CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13944|Reply: 86

Teknik Mencuri Kereta

[Copy link]
Post time 27-2-2009 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Thread ni dibukak bukan bertujuan untuk mengajar forumer mencuri kereta tetapi untuk berkongsi teknik2 terkini yg digunakan oleh pencuri dan penyamum kereta agar forumer dapat mengambil langkah2 berwaspada.  Sekiranya ada yg ingin mengemukakan cara2 bagi membendung dari menjadi mangsa teknik2 mencuri kenderaan terkini ini amatlah dialu-alukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2009 02:00 PM | Show all posts
Teknik 1: Teknik Basuh dan Hilang



Kenderaan mewah hilang di tempat cuci kereta





SUBANG JAYA: Awas kepada pemilik kereta mewah terutama ketika menghantar kenderaan ke tempat mencuci kereta atau bengkel membaiki kenderaan.

Ini kerana pencuri dikesan menggunakan taktik melarikan kereta mewah ketika pemilik menghantar kenderaan ke premis terbabit dengan merampas kunci sebelum melarikan kenderaan mereka.

Dalam kejadian terbaru semalam, seorang pemilik kenderaan mewah berputih mata apabila keretanya itu dilarikan pencuri

Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika seorang pekerja meletakkan kereta yang baru dicucinya di hadapan sebuah premis mencuci kereta di USJ 1/33, di sini.






揚ekerja terbabit meninggalkan kunci di atas meja selepas dia selesai mencuci kereta berkenaan.


揔etika itu, seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba mengambil kunci dan terus menghidupkan enjin sebelum memecut melarikan kereta berkenaan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 02:03 PM | Show all posts
Teknik 2: Teknik Joki dan Hilang


Joki subahat larikan kereta mewah pesakit di hospital


SUBANG JAYA: Seorang ahli perniagaan yang datang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di di sini, terkejut apabila kereta mewah miliknya berharga RM300,000 hilang dari kawasan letak kenderaan pusat perubatan berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila kereta mewah model BMW terbabit dipercayai dilarikan joki kereta yang diamanahkan menjaga kereta berkenaan sewaktu mangsa sedang menerima rawatan doktor.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 40 tahun memandu kereta mewahnya menuju ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya, di sini.

Menurutnya, sebaik tiba di pekarangan hospital berkenaan, mangsa menyerahkan kunci keretanya kepada seorang joki bertugas untuk mengalihkan kenderaannya.

Menurutnya, selepas selesai rawatan mangsa yang pergi ke kaunter petugas joki untuk mengambil kereta bagaimanapun terkejut apabila diberitahu kunci keretanya tiada.

揟ambah mengejutkan apabila kenderaan mangsa yang diletak dalam kawasan hospital terbabit turut hilang.

揗angsa segera membuat laporan di balai polis berdekatan,
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 02:45 PM | Show all posts
teknik pecah cemin dan hilang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 02:56 PM | Show all posts
jangan benang ini di gune kan sebagai panduan nak buat jenayah sudah le... kalo ambik pengajaran utk berhati2 membendung takpe..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:03 PM | Show all posts
Teknik towing dan hilang...............
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2009 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by hamx25 at 27-2-2009 03:56 PM
jangan benang ini di gune kan sebagai panduan nak buat jenayah sudah le... kalo ambik pengajaran utk berhati2 membendung takpe..


ya ke bang...kalu macam tu, aku ingin menjemput sape2 yg ada pengalaman mencuri kete supaya dapat berkongsi sama kepakaran kau org kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:07 PM | Show all posts

Balas #3 zzcbr\ catat

banyak teknik jugak ader sampai tengah pam angin dia selamba take over keter kiter...awas jangan tinggalkan kuci dalam keter...kuncilah keter anda sebelum keluar sama ada nak isi angin atau isi minyak...atau juga bila nak lepaskan hajat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2009 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by mycos79 at 27-2-2009 04:07 PM
banyak teknik jugak ader sampai tengah pam angin dia selamba take over keter kiter...awas jangan tinggalkan kuci dalam keter...kuncilah keter anda sebelum keluar sama ada nak isi angin atau isi m ...


Teknik pam dan hilang


kalu teknik pam dan kembung, tu kena tanya Anis
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:12 PM | Show all posts

Reply #9 zzcbr's post

yang nih diminta puan anissuraya memberikan penjelasan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:15 PM | Show all posts

Balas tossee\ Yeop Zzcbr

Errrrr...aarrrrr...ermmm...gulppppppppp......




Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:23 PM | Show all posts

Reply #11 AnisSuraya's post

cesss.....malu buat2 ke betul2 malu nih??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 03:27 PM | Show all posts
Teknik Kertas dan Hilang (sumber ~ cilok dari email)

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:30 PM | Show all posts

Balas #9 zzcbr\ catat

mekasih abe zek aku lupa nama teknik tuh..."Teknik Pam dan Hilang (TPH)"...

pam angin, pam minyak, pam tandas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 03:33 PM | Show all posts
Teknik Kertas dan Hilang KeDua

Kertas suratkhabar dijalan raya
Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan
banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup
dengan suratkhabar/kertas lain. Jika boleh, janganlah anda melanggar
kertas tersebut. Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan
pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/van yang
menawarkan untuk menolong menggantikan tayar. Biasanya pemandu akan
keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut. Diwaktu itulah mereka
akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya sekali. Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:35 PM | Show all posts

Reply #13 zzcbr's post

Ada satu lagi teknik yg popular kat kelantan...teknik pukau & larikan kete....dkt kampung aku dulu...derang pukau satu rumah & derang siap reverse kete bwk kuar kete murah dulu...pastuh kuarkan merc S class & bwk lari.....terer gile pencurik tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 03:41 PM | Show all posts

Reply #15 zzcbr's post

camno lah den nak tahu bawah suratkhabor tu ader paku. Jadi, aku ingat, waktu keluar dari kenderaan utk berhenti ka, memeriksa kenderaan ka, walaupon seketika, hendaklah sentiasa bawa kunci. Jadikan satu budaya dan amalan. Tapi, kalu kita pegang kunci, dan dtg 5 org berparang, aku rasa baik bagi aje kunci keta tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:43 PM | Show all posts

Reply #16 tossee's post

ni bomoh Siam kot Toss:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:46 PM | Show all posts

Reply #18 maxxsa's post

mungkin kut...yg aku peliknye...kete ford mustang GT 1970 tuh derang taknak rembat lak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:49 PM | Show all posts
Teknik Pintu Gate dan Hilang

Pada rumah yg menggunakan gate elektronik, gate manual,  sentiasa berhati-hati. Kalu gate manual, jadikan amalan utk cabut kunci waktu buka gate. Nampak leceh, tapi malang tidak berbau. Waktu anda buka gate, tengok2 keta anda telah  dilarikan penyangak.

Bagi gate elektronik, selepas anda masuk, (tanpa disedari, ader keta yg telah sedia menunggu anda ditepi pagar rumah) penyangak pon masuk sekali dgn berparang dan meminta anda serahkan kunci. Kes ini pernah berlaku di Subang Jaya. Sasaran biasanya keta-keta mewah.

Kalu keta2 mewah, musti dia nak amik Merc ka, BMW ka, Audi 6 ka...Civic dan City dia x pandang kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.128814 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list