View: 15704|Reply: 86
|
berita industri automotive malaysia
[Copy link]
|
|
Thread ini dibuka khas utk memberikan perkembangan semasa tentang industri/business/ekonomi automotive di Malaysia secara umum. Thread ilmiah ini ya para sahabat sekelian Tepeklah ya, tapi pastikan sumber berita/rencana dijelaskan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sumber: Utusan Malaysia, 22 Oct. 2008
Auto ConneXion yakin Freelander 2 diminati ramai
Land Rover Freelander 2.2 Td4 ditawarkan pada harga RM272,000 sebuah.
--------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA 21 Okt. |
|
|
|
|
|
|
|
sumber: Utusan Malaysia, 22 Oct. 2008
Naza Prestige Bikes sasar jual 200 Harley-Davidson setahun
Oleh AMRAN AHMAD
PETALING JAYA 21 Okt. - Kumpulan Naza menerusi anak syarikatnya Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. (Naza Prestige Bikes) yang memegang francais pengedaran Harley-Davidson di negara ini melabur RM10 juta bagi membuka bilik pameran dan jualan motosikal berkuasa besar itu kawasan seluas 20,000 kaki persegi di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif Naza Prestige Bikes, S. M. Faisal Tan Sri S. M. Nasimuddin berkata, pelaburan itu adalah sejajar dengan komitmen kumpulan untuk mendekatkan lagi jenama Harley-Davidson di kalangan warga tempatan terutama remaja yang mula berjinak-jinak dengan sukan motosikal berkuasa besar.
"Memang kami menyasar untuk menjual antara 150 hingga 200 motosikal Harley-Davidson setahun, namun apa yang lebih penting ialah jenama motosikal ini semakin diminati menerusi pembukaan bilik pameran yang berprestij ini," katanya selepas merasmikan Harley-Davidson of Kuala Lumpur itu, malam semalam.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Rantau Asia, Harley-Davidson Asia Inc., Frank R. Albrecht bersama adik-beradik S. M. Faisal yang lain termasuk ibunya yang juga Pengarah Kumpulan Naza, Puan Seri Zaleha Ismail.
Puluhan pemilik motosikal Harley-Davidson turut memeriahkan majlis perasmian Harley-Davidson of Kuala Lumpur itu yang dibina mengikut standard antarabangsa Harley-Davidson Motor Company di Amerika Syarikat.
Mengulas lanjut, S. M. Faisal berkata, bilik pameran berkenaan dilengkapi dengan semua rangkaian produk dan model Harley-Davidson terutama aksesori jenama motosikal berkenaan yang menjadikannya sebagai pusat sehenti kepada peminat Harley-Davidson.
"Bagi memberi keselesaan kepada pelanggan, kami juga memasang penghawa dingin di pusat servis ini agar pemilik bukan sahaja dapat menyelenggara motosikal malahan turut berkumpul bersama rakan-rakan sambil minum dan makan di sini," katanya.
[ Last edited by zzcbr at 22-10-2008 10:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Utusan Malaysia, 22 Oct. 2008
Proton perkenal teksi Saga baru guna NGV
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Proton Holdings Bhd. (Proton) bercadang untuk memperkenalkan teksi Proton Saga baru yang dilengkapi dengan kemudahan kenderaan gas asli (NGV) pada Disember ini.
Menurut kenyataan Proton, ia akan melibatkan 400 unit Proton Saga baru yang akan dijadikan sebagai teksi untuk digunakan di negara ini dan akan dihantar secara berperingkat-peringkat.
''Sehingga kini, 900 unit kereta Proton telah ditempah untuk dijadikan teksi dan 500 unit daripadanya adalah daripada Proton Saga baru,'' katanya dalam kenyataan sempena penghantaran pertama Proton Saga baru kepada empat buah konsortium teksi, di sini hari ini.
Penghantaran pertama ini membabitkan sebanyak 100 unit daripada 500 unit Proton Saga baru itu.
Empat syarikat tersebut ialah Public Cab Sdn. Bhd., KCM Fleet Sdn. Bhd., Avenue Drive (M) Sdn. Bhd. dan Perniagaan Lima Sejati Sdn. Bhd.
Bagaimanapun, bagi penghantaran pertama ini, ia melibatkan Proton Saga baru yang tidak dilengkapi NGV.
Majlis penghantaran peringkat pertama itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Mohamad Shukor Ibrahim dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran.
Kenyataan itu menjelaskan, teksi Proton Saga baru itu memiliki kelebihan daripada segi kuasa enjinnya yang dipertingkatkan kepada 1.6 liter Campro berbanding 1.3 liter Campro bagi Proton Saga baru yang digunakan oleh pengguna lain.
Dalam pada itu, ia juga dilengkapi dengan sistem penggera dan kuasa stereng.
Selain Saga baru, kereta Proton telah digunakan sebagai teksi di negara ini daripada model Perdana, Waja, Wira dan Iswara.
[ Last edited by zzcbr at 22-10-2008 10:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Berita Harian, 22 Oct. 2008
4 konsortium teksi guna Proton Saga
PROTON Edar Sdn Bhd semalam menyerahkan kumpulan pertama teksi daripada model Proton Saga kepada empat konsortium teksi iaitu Public Cab Sdn Bhd, KCM Fleet Sdn Bhd, Avenue Drive (M) Sdn Bhd dan Perniagaan Lima Sejati Sdn Bhd.
Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Ketua Eksekutifnya, Mohamad Shukor Ibrahim di Kompleks Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, sambil disaksikan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran.
Mohamad Shukor berkata, syarikat itu amat gembira dengan sokongan berterusan yang ditunjukkan syarikat teksi di Malaysia yang memilih produk Proton.
揚roton Saga disediakan dengan baik bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang dijangkakan daripada teksi, di samping menyediakan keselesaan serta keselamatan kepada pelanggan, |
|
|
|
|
|
|
|
wow....rajin nyer zz.... |
|
|
|
|
|
|
|
ekonomi slow...Audi buang pekerja dah....
German premium automaker Audi is the latest firm to announce job cuts due to the market slowdown. The company announced on Tuesday that it will terminate the contracts of 40 of its 200-strong temporary workforce at its plant in Gyor, Hungary, in November. The Hungarian unit not only assembles the TT and A3 Cabriolet models but is also one of the chief engine suppliers to both the Audi and Volkswagen Groups. -Continued
Audi's Hungarian spokesman Peter Lore told Reuters that the company had to react to the situation brought on by the financial crisis. Despite the cuts though, Lore said that the Hungarian plant is still expected to exceed last year's results by producing over 1.9 million engines as well as more than 60,000 new cars this year. |
|
|
|
|
|
|
|
sumber: Bernama, 21 oct. 2008
Japan, Asean FTA to take effect on Dec 1
TOKYO, Oct 21 |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh...ini baru ler kena dgn keje aku sebagai wartawan tabloid kat forum nih...berita pasal pompuan cun melecun takleh tampal gak ke?? bukan apa...sebagai penarik...boring gak kalo baca paper kalo takde iklan yg menjolok mate.... |
|
|
|
|
|
|
|
Civic Hybrid To Cost Between RM125,000 to RM130,000: Honda Malaysia Increases Sales Target for Civic Hybrid
Petaling Jaya, October 20, 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
boringnyer baca brita jer... cam skema jer
letak ler gambo |
|
|
|
|
|
|
|
Lagenda Nissan gtr dlm national geographic's....
If you happen to have, oh well, let's say around... 47 minutes to spare, then we suggest you skip the jump to watch this video documentary from National Geographic on the new Nissan GT-R as well as on its legendary predecessors. The film covers the history, the design process and all of the development stages from the moment Nissan's CEO Carlos Ghosn gave the order to build the supercar until its official revelation at the 2007 Tokyo Motor Show
http://www.viddler.com/explore/NAGTROC/videos/17/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|