CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2662|Reply: 5

Kesengsaraan rakyat Vietnam

[Copy link]
Post time 27-6-2008 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Dalam ekonomi yang banyak bergantung pada mata wang dolar, peningkatan harga memberikan kesan besar kepada 85 juta rakyat Vietnam yang mana sebahagian besar daripada penduduk masih tinggal di kawasan-kawasan perkampungan.


KADAR pertukaran mata wang Dong di antara bank telah menjunam hampir lima peratus sejak akhir bulan Mac lalu berbanding mata wang dolar.

RATUSAN ribu pekerja kilang mengadakan mogok umum bagi mendapatkan gaji yang lebih tinggi di negara itu baru-baru ini. Namun begitu, masih ramai rakyat Vietnam bertahan dengan kadar inflasi yang kian meningkat termasuk berhadapan dengan penurunan nilai mata wang Dong.

Selebihnya mengamalkan naluri survival yang dipupuk oleh keluarga melalui pengalaman berdekad-dekad peperangan lalu termasuk keperitan menempuh era ekonomi kepimpinan gaya Soviet sehingga awal tahun 1990-an. Ketika itu, penduduk bercucuk-tanam, menyorokkan bekalan beras dan petrol serta emas dan mata wang dolar.

Di negara Asia Tenggara yang dipimpin oleh satu parti yang mana kumpulan penentang didiamkan dan demonstrasi jalanan amat jarang berlaku, sebilangan rakyat yang sebelum ini menikmati kepuasan pentadbiran Parti Komunis kini berhadapan dengan masalah makroekonomi yang serius.

"Ia merupakan satu krisis dan seorang rakan Vietnam memberitahu saya, 'ada kalanya sesuatu yang amat buruk lebih baik," kata seorang diplomat barat.

Secara keseluruhan, penyumbang dan kerajaan asing bersifat optimistik mengenai potensi pembaharuan ekonomi jangka panjang di negara tersebut, sungguhpun Vietnam menerima rungutan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenai rasuah, kekurangan kebebasan bersuara dan penahanan aktivis politik.

Parti pimpinan berhadapan dengan salah satu cabaran terbesarnya dengan inflasi tahunan yang mencapai dua digit dalam masa tujuh bulan berturut-turut, mencecah 25.2 peratus pada bulan Mei lalu.

Import telah menjulang tinggi menyebabkan kenaikan tiga kali ganda defisit perdagangan. Masalah kecairan pula telah memberikan tekanan kepada sistem perbankan yang masih belum berkembang dengan usia pasaran saham yang masih muda dan tidak berpengalaman menjunam turun sehingga 60 peratus. Ini merupakan prestasi yang paling teruk di pasaran saham dunia.

"Awan gelap yang berlegar di pasaran saham telah mewujudkan keadaan suram dalam syarikat saya," kata seorang broker syarikat sekuriti yang berusia 25 tahun.

Kadar pertukaran mata wang Dong di antara bank telah menjunam hampir lima peratus sejak akhir bulan Mac lalu berbanding mata wang dolar.

Dalam ekonomi yang banyak bergantung pada mata wang dolar, peningkatan harga memberikan kesan besar kepada 85 juta rakyat Vietnam yang mana sebahagian besar daripada penduduk masih tinggal di kawasan-kawasan perkampungan.

Jutaan penduduk hidup dalam keadaan serba kekurangan dan hanya melepasi garisan kemiskinan dengan pendapatan per kapita pada kadar purata RM2,672 sungguhpun negara itu dikatakan bakal muncul sebagai kuasa ekonomi 'Harimau Asia' yang berikutnya.

"enduduk miskin dan warga emas yang menetap di kawasan desa hidup dalam sengsara. Kerajaan kami tidak menyediakan sistem perlindungan sosiol yang teratur untuk masa seperti ini," kata Nguyen Van Hoang, seorang pemandu bas mini yang keluarganya menetap di kawasan perkampungan.

Sungguhpun media dikawal kerajaan dan memberikan pandangan positif terhadap kebanyakan isu, mereka telah melaporkan peristiwa pekerja-pekerja yang mengadakan 300 mogok di seluruh negara untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi memandangkan harga makanan meningkat 42 peratus berbanding setahun lalu, manakala petrol meningkat sehingga 30 peratus.



Kebanyakan mogok berlaku di kilang-kilang tekstil dan pakaian yang dimiliki asing. Namun begitu, kebanyakan mogok berlangsung dalam keadaan aman walaupun beberapa kumpulan mogok beralih kepada rusuhan dengan insiden tumbuk menumbuk berlaku di antara pekerja dengan pihak polis atau kakitangan pengurusan kilang.

Purata pendapatan bulanan pekerja yang berjumlah RM192 tidak mencukupi untuk membolehkan mereka bertahan dengan kadar inflasi yang meningkat, tetapi ia adalah rungutan yang biasa didengari walaupun dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan lebih tinggi di ibu negara, Hanoi dan Ho Chi Minh City, bandar raya terbesar yang mempunyai kira-kira lapan juta penduduk.

"Kenaikan pendapatan kecil saya tidak mampu menandingi peningkatan harga yang berlaku. Hampir semua barang meningkat harganya termasuk petrol, makanan, pakaian dan sebagainya.

"Saya sedang cuba untuk berjimat cermat, malah saya sedang membuat pertimbangan untuk berbasikal ke pejabat," kata pekerja pejabat, Nguyen Hien Luong.

Penghuni bandar berkata, mereka kini kurang membeli-belah di pasar raya, sebaliknya memilih pasar jalanan yang lebih murah, kurang keluar makan di restoran dan semakin kurang membeli barangan mewah.

Mereka merungut kerana terpaksa membayar dalam mata wang dolar. Jika mereka mahu menggunakan mata wang Dong, kedai-kedai yang menjual barangan import akan mengenakan harga mengikut kadar pasaran gelap sekitar 18,000 Dong bagi setiap dolar, kira-kira sembilan peratus lebih tinggi berbanding kadar rasmi.

Kerajaan Vietnam berbangga kerana berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sejak tahun 1990-an dengan pembaharuan yang dibuat melalui ekonomi terancang dan penyediaan pelbagai subsidi, membina kredibiliti dengan kadar pembangunan purata 7.5 peratus setiap tahun sejak tahun 2000.

Namun begitu, dalam kemerosotan ekonomi yang berlaku kini, kekhuatiran terhadap tahap polisi pengalaman kerajaan dalam menangani kejutan luaran ekonomi global mulai wujud.

Khabar angin dan spekulasi memacu banyak keputusan ekonomi di Vietnam, di mana rungutan biasa oleh pelabur domestik dan asing yang biasa didengari ialah rasuah dan kekurangan ketelusan.


SEKTOR pembinaan turut terjejas akibat daripada penurunan nilai mata wang Dong.

Kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap ancaman politik dan tidak teragak-agak akan mengambil kedudukan autoritarian terhadap pelbagai masalah.

Pihak berkuasa negara itu juga telah mengeluarkan amaran kepada spekulator, penyorok bahan dan pekerja yang mogok mengenai 'hukuman berat' kerana melanggar undang-undang sambil menegaskan pentingnya kestabilan politik penting untuk menarik lebih ramai pelabur.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung nampaknya terpaksa duduk di 'kerusi panas' sebagai ketua kerajaan. Beliau sering berada di luar negara untuk bertemu dengan wakil institusi kewangan asing bagi berbincang mengenai polisi, di samping kerap mengembara ketika media tempatan berbicara mengenai inflasi.

"Kerajaan memahami apa yang dilalui rakyat," kata Dung kepada parti tunggal, National Assembly, pada hujung Mei lalu.

Beliau mengakui kelemahan kerajaan, tetapi penganalisis ekonomi dan politik berkata, selain gangguan tenaga kerja, mereka masih belum meneliti tekanan sosiol dan politik yang dramatik.

"Dalam konteks politik Vietnam, sekiranya anda menghulurkan kepala melepasi tembok, kesannya adalah tinggi dengan apa yang mampu dilakukan oleh pihak berkuasa," kata Martin Gainsborough, pakar Vietnam di Universiti Bristol, England.

Namun demikian, beliau menambah: "Sebagai pemerhati, kami seharusnya berfikiran terbuka terhadap setiap apa yang berlaku termasuk kemungkinan perkara yang tidak dijangka." - Reuters


Kredit to : Kosmo! 26 June, 2008

***sesekali kita menjengah keadaan negara jiran kita.. ***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 12:16 AM | Show all posts
rakyat mesiaa lagggggggggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:18 AM | Show all posts
klu mogok kerap berlaku di vietnam pelabur2 akan cari negara2 yg lebih aman dari masalah mogok.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:51 AM | Show all posts
sama jerr ngan malaysia....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:20 PM | Show all posts
esok2 rakyat mesi apun de yg kelaparan... semua harga brg da nek...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 02:02 PM | Show all posts
selagi kita tidak cuba menyelesaikan masalah politik selagi itulah kitas akan dibelenggu masalah ekonomi dan sosiol
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47528 Replies : 319
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189581 Replies : 4315
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 6287 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 5674 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054606 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list