View: 1735|Reply: 1
|
Saman tiada tali pinggang belakang boleh dibatalkan
[Copy link]
|
|
16/01/2009 5:18pm
KUALA LUMPUR 16 Jan. — Pemandu kenderaan yang disaman polis atau pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memasang tali pinggang keledar belakang pada kenderaan boleh melaporkan kes itu kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi membolehkan saman itu dibatalkan.
Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata tindakan menyaman kenderaan yang tidak memasang tali pinggang keledar belakang, buat masa sekarang, adalah bertentangan dengan dasar yang diumumkan JKJR awal tahun ini.
Beliau yang mendapat maklumat bahawa terdapat beberapa kes seumpama itu telah berlaku di Johor Baharu dan Pulau Pinang berkata perkara itu terjadi mungkin disebabkan berlakunya salah faham dalam arahan yang diberikan kepada pegawai penguatkuasa JPJ dan anggota polis.
“Kami sangat dukacita kerana ia (kes saman) tidak mengikut dasar yang diumumkan JKJR terdahulu. Pengguna yang terlibat boleh laporkan kepada JKJR dan kami janji akan batalkan saman itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Advokasi Menjelang Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2009 di sini hari ini.
Beliau berkata buat masa sekarang hanya kenderaan dilengkapi tali pinggang keledar belakang tetapi tidak menggunakannya akan disaman dan pemilik kenderaan diberi masa tiga tahun untuk memasang tali pinggang keledar belakang pada kenderaan masing-masing.
“Orang ramai digalakkan memasang tali pinggang belakang secepat mungkin bagi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Suret berkata 100,000 kereta Kancil jenis lama akan diberi pelekat pengecualian daripada peraturan itu kerana kenderaan itu tidak dilengkapi dengan tiga “point” yang diperlukan untuk pemasangan tali pinggang belakang.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata JKJR dengan kerjasama JPJ dan Road Safety Marshall Club (RSMC) sedang berusaha membantu pemandu motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu motosikal sah, terutamanya penduduk luar bandar, untuk mendapatkan lesen berkenaan.
“Ada ramai penunggang motosikal yang sudah banyak kali mengikuti ujian memandu tapi gagal, jadi kami akan bantu mereka sehingga lulus,” katanya.
Orang ramai yang berminat boleh melayari laman web www.rsmc.org.my untuk memperoleh informasi lanjut, katanya.
— BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm
[ Last edited by t@t at 16-1-2009 06:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ada sapa2 kat sini dah kena saman ke psl ni....? |
|
|
|
|
|
|
| |
|