View: 8137|Reply: 11
|
Rakan Sekerja Tak Sebulu - Berhenti Kerja ke?
[Copy link]
|
|
Rakan sekerja tidak sebulu
Ramai yang mengambil tindakan berhenti kerja apabila tidak sebulu dengan rakan sekerja. Adakah tindakan itu wajar?
ANDA memang suka pada kerja yang anda lakukan di pejabat dan sentiasa bersemangat untuk ke tempat kerja setiap pagi. Tetapi ada sesuatu yang membuat anda rasa tidak gembira. Projek yang ditugaskan oleh ketua pejabat kepada anda dan beberapa lagi rakan sekerja tidak berjalan dengan begitu lancar kerana ada di antara mereka yang tidak sebulu dengan anda.
Namun, projek harus disiapkan dalam masa yang terdekat. Jika tidak, kumpulan anda akan disalahkan atas kegagalan melaksanakan tugas tersebut.
Pernahkah anda berada dalam situasi seperti di atas? Jika pernah, apakah yang anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut? Sebagai seorang pekerja yang bertugas dalam sebuah jabatan yang mempunyai ramai pekerja, anda mungkin tidak dapat lari daripada masalah tersebut.
Memang secara logiknya adalah lebih mudah melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai kerana setiap dari anda cuma perlu melakukan sebahagian tugas yang telah ditentukan oleh ketua anda. Namun, ini hanya boleh terjadi jika setiap ahli kumpulan tahu akan tanggungjawab masing-masing dan memberi sepenuh komitmen terhadap tugas yang telah diberikan.
Tetapi, jika ada di antara anda yang mempunyai masalah dan tidak boleh memberi kerjasama, tidak bertegur sapa atau tidak boleh langsung bertentang mata, ini akan menyulitkan keadaan.
Jika ini berlaku, salah seorang daripada anda harus bertindak cepat untuk mengatasi masalah tersebut kerana ia mencerminkan budaya kerja yang tidak sihat.
Ada sesetengah pekerja yang malas hendak berbuat sesuatu atau tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jalan paling mudah bagi mereka yang tidak tahan dengan kerenah rakan sekerja yang selalu memberi masalah ialah mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Namun, ini sudah tentu bukan jalan terbaik, apatah lagi di kala ekonomi kian meruncing, mencari pekerjaan baru bukan sesuatu perkara yang mudah.
Tambahan lagi, perkara yang sama mungkin akan berulang di tempat kerja baru anda. Jadi melarikan diri daripada masalah seperti ini bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik. Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut tanpa perlu berhenti kerja.
*** Berbincang
Jika anda sudah mencuba sedaya upaya untuk berbaik dengan rakan sekerja yang bermasalah tetapi segala usaha anda masih tidak menampakkan apa-apa kesan, anda perlu mengambil langkah yang lebih tegas. Pelawa pekerja tersebut ke tempat yang tertutup dan jauh daripada pekerja-pekerja lain dan tanyakan kepada beliau mengapa beliau bertindak demikian.
Terangkan kepada beliau akibat daripada tidak sefahaman di antara anda dan beliau, ia telah mengganggu kelancaran kerja di pejabat dan ia juga telah memberi sedikit tekanan pada diri anda.
*** Terangkan akibat
Jika rakan sekerja sekerja tidak mahu memberi kerjasama dan sering membuat hal, terangkan kepada beliau akibat yang timbul daripada tindakan tersebut.
Ini termasuk kecaman daripada ketua pejabat, rasa kesal beliau kerana tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda semua tidak dilaksanakan dengan baik, kesukaran untuk mendapat kenaikan gaji, pangkat, bonus dan sebagainya.
Perbalahan di antara rakan sekerja jika dibiar berlarutan, boleh merosakkan reputasi dan imej organisasi kerana kegagalan pihak pengurusan melahirkan suasana kerja yang harmoni di kalangan pekerja. Akhirnya yang rugi bukan sahaja anda dan rakan yang terlibat dalam persengketaan, tetapi juga pihak organisasi.
*** Campur tangan pihak ketiga
Masalah sebegini walaupun nampak kecil pada mulanya, tidak boleh dibiar berlarutan kerana ia boleh merebak menjadi besar jika tidak dibendung secepat mungkin.
Seelok-eloknya selesaikan bersama dengan pihak yang terlibat. Namun, jika keadaan menjadi tidak terkawal dan usaha anda untuk membaiki keadaan gagal, pergilah berjumpa dengan ketua pejabat dan terangkan kepada beliau apa yang sedang berlaku dan minta bantuan beliau untuk menyelesaikan masalah tersebut.
*** Berpindah jabatan
Ini bukan jalan terbaik tetapi mungkin satu langkah terakhir yang terpaksa dilakukan sekiranya campur tangan pihak ketiga tidak mendatangkan hasil. Salah seorang daripada pihak yang terbabit mungkin terpaksa dipindahkan ke jabatan lain di mana mereka lebih selesa berurusan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
memang ada yang ambil jalan berhenti kerja
kerana tak tahan dengan sikap co worker yang
tak 'sebulu' dengan kita.. tapi pada saya
tu adalah satu keputusan yang extreme -
cari jalan penyelesaian yang lebih positive
tak perlu sampai effect periuk nasi kita especially
kalau kita memang sayang dengan kerjaya kita tu -
unless memang kita tak suka kerja tu sendiri -
then tu lain la.. - however dalam keadaan sekarang
yang ramai tak ada kerja - banyakkan bersabar dan
bawa berbincang dan hala tuju dan perspective
yang lebih berkesan dan positive - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 ea208964's post
kat opis saya skrg nie...politik gila-gila...mmg saya tak boleh kerjasama dgn collegue saya...dia nie ada kroni kat pejabat ...tak tau la apa masalahnya perangai mcm org tak sekolah suka membentak2 suka bisik2 mcm budak2 memerintah...tak suka org bangkang pendapat dia w/pun ntah apa2..... mmg tekanan gak pada saya.
Tapi saya tak pernah fikir nak berhenti sbb masalah nie...apa yg saya buat...saya byk diamkan diri...byk beristighfar...berbaik2 dgn staff yg lain dan staf dari Jabatan lain...buat kerja yg disuruh Bos dan Bos2 dari Jabatan lain. Create something yg interesting dan baru kat opis...at the end saya dikenali oleh Bos2 Jabatan lain....seronok.....Minah nie saya anggap mcm tak wujud cuma bila perlu je baru la bercakap. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengahari...
skrg type no 2...The appreciation fan
Yang ni buat ape2 mesti heboh satu opis nak orang tahu. Boleh nmpak dia selalu promote diri sendiri dgn geng2 dia. Kalu org buat tak tahu atau ignore hard work yg dia lakukan mesti tak puas hati dan mencukalah mukanya. |
|
|
|
|
|
|
|
malam
Type no 3 ...the obsessive
This type always wants to get things right. This type is an information junky and is often a loner. How to identify? search for the one that devours information-the more the better. He'ii do outrageous amounts of work however he doesn't like to make decisions coz he is not willing to take risk and afraid his decision backfired. |
|
|
|
|
|
|
|
Type 4... the consensus builder
This person wants everyone to get along.Not prone to quick decisions-the consensus builder is inclusive and compassionate. He enjoys working with others but gets nervous when asked to be leader or takes initiative by himself. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
alhamdulillah selama ni keje tak de plak bende nih. mungkin sbb dpt colleague mmg perangai professional. kalo tak suke, lepas opis tak campo sgt tapi sbb keje punye pasal, borak & meeting ok jer.
i think bende konflik2 mcm ni elok confront, and clear kan...daripada berdendam dgn colleague satu opis. lagi satu, IMHO kalo rakan tak menyusahkan tu tak menyusahkan KPI kita takpelah. mcm Aja ckp, buat dono jer. byk sabar. kalo dia dah kaco periuk nasi kite, mmg kena belasah aje. :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 redsinner's post
belasah.... kdg2 tak payah belasah pun...terus dpt balasan dari Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
it's a stupid thing kalau nak berhenti kerja just because tak suka kan rakan sekerja...
apa aku akan buat kalau benda ni jadik kat aku....i'll do something sampai la budak tu yang berhenti kerja |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tkt sedarjat tuh..dr dok dekat yg tak sebulu, baik aku gi dekat yg sebulu...kalo ngan bos yg tak sebulu nih payah skit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|