CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3227|Reply: 8

pulangkan semula batu sbb terkena sumpah

[Copy link]
Post time 14-5-2008 06:46 AM | Show all posts |Read mode
Pulang batu terkena sumpah

SYDNEY - Sejumlah pelancong yang percaya bahawa mereka terkena sumpah bertindak mengembalikan semula batu-batu yang diambil dari Ayers Rock, Australia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayers Rock atau Uluru merupakan satu kawasan bukit batu besar di Australia dan sering di kunjungi beribu-ribu pelancong dalam dan luar negara.

Batu besar itu terkenal kerana ia boleh bertukar warna mengikut keadaan seharian dan dianggap sebagai tempat suci oleh penduduk Orang Asli.

Bagaimanapun, setiap renjer di taman negara yang menempatkan Ayers Rock menerima sejumlah bungkusan dari para pelancong yang memulangkan batu itu semula.

Bungkusan tersebut mengandungi batu yang diambil oleh pe- lancong di Ayers Rock dan ia turut disertai dengan nota meminta maaf.

Beberapa pelancong yang memulangkan batu itu turut memberitahu tragedi yang menimpa mereka sejak mengambil batu itu termasuklah sakit, putus cinta dan juga kematian. - Agensi

Pemulangan itu semakin banyak dilakukan selepas kerajaan Australia meminta maaf kepada penduduk Orang Asli berhubung layanan buruk yang mereka peroleh.

Seorang pakar, Jasmine Foxlee berkata: "Orang ramai Expert mula bertindak untuk keselamatan diri." - Agensi



aik  omputih pun gayat tak penah tengok batu...  dan curik gak benda2 sejarah camtu...  aku dah gi ayers rock...  ni... memang besar2 batu kat kawasan ni.. tapi tak adalah sampai nak bawak balik batu kat situ... bukannya apa  tu tempat history mcm  mystery gak.. kena respek ler....     pasal batu tu ada sumpah sumer... tu aku tak pasti.....  ni ha!! aku baca aje...  depa kata lepas ambik batu kat ayers rock.. hidup jadi susah......   sebenarnya kalu dah ambik benda yg bukan hak ko... mmg hidup ko tak berkat..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 07:47 AM | Show all posts
hehhe.......padan ngn muka hang jakun sgt..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:05 AM | Show all posts
sama2 menjaga donia dan alam kita....................
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:23 AM | Show all posts
Seram jugak aku baca .....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 01:22 PM | Show all posts
musti ada jin yg tunggu..

hehhee

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 04:08 PM | Show all posts
cam kat Hawaii,kat satu tempat nearby kawasan gunung berapi...sesapa yg amik batu2  kat situ,confirm diorg pulangkan balik sbb kena ganggu dek "sumthing".....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2008 04:21 PM | Show all posts
ambik yg bkn hak kita
mmg la dpt balasan
nama pun dh berdosa
kira mencuri la tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 09:01 PM | Show all posts
taip2 tempat.. ada penghuninya..

kena r hormat..

uhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2008 01:39 PM | Show all posts
brg2 lama org kata de penjaga dia.. maybe x de milik sesapa so ader la makhluk yg berkenan....

ntah2 depa nie upah jin suh buat onar spy jd brg bersejarah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 1.184057 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list