CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3014|Reply: 5

Asthma, Pregnancy n Delivering Baby experience

[Copy link]
Post time 15-6-2008 11:52 AM | Show all posts |Read mode
i have asthma it's actually under control. but aku kene amik daily inhaled medicine la...time aku juper dr semlm for regular monthly check up aku tak terfikir plaks...then aku balik umah baghu aku terbayang...though baghu 2 bulan...camno time nak bersalin nanti?
aku pasan aku nih jugak exercise induced asthma.maknanya kalo aku nak buat exercise...aku kene amik puffs duluk..kalo main terjah jek...alamat dada aku akan rs le menyempit jek.actually dr asthma aku suh aku start doing light exercise ...tp aiiyyoo..baghu aku nak start terpregnant plak...tu ler asik bertangguh jekk..so skang what is safe ek?
time pregannt nih penah aku tanya doc mcm mana...dia ckp maybe akan sama jek, maybe akan jdk makin improve or worse.aku tatau le msk kategori mana lagik.but ada awal tuh sbb hormonal changes ada rs skit, but settle with ventolin puffs.last week i tried to lower the dose as requested by doc.sbb dia kata kalo bleh thn reduce to half dose...kene plak aku terbukak kipas full,ujan plak dinihari..amik daily, amik ventolin for a few times pun still not ok.so kene gi amik neb n oxigen plak for 3 nites.kalo idak terseksa aku nak tido..harap2 lepas nih under control la..coz aku learnt a lesson alreadi..kalo sejuk cepat2 aku capai blanket.
then mlm td aku terbyg mcmner nak deliver plak?ms time yg 1st child,aku takde asthma lagik..tuh pun mcm tak ckp nafas aku rs..finally kene vacuum...nak tanya cousin aku...but dia both dia c-sect..camno eh?saper ada experience?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2008 04:54 PM | Show all posts
What are you worried about having asthma - being pregnant or masa nak bersalin tercungap-cungap?  

I have asthma.  I delivered one baby c-section and the other normal.  Don't worry asthma can be controlled.  You need to talk to asthma doctor - most specialist hospitals would have asthma drs.  You might need to take preventive inhaler.  Ventolin should be used only when you have an attack.  Preventive inhalers can help to prevent the onset of an asthma attack.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2008 06:24 PM | Show all posts
hi, nih anita with 2 sons having asthma right?
yang i risau ms nak bersalin tuhh....mcm nak kene guna byk kudrat... actually mmg i juper pakar asthma.1x in 2 months..so daily preventative inhaler still kene pakai lgk la skang nih...leh citer skit ms u deliver normal tuh?u mmg siap2 amik puff/neb or tgh meneran rs semcm baghu amik?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 02:29 PM | Show all posts
04 Julai, 2008 14:35 PM           

Asma Semasa Mengandung: Bagaimana Ia Mempengaruhi Ibu Dan Anak?

Oleh S.Chandravathani

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Pengalaman mengandung dianggap antara saat-saat paling manis dan mencabar dalam kehidupan wanita, kerana perubahan fizikal dan hormon turut mempengaruhi emosi.

Semasa mengandung, seseorang wanita cenderung untuk mengalami "gangguan" seperti meragam, perengus dan cepat marah. Tetapi pada masa lain, wanita yang sama ini boleh bertukar menjadi begitu bertenaga, sihat dan gembira.

Namun perkara terakhir yang tidak mahu dilalui oleh wanita mengandung ialah serangan asma. Asma ialah satu situasi penyakit yang paling biasa dialami di negara-negara maju, dan kesannya dianggarkan lapan peratus ke atas wanita dalam tempoh tahun-tahun mereka mengandung.

Untuk wanita yang menghidap asma, kira-kira satu pertiga daripada mereka mendapati kesihatan masing-masing bertambah baik semasa mengandung, manakala satu pertiga lagi melaporkan keadaan mereka menjadi bertambah buruk.

Untuk kes selebihnya, mereka menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang perubahan dalam tahap kesihatan masing-masing.

Menurut Pengarah Institut Perubatan Pernafasan, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, perkara yang perlu diketahui ialah penyakit asma boleh dikawal semasa wanita mengandung, dan sekiranya ia terkawal, seorang wanita yang menghidap asma mempunyai peluang yang sama untuk hidup sihat, mengandung secara biasa, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak menghidap asma.

Beliau berkata, jika tahap asma adalah sederhana sebelum mengandung, peluang untuk ia dikawal semasa mengandung adalah lebih tinggi dengan hanya beberapa atau tiada langsung tanda-tanda asma semasa mengandung.

RISIKO JIKA TIDAK DIKAWAL

Beberapa kajian menunjukkan bahawa seorang wanita mengandung berhenti daripada mengambil ubat apabila tahap asmanya dapat dikawal berikutan takut ianya akan menjejaskan janin.

"Itu adalah satu kesilapan jika dilakukan tanpa nasihat doktor. Risiko kepada janin akibat daripada pengambilan ubat asma adalah kecil berbanding risiko serangan asma yang teruk", katanya kepada Bernama.

Lagipun, wanita yang tahap asmanya tidak dikawal lebih cenderung mengalami kesukaran semasa mengandung, dan bayi mereka lebih kemungkinan dilahirkan tidak cukup bulan, kecil atau kurang berat badan semasa dilahirkan, serta memerlukan pemerhatian selepas dilahirkan yang lebih lama di hospital.

Dr Aziah berkata, lebih teruk keadaan asma kepada ibu-ibu mengandung, lebih besar risiko terhadap janin, dan dalam kes-kes tertentu, janin boleh meninggal berikutan kurang oksigen.

"Kebanyakan wanita mengalami tahap yang sama bagi tanda-tanda asma semasa mengandung. Jarang sekali berlaku serangan asma semasa bersalin. Mengikut beberapa kajian, 10 peratus daripada kes-kes berkenaan sebenarnya mengalami serangan asma semasa hendak melahirkan anak.

Tetapi dalam kebanyakan kes, tanda-tanda berkenaan kembali kepada keadaan biasa dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin", jelas beliau.

Dr Aziah berkata, peningkatan dalam hormon progesteron menyebabkan peningkatan masalah dalam pernafasan dan rasa nafas sesak boleh dialami oleh wanita mengandung yang seterusnya menyebabkan satu serangan.

RAWATAN DAN KAWALAN

Dr Aziah berkata, cara terbaik untuk merawat asma ialah dengan menghindarkan berhadapan dengan sebarang serangan di samping elakkan daripada terdedah kepada penyebab, dan langkah ini mungkin boleh memperbaiki tanda-tanda dan mengurangkan sukatan ubat yang perlu diambil.

"Elak berada dengan mereka yang merokok, kerana asap rokok boleh menyebabkan serangan asma. Asap rokok juga boleh menyebabkan asma dan masalah lain berhubung kesihatan kepada anak anda", katanya dan menambah bahawa penghidap asma perlu menjauhkan diri daripada semua penyebab diri sendiri yang diketahui.

Beliau berkata, adalah sangat penting untuk mengelak dan mengawal asma memandangkan hubungan antara asma dan alergi adalah biasa.

Bagi pesakit asma, kira-kira 75 hingga 85 peratus daripada mereka elergi kepada satu atau dua benda seperti debunga, kulat, binatang, habuk di rumah, hama, lipas dan ubat-ubatan seperti aspirin atau beta-blockers (digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, migrain, sakit kepala dan masalah jantung.

Beberapa cara disyorkan untuk mengurangkan alergi ini ialah dengan:

*Mengelakkan mempunyai haiwan kesayangan yang menyebabkan alergi dari rumah atau sekurang-kurangnya tidak membiarkan ia berada dalam bilik tidur sepanjang masa.

*Sarungkan bantal, tilam dan tilam spring dengan sarung khas yang boleh elakkan hama.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 02:29 PM | Show all posts
PENGAWASAN JANIN

Dr Aziah berkata, jenis dan kekerapan penilaian janin adalah berdasarkan kepada umur kehamilan dan faktor risiko keibuan, dan ujian ultrasound boleh dijalankan sebelum 12 minggu mengandung sekiranya terdapat kebimbangan mengenai ketepatan tarikh jangkaan bersalin dan diulangi kemudian sekiranya terdapat rasa syak bahawa pertumbuhan janin adalah agak perlahan.

"Kadar pengawasan jantung secara elektronik dipanggil 'ujian tiada-tekanan' atau ujian tekanan pengecutan dan pengesahan ultrasonik pada trimester ketiga mungkin boleh digunakan untuk menilai keadaan janin.

"Bagi pesakit trimester ketiga dengan tanda-tanda asma yang jelas, kekerapan penilaian janin hendaklah ditambah sekiranya masalah disyaki," nasihat Dr Aziah.

Beliau berkata, pesakit asma hendaklah mencatatkan jumlah aktiviti janin atau tendangan setiap hari untuk membantu mengawasi bayi mereka mengikut arahan doktor masing-masing.

Bagaimanapun, hasil daripada beberapa kajian menunjukkan bahawa majoriti pesakit asma dapat melalui saat-saat kelahiran tanpa sebarang masalah, walaupun pengawasan janin secara berhati-hati masih amat penting.

Katanya, bagi pesakit berisiko rendah, yang asmanya terkawal, penilaian ke atas janin boleh disempurnakan dengan ujian pengawasan elektronik, dan bagi pesakit yang melalui saat bersalin dengan asma yang teruk, pengawasan janin secara intensif dengan pemerhatian yang berhati-hati dicadangkan.

Penyelidikan mendapati bahawa 60 peratus daripada wanita yang menghidap asma dan mengandung anak lelaki adalah 'lebih bebas' sepanjang masa mengandung, dan tiada laporan sebarang masalah pernafasan pada waktu malam dari minggu ke-18 hingga ke-30 mengandung.

Manakala 61 peratus wanita yang mengandungkan bayi perempuan adalah bebas tanda pada 18 minggu tetapi menjelang minggu ke-30, hanya 28 peratus kekal bebas tanda. Wanita berkenaan juga menyatakan bahawa tanda waktu malam meningkat dengan lebih lagi dari minggu ke-18 hingga 30.

SUSU BADAN

Menyusukan badan hendaklah diteruskan oleh wanita yang menghidap asma kerana susu badan bertindak sebagai imuniti kepada jangkitan kepada bayi, terutama jangkitan pernafasan dan perut, kata Dr Aziah.

"Susu badan mungkin mengandungi sebahagian kecil ubat yang digunakan untuk merawat asma, tetapi pada umumnya masih tidak diketahui sama ada benar atau tidak ianya boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.

Bagaimanapun, dalam satu kertas kepada Persatuan Thoracic Australia dan New Zealand, menyebut bahawa pekilang budsonid mencadangkan pemberhentian ubat berkenaan semasa penyusuan kerana tiada maklumat berhubung penyerapannya ke dalam susu badan.

Keputusan untuk mengubah rejimen perubatan yang berjaya mengawal asma ibu hendaklah dipertimbangkan dari segi memberi kesan pula kepada bayi.

Surat itu juga mencadangkan agar antibodi tetrasaiklin dan campuran mengandungi iodin dielakkan semasa mengandung dan menyusu kerana ia boleh menyebabkan perubahan warna gigi dan pembesaran gelenjar tiroid bayi.

Dr Aziah mengingatkan bahawa jika seorang wanita penghidap asma selalu diawasi, jumlah mereka ini yang mengandung boleh menyamai mereka yang biasa, dan kawalan asma yang baik sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah semasa mengandung, bersalin dan penyusuan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2008 03:23 PM | Show all posts
i think my asthma mcm getting worse gitew...Alhamdulillah still under control.hormon kots..then i felt my sensitif skit nasal nih..senang kene rhinitis..just a little habuk i will start sneezing...then feeling chest congested gitewww..next monday going to see my gynae...lagik satu minggu appt ngan respiratory doc plak...hopefully things will get better by 2nd trimester...takut plak kali nihh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.376819 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list