CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3766|Reply: 24

PENAMATAN KONTRAK KAKITANGAN AWAM

[Copy link]
Post time 24-10-2008 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Nasib 50,000 pekerja kontrak jadi persoalan

KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada kira-kira 50,000 kakitangan awam yang sedang berkhidmat secara kontrak mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontraknya disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan untuk menamatkan perkhidmatan mereka, kerana kerajaan dilihat masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat sehingga lebih 20 tahun.
"Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap," kata Omar

Dipetik : Kosmo 24/10/2008



JABATAN PERKHIDMATAN AWAM :

1-UNTUK MAKLUMAN SEMUA, TIDAK ADA PENAMATAN PERKHIDMATAN KONTRAK OLEH PIHAK KERAJAAN.

2-DATA YANG DIBERIKAN OLEH ENCIK OMAR OSMAN IAITU SERAMAI 50,OOO ORANG ADALAH SALAH.

3-JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TIDAK MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENAMATKAN PERKHIDMATAN KONTRAK, PENAMATAN KONTRAK DILAKUKAN OLEH KETUA JABATAN TEMPAT INDIVIDU TERSEBUT BERTUGAS.

UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI :

Jabatan Perkhidmatan Awam, Blok C1 & C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya

No Tel : 03-8885 3000/4000


Yang Benar,
Wakil JPA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 09:08 AM | Show all posts
tula...cuak aku....adeh..sib baik ade penjelasan di atas....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:09 AM | Show all posts
pulakkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:32 AM | Show all posts
buat aku nak terkencing je semalam
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:34 AM | Show all posts
nape gov tak nak bagi tetap je kat kitaorg yang kontrak nie letih tau nak kontrak nie nak buat loan moto pon fikir panjang
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:39 AM | Show all posts
weihh!aku lagi juak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2008 09:40 AM | Show all posts
dengan penjelasan ni,xde la org ramai takut nak bekerja ngan gomen.
iya la ingat kan kalau kerja ngan gomen more secure.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:53 AM | Show all posts

hhh

Tu la..aku pun dah 5 tahun kontrak tapi takde apa apa berita lagi.... dengar cerita kontrak aku dah nak ditamatkan..rungsing gak tak tau nak wat ape dalam sebulan 2 ni..tapi nasib abik la tak kawin lagi..kalau tak parah...kenapa susah sangat nak dapat keja tetap ni... sepatutnya kami yang kerja kontrak ni la yg dipermudahkan.... tapi aku cuba gak tanya  pegawai sumber manusia berkenaan perkara ini diorang cakap mereka perlu pekerja yang mempunyai tahap pendiidikan tertinggi makna kalau ada degree kelayakan utk kerja kerajaan hendaklah 3.00 pointer keatas. tapi aku heran gak kenapa dulu diaorang ambik kami ni kalau tak layak.... aku walaupun ada degree aku kerja sebagai pegawai berekelulusan STPM je.. aku tak kisah janji dapat diserapkan ke jawatan tetap.... . macamna nak buat ni ye... apa pandangan korang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 09:57 AM | Show all posts

Balas #8 tempur\ catat

pergi buat kerja... jangan asyik nak berforum... macam mana nak dapat post tetap......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 02:13 PM | Show all posts
Kakitangan kontrak diminta semak terma lantikan kerja

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak diminta menyemak semula terma dan syarat pelantikan sebelum menyalahkan mana-mana pihak sekiranya perkhidmatan mereka ditamatkan.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata, golongan kakitangan awam berkenaan perlu mempunyai persediaan sejak dari awal bahawa perkhidmatan mereka mungkin tidak diperlukan lagi bila-bila masa.
''Mereka tidak boleh andaikan bahawa kontrak kerja yang diperoleh itu membolehkan mereka berkhidmat dengan kerajaan untuk selama-lamanya sebaliknya perlu memahami ia hanya sah untuk tempoh tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman hari ini dilaporkan Bernama sebagai berkata, kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan.
Menurut Omar, golongan tersebut ialah kakitangan yang kontrak disambung dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar menambah, CUEPACS tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan itu.
Ismail berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa kekangan kewangan menjadi salah satu punca kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak tidak disambung kontrak mereka.
''Bagaimanapun, kita harus faham bahawa golongan kakitangan awam berkenaan bekerja dengan pelbagai kementerian, jabatan, agensi, universiti dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
''Organisasi-organisasi yang berbeza mempunyai sebab tersendiri kenapa kontrak seseorang pekerja tidak disambung malah kakitangan awam tetap juga boleh diberhentikan kerja atas sebab-sebab tertentu,'' jelasnya.
Menurut beliau, pihaknya akan membantu kakitangan awam yang terbabit untuk mendapatkan kerja baru melalui bantuan daripada Kementerian Sumber Manusia.
''Selain itu, kami akan bertanggungjawab dan membayar pampasan kepada kakitangan awam terlibat jika perkhidmatan mereka ditamatkan sebelum tempoh kontrak tamat,'' ujarnya.


Dipetik : Utusan 24/10/2008
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 04:48 PM | Show all posts
  sedihnya ku bace.mcm mane klau perkara ni betul2 berlaku. ari tu intw dhlah calon simpanan je
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:06 PM | Show all posts
ngeri jugak keje kontrak gomen ni..igtkan keje kontrak swasta je.hehee...baik kje swasta je..gaji lg beso.experience lg bergunaa :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:53 PM | Show all posts
ko org tak faham ker betullah JPA tak ada kaitan JPA ada kaitan ngan kakitangan tetap jer, problem sekarang tak ada duit jabatan lah yg tamat kan contract dia org dah tak da peruntukan, bukannya pekerja kontrak nih di lantik oleh JPA memang la JPA tiada kaitan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:27 AM | Show all posts
perlu risau ke?  rasanya kerajaan bn mesti akan cuba pertahankan sumber undi mereka  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:32 AM | Show all posts

Balas #14 Gemukkkkkkk\ catat

pilihanraya lambat lagi la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:55 AM | Show all posts
emm, tahun depan kan ada satu 'pilihanraya'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2008 12:31 PM | Show all posts
selamat mencari keje baru kepada semua kakitangan kontrak.hehehe...sediakan payung sblom ujan...kalo dah dia warn mcm tu...kerajaan mmg dah takde duit ni...mcm tempat aku..dia nk spend for overhaul putrajaya network..nk beli device yang cikai2 je..tak nk beli ygn mahal2..yg stabil..entahlahh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 03:55 PM | Show all posts

Balas #7 miss^kimchi\ catat

ha'ah...betoi tu...
pasni leh teruskan apply koje gomen lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 04:00 PM | Show all posts

Balas #8 tempur\ catat

tempur....awak keje post ape?

takpe bykkan bersabar...

kekadang tu tak paham gak ngan polisi kerajaan nie...nak yg pointer 3 ke atas je...mcmla yg pointer tinggi tu pandai bebenor wat keje...:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 12:22 PM | Show all posts
SPA gampang tu mmg nak 3.0 jee
kerana senang keje depa malas nk sorting teruk2
lagipun ramai gila pemohon so mmg berdsr nasib laa
korang dpt panggilan ke x


regards
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.090970 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list