CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16914|Reply: 51

KIA Rondo

[Copy link]
Post time 1-11-2008 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Kia Rondo cetus fenomena baru

Oleh AMRAN AHMAD





PENULIS adalah orang yang sama yang memandu uji kenderaan pelbagai guna (MPV) nasional pertama, Naza Ria dan Naza Citra keluaran Naza Kia Sdn. Bhd., terbaru Kia Rondo dalam segmen Crossover Utility Vehicle (CUV) yang turut digelar sebagai CitraII.

Kesimpulan awal yang boleh dikatakan mengenai saiz kenderaan-kenderaan tujuh tempat duduk ini ialah Kia Rondo yang boleh dimiliki dari harga serendah RM84,888 sebuah adalah lebih besar dibandingkan dengan Naza Citra tetapi lebih kecil berbanding Naza Ria.

Harga atas jalan bagi Naza Citra yang dilancarkan pada tahun 2005 pada masa ini pula ialah dari serendah RM79,888 sebuah dan Naza Ria yang dilancarkan pada tahun 2003 ialah dari RM103,888 sebuah.

Berbalik kepada sesi uji pandu Kia Rondo yang dijalankan semasa musim perayaan, penulis ‘sibuk’ melayan pertanyaan oleh sanak saudara dan rakan-rakan yang tertarik dengan reka bentuk luaran yang rata-rata disifatkan sebagai bergaya dan unik berbanding kenderaan-kenderaan dalam segmen yang sama di negara ini.

Apabila mengetahui harganya pula, ramai yang membuat kesimpulan sebagai versi CitraII ini berbaloi dan memberi nilai kepada pembelian kenderaan untuk seisi keluarga.

Bagi penulis pula, Kia Rondo ini akan mencetuskan fenomena baru dalam kegilaan masyarakat hari ini terutama keluarga muda dan kecil yang begitu meminati MPV atau CUV untuk kenderaan seisi keluarga terutama untuk tujuan balik kampung dan perjalanan ketika bercuti.

Sekali pandang, Kia Rondo yang boleh mengisi minyak sehingga 55 liter atau RM126 untuk tangki penuh enjin 2.0 liter itu amat sesuai untuk golongan muda yang baru memulakan kehidupan berkeluarga.

Sesuai dengan maksud ‘Rondo' yang membawa maksud irama muzik indah, CUV itu menawarkan reka bentuk menarik untuk selera orang muda yang gemarkan bentuk dinamik lagi sporty.

Selain reka bentuk yang kontemporari dan bergaya, pelanggan juga memiliki empat pilihan warna untuk Kia Rondo antaranya fine silver, black cherry, urban grey dan volcanic red mengikut selera serta gaya hidup masing-masing.

Melihat dari luar sahaja sudah membuat penulis berangan-angan seketika, membuatkan rasa tidak sabar pula untuk meninjau bahagian dalaman Kia Rondo sebelum menghidupkan enjin.

Bagaikan terpukau apabila penulis melihat bahagian dalaman yang agak luas dengan kemampuan memuatkan antara enam hingga tujuh orang mengikut saiz badan.

Warna kerusi hitam dari jenis Duoble Raschel Mesh dan reka bentuk yang menarik menerusi rekaan futuristik dan terkini jelas mengikut selera orang muda yang masih mahu ranggi bersama keluarga kecil.

Aspek keselamatan juga dipastikan yang terbaik di samping keluasan yang cukup memuaskan untuk tujuh penumpang dewasa di samping adanya pelbagai ruang yang sesuai untuk diletakkan sebarang makanan, minuman atau aksesori diri seperti cermin mata dan cakera padat.

Tanpa membuang masa, terus sahaja penulis, yang turut membawa ibu serta isteri dan ahli keluarga lain dalam sesi uji pandu CUV itu menghidupkan enjin Kia Rondo dan meredah Lebuh Raya Utara Selatan dengan tujuan untuk pulang berhari raya selain menguji kemampuan enjin kenderaan terbaru Naza Kia itu.

Lancar, bertenaga dan menyakinkan, itulah tiga perkataan yang penulis rasa terbaik untuk menggambarkan pengalaman memandu Kia Rondo yang agak menjimatkan walaupun menggunakan petrol sebagai bahan api.

Walaupun memecut sehingga 160 kilometer sejam, penulis merasakan seperti memandu kereta-kereta mewah lain kerana ujian pemanduan berjalan lancar tanpa sebarang getaran pada badan ataupun stereng kereta, kecuali terpaksa membrek kerana kenderaan di hadapan memandu di lorong yang salah.

Sesekali penulis mencuba masuk ke jalan berlopak dan berlubang untuk mencuba sistem penyerap hentakan dan ternyata, lubang atau lopak yang terbentuk di jalan raya itu tidak mendatangkan kesan untuk membuatkan penumpang mahupun pemandu berasa terganggu atau bergoyang.

Memandangkan uji pandu ini memakan masa beberapa hari, penulis sempat membawa bersama sanak-saudara untuk berjalan-jalan menggunakan Kia Rondo di sekitar Alor Setar, Kedah dan secara ikhlas mereka turut menyuarakan hasrat untuk memiliki CUV itu yakin ia memenuhi keselesaan keluarga.

Kia Rondo dilengkapi pelbagai aksesori terkini antaranya sensor belakang, dua speaker di bahagian hadapan serta dua lagi di bahagian belakang, child lock, rim aloi 15 inci, dua beg udara serta sistem brek antikunci (ABS) standard dengan pengedaran kuasa brek elektronik (EBD).

Ia menawarkan enjin 2.0 aci sesondol berkembar (DOHC) CVVT serta stereng berkuasa.






aku kalu nampak rondo aje.........tingat  RONDO CINTA KITA....    cissssssss  jiwang ler pulok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 08:19 AM | Show all posts
skg ni org carik keter yg sepp minyak je...sbb G ckp tak supe bikin...kuang3
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 09:16 AM | Show all posts
.....pengalaman aku try naza citra memang best bawak...tapi minyak memang kuat ler...2.0....yang rondo nie tak tahulah...

macam golongan pertengahan aku rasa enjin 1.3/1.5/1.6 utk mpv memang ok dah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 09:21 AM | Show all posts

Reply #3 mycos79's post

pilihan limited sangat range tu

1.3-1.6 err... toyota avanza dan nissan grand livina..

ada lagi ker dlm kategori ni

kalau markup 1.8 boleh dapat wish, tapi ini dah bukan kelas menengah dah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 09:23 AM | Show all posts

Reply #4 sixfullbar's post

plus proton mpv 1.6 cps...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 09:35 AM | Show all posts
den ni masaelahnya bukan anak ramai..tapi klu blk kg..beg sorang 2..sampaikan seat blkg pun penuh beg..tu baru 2 org tu..klu beg anak plak camne..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #6 orangdalam's post

mpv pong sesuai utk apa saja(multi-purpose vehicle)...mpv blh selesaikan masalah OD...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 10:15 AM | Show all posts

Reply #6 orangdalam's post

OD beli lori 1 tan pun ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by BlackScorpian at 1-11-2008 10:15 AM
OD beli lori 1 tan pun ok...


tgh timbang2 gak tu..kot tpt yang den nak poie tu takdo mesin basuh..boleh hangkut siap2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by mycos79 at 1-11-2008 10:00 AM
mpv pong sesuai utk apa saja(multi-purpose vehicle)...mpv blh selesaikan masalah OD...


tenkiu2..jasamu dikenang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 10:29 AM | Show all posts
den dah jumpo yg sesuai..





ni kalau tak muat gak beg2 pakaian den tak taula..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 10:32 AM | Show all posts
ramai plak nak tumpang kia rondo den..naik..naik..naik..! belakang tu banyak kosong!

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 10:35 AM | Show all posts

Reply #12 orangdalam's post

meriah betoi....pastinya semua orang kasi jalan dulu nie...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by mycos79 at 1-11-2008 10:35 AM
meriah betoi....pastinya semua orang kasi jalan dulu nie...


kalau sapo bagi hi beam pun den tak pasan..
kalau bagi hon mcmla den dgr..
kalau tunjuk fak mcmla den nampak..
hahaha pueh ati den!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 10:56 AM | Show all posts

Balas #12 orangdalam\ catat

OD...den nak tumpang Bapak Buldozer ni buleh??...duk kat tangga pun boleh la....buleh kan OD...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 11:06 AM | Show all posts
spt biasa, keta2 korea ni mmg sedap dipandu sbb cc besar & body berat, tp minyak pun lebih la.
3rd row seat lbh selesa utk org dewasa ........tak mcm abanza, wish & livina yg sesuai utk kanak2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 1-11-2008 10:56 AM
OD...den nak tumpang Bapak Buldozer ni buleh??...duk kat tangga pun boleh la....buleh kan OD...


kat tangga takleh..nampak mcm bas mini plak lori den..ko duk kat belakang..nanti den nak turunkan ko den angkat yo blkg tu..turunla ko umpama buah2 oren tegolek2 jatuh dr raknya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 03:53 AM | Show all posts
RONDO ni dlm bahase jawa JANDA kan?
KIA JANDA @ KIAH JANDA....    
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 06:16 AM | Show all posts

Reply #18 zaipen's post

khas utk janda kot...janda berhias...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:03 AM | Show all posts
harga hampir sama dengan mini MPV paling top di mesia abad ini... grand livina...

so, perlawanan yg hebat tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067493 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list