CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2295|Reply: 5

PROGRAM AMAL UNTUK FORUMER PERAK

[Copy link]
Post time 28-1-2009 10:26 AM | Show all posts |Read mode


Yayasan Pembangunan Nur Hikmah adalah sebuah yayasan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak-anak terbiar dibeberapa buah rumah jagaan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Program ini melibatkan lebih 300 orang anak-anak dan juga ibu-ibu tunggal.

Program yang terdekat ini ialah seperti butir-butir dibawah ini :

MISI PERUBATAN RUMAH ANAK YATIM NURUL IMAN, MANJOI, PERAK

TARIKH         : 14HB FEBRUARI 2009
HARI             : SABTU
KETUA MISI : DR. HAIRUL FAHMI AWALUDIN

TUJUAN :

1. Melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap anak-anak dibawah jagaan
2. Memberikan khidmat nasihat mengenai kebersihan diri
3. Menjalankan kerja-kerja gotong royong membersih kawasan
4. Menyampaikan sumbangan ubat-ubatan dan makanan tambahan

Sebuah bas akan disediakan bagi tujuan membawa para sukarelawan dari ibu pejabat YPN di Taman Mesra, Kajang, Selangor. Bas akan bertolak tepat pada jam 8.00 pagi 14hb Februari 2009. Para sukarelawan yang akan menyertai misi ini dengan bas sila lapor diri sebelum jam 7.45 pagi ditempat yang dinyatakan. Kita dijangka tiba di Manjoi kira-kira jam 12.00 tengahari . Makan tengahari adalah ditaja oleh MangkukTingkat. com

Penyertaan masih dibuka untuk 10 orang peserta. Jika anda berminat untuk turut serta sila email butir-butir diri anda kepada misi@nurhikmah. org.my dengan kadar segera. Kami juga mengalu-alukan penyertaan anda yang berada disekitar negeri Perak. * HARAP KOME DPT TURUN

Untuk sumbangan / penajaan bagi misi ini sila hubungi En. Ahmad Fadzil ditalian 012-2968 649

Sekian untuk makluman


Terima kasih

URUSETIA
Misi Perubatan YPN
TELEFON : 03-8733 2411


YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAHNo. Pendaftaran : 646393-ANo. 16-3, Jalan Mesra Niaga,  
Taman Mesra,  
43000 Kajang,  
Selangor Darul Ehsan.Telefon :03-87332411
Fax       :03-87332967
Laman web : www.nurhikmah. org.myEMAIL  : presiden@nurhikmah. org.my  
Yahoo Group: http://groups. yahoo.com/ group/nurhikmah/

AMARAN : Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank  564306010030. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah. org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 11:27 PM | Show all posts
apa yg sukarelawan kena buat ? kalau doktor tu aku tahulah dia akan check kesihatan bebudak tu tapi kalau org macam aku ? aku nak buat show silap mata pun tak reti tapi ingin juga rasanya nak buat amal apa-apa ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 09:33 AM | Show all posts

Reply #2 stormyrain's post

kalu ko sudi hadir2kan lah, aku x sempat sbb baru lepas balik kg adik ipor kawin

tang apa yg ko boleh bantu, terpulanglah semuanya bergantung KEIKHLASAN kita
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 10:03 AM | Show all posts
UPDATE :

Terima kasih kerana mendaftar untuk menyertai Misi Perubatan ke Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, Perak. Setakat ini hampir 100 orang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai program ini samada dengan menyertai 2 buah bas yang disediakan oleh pihak yayasan atau menggunakan kenderaan sendiri. Selain dari rombongan dari Lembah Kelang misi ini juga akan disertai oleh para sukarelawan disekitar negeri Perak.

Butir-butir lanjut adalah seperti berikut :

14hb Februari 2009

Jam 7.30 pagi - Para sukarelawan melapor diri di perkarangan pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra Kajang.

Jam 8.00 pagi - Dua bas akan bertolak ke Manjoi, Ipoh

Jam 9.00 pagi - Berhenti di Restoran Jejambat, R&R Sungai Buloh untuk bergabung dengan para sukarelawan yang turut serta dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Jam 11.00 pagi - Berhenti di R&R Tapah untuk bergabung dengan para dari Perak Utara.

Jam 12.30 tengahari - Dijangka tiba di Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Iman, Manjoi, Ipoh dan bergabung dengan para sukarelawan dari seluroh Perak.

Jam 1.00 tengahari - Taklimat & Majlis Suaikenal

Jam 1.30 tengahari - Solat Zohor berjemaah dan makan tengahari

Jam 2.00 petang - Program pemeriksaan kesihatan & gotong royong serta program kaunseling

Jam 5.00 petang - Program tamat

Berikut adalah nombor telefon urusetia program ini untuk anda hubungi sepanjang misi :

1. En. Norhisham     - Pengerusi Sukarelawan YPN - 019-2725000
2. En. Ahmad fadzil - Timbalan Presiden YPN - 012-2968649
3. Dr. Azie - 012-7657346
4. Puan Azie Azah - 012-9737224

Sekian untuk makluman.

Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 11:08 PM | Show all posts
aku udah balik ipoh minggu lepas jadi 14hb ni mungkin tak balik ... apa-apa pun len kali kalau ada aku cuba join
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.092579 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list