View: 7060|Reply: 27
|
Siri Motivasi : Kecewa dan Bagaimana Mengatasinya ?
[Copy link]
|
|
Mulaihari ini, Fair akan membuat satu siri motivasi. Insya-Allah motivasiini akan dibukukan jika diizinkan. marilah sama-sama berkongsi pendapat dan ilmu di sini.
Mengapa Manusia Kecewa dan Bagaimana Mengatasinya ?
Perisai Kecewa.
Manusia selalu sahaja kecewa. Bila kecewa kita akan tertekan, marah, celaru dan pelbagai lagi nilai-nilai yang buruk. Hari ini ramai yang menderita an merasakan hidup tidak bahagia kerana banyak kekecewaan yang wujud di dalam hidup kita. Kenapa kita kecewa ? Kita kecewa kerana kita hanya meletakkan harapan semata-mata tanpa perisai. Apabila harapan tidak dapat direalitikan maka kita akan kecewa dengan mudah.
Mungkin anda kan menyoal, jika tidak diletakkan harapan, bagaimana mahu memotivasikan diri dan memajukan hidup ? Baik, meletakkan harapan tidak salah, malahan dialu-alukan. Cuma, satu aspekyang amat penting, kita sering terlupa untuk meletakkan perisai.Perisai ? Apabila kita meletakkan harapan, kita mesti memikirkankeberkecaian harapan itu dalam tahap yang paling teruk dan bersediamenerimanya. Selepas itu berusaha semampu mungkin, berdoa dan berserahpada Tuhan agar harapan itu mampu dicapai.
Kejayaan sebagai galakan, kegagalan sebagai cermin.
Jika harapan menjadi kenyataan, bersyukurlah kepada Tuhan danjadikan harapan yang menjadi kenyataan itu sebagai perangsang untukharapan-harapan lain yang lebih besar di masa akan datang. Jadikan iasebagai seolah-olah profil untuk sesuatu syarikat. Katakan pada diri, aku telah berjaya melepasi tahap ini dan aku akan cuba pergi kepada tahap yang seterusnya yang lebih baik.
Berapa Kali Anda Kecewa & Berjaya ?
Berapa kali kita kecewa dalam setahun ? Berapa kali pula kita berjaya dalam setahun. Apa akan jadi jika tiada satu pun yang kita buat tidak berjaya ?Apa akan jadi jika semua manusia sentiasa berjaya? Bayangkan senario mudah, dalam satu pertandingan tiada pemenang dan pengalah. Jika begitu bagaimana hasil usaha kita dinilai ?
Setiap manusia secara umumnya ingin melihat diri lebih berjaya dari orang lain. Dan dengan sebab itulah pelbagai pertandingan dibuat. Orang yang terpantas berlari 100 meter, orang yang berenang terpantas kuak kupu-kupu 100 meter, orang yang terpantas lari dalam guni 25 meter, hatta orang yang terbanyak makan burger dalam masa 10 minit. Oleh kerana ada ketua dan anak buah maka perlu juga dipilih siapa yang layak menjadi ketua, maka pemilihan dilakukan. Pendek kata, kita tidak mampu mengelak dari kalah atau menang. Kita juga tidak mampu mengelak dari kebranghkalian kecewa.
Last edited by Fairuz_Hafeez on 27-8-2013 02:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Fairuz_Hafeez's post
byk kali aku kecewa..tak kiralah dlm apa hal sekalipun...alhamdulillah..setakat ni aku berjaya bangkit semula..apa yg aku buat ialah..lupakan saja yg berlaku...teruskan hidup dan pelajari sst dari kekecewaan tu dan cuba tak ulangi kesalahan..sbb aku rasa kalau aku dibelenggu perasaan sedih aku tak dpt buat aper2..so aku gak yg rugi..dari kekecewaan tu juger aku dapat kekuatan utk menempuhi kehidupan yg mencabar ni...
fairuz teruskan usaha..semoga hasil karya ko dpt mmbantu org lain mengatasi kekecewaan atau kegagalan...aku suka baca perkara2 mcm ni..nnt aku leh share ngan org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Hamba rasa ramai manusia kecewa sbb environment zaman skrg ... Fast Life. Baru je dpt email bout message drp George Carlin (can read it here) yg kite rasa dpt menerangkan juga kenapa manusia skrg mmg makin dlm kekecewaan. Cita2 makin besar, makin banyak kehendak, ttp makin kurang the basic things in life ... cam love & affection, communication ... kita sentiasa terkejar2 sampai lupa utk smell the roses ... |
|
|
|
|
|
|
|
salam pencil2b dan cwynire !
thanx seba sudi membaca dan komen ... nt sy sambung ya .. bz sikit dah dkt prk ni ............. |
|
|
|
|
|
|
|
qt kecewa dlm mencari cinta... bila qt rasa kecewa krn gagal, qt akan abaikan n lupakan... malas layan...
bkn xde yang nak, cuma selalu gagal.. qt jd penat... skrg, bila ada org masuk, qt buat istiharah... senang... hanya kepadaNya tempat kita mengadu... qt yakin dengan cara qt skrg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ya aku juga kecewa...
kecewa kerana keguguran 3 kali dalam tempoh setahun ini..
kecewa kerana terus terusan terpaksa menghadapi kerenah bos yang x sudah2 mencari kesalahan aku..
tp dlm pada tu hati ni terpaksa dipujuk.. tak guna terus terusan hanyut dalam perasaan kecewa.. antara tindakan aku.. yg pertama.. fikirkan perkara positif.. allah tidak mahu aku tambah zuriat dulu buat masa ni.. cukup denga sorang je..
yang kedua... aku dah bulat hati ambil keputusan utk tidak sambung kontrak.. selama ni aku hanya kasihankan org2 pejabat aku je.. dan kesian poket sendiri.. soo sekang bila husband dah agak stabil.. aku decide x sambung kontrak dan ikut dudk dgn husband.. sbb selama ni pun dah berjauhan... moga2.. ini lah yang terbaik bagi keluarga ku dan diri ku... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya rasa kecewa pada jiwa manusia kerana didalam fikiran mereka ada sejenis virus, virus yang menyebabkan manusia menjadi takut, dengki, tamak dan haloba.
Takut tidak berjumpa kekasih lain secantik/sehebat walaupun dikecewakan.
Dengki/cemburu kerana tidak mempunyai duit, harta, ataupun kasih sayang seperti org lain.
Tamak dan haloba hingga sanggup berbunuh2an mengambil harta hak org lain.
Virus itu adalah pemikiran yang semua ciptaan Allah semuanya sudah terhad, semuanya tidak cukup, semuanya akan habis lantas kita harus cepat2 merebut apa yg ada sekarang ini. Contohnya minyak, kerana ingin bolot minyak yg kononnya akan habis 10-20 mtahun lagi negara kuat menyerang negara lain kerana ingin mengawal minyak sedangkan byk sumber lain boleh digunakan menggantikan minyak.
Manusia kebanyakannya mempunyai fikiran yg seolah2 Allah sudah berhenti mencipta, hanya memerhatikan perlakuan kita dan mengarahkan malaikat2 mencatit tidak tanduk kita, itu pemikiran kuno.
Manusia lebih suka menuding jari kearah orang lain menafikan kelemahan sendiri, menuduh syaitan membisik sedangkan Allah memberikan akal, marahkan gaji tidak naik sedangkan diri sendiri berkerja dgn tidak ikhlas, marahkan peniaga menaikkan harga barang sedangkan diri sendiri malas nak berusaha/berikhtiar mencari pendapatan lebih.
Semua yg datang dalam hidup kita ini adalah hasil dr pemikiran dan tindak tanduk kita dimasa2 lepas, jadi untuk mengubah masa depan kita harus ubah cara pemikiran dan tindak tanduk kita dari sekarang.
Allah maha pemurah, apa yg kita fikir itu juga merupakan doa, doa bukan lah hanya dengan menadah tangan kelangit selepas sembahyang. Apa yg anda fikir kan setiap masa itu pun doa sebenarnya. Jadi periksa kembali apa "dominon thought" anda.
Jika kecewa tidak dapat bersatu dengan kekasih yg dicintai, bersangka baiklah pada Allah kerana Allah sebenarnya mahu memberi kita pasangan yg lebih baik, tetapi disebab kan kita bersikap negatif dan kecewa, kita sebenarnya secara tidak sengaja menjadi hamba yg tidak bersyukur, bila dominon thought penuh dgn kekecewaan dan negativiti, lebih byk lagi benda2 & perkara negatif akan datang kepada diri kita.
Tetapi jika kita redha, terima sebaik2nya dan makin kuat berdoa dan mempunyai dominon thought yg kuat dan sentiasa berharap "Allah sebenarnya mahu memberikan aku seseorang yg lebih baik dan hebat lagi", kita tidak akan kecewa, malah lebih gembira dan ternanti2 siapa agaknya insan yg lebih hebat ini.
Konsep ini bukan hanya untuk mencari pasangan tetapi didlm apa jua konsep kehidupan. Sentiasa bersangka baik dgn Allah, jgn menjadi hamba yg tidak bersyukur tanpa disedari.
Bersolat lah dgn ihklas dan khusyuk kerana solat itu menjaga minda, memperbaiki otak yg menjadi penentu keputusan yg akan kita ambil dalam hidup sehari2an. Jika otak boleh berfikir dgn sempurna manusia tidak akan membuat keputusan2 yg bodoh, Kassim Selamat tidak akan mencucuk matanya jika dia selalu sembahyang (suatu elemen yg jarang atau tidak ada langsung didlm cerita2 P Ramlee).
Kita yg melihat cerita2 begini sebenarnya menyimpan program ini didlm minda separuh sedar kita, sebab itu bila seorang itu kecewa akan selalu membuat keputusan yg bodoh. Ini kerana dia didlm keadaan stress, didlm keadaan stress, fisiologi manusia menyebabkan darah kebahagian depan otak manjadi kurang kerana otak mengarahkan darah pergi ketangan atau kaki untuk "fight or flight", lawan atau lari, seperti kita yg takutkan ular, tanpa berfikir kita terus lari lintang pukang. Bahagian depan otak kita sebenarnya yang berfungsi membuat penilaian secara menyeluruh dan rasional sebelum memberi arahan pada bahagian otak lain untuk membuat tindakan. Jadi bila bahagain depan otak yg merupakan penghulu minda tidak bermaya kerana kekurangan darah, keputusan lebih kepada memori dibahagian otak lain, hasilnya kelurlah cerita kasim selamat cucuk mata sebagai rujukan tindakan manusia didlm situasi2 tertekan, tak semestinya mencucuk mata tetapi perbuatan2 bodoh yg sama.
Jika kita betul2 percayakan yang Allah itu Maha Pemurah, kita tidak akan kecewa didlm kehidupan, dunia ini kaya dgn harta, wang, kegambiraan dan kasih sayang, cuma kita kena berusaha mencarinya, bermula lah dgn bersangka baik dgn Allah dan membetulkan niat yg solat, ibadah, hidup dan mati adalah untukNya seperti yg kita baca didlm doa iftitah.
Allah itu Maha kaya tetapi mengapa kebanyakan umat islam miskin? Jawapannya kerana dimulut aku mahu kaya tetapi dihati meragui, boleh ke aku jadi kaya? Jika minda sedar dan minda separuh sedar tidak sama, itu yg sebenarnya mensabotaj diri manusia itu sendiri.
Mengapa perlu solat? Baca lebih lanjut disini...
[ Last edited by flighteng at 4-9-2008 11:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku juga sedang kecewa...kecewa dgn kerja,.nasib ader suami disisi,,
sebelum ni aku penah bekerja di tempat ayng bagus,,dan aku seronok dgn kerja tuh..tp,,aku terpaksa berhenti coz nak dekat dgn husband,,bler di tempat br,,aku hanya dpt post tak tetap,,,hancur rs hati,,br2 ni ader intebiu utk dpt post tetap,,yang aku kecewa,,mereka hanya org derang jek,,,huhu |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama aku tggu thread mcm nih. alhamdulillah ada gak tpt kita kongsi pengalaman yer.aku pon skang tgh kecewa dgn kehidupan aku selepas zaman belajar kat U.
aku rase mcm aku takkan hidup bahagia jer, cbb ade2 je masalah yang dtg. pastu nak nangis pun dh tak larat. ade gak aku bace, kalau hati stasa gelisah maknenyer kite jauh ngan Allah, aku berusaha untuk menunaikan solat kepada Allah tp mgkin belum cukup khusyuk cbb tu hati aku stasa gelisah dan tak tenteram
tp alhamdulillah bulan puasa nih, aku sembahyang terwaih ade lega sikit, bila siang start balik.
sekarang aku tgh berusaha untuk menjadi lebih positif, doakan aku peroleh kebahagiaan, |
|
|
|
|
|
|
|
aku memang tengah kecewa gila. takde apa yg boleh buat aku tenang. Sebabnya : Aku sakit, tapi sakit tak boleh sembuh. Kesannya : aku susah nak cari rezki. aku ni tak kawin,dah berumur, so nak tak nak kena laa tanggung diri sendiri.takkan nak hrp mak bapak.diorg pon dah tua. kecewa minta keje gomen , tak dpt2. keje swasta ada yg tak mampu nak buat sebab sakit. so terpaksa pilih keje yg agak x membebankan. tapi apa2 pun, skang still nganggur.
kenapa ek? sestgh org mudahjer dpr rezki. tapi aku???byk dugaan tepaksa tempuh.
ada sesapa yg tau apa ayat2 Quran yg boleh aku amalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kecewa adalah perasaan......so dalam hal ni kita mesti ada fikiran positif kalau diri atau hati kita senang di pengaruhi kita akan cepat rasa kecewa dan hampa. Kita wajib percaya dengan Qada dan Qadar. Ada benda dah menjadi ketentuannya dan ada benda kita boleh ubah dgn berusaha dan berdoa. Jadi banyak banyakkan lah berdoa supaya nasib menyebelahi kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by musals at 5-9-2008 08:13
aku memang tengah kecewa gila. takde apa yg boleh buat aku tenang. Sebabnya : Aku sakit, tapi sakit tak boleh sembuh. Kesannya : aku susah nak cari rezki. aku ni tak kawin,dah berumur, so nak ta ...
Setiap penyakit/masaalah ada ubat/penyelesaiannya, bacaan doa, quran boleh membantu tetapi hanya sia2 jika diri sendiri tidak percaya yg kita boleh dapat apa yg dipinta.
Minda separuh sedar kita beribu2 kali lebih hebat dan kuat dr minda sedar, minda separuh sedar respons with ur thought, apa yg anda fikirkan, jika anda fikir anda boleh sembuh tetapi tidak yakin, tidak sembuh lah anda.
Jika ur thought aku susah cari rezeki, susahlah nak mendapat peluang mencari rezeki.
Jika kita menaruh harapan lebih kepada orang lain, akan selalu kecewa lah kita, harapan hanya padaNya.
Elemen percaya amat penting, sebab itu didlm Quran Allah menyeru "Wahai manusia yg beriman..." bukan wahai manusia yg berdoa, wahai manusia yg baca quran, wahai manusia yg sembahyang/puasa dll...
Apa itu iman? Percaya kepada sesuatu yg tidak boleh dibuktikan, kebanyakan manusia percaya Allah itu Esa tetapi tidak percaya Allah itu pemurah.
Minda sedar percaya tetapi minda separuh sedar tidak... Bagaimana ini berlaku?
Contoh:
Si Anak ketika kecil meminta Ayah membeli kan mainan, respons ayah, Anakku, Ayah bukan keja cop duit, duit tu susah nak cari, kita kenala berjimat bla bla bla..
Anak yg sedang membesar terutama dr umur 1 ke 6 tahun lebih belajar melalui pemerhatian dan tindakbalas ayah dan ibu, Di usia ini apa yg dilihat dan didengar akan dirakam didlm minda separuh sedar dan ini secara automatik menjadi acuan hidupnya. Dr respons Ayah diatas "duit tu susah nak cari" telah dirakam didlm minda separuh sedar anak, yg malang ianya terus kekal sehingga anak itu dewasa. Jadi minda sedarnya percaya Allah itu Pemurah, tetapi jika minda separuh sedar berkata duit itu susah nak cari dan disebabkan minda separuh sedar ini beribu2 kali lebih powerful dr minda sedar, Si Anak yg sudah dewasa ini akan tetapi hidup didlm kesempitan selagi dia tidak sedar akan hal ini.
Anda akan berkata, oooo.. ni salah mak ayah la ni, tidak, mereka tidak bersalah kerana mereka tidak tahu kesan kata2 pada anak2, sama seperti mereka yg berpuasa terminum/makan kerana terlupa, tidak batal puasanya.
Badan kita mampu menyembuhkan penyakit sendiri, disebab kan kita dr kecil di corakkan, ooo Anak sakit ya, nanti kita jumpa doktor ya, nanti makan ubat ya.. Ini salah satu sebab mengapa kita tidak boleh menyembuhkan diri sendiri, kerana minda pseparuh sedar kita memainkan lagu yg sama seperti yg kita "tangkap" semasa kecil.
Bagaimana kita boleh mengubah minda separuh sedar ini? Jawapannya
1. Sedar yg kita mempunyai dua minda, sedar dan separuh sedar, objektif dan subjectif.
2. Alihkan fokus anda pada apa yg anda ada dan bersyukur drpada pada sesuatu yg tidak ada dan mengeluh, contohnya ada mata untuk membaca artikel ini. Ubah fikiran dr memikirkan kesusahan hidup kepada nikmat2 Allah yg kita nikmati tetapi kita tidak nampak, terlalu melihat semut yg jauh tetapi gajah didepan mata tak perasan. Hati yg bersyukur akan lebih tenang, jiwa dan minda yg tenang akan memboleh kan sistem imunisasi badan berfungsi dgn lebih berkesan berbanding mereka yg selalu di dlm stress, bukankah disease tu "dis-ease" you are not at ease...
3. Berimiginasi kehidupan yg diingini, Einstein mengatakan yg imiginasi lebih berkuasa dr ilmu pengetahuan, bunyinya mengarut tetapi ada penerangan saintificnya, baca disini.
4. Percaya bahawa Allah akan memberi apa yg kita ingini, jika kita selalu bersyukur, fokus pada yg positif, berimiginasi dan berkeyakinan dan percaya, tiada sebab Allah tidak memakbulkan, bukankah Dia Maha Pemurah.
5. Jgn pernah berputus harapan, dan selalu nanti2kan kedatangan benda yg dihajati, expect the good things that we want.
6. Tambah ilmu, Iqra.. baca seperti ayat quran yg pertama.. bila kita selalu membaca ilmu2 baru minda akan lebih terbuka, ingin kaya baca tentang cara menjadi kaya, tidak akan kaya jika baca mengenai gossip artis, hadiri seminar mengenai pelaburan, tidak kaya jika hadiri AF secara live di gelanggang astro..
TV, surat khabar, majalah tabloid kebanyakannya memaparkan "sampah" kepada manusia supaya terus terlena dan kurang berfikir, jika anda ingin maju didlm hidup, kurangkan atau jgn tengok langsung TV.. saya dah 2 tahun tidak tgk tv dan saya dapat rasai perbezaannya..
Tetapi yg paling utama sekali solatlah, jika anda selalu solat, cubalah khusyuk dan fokus kerana solat itu selain dr mengucapkan syukur kepada Allah ia juga pengubat minda...
Sekadar berkongsi, yg baik itu dr Allah, Alhamdulillah melalui saya yg sentiasa mencari ilmu... |
|
|
|
|
|
|
|
aku paham perasaan korg.. wife aku pun sampai skrg susah nak dpt keje.. maybe sebab dia dah kawen n ada anak kot. byk kali dah intvw tp sampai skrg tak dpt keje tetap lg. kesian gak kat dia.. belajar tinggi2 tak de keje lg. Tp, apa pun kita kena berbalik kpd rezeki dr Tuhan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kecewa sebab gagal dpt apa yg dihajatkan
cara aku atasi
bnyakkan pilihan
x dpt yg ni ada lg yg laen
yg laen x dpt pinjam org punya
planning one step forward
tapi down tu tetap down laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya rasa kecewa pada jiwa manusia kerana didalam fikiran mereka ada sejenis virus, virus yang ...
flighteng Post at 5-9-2008 03:16
Syabas flighteng. Tulisan anda amat bagus sekali ! |
|
|
|
|
|
|
|
hee lumrah perasaan keciwa baru la manusia yg normal namanya kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
YaAllah bagus nya thread ni..
Aku sedang kecewa..sebab nya..
2 bulan lepas aku dapat tawaran kerja yang baru..lama aku tunggu nak tukar kerja...tawaran pulak kat institusi kewangan..mmg bodo la kan aku kalo tolak kan...even aku dah tender pun...tp tu lah sepanjang nak tungg notis tu ..hati2 aku masih ragu2 dgn keputusan aku nih...tell more about it...nangis..solat semua aku dah buat...mintak pertunjuk dr Allah...aku berat ker tempat lama aku..
2 minggu sebelum hari terakhir aku..aku tarik balik surat letak jawatan aku...aku tak tau napa..tp hati aku berat di sini...ORG ckp aku gila..tp tu la bila hati kita tak sedap kan...
SO patut nya aku start 1 Aug yg lalu...even dah past...aku still cam ratap ngan keputusan aku nih...cam menyesal pun ade...tp aku seboleh2 nya tak nak memikir kan ia sangat...
SO now aku berada dalan keadaan yg cam tak stabil...murung...frust ..kecewa..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon frust..xyah ngadu cni lah..ngadu kat y ESA..lgi baik..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap ada lagi yg sudi tambah2 perisa. Kongsi2! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|