CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7103|Reply: 11

Selamatkan Istana Tunku Kudin

[Copy link]
Post time 1-4-2008 10:37 AM | Show all posts |Read mode
NEGARASelamatkan Istana Tunku KudinOleh WADIASSOFI JAAFAR
[email protected]


GAMBAR yang dirakam semalam menunjukkan Istana Tunku Kudin berhampiran Taman Tabung Haji, di Kepala Batas, Alor Star dipenuhi semak-samun.

ALOR STAR - Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) memohon Jabatan Warisan Negara membaik pulih semula Istana Tunku Kudin yang terletak berhampiran Taman Tabung Haji, Kepala Batas di sini.

Yang Dipertua PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Jabatan Warisan Negara di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

"Saya mengharapkan Jabatan Warisan Negara dapat membaiki semula Istana Tunku Kudin yang kini dalam keadaan terbiar," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Istana Tunku Kudin adalah milik Tengku Dhiauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid yang merupakan Raja Muda Negeri Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah Negeri Kedah pada tahun 1850-an.

Wan Shamsudin berkata, Istana Tunku Kudin itu perlu diperbaiki semula kerana ia merupakan antara istana bersejarah di negeri tersebut.

Selain itu, beliau menambah, PSMCK juga turut meminta agar Kota Limbong yang dahulunya menjadi salah satu pelabuhan penting di pedalaman Kedah juga dapat dibaik pulih.

Wan Shamsudin juga berkata, beliau difahamkan bahawa Jabatan Warisan Negara akan menempatkan seorang pegawai yang berperanan sebagai penyelidik bahan sejarah di Kedah sejurus pejabat pentadbiran kerajaan negeri di Anak Bukit di sini siap kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2008 11:03 AM | Show all posts
huhhh.. syd sampai ke sini ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 04:03 PM | Show all posts
ini sejarah kita
sejarah yg mencerminkan bangsa kita
perlu dipelihara walau sekadar bangunan usang

saya sokong cadangan memulihara istana ini
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 12:33 AM | Show all posts
Heh! Istana ni la dulu budak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 02:05 AM | Show all posts
aku besa dgq ceta hantu kat area tu. aku kolah kat area tu. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 10:15 PM | Show all posts
eh bkn kata siap bleh pinjam pinggan mangkuk masa kenduri....kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2008 04:30 PM | Show all posts

Eh...

cam penah tgk jaa..kat belakang rumah saya rupanya..dok pi nat Tok jalai hari-hari lalu depan istana ni..spooky bila malam malam tapi ntah laa..mcm ada construction tepi tuh..ada indon lepak..or indon yg buat taman tuh kot..dulu masa kechik kechik selalu main kat situ..tangkap belalang..or naik bukit ikut longkang tepi tuu.. sampai tangki air..beshhh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 08:47 AM | Show all posts
dok lalu kat situ, x penah nampak pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 09:31 AM | Show all posts
setuju setuju sangat
especially tang upgradekan kota limbong
itu pelabuhan terkemuka zaman dulu ooo
sbb tu la langgar ada makam diraja.....
sokong 100% jaga warisan kita
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 06:32 PM | Show all posts
ish, kena pi ni, next trip to AS aku nak pi cari
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 01:27 PM | Show all posts
hai, saya nih org baru mai main kat sini.

bukan ke ini istana raja bersiong? nih kudin nih yang mana satu? hat jadi wizurai tuh ka atau org lain?

sapa2 tau pasai kudin nih mai la habaq mai sat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 03:03 PM | Show all posts
mandangkan aku sekoq2 dok kerja di hari diwali nie,
aku telah menggodek sejarah negeri kedah dan terjumpa site nie....
aku rasa agak menarik, so aku nak share ngan hat lain....

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/07/megat-manja-raja-kubang-pasu.html

ada sapa penah masuk sini...??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.079113 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list