View: 4506|Reply: 7
|
Merancang Keluarga dari pandangan Islam
[Copy link]
|
|
Merancang Keluarga dari pandangan Islam
Mengapa perlu izin suami? Isteri boleh membuat keputusan sendiri untuk menggunakan pencegah kehamilan walaupun tanpa persetujuan suami kerana ia adalah untuk kebaikan tubuh badan sendiri. Dalam Islam, kita tidak perlu taat kepada orang yang menentang perintah al-Quran. Lelaki selalunya ego dan enggan memberikan kerjasama dalam hal ini, tetapi mereka perlu fikirkan kesan kehamilan yang tidak dirancang atau dikehendaki kerana ia melibatkan banyak perkara dari segi emosi, kesihatan, fizikal (jasad/badan) dan juga mental isteri.
Aduhai perempuan yang bergelar isteri... yang nak membawa zuriat kalian ke sana ke sini selama sembilan bulan 10 hari dengan 1001 jerih perit serta segala jenis kepayahan adalah diri kamu sendiri, bukan suami. Yang nak menempuh kepayahan dan bertarung nyawa mengeluarkan zuriat kalian juga kamu sendiri, bukan suami. Seterusnya yang nak berpantang selama 44 hari, kamu juga yang menempuhnya, bukan suami. Tempoh berpantang adalah waktu rehat yang sangat penting kerana pada masa inilah, sistem peranakan serta organ dalaman wanita perlu dipulihkan, yelah, dah 'kembang' lebih sembilan bulan, ambil MASA dan juga USAHA untuk pulihkan diri. Wanita yang bernasib baik mendapat suami yang PERIHATIN dan BERPERIKEMANUSIAAN akan mempastikan isterinya pulih seperti sedia kala. Tapi bukan semua suami bersikap demikian, jadi kita sendirilah yang kena jaga diri kita. Jasad kita ni memang kita akan guna hingga ke hujung nyawa bukan untuk 10-20 tahun saja, jadi kalau jasad rosak, kita sendiri juga yang susah, bukan suami. Sengaja saya tekankan perkataan bukan kerana kalau bukan kita yang SAYANGKAN diri kita, siapa lagi?
Agama Islam versi yang mana kata kita tidak boleh merancang keluarga? Mazhab atau fahaman mana pula yang ajar jika kita nak merancang, kena minta izin suami? Loh! Memang ramai pasangan yang beragama Islam yang keliru dan was-was tentang undang-undang Islam berkaitan perancangan keluarga. Ada yang merasakan amalan tersebut bertentangan dengan agama. Disebabkan itu, mereka hanya berserah kepada takdir tanpa fikirkan risiko kepada kesihatan ibu dan ekonomi keluarga.
Saya perasan, ramai pasangan yang kurang berkemampuan memiliki anak yang ramai. Saya tak nafikan setiap anak yang lahir di dunia memiliki keistimewaan dan dijanjikan rezeki masing-masing oleh Allah Taala. Sungguhpun begitu, mcmana pulak dengan nasib mereka sekiranya tidak mendapat mendapat keperluan yang sepatutnya? Kesian saya tengok keluarga miskin, punya anak yang ramai, especially yang keluar dalam siaran BersamaMu TV3. Dek kerana wang yang tidak mencukup, anak-anak bukan sahaja tidak ke sekolah, terpaksa menahan lapar dan bekerja pada usia yang muda.
MAJLIS Fatwa Kebangsaan 1981 menghalalkan penggunaan kaedah pencegah kehamilan selagi ia bukan berfungsi secara kekal (kasi). Sebaliknya jika disebabkan oleh faktor kesihatan ibu, penyakit ginetik dan kehamilan terlalu kerap, kaedah mengikat rahim adalah dibenarkan. Matlamat perancangan keluarga adalah untuk memastikan setiap kehamilan dirancang dan dikehendaki. Institusi keluarga adalah unit sosiol yang penting dalam masyarakat. Sungguhpun Islam menggalakkan lelaki dan wanita berkahwin dengan tujuan mendapatkan zuriat, tetapi kualiti hidup perlu dititikberatkan. Perancangan keluarga diharuskan agama untuk menjarakkan anak atas alasan kesihatan ibu bapa dan kanak-kanak, memberikan kemudahan pendidikan sempurna kepada setiap anak dan kesejahteraan keluarga. Amalan perancangan keluarga tidak pernah ditentang oleh agama Islam. Tidak pernah tercatat dalam al-Quran yang mengharamkan merancang keluarga. Jika ada, sila kemukakan dalil/hadis mengenai ini. Saya juga nak tahu.
Adakah dengan merancang keluarga kita akan beranggapan bahawa amalan ini seperti membunuh zuriat? Ini tidak benar sama sekali, kerana kaedah mencegah kehamilan hanya digunakan untuk menggelakkan kehamilan berlaku, iaitu mencegah persenyawaan sperma dalam ovum. Islam membenarkan penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil oral kontraseptif, IUS, IUD, IUCD, implanon dan (yang paling kaum suami tak suka) kondom. Kaedah yang dinyatakan tidak memusnahkan sama sekali keupayaan untuk hamil dan melahirkan. Ada beberapa cara digunakan pada zaman Rasulullah yang menunjukkan mencegah kehamilan dibenarkan. Contohnya, ketika sahabat Rasulullah SAW, Jabir r.a., menyampaikan kepada Baginda mengenai amalan al-azl ['AZAL ( العزل )] atau coitus interruptus iaitu memancutkan air mani di luar vagina di kalangan sahabat, Baginda ternyata tidak menghalangnya.
عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَلَغَ ذَلِكَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَنْهَنَا
Ertinya: "Daripada Jabir r.a beliau berkata, Kami pernah melakukan Al-'Azal di zaman Rasulullah SAW dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda, tetapi Baginda tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut." (Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar berkongsi info......
coz my hubby mmg bajet nak anak max 3 org je..... ambil kira ekonomi n mcm2 la.....termasuk kesihatan diriku ini... ......nak kena menten solid katenye... |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri boleh membuat keputusan sendiri untuk menggunakan pencegah kehamilan walaupun tanpa persetujuan suami kerana ia adalah untuk kebaikan tubuh badan sendiri
betul ke pencegahan kehamilan tuh baik untuk diri sendiri...
baik yg macamana?...
aku pernah dengar ade pompuan makan ubat cegah kehamilan... haid die jadi tak teratur.. sampai setahun sekali je haid...
tu dah memudaratkan rasanya....
dan yg paling penting....
adakah boleh gunakan tanpa persetujuan suami.... kalo pasal inzal tuh mmg faham la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by keretapilaju at 25-11-2008 03:47 PM
sekadar berkongsi info......
coz my hubby mmg bajet nak anak max 3 org je..... ambil kira ekonomi n mcm2 la.....termasuk kesihatan diriku ini... ......nak kena menten solid katenye...
Puan, kawan saya, anak 13 orang. Elok sahaja dia maintain solid seperti yang diidamkan oleh seorang suami. Jika mo kata mukanya berkedut-kedut sebab banyak urat putus x juga. Bersih berseri je wajahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sdr/i
Originally posted by QAX at 27-11-2008 10:33 AM
betul ke pencegahan kehamilan tuh baik untuk diri sendiri...
baik yg macamana?...
aku pernah dengar ade pompuan makan ubat cegah kehamilan... haid die jadi tak teratur.. sampai setahun ...
kalau nak informasi yg boleh difahami boleh rujuk LPPKN
dan lagi satu mmg pun banyak sangat saya dengaq mitos dan statement kurang bijak, cetek dan 'jahil' actually yg dikeluarkan oleh mereka yg hanya dengaq cerita - cerita kawan , dan saya jelak dengan kedangkalan pemikiran seperti ini like org Islam terutamanya wanita ni macam tak mampu pergi kepada pihak yg wajib dan ada "Authority" yg depa asyik dengaq ialah cerita bodoh keluaran mak cik itu ini kawan but semuanya asal jahil daripda mengetahui apa itu contraceptive measures.
tapi bila berkaitan denngan sistem nilai iaitu agama
stu benda yg i think , menjadi isu ialah
1) BERDASARKAN pandangnan bahawa anak itu rezeki so jgn takut putus rezeki sebab anak ramai
2) prinsip mekanisme pencegah kehamilan itu sendiri yg i dengaq dulu - kalautak silap tak boleh kalau is MENGHALANG IMPLANTATION of zygot tu
ni i takcheck pun kat JAKIM
so tapi pada sayalah being parents ni sangat best kot , cute lovely beings ..cute eyes kot tapi pada saya KUALITI bukan kuantiti and yes ada komplikasi kalau kehamilan itu dikaitkan dengan risiko tinggi jika lebih daripada empat maksudnya anak kelima or kenanm nurse atau pakar obstetrik ( obstetrician ) akan oh mygodddd...gitu
then badan a lady pun...u imagine calcium dia , all the ligamen otot yg koyak u know saraf yg koyak u know all sorts ada gak lah ...so pada I ntah ..i tak dak anak lagi but i will think that contraception ada faedahnya cuma kita kena tahu
a) ada berapa jenis - banyak
b) gaya hidup kita - yg ni kena rinding dgn pakar kat sini ur knowledge penting .. i think kat sini ramai fail..takut kan budaya Kita takut , tak tahu tu dah sepasal , tak mahu usaha cari ilmu tu pun sepasal, masa PMR form 3 asyi asyik sensaikan jer bab ab yg ini tapi nilai satu pun tarak ...ni student kitalah [ maaf bebel]
c) kesan sampingan - like pulmonary embolim, weight gain ni
u all kena baca banyak buka asyik dok u know gossip memanjang
d) kaunseling
tu jer apa susah sangat ? tak kkan ? it's easylah
wassalam
[ Last edited by mbhcsf at 29-11-2008 01:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 hashimsamsul's post
salam,
Sdr/i
muka dia tak der kaitan kot rasanya dgn urat urat putus
lagi satu ni the problem dgn Malays language ni ,
urat tu maksudnya apa?
uarat saraf?
urat darah - vein / arteries?
ni lah ni BM kurang spesifik...vessels? blood vessels |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Jgnlah kita merancang rezeki yg Allah nak beri pada kita. Kalau kita merancang nak anak 3 org je, mungkin Allah bagi 2 atau satu jer, kalau kita merancang nak 1 org, Allah mungkin tak bagi langsung.
Anak itu rezeki & amanah Allah pada kita. Setiap anak yg Allah kurniakan, jgn dianggap sbg beban, sebaliknya nikmat rezeki pada kita. Tiap kali dpt anak baru, maka kita akan sentiasa berusaha & berkerja keras bagi menambah pendapatan keluarga.
Kalau dulu baru berkahwin duduk rumah sewa & naik motor cabuk ... dapat anak nombor 1, dpt beli kereta sendiri ... dapat anak nombor 2, dpt beli rumah sendiri & seterusnya.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 robotech\ catat
Jangan rancang rezeki? Habis tuh yang ko kerja sumer tuh tak rancang ke? Dok sj goyang kakilah kalo camtuh. Tunggu rezeki turun dr langit. Byk sebab utk rancang keluarga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|