CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5539|Reply: 29

Setuju ke tak kalo mcm ni....

[Copy link]
Post time 6-1-2009 02:27 PM | Show all posts |Read mode
MENASABKAN ANAK KEPADA SUAMI IBU SEKALIPUN PERKAHWINAN KURANG DARIPADA ENAM BULAN
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;
揂nak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami擺/i]
Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.


Maksud Fatwa:
Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya.
Senario:
Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di 慴in
Single Polls, Total 8 Users voted
75.00% (6)
25.00% (2)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 02:34 PM | Show all posts
kat opis aku ada 2 org mcm nih..less than 6 mths...tp dorang nih angkat sumpah bagai kat pejabat pendaftaran...pastu baru leh bin pada bapa...

yg sorang lagik...6 bulan++ dah bersalin..ok aja daftar....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 02:43 PM | Show all posts

Reply #2 nuds's post

mcm tu ke??
tak yah angkat sumpah pakai lawyer ke??
leh kat pejabat pendaftaran aje ek?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 02:46 PM | Show all posts

Balas #1 iceng\ catat

entah la, tak tau nak ckp ape sbb x berapa ariff sgt..
anak luar nikah ni kan akan  melibatkan pembahagian harta pusaka, bab perkahwinan, dsbnya...klu x salah jika anak luar nikah tu pompuan, dia boleh kawin dengan bapa kandung dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 02:49 PM | Show all posts

Reply #4 fidjb's post

isy iye ke sampai ke situ??
kalo dah darah daging die takkan lah sampai leh kawen ngan bapa kandung die sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 02:50 PM | Show all posts

Balas #5 iceng\ catat

i tak sure, tapi mcm pernah dgr camtu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2009 03:05 PM | Show all posts

Reply #6 fidjb's post

so kene ade info die sekali lah kalo nak kate mcm tu k..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 03:14 PM | Show all posts
ermm taktau laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 03:42 PM | Show all posts
pada sesiapa ada info bole share.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 03:44 PM | Show all posts
ye..leh share same2 nak selamatkan budak2 yg tak berdosa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 04:04 PM | Show all posts
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



Nama  :  noor haleza binti muhamad saleh.
E-Mel   :  m.noorhaleza @ yahoo.com.my.
Kategori  :  ISU SEMASA
SUB KATEGORI : Sosiol
Tarikh Hantar Soalan  : 30/10/2007 11:24 AM
Soalan        :   hukum membinkan anak luar nikah dengan sipelaku.
Jawapan     :   Hukum asal anak luar nikah hendaklah dibinkan kepada ibunya. Ini berdasarkan kepada maksud sabda Rasulullah SAW:
"Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Walau bagaimanapun mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 28-29 Januari 1981 adalah seperti berikut: "Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf)sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah ".

Penzina harus berkahwin dengan anak zinanya dengan syarat dia tidak mengahwini ibu kepada anak zina itu. Sekiranya penzina berkahwin dengan ibu anak zina tersebut dan melakukan persetubuhan maka haramlah penzina berkahwin dengan anak zinanya.

Apabila berlaku perkahwinan antara penzina dan ibu kepada anak zina, maka anak tersebut menjadi mahram (haram berkahwin) dan anak tiri kepada suami ibunya (penzina).

Status       :  Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan       : PANEL SJAI 301007
Tarikh Selesai        : 30/10/2007 12:02 PM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

[ Last edited by  fidjb at 6-1-2009 06:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 04:12 PM | Show all posts
bg aku la kan...amat2 bersetuju......sbb kesian kat bdk2 x berdosa tu...dr segi hukum hakam plk mcm pembahagian harta, mahram, wali ke ape sume tu.....bg pendapat aku la kan...ikut sebagaimana yg dikeluarkan fatwa tu...maknanye termaktub digunapakai hukum sbg anak kandung la....sbb perkataan nasab tu sendiri bermaksud 'keturunan'....tp aku pon x sure ni kene cek lg pasni.....tp bg aku, x guna sekadar bin/bintikan aje tp x dpt hak sbg anak kandung...lg2 plk kalo blh kawen ngn bapak yg dibinkan tu sendiri....baik xyah bin kan kalo mcm tu....sbb nnt dia akan tau jgk dia anak luar nikah...n x guna la fatwa ni dikeluarkan...so aku berpegang mcm yg aku kata kat ats tu dulu la setakat ni....

ni pendapat aku aje k...no heart feeling.....sape2 yg ade further info bgtau la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 04:20 PM | Show all posts
kalo anak laki kurg skit masalah..kalo anak pompuan tu yg masalah skit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 04:43 PM | Show all posts
Tarikh Hantar Soalan    :  04/01/2007
Soalan          :  anak hasil zina ..apakah hak bapa kepada anak itu? benarkah dia layak bernikah dgn anak hasil zina itu.
Jawapan        :  Anak zina sama kedudukannya di sisi Allah dengan manusia yang lain. Dia tetap menjadi orang yang mulia sekiranya dia bertaqwa. Yang berdosa dalam hal ini ialah orang yang menyebabkan kelahirannya iaitu ibu dan lelaki yang melakukan zina dengan ibunya.

Bapa penzina tiada hak ke atas anak zinanya dari segi perwalian sekiranya anak itu perempuan dan tidak boleh mewarisi pesaka kedua-dua belah pihak. Sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w. " Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memang benar anak zina harus berkahwin dengan lelaki yang berzina dengan ibunya jika sekiranya lelaki tersebut tidak berkahwin dengan ibunya. Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al- Nisa' ayat 24 "Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kmu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan ( sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina ......"
.
Status :  Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan :  Panel 230507
Tarikh Selesai    :  23/05/2007 10:44 AM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

[ Last edited by  fidjb at 6-1-2009 04:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 04:55 PM | Show all posts

Reply #14 fidjb's post

dlm kes ni....lelaki yg berzina dgn mak bdk tu mmg xde hak langsung kat anak tu..hatta anak tu blh kawen lg dgn dia...nk menunjukkan langsung xde pertalian....tp kalo lelaki tu dh kawen ngn mak dia tu....dh jd lain la....br la ape yg difatwakan oleh majlis syariah perlis tu applicable.....

kalo mak dia kawen ngn org lain pon....husband mak dia tu berhak dpt hak mcm bapak kandung...itu la yg aku paham mengenai nasab ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 06:31 PM | Show all posts

Balas #15 izati_abc\ catat

bapa kandung sahaja yg takde hak ke atas anak tak sah taraf ni, tapi ibu dan keluarga sebelah ibu berhak ke atas anak tu termasuk dlm kes pembahagian harta pusaka...ini kerana anak tersebut di nasabkan kepada ibu...(jika salah tolong betulkan )
tentang fatwa mufti  negeri perlis tu tak tau nak komen camne sbb tak pakar...adakah akan ada perkara berbangkit tak lepas anak itu di nasabkan pd suami si ibu tadi, if anak dah besar, camne pembahagian harta pusaka.pd masa tu ayah dan ibu telah meninggal dunia tanpa wasiat dsb.. kalau yg pompuan lak kekeliruan wali akan berlaku tak??? bukan ape, ...skrg ni mcm2 kes kita pernah dgr, yg berkahwin dgn adik beradik kandung pun ada....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2009 10:17 AM | Show all posts

Reply #16 fidjb's post

itu maybe kene pakai lawyer syariahlah agaknye..
tp ape yg fatwa mutfi ngeri perlis tu ckp mengenai nasib anak luar nikah tu kalo tak dibinkan kepada bapa kandungnye...adakah salah atau tak kalo kite binkan kepada bapa kandungnye??
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:22 AM | Show all posts
hmm.. berbin kan or berbinti kan tu takde masalah.... tapi masalah akan datang bila kalau anak zina tu lelaki, dia tak leh jadi wali pada adik2 perempuan dia....
kalau anak zina tu perempuan, ayah dia tak leh jadi wali dia... kalau jadi jugak haram & tak sah la keturunan2 anak perempuan dia tu.... dari segi pembahagian harta, anak zina ni tak dpt sesen pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:32 AM | Show all posts

Reply #17 iceng's post

iceng...bila dh keluar fatwa maknanye sdh dirujuk kpd A-Qur'an n hadith n mana2 pendapat ulama' yg utama.....kan ade kat situ dalil sume.....salah ke x salah blh rujuk kat article tu....maksud bapa kandung kat sini ialah org yg berkahwin ngn ibu dia tu...x kirala org yg mengandungkan ibunya ataupun x

cth: A berzina ngn B = lahirlah si C
      A kahwin dgn D = C bin/binti D
      A kahwin dgn B = C bin/binti B

so ade dua situasi kat sini, samada si ibu kawen dgn org asal yg mengandungkan dia atau org lain sama sekali....mana2 org yg dikahwini oleh ibunya itu berhak la dpt title bapa kandung tu sekaligus dinasabkan kepadanya....tu la yg aku phm mengenai fatwa negeri perlis ni....

soal mcm yg fidjb ckp tu aku setuju la kene tanye yg pakar....sbb takut diaorg just bin/bintikan aje tp anak tu nnt x berhak dpt selayaknye mcm anak kandung jgk.....ape kata call diaorg kat perlis tu sendiri? heheheh.....

[ Last edited by  izati_abc at 7-1-2009 10:33 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2009 10:34 AM | Show all posts

Reply #18 Ummihana71's post

ooo mcm tu ek..tak kisahlah sume tu..tp cume nak tolong anak zina tu dr terpinggir takot adik beradik die berbinkan bapa zinanya tp die tak lak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.562612 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list