mungkin ada bergantung kepada kekosongan.
9. Bila dah sampai giliran TH akan hantar surat kursus. Ada 3 kursus. Kursus Haji Bersiri (Sapa yg dapat surat utk menghadiri Kursus Haji Bersiri tak semestinyaTerpilih utk pergi haji pada tahun itu), Kursus Haji Intensif (Peserta yg dapat surat utk hadir Kursus ini biasanya yg JH standby dan Terpilih) & Kursus Haji Perdana (Sapa yg dapat surat jemputan hadir kursus ini memang kompem akan pergi haji pada tahun itu)
10. Jemaah Haji yang dah dapat surat tawaran utk pergi haji pada tahun semasa boleh memilih samada utk menggunakan muasassah atau Pakej. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 kewl\ catat
Jap..Muasassah tu, memang kena tunggu tahun kita nak pergi ek?
Bukan ke Muasassah tu pergi waktu akaun kita dah cukup untuk pergi?. Kalau camni pun still kena buat rayuan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 kewl's post
kena tunggu tahun 2025 aduh
aku kena ikut quatar negaralainlah nampakNYA. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kewl at 3-4-2009 00:18 
Panduan bagaimana nak daftar haji :
1. Kena ada akaun TH. Buka akaun TH RM2 je...
2. Jika nak daftar haji minimum dalam akaun RM1300
3. Masa nak daftar haji cuma bawak Buku Akaun & 2 kep ...
aku cuma nk ckp yg no. 3 time aku daftar baru2 nih mmg xder pun depamintak gambo...cuma bwk buku je...xsmp 10min pun pendaftaran...mmg cpatn pantas...lps dh daftar kita akan di bagi slip menyatakan thn bilekita akan pegi... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 bizsari\ catat
kekadang rasa fed-up..nak tunggu lama gila |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]
Jap..Muasassah tu, memang kena tunggu tahun kita nak pergi ek? Bukan ke Muasassah tu pergi waktu akaun kita dah cukup untuk pergi?. Kalau camni pun still kena buat rayuan ke (quote]<br />
Pemergian haji di Malaysia ni ada tiga cara (yg normal), pertama melalui muasassah, kedua Pakej Tabung Haji dan ketiga pakej swasta. Tapi og tak sebut sangat pergi cara muasassah (biasa org sebut pergi cara biasa). Pergi cara biasa ni adalah melalui Tabung Haji dan urusan di Malaysia dikendalikan oleh TH 100%. Bila dah tiba di Tanah Suci urusan disana diserahkan kepada pihak muasassah. TH hanya memantau dan membantu muasassah melicinkan urusan Jemaah Haji. Muasassah ni satu agensi yg dilantik (oleh kerajaan Arab Saudi) khusus untuk menguruskan Jemaah Haji dari seluruh dunia (melibatkan urusan penginapan, makanan, khemah dsb). Muasassah yg menguruskan Jemaah Haji Malaysia adalah Muasassah Asia Tenggara. Muasassah yg sama menguruskan Jemaah Haji Indonesia, Brunei (ASEAN). Ada jugak muasassah lain seperti Muasassah Asia Selatan, Muasassah Asia Timur dsb. Harga nak ikut muasassah ni dlm RM9k.
Pakej TH pulak diuruskan oleh anak syarikat TH iaitu THTS. Manakala Pakej swasta pula diuruskan oleh Syarikat/Agensi Pelancongan yg diluluskan oleh TH seperti Rahman Brothers, Zahafiz, Sykt Pelancongan Yaskin dll. Nak pilih pakej mesti dgn syarat Bakal Jemaah Haji tersebut telah mendapat status Terpilih atau Standby. Harga dalam RM16k keatas. Bila dah pilih pakej semua urusan di Tanah Air akan diuruskan oleh agensi yg dipilih. Kecuali urusan pasport, suntikan dan kursus.
Jika korang tak pilih untuk pergi secara pakej maknanya secara automatik korang akan diuruskan oleh muasassah. Bila duit dah cukup dlm akaun TH pun tak semestinya korang dah boleh pergi, kena tunggu tahun giliran. Rayuan boleh dibuat jika tempoh menunggu terlalu lama tetapi mesti dengan alasan yg kukuh.
[ Last edited by kewl at 3-4-2009 23:39 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bizsari at 3-4-2009 15:14 
kena tunggu tahun 2025 aduh
aku kena ikut quatar negaralainlah nampakNYA.
Jika boleh gunakan kuota negara lain apa salahnya. Org kita yg kat oversea ramai yg buat macamni. Arab Saudi cuma bagi 0.1 % jer dari keseluruhan jumlah penduduk sesebuah negara utk pergi haji pada satu2 tahun. Awak cubalah darab berapa jumlah penduduk US dengan % tu & berapa kuota dia dapat.
Malaysia setahun hanya 26000 org jer. Tu pun Arab Saudi tak tambah2 w/pun rakyat Malaysia dah 27 juta. Nasib baik dikiranya jumlah keseluruhan penduduk, buatnya dikira hanya jumlah penduduk Islam mau berbelas ribu je yg yg boleh pergi setiap tahun.
Rasionalnya kuota ni adalah utk menghadkan jumlah kemasukan Jemaah Haji dari seluruh dunia ke Makkah dan Madinah. Sapa yg dah pergi haji tahulah betapa sesaknya umat Islam bila tiba kemuncak haji. Lagi satu sempadan di Arafah tak besar, jika kuota ni tak wujud takut timbul pulak masalah org berwukuf kat luar sempadan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 3-4-2009 22:08 
kekadang rasa fed-up..nak tunggu lama gila
Ada hikmahnya bila kita tunggu lama ni. Bagi yg muda boleh buat perancangan awal dengan mendaftar utk ambik tempat lepastu menabung sikit2. Bagi yg dah berusia tempoh tu boleh digunakan utk menambah ilmu di dada. Pergi haji ni bukanya macam nak pergi melancong. Hari ni register kat agen bulan depan dah boleh pergi.
Tempoh menunggu selama 16 tahun ni sebenarnya memberi byk manfaat kepada golongan muda. Masa terbaik utk pergi haji adalah diusia 40 - 55 tahun. Maknanya sesiapa yg sekarang berusia antara 25 hingga 40 wajib daftar haji. Daftar sekarang dgn simpanan minima RM1300 dan baki dlm RM8000 tu boleh simpan kat TH melalui potongan gaji paling sikit RM40.00 sebulan. Jika nak kira hanya RM1.33 sen sehari. Jika rokok boleh beli RM8 sehari takkan tak dapat simpan utk pergi haji.
[ Last edited by kewl at 4-4-2009 13:50 ] |
|
|
|
|
|
|
|
jap yer nak tanya
muassasah and package ada perbezaan ker ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|