View: 10413|Reply: 29
|
TANDAS KAT MALAYSIA BANYAK YG TAK BERSIH
[Copy link]
|
|
ASSALAMUALAIKUM...
den tak tau topik ni dah ada ke belum...
kalau dah ada, minta maaf lah..minta mod jalankan tugas yer...ampun dari den sempena hari raya ni...
Kebanyakan den dah masuk tandas banyak yang tak bersih dari bersih. Yang bersih boleh dibilang dengan jari.
Contoh paling jelas..kat stesen minyak, gerai2 ,restoran makanan,surau/masjid dan jetty.
Kebanyakkan tandasnya amat kotor, jijik dan membuatkan den muntah dan tak sanggup nak guna.
TANDAS YANG DEN AKUI BERSIH IALAH KAT PLUS DAN SURAU/MASJID TERTENTU JER...
den tak tau apa masalahnya..kenapa orang kita begitu kurang dlm bab penjagaan tandas ni.....
KADANG2 DEN TERPK..KALAU LER DEN NI BANYAK DUIT NAK JER DEN TOLONG GAJIKAN PEKERJA UTK MENJAGA KEBERSIHAN TANDAS TU. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi yang den tak puas hati...den ni orang langkawi...jadi mestilah selalu balik kg kan...
tiap kali den balik ikut jetty kuala perlis...
ya ampun tandasnya teramatlah jijik, teruk dan yarkkk..tak sanggup nak citer..nanti muntah den....
bayangkan belum masuk tandas lagi dah boleh bau busuknya....
dulu masa 3-4 tahun lepas, tandas kat jetty kuala perlis ni memang kebersihannya terjaga..masa tu ada pekerja dan kena bayar....
tapi den tau, ramai pengguna tandas tak kisah kena bayar..janji tandas bersih...den pun suka camtu....
tapi sekarang ni memang dah tak perlu bayar..maka sebab tu lar kot tandasnya kotor yang amat...
DEN PELIK, KENAPA PIHAK BERTANGGUNGJAWA KAT JETTY KUALA PERLIS TAKNAK GAJIKAN PEKERJA JAGA TANDAS DAN SURAU TU....SURAUNYA PUN LANGSUNG TAK BERSIH..BERBAU DAN KOTOR....
BUKANKAN RAMAI PELANCONG YANG NAK KE LANGKAWI AKAN MENGGUNAKAN TANDAS DAN SURAU KAT JETTY TU...
MESTI DORANG AKAN TERPK SEBAGAIMANA APA YANG DEN PK...TANDAS KAT MALAYSIA BEGITU TERUK |
|
|
|
|
|
|
|
tuh la pasal..tandas kalu free, leh gak di renung2kan kenape kotor tapi yang dikenakan bayaran setinggi 50sen pon kotor..aku kalu nak gi toilet, lebih suke gi kat shopping complex (ade gak shopping complex yang tandas diorang kotor)..so far toilet shopping complex macam kat klcc, pavilion, midv sangat bersih tapi aku tak sure plak pertama complex, kotaraya dan seangkatan dengannye sbb aku tak masuk shopping complex tuh..
kalu bukan kat area shopping complex, aku masuk toilet kfc atau mcd..
kesimpulannye kebanyakkan tandas awam kat malaysia nih mmg tahap kotor ya amat..aku kagum dengan toilet kat singapore..(walopon tandas diorang susah nak jumpe air paip tapi sangat bersih..) |
|
|
|
|
|
|
|
Memang kebanyakan tandas awam kat M'sia ni kotor, sepatutnya pennguna tandas awam kenalah bersihkan lepas habis diguna jangan anggap kita dah bayar 50 sen kita tak payah nak flash, kena fikir pasal pengguna lain. Kadang kadang kesian ngan pencuci tandas ni, dah le gaji tak seberapa nak kena buat kerja yang kotor ni pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
boss aku kemana beliau pg beliau bwk berus jamban dlm kete.. tandas mane yg beliau msk kotor.. beliau cucikan... |
|
|
|
|
|
|
|
memang kebanyakkan tandas yang tak berbayar di Msia ni sangat kotor & menjijikan..
biasa tandas yang bersih kat shopping complex mcm Jusco, Tesco..memang bersih siap tukang cuci tu mmg dok dlm tandas tu bersihkan tandas setiap masa, tak heran pon memang bersih wangi ajer...kat lapangan terbang pon biasa tandas sangat bersih....
pandangan peribadi, tak kisah pon nak bayar 30sen janji tandas tu bersih & selesa digunakan
|
|
|
|
|
|
|
|
tandas kt klia bersih..free lak tu...wangi jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tak suke toilet awam x tahan busuk kotor dan banyak kuman. Kalau nak keluar aku selalu budget timing nak buang air dan banyak mane minum. Bile dah balik rumah cepat cepat aku salin pakaian dan basuh kalau rajin aku letak sikit dettol. |
|
|
|
|
|
|
|
selain toilet, rakyat malaysia mmg pengotor...
habit entah mana amik ntah... suka buang sampah merata esp dari tingkap kereta
aku kerja kat syarikat international, bila org luar datang aku yg naik malu ...
takkan nak harap tukang cuci jamban atau tukang cuci/pungut sampah utk jaga kebersihan
pendidikan kebersihan perlu dididik dari rumah... kalau mak bapak tak ajar anak flush jamban dari zaman baby lagi, mmg la akan terbawak2 sampai ke tua... dah tu, tak reti nak ajar anak utk gilir2 cuci jamban kat rumah.... euwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Natef 2008 sasar tandas awam kotor sifar
UTUSAN MALAYSIA
SEREMBAN 15 Okt. - Ekspo dan Forum Tandas Kebangsaan (Natef) 2008 yang berlangsung di Klana Resort, Seremban pada 11 hingga 13 November ini akan mencari rumusan bagi mencapai tahap tandas kotor sifar di negara ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, matlamat Natef ialah untuk menjadikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini dapat direalisasikan sepenuhnya.
''Tujuan Natef diadakan antaranya mewujudkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya memelihara kualiti dan kebersihan tandas untuk kehidupan yang lebih sihat,'' katanya di sini hari ini.
Natef 2008 itu merupakan program ketiga selepas ia diadakan di Selangor pada 2006 dan Sarawak pada 2007.
Sebanyak 21 tapak akan disediakan pada ekspo berkenaan dan pihaknya menjangkakan lebih 500 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai Natef 2008 itu.
Para peserta Natef terdiri daripada wakil-wakil pihak berkuasa tempatan seluruh negara, badan-badan antarabangsa serta agensi-agensi kerajaan.
Menurut Abd. Halim, pada Natef 2008 itu juga, pihaknya akan mempamerkan rekaan tandas terbaru, teknologi dan perkhidmatan terkini di negara ini.
Apa yang lebih penting, kata beliau, ialah menyediakan satu platform bagi golongan profesional untuk berkongsi dan bertukar idea mengenai reka bentuk produk dan perkhidmatan tandas yang lebih berkualiti.
Katanya, selain diadakan ekspo dan forum, Natef 2008 juga menyediakan kursus kebersihan tandas dan pertandingan mewarna.
''Para peserta juga akan dibawa melawat ke tandas awam, Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Taman Ular di Ulu Bendol dan Istana Seri Menanti," katanya.
Selain itu, beliau memberitahu, ceramah Natef 2008 turut disampaikan oleh para pakar dalam bidang itu antaranya dari Jepun, Australia, China, Korea Selatan, Nepal, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.
Katanya, dengan slogan 'Tandas Kotor Sifar, Komitmen Kita!' itu, pihaknya berharap Natef 2008 akan mencapai matlamat yang mana hasilnya sekali gus diimplimentasikan di seluruh peringkat pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan seluruh negara.
''Kita menjemput orang ramai ke Natef 2008 dengan harapan mereka mendapat pendedahan terhadap kepentingan menjaga kebersihan tandas," katanya.
Natef 2008 akan dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Ia dianjurkan bersama oleh kementerian berkenaan, kerajaan negeri, MPS dan Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM).
sesama kita tungu & tengok apa hasilnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tandas kita kotor kerana rakyat malaysia pengotor.Terima lah kenyataan ini.Cuba pergi ke negara2 barat.Tandas dia org siap boleh tidur lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini buat projek hisap dadah dalam tandas boleh la. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 toilet yg berbaya pon koto jugek
sanggup tahan kencing sbb geli sgt..bau hancing |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|