CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3115|Reply: 4

minta pendapat mengenai tanah pusaka

[Copy link]
Post time 8-11-2008 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Mak Anjang nak minta sedikit pendapat dan pandangan dari forumist yang ada pengalaman atau pengetahuan tentang undang2 mengenai tanah pusaka.

Ceritanya begini,
Emak Mak Anjang ada 6 adik beradik perempuan.1 daripadanya adalah anak daripada isteri pertama Datuk Mak Anjang.
Arwah Datuk ada meninggalkan berekar2 tanah pusaka tapi tak semua dapat ditukarkan hak milik kepada anak2. Jadi, anak
isteri pertama Datuk yg Mak Anjang namakannya sebagai Makcik Z, telah jual semua tanah2 yg tak dipunyai oleh sesiapa ni
tanpa pengetahuan adik beradik yg lain.

Semasa pembahagian harta, tanah yg telah dijual oleh Makcik Z tidak disebutkan sekali. Adik2 Emak pun tak tahu fasal
penjualan tanah ni juga sbb hasil jualannya pun tidak dibahagikan sama rata oleh Makcik Z. Kira, makan sorang la...tu!

Nak dijadikan cerita, Emak Mak Anjang dapat tahu hal ni. Setelah membuat semakan di pejabat tanah, tanah tersebut
adalah tanah rezab melayu dan hakmiliknya masih di bawah nama Datuk Mak Anjang. Makcik Z dah jual tanah tu pada bangsa asing (A). Semasa jualan dilakukan mereka ada perjanjian, tanah tersebut telah dipajak oleh A selama 99 tahun
dari tahun 1972. Sekiranya tanah tersebut dijual kpda org lain dalam tempoh tersebut, maka Makcik Z hendaklah membayar
denda sebanyak 2 kali ganda dari harga tanah yg telah dipajakkan kepada A. Emak Mak Anjang cuba tuntut semula tanah tu
bagi pihak adik beradik yg lain dan cuba untuk menjualkannya kpd bumiputera secara sah.

Kini A telah tiada lagi maka, anaknya M yg mengambil alih mengerjakan hasil kebun di tanah tu. Untuk pengetahuan semua,
hasil siasatan Emak Mak Anjang dgn jiran2 berdekatan tanah tersebut, M tidak menetap di tanah tu. Di tanah tu pun hanya
ada sebuah pondok buruk beserta kandang kambing yang hanya ada 5, 6 ekor shj. Di pondok buruk tu pun didiami hanya
seorang lelaki tua yg kurang siuman yg dipercayai adalah pakcik M. Sedangkan, M dan keluarga telah tinggal di rumah murah
di taman berdekatan.

Kini  M telah menuntut ganti rugi melebihi dari denda yg sepatutnya atas alasan mereka tidak mempunyai tempat tinggal.Persoalannya,

1. Adakah M berhak menuntut lebih dari denda yg sepatutnya sedangkan M telah mengambil hasil kebun di tanah
tersebut bertahun2 lamanya dan M juga telah berbohong dengan mengatakan kononya, dia tidak mempunyai rumah utk tinggal sekiranya kami mengarahkan mereka mengosongkan tanah tersebut.

2. Apakah Emak dan adik2nya berhak menolak permintaan M yg tidak sepatutnya itu?

3. Emak dan adik2 telah bersetuju agar makcik Z bertanggungjawab membayar denda kerana dia telah menjualkan tanah
tersebut tanpa pengetahuan adik beradik yg lain. Sekiranya tuntutan M harus ditunaikan juga, patutkah emak dan adik2 turut
sama menambah dari bahagian mereka utk denda tersebut sedangkan nilai tanah tersebut adalah tidak seberapa?

[ Last edited by  mak_anjang at 10-11-2008 05:34 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 02:02 PM | Show all posts
x perlu byr ape2  pd M.nanti sy explain y.nak mkn sat
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 02:26 PM | Show all posts
1. Penjualan tanah pusaka tidak sah, sesuatu penjualan tanah mesti dilakukan oleh tuan tanah sendiri i.e Datuk u.

waris boleh menjual jika diberi LA oleh mahkamah kpd salah seorang waris yg saya pasti dlm kes u, tiada LA diberikan utk tanah tersebut.

2.Penjualan Malay reserved mesti disaksikan oleh DO/ADO, tidak sah tandatangan atas ape2 dokumen tanpa bersaksikan penjawat awam ini.

3.semua waris tidak perlu membayar ape2 yg dituntut oleh M kerana tiada perjanjian sah yg berlaku.

4.Saya nasihatkan semua waris membawa permohonan pusaka dilakukan secepat mgkn sblm ade m2 waris lain meninggal.kerana ini akan menyulitkan lg proses penukaran nama kelak.

tp sedih la, mak u ye ye nak tanah ni, utk dijual...ermmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 05:33 PM | Show all posts
Mak Anjang lupa nak bagitau, tanah tu emak Mak Anjang dah amik kuasa semula di pjbt tanah. Semua adik beradik dah menghadirkan diri masa hari bicara kuasa termasuk Makcik Z.

Waktu emak Mak Anjang nak buka fail tu di pjbt tanah, pihak pjbt tanah kata...tanah yg berkaitan dah pernah dibuka oleh Makcik Z.
Tapi Makcik Z tak buat apa2 masa buka fail tu. Maksudnya, dia tak amik kuasa dan tak buat pertukaran nama pun.

Jadi, bila emak Mak Anjang nak buka semula fail tu...pihak pjbt tanah suruh emak Mak Anjang refer ke fail yg mula2 sbb tak nak keliru. Proses seterusnya pun dah selesai sehinggalah dapat geran baru yg tertera semua nama adik beradik emak Mak Anjang termasuk nama Makcik Z.

Skang masa utk mengarahkan bangsa asing iaitu anak A, Si M tu keluar dari tanah tu pulak! Itulah masalah utama sbbnya Makcik Z dah buat sesuatu pd tanah tu dgn Si A.

Apa yg Mak Anjang dapat rumuskan. Masa Makcik Z mula2 buka fail tanah tu dia dah serahkan pada peguam Si A tanpa pengetahuan adik beradik yang lain. Bila fasal ni berbangkit, Makcik Z kata, geran tu dah hilang. Walhal, geran tu ada pada peguam Si A.

Mcm persoalan diatas lah...

1. Si M tuntut gantirugi sbb nak suruh dia keluar dari tanah tu.   Patut atau tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 08:28 PM | Show all posts

Alahai...

Originally posted by mak_anjang at 8-11-2008 12:55
Assalamualaikum,

Mak Anjang nak minta sedikit pendapat dan pandangan dari forumist yang ada pengalaman atau pengetahuan tentang undang2 mengenai tanah pusaka.

Ceritanya begini,
Emak Mak A ...




Pendek kata dari aku menda ni kalau takde hitam putih susah mau menang... Aku bagi contoh camni lar...

1. Tanah si A telah dijual kepada si B... Tapi nama pemilik gerannya masih si A... Kalau si A jahat dia boleh kata yang dia tak pernah pong jual tanah dekat si B... Lebih teruk kalau masa urusan jual beli tu takde saksi...

2. Kalau ada saksi sekali pong hapa bukti yang ada...? Paling tidak si B sepatutnya boleh buat surat menandakan berlakunya urusan jual beli tu beserta dengan tandaTangan saksi sekali...

3. Jika si A tidak mahu dan berdolak dalik adalah lebih baik tidak diteruskan ajer urusniaga tersebot... Bukan tidak percaya walaupong percaya tapi adalah lebih bijak jika beringat sebelom kena...


Jadi kesimpolannya... Pepe urusan sekalipong pastikan ada hitam putih... Tidak semestinya surat rasmi... Cukop untuk sebagai rujukan dimasa hadapan... Lebih bagos jika ada disertakan saksi sekali... Bagi lar alasan hapa pong... Diwasiatkan ke... Pajak ke... Tolong jaga selama 50 tahun ke... Kalau takde hitam putih susah wooo mau menang kes... Memang banyak kes camni berlaku terutama sekali bila melibatkan harta pusaka...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.711275 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list