View: 4593|Reply: 29
|
Inflasi, suatu alat pengukur nilai wang anda?
[Copy link]
|
|
Saban hari kita semakin kuat dihimpit tekanan inflasi. Bank negara unjur kadar inflasi 2.5% - 3% setahun. Adakah kadar inflasi ini relevan dengan anda? Bagi rakan2 yang mempunyai kereta, aku yakin bahawa kesan inflasi adalah sangat tinggi iaitu sama tinggi dengan kenaikan harga minyak baru-2 ni sebantak 41%!! Relatifnya nilai wang anda sudah menyusut sebanyak 41%.
Jika sebelum kenaikan harga minyak, dengan nilai wang sebanyak RM192 anda bisa saja menuang petrol sebanyak 100 liter tetapi sekarang dengan jumlah yang sama berapa literkah yang boleh dituang dalam tangki petrol kenderaan anda?
Keadaan ini belum di kira dengan kenaikan kos bahan makanan terutama beras dan mee/beehun.
Jadi umumnya disini perkara yang disebutkan tadi merupakan satu contoh mudah bagaimana kadar inflasi boleh mengurangkan atau menghapuskan nilai wang anda. Bayangkan berapakah nilai wang anda 5 tahun akan datang?
Dapatkah pendapatan yang anda perolehi sekarang boleh menampung kesan inflasi?
Bagaimanakah cara anda mengatasi masalah inflasi ini dan adakah kaedah itu berkesan?
Jadi rakan-rakan CERLY sekalian, pendapat/pandangan/saranan etc. amatlah dialu-alukan.
[ Last edited by quedac1 at 7-7-2008 01:35 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 medangmru's post
Apsal brader medang?
Perit dah ke kesan inflasi kat bro?
Tapi itulah hakikatnya inflasi, memang pedih lagi memeritkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 quedac1's post
Dulu masa ambik subjek ekonomi...belajar pasai inflasi dan kesan2nya.....sekarang..anis dah merasai kesannya dalam kehidupan harian.....Buat masa ini masih mampu survive....akan datang....ermm... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 medangmru's post
Bro, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian.
Jom kita pakat fikir-fikirkan jalan penyelesaian kemelut inflasi nih ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 medangmru's post
Database sengal .... double posting ler plak ...
[ Last edited by quedac1 at 9-7-2008 11:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu cara yang aku guna untuk tangani kesan inflasi adalah menabung sambil melabur.
Setakat ini aku menabung dalam Tabung Haji dan Unit Amanah berasaskan syariah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian ceburkan diri ke alam bisnes yang boleh bagi pulangan yang berpanjangan dan berterusan.
Setakat nih buat bisnes Amway, Herbalife, Bio Asli, Prepaid dan Baik pulih komputer ... Alhamdulillah boleh menampung serba sedikit kesan inflasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Musim Inflasi : Jangan Perangkap & Bunuh Diri
Petikan dari laman web Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Tekanan akibat kenaikan harga minyak semakin kelihatan meracuni pemikiran rakyat berpendapatan sederhana dan rendah sudah tentu. Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi dicatatkan setinggi 7 % pada bulan Jun 2008. Kadar faedah bank pula sudah kedengaran akan menaik sekurang-kurangnya 0.25 % hingga ke 0.5 %. Demikian juga info dari rakan-rakan di bank walaupun ia dikatakan masih tahap 慶akap-cakap' sahaja.
Apa yang diperhatikan, mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah terutamanya kelihatan cuba mendapatkan penyelesaian sementara yang kelihatan melegakan, namun hakikatnya ia menawarkan kehancuran dan bala di masa hadapan. Iaitu apabila mereka semakin berjinak-jinak dengan penggunaan kad kredit.
Apatah lagi hari ini individu berpendapatan sekitar RM 1,500 juga sudah layak untuk memiliki kad kredit. Malah, laporan menyebut penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.
Saya berkata demikian apabila membaca berita berikut :-
"Penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak seluruh negara meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak kerajaan melakukan penstrukturan semula subsidi minyak awal bulan ini.
Penggunaan kad kredit paling ketara adalah bagi urusan pembelian diesel yang kini mencecah 95 peratus, berbanding sebelum ini hanya 80 peratus. Kebanyakan pengguna diesel adalah kenderaan perdagangan.
Berkuat kuasa 4 Jun lalu, harga petrol dan diesel mencatatkan kenaikan masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata pembelian petrol menggunakan kad kredit pula meningkat kepada 75 peratus daripada 55 peratus. "
Malah, katanya penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.
Beliau berkata, kad kredit digunakan kerana mudah dimiliki berikutan syarat kelayakan yang minimum seperti hanya perlu berpendapatan RM1,500.
"Antara sebab peningkatan penggunaan ini ialah pengguna tidak perlu membayar tunai, sebaliknya boleh dijelaskan sebelum tarikh akhir pembayaran kad kredit. ( Sumber ) |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan ...
HANTU KAD KREDIT RIBA
Saya kerap mendedahkan dalam kuliah-kuliah berkenaan pertemuan saya dan rakan-rakan ketika berkhidmat di sebuah bank Islam dengan beberapa pegawai tinggi syarikat pengeluar kad kredit.
Secara terus terang mereka berkata, sasaran dan harapan mereak dari pelanggan adalah agar pelanggan sentiasa lambat bayar dan gagal bayar on time' sehingga menyebabkan mereka mampu meariah interest yang lebih tinggi. Mereka juga tanpa segan silu mengatakan, kurang gemar dengan pelanggan yang kerap membayar penuh kos kegunaan mereka pada setiap bulan. Bagi mereka orang sebegini patutnya pergi menggunakan kad caj berbanding kad kredit.
Bayangkan, betapa dahsyatnya bisnes kad kredit ini. Ia bisnes cekik darah orang melalui kelemahan manusia lain. Ia juga sentiasa merangsang nafsu membeli pelanggan kerana terasa mudah. Mana tidaknya, mampu membeli tanpa mempunyai atau membawa duit di ketika itu.
Disebabkan itu, saya katakan ia menawarkan kenikmatan sementara tetapi kecelakaan masa depan.
Jika anda masih belum faham maksud saya, setiap kad kredit menawarkan kepada pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM 5000. Justeru pelanggan boleh membeli apa jua selagi jumlah RM 5000 belum dicapai. Setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pihak pengeluar kad akan beroleh komisyen dari penjual atau pekedai sekitar 1 - 2.5 %. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.
Kemudian, pihak pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli oleh pelanggan. Dengan demikian telah sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.
Namun hasil target 慾ahat' si pengeluar kad, mereka MEMBENARKAN pengguna tadi membayar 5 % dari harag yang mereka guna sahaja terlebih dahulu. Bermakna jika, pelanggan guna sebanyak RM 4000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum sebanyak RM200 sahaja. Baki sebanyak RM 3800 DIGALAKKAN oleh pengeluar kad agar pelanggannya melenagh-lengahkannya. INi kerana mereka akan mengenakan interest sebanyak 15-20 % ke atas baki RM3800 itu. Dengan cara ini, meraka akan perolehi untung besar-besaran dan pelanggan akan semakin hampir kepada muflis dan tenggelam dengan hutang dan interestnya.
Inikah yang disukai dan diingini oleh pengguna kad kredit?.. Kelihatan anda mudah sementara di stesyen minyak dan pasaraya namun rupanya anda MENGORBANKANNYA DENGAN MENANGGUNG BEBAN interest sebesar 15-20 % yang amat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.!!!
Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan-tekanan hutang yang semkain menggila dan akhirnya boleh menyebabkan pengguna tertekan dengan begitu dahsyat sehingga macam-macam perkara buruk berlaku. Mungkin salah satu kesannya adalah sebagaimana yang tercatat dari petikan berita di bawah :-
"Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.
Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.
Bagaimanapun, dia hanya sempat memberi racun itu kepada anak yang berusia enam tahun selepas seorang lagi menjerit dan menangis sekuat hati.
Difahamkan, hasil siasatan awal, wanita yang mempunyai tiga anak itu memberitahu dia melakukan perbuatan berkenaan KERANA MENGALAMI TEKANAN PERASAAN DAN MENANGGUNG HUTANG YANG BANYAK. ( Sumber ) |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan ... Akhir
JIKA GUNA TAPI BAYAR PENUH SETIAP BULAN
Saya dapati ramai yang bertanya saya soalan ini. Mereka menggunakan kad kredit namun membayar penuh setiap jumlah kegunaan mereka dalam tempoh 20 hari yang terawal. Dengan cara ini tiada sebarang interest dikenakan, dan tatkala itu kad itu hanya seperti Kad Caj. Adakah halal?
Jawapnya telah saya ulas keputusan Majlis Fiqh dunia dalam artikel lepas. Kesimuplannya IA TETAP HARAM kerana sebagaimana yang diberitahu sebelum ini, setiap pembelian menggunakan kad kredit riba dari bank konvensional ini, pihak bank akan mendapat komisyen sekitar 1 peratus hingga 3 peratus daripada pihak penjual. DENGAN DEMIKIAN, INI JELAS MENUNJUKKAN PENGGUNA MENYOKONG INDUSTRI RIBA UNTUK BERKEMBANG, iaitu dengan memberikan lagi keuatan kepada mereka, lebih kurang sama dengan memberikan upah dan komisyen kepada perompak dan pembunuh atas kerja jahatnya. Bukankah itu dosa yang jelas..
Dosanya sama seperti mereka yang terlibat dengan riba secara langsung. Taubatlah. Tiada lagi alasan untuk menggunakannya, terutama di waktu wujudnya kad kredit Islam dank ad caj Islam yang diiktiraf Visa dan Mastercard, bermakna ia diterima di seantero dunia.
Berfikirlah berlandaskan Islam di musim kaya, miskin dan sukar, nescaya Allah melapangkan jalanmu.
Apa yang perlu dibuat sekarang!!! Ikutilah gambar di bawah jika kad anda adalah kad kredit riba. Nescaya anda selamat.
Kenduri Potong kad kredit Riba
Selamat memotong...agar tidak dipotong...
Sambil itu bertaubatlah dari kesilapan dan kelekaan dahulu. Bertaubatlah seikhlasnya sementara nafas masih ada wahai diriku dan sahabatku..Allah maha pengampun. Dengarkan MESEJ YANG AMAT BAIK pesanan melalui nasyid ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Julai 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kad kredit dr islamik bank... riba' jugak ke?
kalau gitu.... rumah.... keta.... n segala benda ansuran adalah riba'...
kalau nk beli pakai duit cashh.... hanya berapa kerat shj yg mampu....
sekian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 afja's post
Itulah hakikatnya keadaan institusi kewangan di Malaysia.
Kad kredit macam AmBank Al Taslif dan Bank Islam tiada permasalahan riba setakat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 afja's post
Cam bengan ajer Peja ...
Relaxlah ... keadaan 10-15 tahun dulu dan sekarang jauh berbeza.
Walaupun realitinya institusi kewangan kat Malaysia masih belum mencapai tahap 100% perbankan islamik, tapi keadaan lebih.
Consumer ada banyak pilihan sekarang. Jadi terpulang pada kita untuk memilih dan sudah pasti pilihan kita tu mesti menjurus kepada patuh syariah.
[ Last edited by quedac1 at 22-7-2008 02:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 afja's post
Itulah apa nak dilakukan kalau dah terjerat dalam permasalahan muamalat?
Apa kata Peja kurangkan sikit demi sikit pergantungan kepada perbankan konvensianal.
Sekarang loan keter dah ader yang islamic, ptptn plak itu tanggungjawab kerajaan memastikan ianya mematuhi kehendak syariah. Kad kredit pulak mungkin Peja boleh mohon Al Taslif AmBank atau Bank Islam.
Aku sekadar memberi pendapat kedua |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal loan keter tuh kalau x silap aku pada sesiapa yang ader konvensional loan dengan Maybank boleh convert ke islamic. Ader sorang kawan aku, kes 3 tahun lepas, dia ni beli keter hyundai kat Gmart Kajang, masa nak minta loan kat maybank dah terang2 kata nak islamic tapi lepas dapat letter offer tup-tup maybank kasi konvensional, then selepas sesi perbalahan, kredit officer Maybank terus suggestkan tukar ke islamic loan, tapi selepas setahun kaedahnya...
Malangnya selepas setahun kawan aku tuh x tukor pun ke islamic loan, leceh katanya nak turun naik Maybank. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by quedac1 at 24-7-2008 09:19 AM
Itulah apa nak dilakukan kalau dah terjerat dalam permasalahan muamalat?
Apa kata Peja kurangkan sikit demi sikit pergantungan kepada perbankan konvensianal.
Sekarang loan keter dah ader yang ...
ada free for life ke?
RM10 pun kena berkira.... time minyak naik nih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|