View: 3141|Reply: 3
|
susu ibu boleh jadi perasa buah!!
[Copy link]
|
|
Susu ibu boleh perisa buah
COPENHAGEN: Ibu yang menyusu kini mampu menghasilkan susu berperisa pisang untuk bayi mereka dengan cuma mengunyah buah itu dalam masa sejam atau kurang sebelum waktu susuan.
Saintis berkata, susu ibu boleh dipelbagaikan perisa kerana dalam ujian, wanita mampu menjadikan susu mereka mempunyai perisa pudina dan jintan selain pisang.
Penyelidik percaya, pelbagai perisa susu ibu dapat mendorong bayi mencuba makanan baru apabila semakin dewasa. Kajian terdahulu menunjukkan apa yang dimakan ibu boleh memberi kesan kepada cita rasa bayi.
Kanak-kanak yang ibunya suka meminum jus lobak merah ketika hamil atau menyusu dilihat suka menikmati bijirin berperisa lobak merah.
Kajian terbaru penyelidik Denmark di Universiti Copenhagen menyiasat bagaimana perisa boleh dipindahkan daripada makanan kepada susu ibu. – Agensi
baguih gak ni... aku rasa bayi tu pun sihat kalu dapat susu yg bukan saje penuh ngan kalsium tapi ada potassium segala... atau ada kandungan2 protein dan vitamin yg bagus... termasuk fibre...
so morel of the stori.. pada mak2 budak ni.. aku cadangkan makan ler buah2an sejam or less sebelum waktu nak susukan baby ko tu... wokey... :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
gud info nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo patutle anak aku suka sgt mkn apple puree.. mak dia ni pun hari2 mkn apple... rice cereal anak aku tak nak jamah pon... sbb aku pon tak suka mkn nasik  |
|
|
|
|
|
|
| |
|