CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98398|Reply: 342

Johor Darul Takzim FC

[Copy link]
Post time 11-8-2008 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Kelab Bolasepak Johor FC (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 dibawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.
Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana II pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana II dalam tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana I pada tahun 2002 dan 2003.

http://www.johorfc.net/

since aku adalah penyokong gundek JOHOR FC
aku adalah berasa terkilan kerana tader benang khas utk JOHOR FC..

so far tgk prestasi Johor FC amat memberangsangkan..
mampu menjadi giant killer..

way to go JOHOR FC
orangeeee...
:pompom:

[ Last edited by  tulip.purple at 20-1-2009 09:01 AM ] Last edited by tulip.purple on 29-10-2013 01:15 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2008 09:14 AM | Show all posts


nak jadi penyokong Johor FC gak...........

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #2 buDak_gaTaL's post

meh ler..
jgn memalu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:53 AM | Show all posts
aku pun sokong....

pasukan kelab paling stabil.... walau prestasi sederhana...............

tp dh layak separuh akhir pun kira ok..... klhkn selangor.......:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:56 AM | Show all posts
go JFC go..u ken do it..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by tulip.purple at 11-8-2008 09:01
Kelab Bolasepak Johor FC (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 dibawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB d ...



maju JOHOR FC!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2008 11:14 AM | Show all posts

Reply #4 itik_magic's post

yeah..

slps membuat 'kejutan' mengalahkan UPB-Myteam, harap JFC dapat wat kejutan kalahkan S'gor plak..

**sbnr nya aku x tekejut pun myteam kalah ngan JFC
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:53 PM | Show all posts

Reply #7 tulip.purple's post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2008 08:50 AM | Show all posts

Dari Berita Harian..

Safee mahu tamat kemarau
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
[email protected]

TEKAD: Safee mahu tamat kemarau gol.

Tak jaring gol 6 perlawanan

KETANDUSAN jaringan sejak enam perlawanan lalu, meningkatkan keazaman penyerang Selangor Safee Sali untuk menamatkan badi jaringannya pada separuh akhir pertama Piala Malaysia apabila berdepan Johor FC, malam esok.

Namun, penyerang kebangsaan itu mengakui ia bukan tugas mudah berdepan Johor FC yang disifatkan sebagai sebuah pasukan bukan pilihan yang mampu melakukan kejutan jika diberi peluang.

"Memang kegagalan menemui sasaran gol mengecewakan saya selaku seorang penyerang, tetapi saya akan terus meningkatkan usaha untuk menamatkan kemarau jaringan ini.

"Saya tidak berasa tertekan ketika ini, kerana saya tetap menerima sokongan rakan sepasukan dan mereka sentiasa berusaha mencipta ruang untuk saya melakukan jaringan ketika perlawanan.

"Tetapi ia bukan mudah apabila berdepan Johor FC kerana mereka adalah lawan yang liat dan pasti Selangor memerlukan aksi terbaik untuk menangani ancaman mereka," kata Safee.

Safee berasa tahap moral pemain Merah Kuning kini berada di tahap terbaik, dan setiap pemain berusaha meningkatkan mutu permainan masing-masing sebelum berdepan Johor FC di Stadium Shah Alam, malam esok.

Bekas penyerang Kuala Lumpur dan Sarawak itu turut mengakui Selangor tidak harus mengulangi kesilapan seperti ketika berdepan Polis dalam perlawanan suku akhir pertama yang berakhir 0-0.

"Kami kini sudah mara ke separuh akhir, dan saya percaya setiap pemain tahu kami tidak boleh mempersiakan peluang untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir pula.

"Saya merasakan kami juga perlu mendapatkan bekalan jaringan selesa pada perlawanan pertama, kerana Johor FC memang kebal di tempat sendiri dan rekod kami juga tidak begitu baik Stadium JCorp," katanya yang berharap Selangor bertemu juara bertahan Kedah di final bagi menebus kekalahan 3-2 dalam perlawanan akhir Piala FA, Jun lalu.

**way to go Johor FC.. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 02:16 PM | Show all posts
woi, tulip, aku baru teringat nak bukak thread ni memandangkan first team aku dah kiok.......!

takpe, ko orang johor, so baguih ler ko bukak.....


way to go johor fc......:pompom:

good luck malam nie, tewaskan red giant.......!!!!!yeah:victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #10 ussopp's post

aku pun teringat nak psiko ko sbb 1st team ko da tersungkur
(gelak jahat)
tp itu benang suda tutup lak..

apa pun..
nntkan kejutan dr sang lebah..
cewah~
(poyo2 je)
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 04:36 PM | Show all posts
lebah sengat gergasi.....
aku sukaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 05:10 PM | Show all posts
go jfc go.....

ni la masanya nak naikkan nama johor yg dah lama terperuk kat bawah w/pun kelab ja......



malu la pasukan abang dia tuh.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by tulip.purple at 13-8-2008 02:23 PM
aku pun teringat nak psiko ko sbb 1st team ko da tersungkur
(gelak jahat)
tp itu benang suda tutup lak..

apa pun..
nntkan kejutan dr sang lebah..
cewah~
(poyo2 je)


ala...ye la....memang dah bungkuih dah pehgelih tu...
bagus gak....tak selera aku tgk depa main....

muahaha(gelak baik)..

ya, aku harap selangoq kena.....
tak poyo pun....second team aku ni johor fc.....

aku sanggup abaikan kedah utk johor fc sebagai team gundik aku....

betapa besarnya harapanku....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by hyphrigian at 13-8-2008 04:36 PM
lebah sengat gergasi.....
aku sukaaaaaaaa


aku paham perasaan hang hyp....

dream final aku pun kedah selangor....

baru puas sket!!!!kan....hahaha....

tp sebab seken team aku johor fc, so aku tak kisahlah mana2....

[ Last edited by  ussopp at 13-8-2008 05:16 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2008 05:17 PM | Show all posts
haha..
tu la pasal..
lama bebeno dah..
[quote]
JURULATIH Ramlan Rashid membakar semangat pemainnya dengan azam memartabatkan bola sepak Johor dalam memburu pentas final walaupun sedar ia tugas rumit.

Sambil mengakui Selangor yang akan ditentang pada separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam esok, cukup berpengalaman, Ramlan sudah memantapkan strategi khas biarpun mengalami masalah kehilangan tonggak utama.

Yang pasti skuad Lebah tidak dapat menurunkan Mohd Nurul Azwan Roya yang digantung perlawanan akibat kad merah manakala status Eddy Helmi Manan yang mengalami kecederaan belum tentu dapat diturunkan.

揝aya mahu pemain membawa semangat Johor yang pernah mencipta kegemilangan ketika musim 1985 dan 1991 bagi merealisasikan impian ke pentas final,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2008 07:49 PM | Show all posts

Balas #15 ussopp\ catat

aku lebih suka kedah jumpa perlis.....
hahaha...dekat skit nak pi pun...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 11:14 PM | Show all posts
apa cer?

johor fc?

sapa tau?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 11:57 PM | Show all posts

Balas #18 ussopp\ catat

bungkuih bro.........
sengat lebah giant tak rasa apa.....
giant pijak jaaaaa....mujoq la ada lagi satu game...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 09:14 AM | Show all posts

Reply #18 ussopp's post

2-0
Safee 18'
R Surendran 90 + 2' (kot??)


Huhuhu..
aku cuma dgr kat radio je ms 2nd half..
asekk s'gor je attack..
pahtu amri baru masuk je da kena kad kuning

nx game..
da x harap sgt..
sbb s'gor biasa kalau dah lead, 2nd game dia akan main bertahan je..

**tingat game apa tah lwn kedah ms tu..
asek buang bola/pas ke keeper je :@

[ Last edited by  tulip.purple at 14-8-2008 09:16 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061756 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list