View: 21050|Reply: 73
|
Peugeot 308 : Update Peugeot 308 CC 2011
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 8-1-2011 12:23
Peugeot 308 - Cita rasa baru Eropah
Oleh WAN HASNAN WAN HASAN
PEUGEOT 308 SW tampil dengan gaya lebih elegan khusus
untuk mereka yang mengutamakan prestij.
PEUGEOT, jenama kereta terkenal Perancis mungkin agak tenggelam di Malaysia sebelum ini terutamanya membabitkan segmen kereta kelas pertengahan. Ini kerana segmen itu, ketika ini banyak didominasi oleh pengeluar kereta dari Jepun.
Namun kini, Peugeot seakan mendapat nafas baru di negara ini apabila mula menampilkan model-model terbaru mereka di pasaran tempatan bagi memenuhi selera serta cita rasa orang ramai masa kini.
Model-model segar dan 'bertenaga' Peugeot kini, bukan sahaja menjadi idaman para peminat setianya malah, mulai mendapat tempat di kalangan orang ramai.
| SUSUN atur papan pemuka pada model Peugeot 308 begitu menawan.
|
Melalui penampilan model-model terbaru dengan gaya Eropah yang lebih inovatif, Peugeot pastinya akan berupaya memenuhi selera generasi masa kini yang mahukan kereta-kereta yang versatil untuk apa jua tujuan.
Antara model Peugeot yang popular termasuklah 308 yang mula diperkenalkan pada September 2007. Model yang terdiri daripada beberapa versi itu antaranya versi berprestasi tinggi iaitu Peugeot 308 THP 175 yang mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam masa 8.3 saat.
Berbekalkan enjin berkuasa 1.6 liter turbo, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 175 kuasa kuda pada 6,000 rpm dengan tork 240 Nm pada 1,600 rpm.
Menariknya, enjin kereta ini adalah sama dengan kereta Mini Cooper S yang dibangunkan secara bersama antara PSA Peugeot Citroen dan BMW.
Dengan saiz kereta yang kompak, 308 THP 175 mudah untuk dipandu dan mampu memecut bagai 'lipas kudung' bukan sahaja di jalan lurus, malah di jalan berliku serta berbukit.
Ia terbukti melalui sesi pandu uji di Sardinia, Itali baru-baru ini. Dilengkapi dengan sistem suspensi yang membolehkan kereta mengambil selekoh dengan stabil pada kelajuan tinggi, ia antara rahsia keistimewaan jentera ini.
| PANEL kawalan tersusun rapi.
|
Pastinya, 308 THP 175 tidak akan menghadapi banyak masalah untuk memotong. Dengan daya pecutannya yang tinggi. Bahkan, urusan memotong menjadi sesuatu yang menyeronokkan kerana ia boleh memecut dengan pantas walaupun pada keadaan kereta sudah perlahan lantaran terpaksa mengikut kereta di hadapan.
Malah, ketika sesi pandu uji kereta itu di bahagian utara Pulau Sardinia, Itali, kawalan dan pemanduan kereta itu amat lancar sehinggakan penulis tidak menyedari telah menempuh perjalanan sejauh 140 kilometer dari Olbia ke Poltu Quatu.
Selain memiliki enjin berkuasa, 308 THP 175 juga tampil dengan imej elegan yang lebih garang dengan gril bahagian depannya bagaikan mulut yang sedang ternganga.
Peugeot 308 THP 175 juga mempunyai reka bentuk yang lebih aerodinamik dengan gaya inovatif mengkagumkan bagi memastikan pemandunya berada di kelas tersendiri dengan kereta gaya Eropah.
Bahagian dalaman kereta ini dilengkapkan dengan kemasan tempat duduk sporty separuh kulit, alat navigasi satelit, sistem pengesan tekanan pada tayar selain dilengkapi lampu depan xenon.
| RINGKAS, kemas dan mudah dilihat.
|
Dari segi keselamatan pula, ia menyediakan tujuh beg udara dan sistem brek antikekunci (ABS).
Paling menarik, walaupun kereta ini penuh bertenaga, namun kadar penggunaan minyaknya sangat menarik iaitu hanya memerlukan 7.6 liter minyak untuk perjalanan 100 kilometer.
Bagi mereka yang terdiri daripada keluarga besar pula, Peugeot menawarkan sebuah lagi model daripada keluarga 308 iaitu Peugeot 308 SW yang bersifat seperti sebuah station wagon. Namun secara fizikalnya ia lebih mirip kepada sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tetapi dengan gaya yang lebih versatil.
Apa tidaknya, ia boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang sama spereti sebuah MPV dan tidak seperti station wagon konvensional yang hanya mampu membawa lima penumpang kerana ia lebih tertumpu untuk membawa lebih muatan.
Bagi model Pegeot 308 SW, ia didatangkan dalam dua versi iaitu yang dijana oleh enjin 1.6 liter petrol dan satu lagi oleh enjin diesel juga berkuasa 1.6 HDi liter. Semua enjin berkuasa diesel itu dilengkapkan dengan sistem penapis khusus (FAP) yang menepati piawaian pengeluaran asap Euro 4.
SAMSON (kanan) bersama Pengurus Operasi Bahagian
Antarabangsa Peugoet, Alain Freyermuth bersama 308 THP 175.
Model ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri mewah antaranya ialah bahagian bumbungnya yang menyediakan bumbung panorama kaca yang membolehkan ia dibuka dari bahagian depan hingga ke belakang. Keadaan itu membolehkan pemandu serta penumpang Peugeot 308SW menikmati panorama luar dengan mudah berbanding sunroof biasa yang lebih kecil di bahagian depan pemandu.
Model itu juga turut dilengkapi dengan kemasan dalaman yang menarik bermula daripada susun atur panel meter sehinggalah ke tempat duduknya yang direka khusus untuk keselesaan. Paling penting 308SW menyediakan ruang dalaman yang cukup luas bukan sahaja untuk penumpang malah untuk mengisi barang.
Menariknya, hampir semua tempat duduknya boleh diubah atau dilipat bagi membolehkan pelbagai muatan besar dimasukkan ke dalam kenderaan itu dengan mudah.
Ciri-ciri asas yang tersedia pada semua model ini ialah stering berkuasa, beg udara untuk pemandu dan semua penumpangnya sama ada di depan dan di belakang, sistem anti brake spin (ABS) dengan EBFD dan EBA serta sistem kunci berpusat kawalan jauh.
Pemanduan bagi kedua-dua model 308 SW ini memang menyeronokkan. Jika selama ini ramai yang beranggapan bahawa kereta berenjin diesel agak kurang dari segi kuasanya, namun tidak kepada Peugeot 308 SW HDi yang nyata mempunyai kuasa menakjubkan.
Malah, kuasa pecutannya lebih baik berbanding model yang sama berenjin petrol. Ketika pemanduan, pemandu serta penumpang bagai langsung tidak menyedari bahawa kereta yang dipandu itu sebenarnya berkuasa diesel. Bagaimanapun ketika berhenti, trade mark enjin diesel pada kereta itu mungkin tidak dapat dielakkan melalui bunyi enjinnya.
Melalui pelbagai model terbaru yang kini mula memasuki pasaran negara, tidak hairanlah, kereta-kereta keluaran negara Perancis itu kini mula menarik perhatian ramai terutamanya kepada mereka yang meminati kenderaan Eropah serta mementingkan prestij.
MODEL 308 lima pintu hathback yang sporty untuk mereka yang berjiwa muda.
Melalui syarikat francais Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn. Bhd., model-model kereta terbabit iaitu dari keluarga 308 dijangka akan dibawa masuk ke negara ini mulai Oktober ini.
Bagaimanapun menurut Pengarah Urusan Nasim, Samson A. George, setakat ini hanya model Peugeot 308 lima pintu hatchback yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan manakala bagi model-model lain seperti 308 THP 175 serta 308 SW akan bergantung kepada permintaan.
mak aku citer masa dia dgn bapak aku mula2 kenal... bapak aku punya first keta ialah pijot (dulu aku sebut pijot ajer)... jenis yg lampu diamond shape tu... mmg tak ada dah sekarang.... kalu lah bapak aku simpan keta tu musti dah antiq sekarang dapat gak ler puluh2 ribu ek... .... jauh bezanya ngan pujo sekarang...
cam ni la rupa keta bapak aku dulu cuma mak aku kata warna putih!! cisssssss lampu tu mahai tu..
[ Last edited by amazed at 7-3-2009 07:04 ] |
|
|
|
|
|
|
|
peugot 107 kiut..
rega 308 ni brapa?? |
|
|
|
|
|
|
|
308 tu sedap dan lazat utk junior rally... |
|
|
|
|
|
|
|
Locally assembled Peugeot 308 VTi & Turbo launched: RM96.5k to RM111k
Menarik Weiii!!!!
The prices for the Peugeot 308 has been revealed by Nasim Sdn Bhd this morning. The cars are locally assembled and are available in two variants, the Peugeot 308 VTi at RM 96,500 and the Peugeot 308 Turbo at RM 111,000. These prices are with insurance.
Both are powered by 1.6 liter engines from the PSA-BMW Prince family and mated to Porsche Tiptronic 4-speed transmissions, but a key difference is in how air gets pushed into the engines, which directly affects its power output.
Peugeot 308 VTi - RM 95,500
Peugeot 308 VTi
The Peugeot 308 VTi shares the same powerplant as the MINI Cooper. That means variable valve timing and Valvetronic variable valve lift that enables the engine to be operated without a conventional throttle butterfly. This decreases pumping losses, which improves fuel economy. The following are the specifications for the 308 VTi model, as well as a torque curve and shift diagrams:
Peugeot 308 VTi specifications
Exterior
16″ 10-spoke alloy wheels
205/55R16 tyres
Headlamps with follow me home function
Daytime Running Lights [DRL]
Auto Headlight Sensor
Auto Front Windshield Wipers
Electric Folding mirrors
Interior
Active carbon/pollen filter for dual zone air cond
6 speakers
MP3 CD player with aux input and remote control
Rake and reach adjustable steering
Underseat storage drawers for front and rear
Adjustable front armrest with storage compartment
Engine
PSA-BMW Prince 1.6 engine
120hp at 6,000rpm
160Nm @ 4,250rpm
4-speed automatic
Safety
4 airbags (Front and side)
F/R Ventilated and solid discs
ABS, EBD, EBA
Peugeot 308 VTi 4-speed auto shift diagram
Peugeot 308 Turbo - RM 111,000
Peugeot 308 Turbo
The Peugeot 308 Turbo has power output equivalent to a 2.0 liter competitor, but with much more torque thanks to its turbocharging technology. This is actually the engine in the MINI Cooper S but detuned to 140 horsepower (the manual version gets 150hp).
Peugeot 308 Turbo specifications (on top of VTi specs)
Engine
PSA-BMW Prince 1.6 engine
140hp at 6,000rpm
240Nm @ 4,250rpm
4-speed automatic
Interior
Rear air-cond vents
Auto dimming rear view mirror
Rear center armrest with storage compartment and 2 cupholders
Built-in fragrance diffuser
Safety
6 airbags (front, side, curtain)
ESP with Traction Control and Dynamic Stability Control
Exterior
Automatic electric folding mirrors
Body color side protection
5-spoke 17 inch alloy wheels
Peugeot 308 Turbo 4-speed auto shift diagram
I think it抯 safe to say that these specifications are the best in class at their respective price levels, especially when it comes to safety standards. There抯 nothing with 4 airbags below RM100k before this, but now you have the 308 VTi. For those who want more, the 308 GT is still for sale in fully imported 3-door body form, but it is now on an order basis only (RM 159,999) as there are no more ready stock available.
credit to paul tan.....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pada aku sangatla menarik kalau harga vti tue bawah 100k....
tak taula pada setengah2 orang mungkin rasa lebih berbaloi amik lancer or civic.....
citarasa masing2 kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
belakang mcm latio sport, tp btul ke derang ckp model ni share platform latio sport? |
|
|
|
|
|
|
|
cantik...harga lebih murah dari swift sport... |
|
|
|
|
|
|
|
tak menariklah hatchback,.....kalau sedan 407 ok |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by penyo at 30-1-2009 10:05 AM
tak menariklah hatchback,.....kalau sedan 407 ok
407 pon dah CKD kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by venom1 at 30-1-2009 08:08 AM
cantik...harga lebih murah dari swift sport...
Jengg....jenggg~!!!....abg vee skrg didlm dilema....nak trade-in swift yg ada skrg nih ke...nak beli 308 lagi sebijik.... |
|
|
|
|
|
|
|
bleh ryo buat modal teka gambo klu camnih
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 rambutan's post
serius ke interior 308 malaysian punya mcm dalam gambau? ada skrin kecik tuh...utk apa?GPS ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|