CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2800|Reply: 13

malas membaca

[Copy link]
Post time 16-6-2008 03:25 PM | Show all posts |Read mode
macam mana nak readkan masalah macam ni ye kawan-kawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 10:21 PM | Show all posts
try bawak ke library..

libatkan aktiviti yg ada kat library..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 08:35 AM | Show all posts
Walk the talk..... biar anak tengok yang ibu bapanya juga membaca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #2 hanna1905's post

TQ, saya dah cuba teknik yang dicadangkan tapi sedih juga saya,mungkin perlu masa dan tika yang lama gaknye ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #3 macademia's post

TQ, saya dah cuba teknik yang dicadangkan tapi sedih juga saya,mungkin perlu masa dan tika yang lama gaknye ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by merah007 at 17-6-2008 10:00 AM
TQ, saya dah cuba teknik yang dicadangkan tapi sedih juga saya,mungkin perlu masa dan tika yang lama gaknye ye



anak umur brapa tahun ni?

[ Last edited by  macademia at 18-6-2008 10:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2008 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by macademia at 17-6-2008 08:35 AM
Walk the talk..... biar anak tengok yang ibu bapanya juga membaca....


btul nie.....

anak2 i, kalo i start membaca....yg kecik tu, kelam kabut carik buku ...nie pun susah gak, terbantut masa i nak membaca...

tapi yg abg nie sedikit liat....dia cuma baca kalo dia nak tahu sesuatu, jadi i selalu trigger his curiosity
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2008 04:26 PM | Show all posts

Reply #3 macademia's post

anak dua je,  laki2 umur 11 thn,adik perempuan umur 9 thn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 08:27 PM | Show all posts
hmm cuba merah007 mulakan dulu..rajin2 baca buku!tuto tv semua..beli bahan bacaan byk2..dan baca...baca dan baca..pastu bykkan doa..
InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 10:34 PM | Show all posts

Reply #8 merah007's post

My kids pun initially tak suka membaca. Because they associated reading with work not pleasure.  its something that they do at school.  Jenuh lah bawak dia orang book fairs, book stores (mph, borders, popular dan yg sewaktu dgnnya), beli buku macam-macam jenis.  

But I ni jenis yang tak mudah give-up kot.   I keep buying them books and taking them to book stores even though dia orang laju je pegi bahagian toys.  

Now Alhamdullillah dua-dua dah suka membaca.  It started like this, I realise that they both love strategy games and history.  So I showed them books of that genre and that got them hooked.  I think you need to find out what your kids favourite things are and try to find books that cater to their interests.  

Also, my boys are avid movie-goers - this comes from their parents.   After watching a movie that they particularly enjoyed we would buy them books on the movie which they both would devour!  

I read books aloud to my sons when they were younger.  Even now I read Mr Midnight and Mr Mystery books aloud for my younger son in the car.  Instead of just vegetating in the car and falling asleep I engage my son in the story.  We would discuss the story line as I read.  My eldest son can finish one book in just a day (Mr Midnight & Mr Mystery).  I think its worth a try for you to get them (Midnight & Mystery series) for your son because these are targeted for boys.  My eldest son is also 11+ this year.  

Most importantly don't label your kids as `malas membaca'.  They just have not discovered the types of reading material that they enjoy.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by AnitaSabrina at 25-6-2008 10:34 PM
My kids pun initially tak suka membaca. Because they associated reading with work not pleasure.  its something that they do at school.  Jenuh lah bawak dia orang book fairs, book stores (mph, bor ...



Good for you.... bukan senang nak instill minat if start lambat......

my 9 yr old... kalau baca buku mr midnight tu.... mesti malam tu nak kepit tido dgn mac.... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:47 PM | Show all posts
Famili: Pujian tanam minat membaca


BUDAYA membaca seharusnya bermula dan disemai sejak anak masih kecil. Ibu bapa yang prihatin seharusnya mempunyai pandangan yang kritis terhadap budaya dan tabiat membaca anak mereka apatah lagi ramai yang mahukan anak mereka berjaya.

Untuk itu, usaha haruslah seiring dengan keinginan. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah menjadikan anak sebagai 'ulat buku'.

Tidak semua anak dilahirkan bijak. Kebanyakan anak dididik untuk menjadi bijak manakala kesannya hanya boleh dilihat dan dinilai setelah beberapa tahun.

Membaca cerita adalah salah satu cara yang penting bagi ibu bapa membantu anak mereka belajar membaca. Apa saja jenis buku boleh dibaca asalkan sesuai dengan peringkat usia mereka.


Menggunakan ekspresi gaya terutama sekali suara, pasti anak akan cepat 'menangkap' dan kadangkala terkejut dengan reaksi yang diberikan.

Bagaimana ibu bapa hendak membantu anak ke arah melahirkan masyarakat membaca?

Beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan untuk menyemai budaya membaca di kalangan anak-anak dan mungkin berguna buat ibu bapa.

* Biarkan anak melihat anda membaca sebagai satu keseronokan.

Jangan memaksa anak membaca jika mereka tidak suka. Namun, sedaya mungkin cuba terapkan amalan suka membaca dalam diri mereka menerusi pelbagai bahan bacaan termasuk buku dan akhbar.

* Galakkan anak anda membaca kepada anda.

Apabila anak berbuat demikian, jangan lupa memuji usahanya itu. Walaupun nampak kecil, ia amat berharga untuk si kecil. Sesekali, cuba mencari bahan bacaan dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab serta galakkan mereka menguasai dua bahasa berkenaan.

* Tunjukkan benda sekeliling anda yang ada tanda tulisan.

Sewaktu menaiki kenderaan, tentu banyak papan tanda yang mempunyai tulisan. Sambil duduk di dalam kereta, apa salahnya meminta anak membacakan untuk anda atau anda boleh membacakannya untuk mereka.

Ia umpama galakan untuk mereka. Selain persekitaran di jalan raya, tulisan pada bungkusan makanan dibeli pun boleh dijadikan perantara untuk menggalakkan si kecil membaca.

* Simpan bahan bacaan dan tulisan di tempat yang mudah diambil.

Buku, majalah, pensil dan kertas harus disimpan di tempat yang mudah untuk mereka ambil.

* Jangan jadikan waktu membaca sebagai ugutan.

Jika anak-anak anda menunjukkan tanda kurang berminat untuk membaca, jangan memaksa mereka membaca. Cuba jadikan masa membaca masa yang menyeronokkan supaya anak dapat memupuk minat membaca.

Jangan jadikan masa membaca seolah-olah masa yang menggerunkan. Dikhuatiri, si kecil itu lari daripada tabiat suka membaca dan cuba mencari inisiatif lain.

* Jangan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain.

Tahap keupayaan anak tidak sama walaupun mereka adik-beradik sekalipun kembar seiras. Ada antara mereka cepat menerima apa yang diajar dan sebaliknya.

Kadangkala anak pintar tidak menunjukkan prestasinya sekarang tetapi menonjol pada masa akan datang.

Tidak perlu membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain walaupun anak ada kelebihan tersendiri. Setelah ibu bapa berusaha yang terbaik untuk anak-anak, berdoa dan bertawakal.

* Merangsang semangat membaca anak dengan hadiah.

Kaedah menghormati anak ini dapat mendorong mereka untuk melakukan perbuatan baik. Imam Ghazali dalam Juz 3 Ihya Ulumuddin, berkata: "Jika tampak pada diri anak kecil budi pekerti yang bagus dan perbuatan terpuji, sangat perlu anak itu dihormati dan diberi hadiah yang menggembirakannya. Dia juga boleh dipuji di hadapan orang untuk mendorong supaya selalu berbudi pekerti baik dan berperi laku terpuji."

* Menyiapkan suasana selesa, lingkungan yang bersih dan menyenangkan, pemandangan memikat, cahaya mencukupi dan peredaran udara nyaman kerana perkara itu dapat membantu membangkitkan minat membaca anak-anak.

* Menyediakan buku yang pelbagai untuk anak.

Ibu bapa boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan perpustakaan kecil di rumah. Apabila anak-anak mendapati ada buku yang diperlukan di hadapan matanya, maka dia akan membaca buku dengan lebih bersemangat.

* Berikan pemahaman kepada anak bahawa waktu bagaikan pedang. Tugasan itu lebih banyak daripada waktu dan apa yang tidak diketahui itu lebih banyak daripada yang diketahui.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 01:45 PM | Show all posts
Dulu at one point my kids suka tido lambat ... around 10-10.30pm I told them either baca buku atau lights off immediately. They opted for the first one ... punya sayang tak nak lelap mata ...and I think in some ways that also has inculcated reading habits in them. Sekarang pukul 9.30 dah start browsing the shelves cari buku sebelum tido

[ Last edited by  RedAlert at 26-6-2008 01:46 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061725 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list