CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26087|Reply: 144

Jahitan Perineum

[Copy link]
Post time 21-6-2008 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Perineum terletak di antara anus dan bukaan uretra (saluran kencing) termasuk kulit dan otot di bawahnya.
Guntingan perineum (episiotomi) tidak dilakukan seweng-wenangnya tapi kebanyakan kes kelahiran pertama prosedur ini akan dilakukan kerana perineum si ibu masih ketat dan perlu digunting bagi memudahkan kelahiran. Bagi kes-kesyang lain pula, episiotomi akan dijalankan bergantung kepadakeadaan-keadaan tertentu.
                          
                                                    Lazimnya, doktor akan bertindak untuk melakukan episiotomi sekiranya:
                          
1. Saiz bayi besar. Keadaan sebegini tentu sekali akan memaksa doktoruntuk melakukan guntingan perineum, Lebih-lebih lagi jika kepala bayisudah hampir keluar. Dengan melakukan episiotomi, proses kelahirandapat berjalan dengan lebih lancar.
                          
2. Posisi kepala bayi. Dalam kelahiran normal, kepala bayi seharusnyake bawah occipito anterior (OA) dan diameter keluasan perineum biasanyasekitar 9.5 sm. Namun jika bahagian muka bayi ke atas occipitoposperior (OP), maka keadaan ini memerlukan episiotomi kerana diamemerlukan ruang yang lebih luas sebelum boleh dikeluarkan. Jika posisibayi ialah OP, maka diameter perineum boleh mencecah sehingga 13 sm.Oleh sebab itulah, ia menyukarkan bayi untuk keluar dan episiotomiadalah jalan penyelesaian yang terbaik.
                          
3. Penggunaan alat bantuan kelahiran. Sekiranya kelahiran perlu dibantudengan menggunakan instrumen bantuan kelahiran seperti forsep danvakum, maka episiotomi adalah perlu memandangkan alat-alat tersebutmemerlukan ruang yang lebih besar untuk dimasukkan.

Teliti jaga perineum

Biarpun bukan semua ibu mengandung perlu melalui episiotomi, namun ada juga yang perlu melalui pengalaman ini. Bagi anda yang telah menjalaninya dinasihatkan agar jahitan berkenaan tidak terkoyak semula. Perlu anda ketahui, kebiasaannya jahitan luka episiotomi memakan masa untuk sembuh paling maksimun 14 hari. Sementara itu, sepanjang tempoh hari ke 7 hingga hari ke 14, anda perlu lebih teliti dalam menjaga kebersihan bahagian alat sulit.

Sebaik-baiknya, setiap kali menggunakan tandas, anda perlu mencuci bahagian sulit menggunakan air yang secukupnya di samping antiseptik bersesuaian. Selain daripada itu, bahagian tersebut perlu dicuci bermula daripada bahagian depan kemudian barulah ke belakang.

Antara lain, anda turut boleh melakukan sitz bath bagi mengelakkan bahagian alat sulit membengkak. Hal ini dapat anda lakukan dengan berendam di dalam tab yang mengandungi air garam. Selain daripada air garam, anda juga boleh menggunakan sebarang jenis antiseptik. Dengan melakukan amalan ini, ia dapat memberi kesan yang melegakan. Lebih daripada itu, amalan sitz bath dapat memberi kelegaan kepada perineum.

Undang jangkitan

Dalam kes terpencil, jahitan boleh terbuka semula. Sekiranya hal ini berlaku, anda perlu segera berjumpa doktor. Dalam kebanyakan kes, biasanya doktor tidak perlu melakukan apa-apa sekiranya kes jahitan terbuka semula berlaku selepas tempoh 7 hari. Hal ini kerana kebiasaanya bahagian yang dijahit sudah pun bercantum.

Walaubagaimanapun, jika masalah ini berlaku selepas sehari dua anda selamat melahirkan, ia memerlukan perhatian sewajarnya daripada doktor kerana bahagian berkenaan perlu dijahit semula. Sungguhpun begitu, keadaan ini akan tambah merumitkan kerana ia boleh mengundang jangkitan kuman.

Cara elak episiotomi

Bagi mengelakkan episiotomi, ada beberapa langkah yang biasanya doktor lakukan. Antaranya:

1. Doktor melakukan regangan di bahagian perineum untuk melembutkan bahagian tersebut dengan menggunakan tangan. LAngkah ini biasanya dilakukan ketika waktu bayi hampir dilahirkan.

2. Pad khas diletakkan di bahagian perineum. Pad sebegina dapat menyokong perineum dan diakui dapat menghalangnya daripada koyak.

Panduan Doktor

1. Selagi jahitan belum sembuh, jangan sesekali membawa atau mengangkat barang-barang yang berat.
2. Jangan membiarkan diri terlalu stres. Jadi, banyakkan berehat.
3. Minimumkan pergerakan perineum.
4. Minum air ssecukupnya kerana ia sangat penting untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.
5. Elakkan diri daripada dijangkiti UTI memandangkan jarak bahagian uretra dan perineum hanyalah 3 - 4 cm. Langkah ini perlu kerana UTI dapat menggalakkan jangkitan kuman.
6. Bagi pesakit diabetes, anda perlukan jagaan rapi dan perlu mengawal tahap gula dengan sebaik-baiknya. Jika tahap gula tinggi pada tempoh penyembuhan, luka berkenaan sukar untuk pulih.

(Petikan dari majalah Pa & Ma Julai 2008)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2008 05:54 PM | Show all posts
Norrah baru bersalin anak pertama. Skang dah 48 hari tapi luka norrah masih sakit lagi. Kalu tak silap ade 5 jahitan kat situ..Jahitan tu dah bercantum tapi pelik sbb sakit bile bergerak.

Lately, bile yak lagi seksa..kat luka tu sakit sgt sampai berdarah2...

Kenapa ek lambat sembuh? Norrah xde kencing manis pun.. Norrah skang seriau la nak yak...sakit

Nak buat mcm mane tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 08:48 PM | Show all posts

Reply #2 norrah_joe's post

hi norrah..

nak citer sket.. bukan nak takutkan norrah tp my auntie penah kene mcm norrah kena tp lagi teruk.. 2 bulan dier menderita sakit kat jahitan tu.. last2 dah tak boleh tahan, dier pegi hospital lain (bkn tmpt dier bersalin), bile doc check rupenye ada satu part yg langsung x dijahit..

erm.. i think better norrah pegi check lagi skali.. inform doc.. mane la tahu kan.. harap2 tak la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 07:07 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by norrah_joe at 21-6-2008 05:54 PM
Norrah baru bersalin anak pertama. Skang dah 48 hari tapi luka norrah masih sakit lagi. Kalu tak silap ade 5 jahitan kat situ..Jahitan tu dah bercantum tapi pelik sbb sakit bile bergerak.

Adoi!!
Norrah, normally it takes 2 weeks to heal depending on the type of suture used.  Orang yg menjahit tu tak bagi nasihat ke? Having pain and bleeding like that is the reason why you should and must seek medical attention.

GO SEE A DOCTOR!!! please.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #3 HoneyD's post

alamak...biar benar honey!!
careless dr yg buat keje tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by Tillingtan at 22-6-2008 07:07 AM
[quote]Adoi!!
Norrah,normally it takes 2 weeks to heal depending on the type of sutureused.  Orang yg menjahit tu tak bagi nasihat ke? Having pain andbleeding like that is the reason why you should and must seek medicalattention.

GO SEE A DOCTOR!!! please.


itulah pasal...ade org tu lepas 1 mgu dh bole pakai jeans..
yg menjahit tu yg sambut kelahiran bb norrah...maybe norrah bersalin pagi sbb tu dia malas nak ckp kot...mamai2 lagik ker...tak tau la..

ade akak tu citer mase dia bersalin time nak gunting dr tu bgtau...nak jahit dia bgtau...bape jahitan dia bgtau..yg nie senyap aje...tekun sgt la kot bekerja tu..

senin nie nak g spital balik...
sebenarnye norrah nie penakut sket..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2008 10:48 AM | Show all posts
betul ker kalu jahitan tu terbuke balik, kite g spital gomen dia jahit xpakai bius?? kalau stakat 1 - 2 jahitan..tp kalu byk baru pakai bius...betul ker tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 02:00 PM | Show all posts

Reply #2 norrah_joe's post

bb you berapa besar? i got 4 stitches, bb was 3.74kg. this time mmg lambat sikit baik. the last 2 babies, 2 mgu je dah ok.

sekarang ni dah 45 hari. luka luar tu dah baik. tapi at times ada rasa ngilu. but no bleeding. i still have darah nifas tho.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2008 02:27 PM | Show all posts

Reply #8 ummimon's post

bb norrah kuar 3.23kg. darah nifas yg merah2 tu dah xde tp mcm kuning2 coklat..

norrah bkn bleeding tp mcm org kene buasir..sblm nie ok aje yak
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by norrah_joe at 21-6-2008 05:54 PM
Norrah baru bersalin anak pertama. Skang dah 48 hari tapi luka norrah masih sakit lagi. Kalu tak silap ade 5 jahitan kat situ..Jahitan tu dah bercantum tapi pelik sbb sakit bile bergerak.

Late ...


sama kes ngan lily,
sakit lagi rasanya..mcm ada rasa pedih bila pee
ada sekali berdarah sbb masih sembelit
risau gak takut2 luka tak bercantum..possible ke?
trauma plak rasa nak buat apa2 nanti..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #10 Lily_Savage's post

dari mgu lepas baru norrah rase sakit/berdarah bile poo poo...sblm nie xplak..
xtau la kot norrah pun sembelit tp bile poo poo yg rase sakitnye kat luke tu...

erm...kalu ikut logik, jahitan xterbuke mesti luke tu bercantum unless kalu jahitan tu terbuke semula..agaknye ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 10:00 AM | Show all posts
ingatkan nak g spital serdang arini tp hubby ade hal plak...
terpaksa tangguh sampai sampai esok..

harap2 xde rase nak poo poo..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by norrah_joe at 23-6-2008 09:58 AM
dari mgu lepas baru norrah rase sakit/berdarah bile poo poo...sblm nie xplak..
xtau la kot norrah pun sembelit tp bile poo poo yg rase sakitnye kat luke tu...

erm...kalu ikut logik, jahitan x ...


Norrah,
kalau ade masalah nak poo poo tu i cadangkan u try makan pil phytonatal nona roguy....pil tu memang utk bagi mudah bersain...n dari experience orang2 yg dah pernah pakai semua kate boleh poo sambil tersenyu, sabab senang jek...ni cadangan i jek la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 06:02 PM | Show all posts
yg ni pon tak leh nak bace ni...:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 06:38 PM | Show all posts

Reply #13 eyda_80's post

setuju sgt2.

few days lepas bersalin saya constipation. ngeri sgt nak pi toilet. time tu tak start jamu lagi sbb takut bb kena jaundice (last time bb kena breastmilk jaundice - paed nasihatkan stop jamu). bila dah seminggu start mkn phytonatal, mmg senanglah urusan ke toilet nih. tak risau2 lagi, takyah dok lama2 lagi dah dalam toilet.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 07:04 PM | Show all posts
after deliver x de follow up dgn dr ke or nurse dtg check????

me plak after 10 days, dr suh dtg follow up, dia cek everything la, tpt jahit, scan perut etc..
then after one mth pun dia suh dtg lagi skali, to make sure everything ok...
rasanya me dlm 10 hari tu dah ok,

psl pytonatal, mmg le ok..x penah plak sembelit dlm pantang, pastu mmg dr kasi ubat utk lembutkan najis after deliver tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 09:15 AM | Show all posts
selalunye start hari keberape baru start amik jamu ye....tak boleh amik terus lepas bersalin ke, takut jugak i dgr pasal sembelit ni, dgn jahitan yg still sakit tu lagi...errrr...ngeri nyeee....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by norrah_joe at 23-6-2008 10:00 AM
ingatkan nak g spital serdang arini tp hubby ade hal plak...
terpaksa tangguh sampai sampai esok..

harap2 xde rase nak poo poo..


rasanya yg darah kuar tuh sbb buasir..bukan sbb luka perineum...tp sbbkan maybe norrah sembelit, jadi kat perineum tuh pun macam terik time norrah nak poo poo..sbb tu rasa sakit kt tmpt jahitan tu sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 11:06 AM | Show all posts

Reply #18 ummi_ina's post

betul la ummi..mmg sembelit pun..smlm punye "urusan" ok aje..

smlm norrah g klinik ibu mengandung tu...dorg cek rupe2 ade mcm tunas daging yg idup..
sbb jadinye misi tu ckp sbb dorg jahit xkemas..:@ :@ :@  so bende tu mcm terkuar la sbb tu sakit..
care nak merawatnye biase dorg akan buang tunas daging tu..

sok nk g spital plak.. takutnye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 11:10 AM | Show all posts
bengang aje dengo jahit xkemas...tmpt tu dah la aset paling penting!!

erm...kalu mkn phytonatal tu cpt x berat bdn turun? mase peknen norrah naik 20kg..   skang bru turun 11..
lom mkn ape jamu lagi sbb sblm nie bb norrah jaundice 1 bln..skang nie plak baru ler terhegeh2 nk survey mane yg bagus..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.148868 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list