CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 9

Panduan hukum anak

[Copy link]
Post time 25-6-2008 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Panduan hukum anak

MEMBERI hukuman kepada anak apabila mereka melakukan kesalahan, memang perkara biasa.

Masa kanak-kanak adalah masa paling penting dalam proses kehidupanmanusia. Tempoh berkenaan adalah tahap awal pertumbuhan seorang anakuntuk menjadi manusia dewasa sama ada dia akan menjadi manusia bergunaatau sebaliknya.

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalampelbagai cara iaitu memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan,toleransi, penghargaan ataupun teladan. Tetapi jika ia tidak berjayadilakukan, cara memberi hukuman boleh diterapkan.

Perlu diingatmenghukum anak bukan dengan memukulnya saja, tetapi hukuman bolehdiberi dalam pelbagai cara. Malah, ada kalanya memberi hukuman dengancara memukul tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak negatif.


Berikut adalah cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak:

Pandangan mata yang sinis. Pandangan mata ibu bapa yangmemancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalamdiri anak.

Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

Keluarkan suara daripada tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidakbersetuju dan peringatan untuk anak mengenai apa yang sudah dan akandilakukannya.

Puji orang lain di hadapan anak tetapidengan syarat memberi rasa sangsi kepada si anak dan mendorongnya untukmenjadi sebagus yang dipuji.

Tunjukkan seolah-olahtidak peduli pada anak. Ini tindakan berlawanan daripada sikap memberiperhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak.

Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman,apabila si anak mengajak berbicara, palingkan wajah sehingga si anakmenyedari kesilapannya.

Dalam hal ini, haruslah dijelaskankesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya berterusan keranaperanan ibu bapa adalah mendidik bukan menyeksa.

Tidakmemberi ganjaran wang, tidak mengajaknya melakukan aktiviti rekreasiatau tidak memberikan sesuatu yang digemarinya seperti basikal, bermainpermainan video atau menonton televisyen.

Beri ancamandengan syarat ancaman itu tidak terlalu berat. Ancaman terbabit jugatidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikanuntuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah SAWseperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi daripada Abdullah bin Basral-Mazni r a, dia berkata: "Aku telah diutuskan oleh ibuku denganmembawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketikaaku menemui Rasulullah s.a.w baginda memulas telingaku sambil berkata;"Wahai penipu!"

Memukul sebagai alternatif terakhir. Ia tidak harus dilakukan kecuali semata-mata untuk mendidik dan menghukum.

Memukul anak dapat dilakukan jika cara yang lain tidak lagi berfungsidan si anak sudah mencapai umur kerana anak yang belum mumaiyiz tidakdapat membezakan yang benar atau yang salah. Bahkan anak-anak tidakmenyedari kesalahannya dan berasa apa yang dilakukan adalah betul.

Beberapa petua berikut boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak termasuk:

Rasa selamat. Sayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental.

Jika anak menunjukkan sikap tidak hormat kepada ibu dan bapa, tegur dan beri penjelasan.

Rasa dihargai. Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yangsedang membesar kerana mereka juga mempunyai perasaan serta keinginanuntuk dihargai sebagai individu.

Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun.

Rasa penting. Kadang-kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih sayang menyebabkan anak dikongkong.

Oleh itu, beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anakmelakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka supaya berasadirinya penting.

Jadikan waktu membesar menceriakan.Keluarga bahagia adalah keluarga yang ceria. Rumah tempat memupukkeceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis.

Hadiahkan mereka nilai murni. Menjadi lumrah kanak-kanak memintasebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya.

Oleh itu, latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dansanak-saudara. Ini akan menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran,persahabatan dan hormat-menghormati pada jiwa anak.


[ Last edited by  Syd at 25-6-2008 12:23 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 25-6-2008 12:21 PM
Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam


Buntangkan mata pun kadang-kadang berkesan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 12:56 PM | Show all posts
cekakkn pinggang bleh x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 25-6-2008 12:21 PM
Panduan hukum anak

Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman,apabila si anak mengajak berbicara, palingkan wajah sehingga si anakmenyedari kesilapannya.  


ntah kenapa aku kurg berkenan tang ni...
mungkin aku salah paham atau kurg ilmu bab ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 01:22 PM | Show all posts
baru semalam punish anak..... sigh.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 01:54 PM | Show all posts
sikit sebyk memberi inspirasi gak le....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2008 03:47 PM | Show all posts
alamak...satu panduan yg cukup baik ..... terus teringat selama nih selalu marah2 anak dgn garang nya .... kesian kat dia  
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 03:56 PM | Show all posts
for me, pukul tu perlu, jgn le kuat2...asal ade rase aje, & jgn ler pukul ikut suka hati, tempat yg tertentu la...

..paling pantang org suke cubit anak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 05:16 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

thanks syd..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 05:19 PM | Show all posts
selalunya babap tapak kaki dia...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050470 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list