Masa itu aku masih kecil,
Dunia terlalu kecil pada aku,
Aku cuma pernah lihat
Bukit-bukau, sungai jernih,
Anak batu, pasir halus,
Rumput hijau, pokok rendang,
Aku cuma pernah dengar,
dentum guruh, titisan hujan,
sungai mengalir, tujahan air terjun,
kicau burung, deruman serangga,
Masa kini aku dewasa,
Dunia masih bulat dan semakin singkat,
Aku pun melihat realiti,
kulit haram, besi bergerak,
gunung ciptaan manusia,
Raksasa jentera,ledakan asap,
Aku juga mendegar,
lagu bingit, lagu leleh,
ngauman enjin dan segala propaganda. |