CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2835|Reply: 9

Bawa anak datang pejabat / tempat kerja

[Copy link]
Post time 26-6-2008 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Sehari di pejabat ibu bapaOleh ROSMAWATI MION

SEBAHAGIAN daripada 152anak kakitangan Royal Selangor menunjukkan tapak tangan masing-masingyang telah diabadikan di dinding salah satu bangunan di Royal Selangorsebagai kenangan.

KANAK-KANAK pasti melompat keseronokan apabila diberitahu akandibawa bersama mengikut ibu bapa ke tempat kerja. Selain dapatmeluangkan lebih masa bersama ibu bapa, kanak-kanak juga inginmengetahui apa sebenarnya pejabat atau kerja yang sering diucapkan ibubapa mereka setiap pagi sebelum meninggalkan anak-anak kepada pengasuh.

Justeru, jika anak-anak diberi peluang melawat dan melihat sendiriibu bapa mereka bekerja, pasti mereka tidak berhenti berceritamengenainya kerana ia adalah kenangan dan pengalaman yang sukardilupakan kanak-kanak.

Itulah yang dirasai oleh 152 anak-anak kakitangan Royal Selangorapabila berpeluang menghabiskan masa sehari dengan ibu bapa mereka dipejabat melalui program Bring Our Children to Work Day.

Kanak-kanak yang dibahagikan kepada tiga kumpulan daripada umurempat hingga 12 tahun itu bukan sahaja diberi kesempatan melihatsendiri ibu bapa mereka bekerja, malah dapat menyertai pelbagaiaktiviti menarik termasuk berpeluang menghasilkan sendiri mangkukpewter di School of Hard Knocks iaitu bengkel pertukangan pewter yangdiwujudkan buat pengunjung Royal Selangor.

Menurut Pengarah Urusan Royal Selangor International, Yong Yoon Li,program yang julung kali diadakan itu sengaja dicipta bagi membolehkankakitangan Royal Selangor meluangkan lebih masa dengan anak-anak merekalebih-lebih lagi pada waktu bekerja.

Selain itu katanya, program tersebut juga dapat mendedahkankanak-kanak berkenaan kepada persekitaran tempat kerja ibu bapa merekadan secara tidak langsung mereka mengetahui tentang pekerjaan yangdilakukan ibu bapa masing-masing.

憫Perjalanan sehari yang dilalui kesemua kanak-kanak itu adalahpengalaman manis buat mereka yang akhirnya mendapat gambaran jelasmengenai pekerjaan ibu bapa mereka.

憫Mereka dibawa melawat Royal Selangor termasuk kilang membuatpewter dan barang kemas Selberan sambil didedahkan tentang sejarahRoyal Selangor yang telah wujud sejak lebih 100 tahun.

憫Bukan itu sahaja, mereka juga dapat berseronok denganaktiviti-aktiviti lain yang dijalankan antaranya origami, melukis danmewarna, malah semua kumpulan kanak-kanak itu dapat peluangmenghasilkan grafiti dengan tapak tangan masing-masing yang akandibiarkan menghiasi dinding Royal Selangor sebagai kenangan,拻 katanyaketika ditemui pada program tersebut di Royal Selangor baru-baru ini.

Tambah Yoon Li, program tersebut mendapat sambutan menggalakkansehingga pendaftaran peserta terpaksa ditutup. Melihat kejayaan itu,Royal Selangor akan cuba menganjurkan aktiviti serupa itu dua kalisetahun agar keseronokan itu dapat dirasai semua.

Sementara itu, rata-rata ibu bapa yang juga kakitangan syarikattersebut berasa gembira dengan penganjuran program terbabit yangdisifatkan dapat mengeratkan hubungan mereka dengan anak-anak.

Salah seorang kakitangan, Che Wan Azlan Che Wan Chik yang jugasukarelawan untuk program tersebut berkata, membawa anak-anak ke tempatkerja pada hari bekerja jarang dilakukan, sebab itu sebaik diumumkaniaitu tidak sampai satu jam, seramai 150 kanak-kanak sudah mendaftaruntuk mengambil bahagian.

憫Peluang ini memang amat berharga bukan sahaja kepada anak-anaktetapi juga ibu bapa. Jika selama ini anak-anak mungkin kurang memahamisuasana di tempat kerja ibu bapa masing-masing, tetapi dengan programini, mereka semua berpeluang melihat sendiri bagaimana sukarnya ibubapa mereka mencari rezeki untuk membesarkan mereka,拻 ujarnya.

Aini Sulaiman, 38, pula berpendapat, program yang dianjurkan itucukup menarik kerana ia mampu merapatkan lagi hubungan antara ibu bapadan anak-anak mereka.

Aini yang bekerja sebagai Penyelia Kanan Jualan, turut berasa perluprogram serupa diadakan setiap tahun bagi memberi peluang anak-anakmengetahui pekerjaan yang dilakukan ibu bapa sehingga menyebabkanmereka terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh.

憫Kerja yang melibatkan jualan dan pemasaran tidak selalu berada dipejabat kerana membuat tugasan luar. Tidakpun bertugas di bilik pameranyang masanya dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

憫Malam, masa yang selalunya ibu bapa berada di rumah, saya masihbekerja. Sekurang-kurangnya hari ini kami dapat menghabiskan masabersama dan anak-anak juga dapat tahu mengapa ibunya selalu pulanglewat,拻 katanya yang menyertai program bersama anak bongsunya, NurDeena Natasha Muhamad Zain See, 4.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2008 11:42 AM | Show all posts
tadi terbaca posting sorang otai lama bod parenting, baju merun ke atau batik sendat (sori..kalau silap)

katanya kalau anak dia bawak ke ofc, dia ckp boring

hehe

u ols mcm mana plak?

excited ke anak2 kecik nih datang opis u ols

berkerenah tak? mana tahu..nak tido lah dia..nak berlari2 lah, nak main etc?

share arr

ada pengalaman manis? pahit (kena sound, dapat memo etc)

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 11:49 AM | Show all posts
eheheh.. mesti comel je kannn.. tapi nanti penat mak ayah nak jaga.. asyyik gadoh lak budak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 11:56 AM | Show all posts
memang biasa bawak anak ke pejabat dari kecil.
kadang kalau hubby banyak keje terus je tido kat sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #4 arasham's post

ni mesti opis sendiri kan?

hehe

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:00 PM | Show all posts

Balas #5 Syd\ catat

he he pandai pung terka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2008 12:16 PM | Show all posts
ironiknyer artikel nie

budak umur 4-5 thn, suka laa kot nak bontot mak/ayah dia...kalo dah tua-tua camtu, nak pi mall dgn kita pun dia tak hingin....baik duk rumah main games...

kalo nak rapatkan diri dgn anak2 nie, tanya diri sendirilah"wlillingness"...byk mak/ayah balik keje kol 5-6 pm....tapi kaum byk bapak masih ramai yg ngadap computer bila balik rumah drp bercakap dgn anak2....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:19 PM | Show all posts
Salam...

Saya memang selalu bawa anak ke office tp weekend jer la klu sy ot..anak2 mmg seronok tp kita la x boleh tumpu sgt pd kerja sbb nak kena kontrol diorang ni takut usik brg kat w/station org lain...yer la bebudak, mana reti duduk diam...

tp sekarang x lagi..sbb dah ada bibik..lg pun x ot hari sabtu lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 06:20 PM | Show all posts
saya baru je bwk anak g opis last thursday...actually parents in-law yg jaga but that day my MIL ada check-up kt HKL, then both my husband & I lak x leh cuti..so terpksa la bawak jap anak g opis...masa masuk opis tu, semua org tgk...rasa semcm je...maklumla private comp. n x pernh lak org buat....ada gak la sorg dua yang nmpk mcm pelik tp nk buat mcm mana, dah terpaksa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 12:32 PM | Show all posts
Masa hantar anak dijaga bbsitter dulu.. ada jugak la bawak ke opis sbb bbsitter ada hal n  hubby takleh jaga, bila dah free baru ambik anak kat opis dia bawak balik(hubby keja sendiri). Me lak kat opis takde la ramai sgt staff so tak de hal nak bawak anak. My son memang nampak seronok jee kat opis mama nya.. leh main pc, boeh suap2 nasi lagi(dia jenis susah nak makan). Sekrang ni dah ada pembantu pn kadang2 datang gak angin dia nak ikut mama gi opis..kalau me takde urgent work bawak le.. sbb nya kalau dah bawak anak ke opis ni takde maknanya nak concentrate pada keja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.479139 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list