CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9600|Reply: 12

Malaysia Patut Ada Universiti yang Tawarkan Pengajian Kejururawatan -

[Copy link]
Post time 24-3-2008 09:06 PM | Show all posts |Read mode


Malaysia perlu universiti antarabangsa bagi pengajian kejururawatan
24-03-2008

KUALA LUMPUR: "Impian saya ialah satu hari nanti, Kementerian Pengajian Tinggi akan menubuhkan sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang khusus menawarkan kursus pengajian kejururawatan."

Demikian harapan Profesor Madya Rohani Arshad, penerima anugerah 'Tokoh Jururawat Seri Zamrud 2008,' kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Anugerah ini, adalah yang pertama kali diadakan oleh Kementerian Kesihatan, tahun lepas sebagai menghargai kerjaya kejururawatan di negara ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican pada satu majlis yang diadakan di Hotel Santubong di Kuching, Sarawak, pada 13 Mac lepas.

Rohani, Ketua Jabatan Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), merupakan Profesor Madya pertama dalam bidang sains kejururawatan di institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Beliau berpendapat penubuhan universiti tersebut adalah langkah yang tepat ke arah meningkatkan lagi pembangunan aspek akademik dan kecekapan kerjaya jururawat.

Menurut Rohani, universiti itu boleh mengambil pelajar dan kakitangan akademik dari negara lain dan pada masa yang sama ia juga boleh menjalankan program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik dengan institusi luar negara.

Bawah satu bumbung


Rohani berkata Malaysia kini mempunyai 19 sekolah dan kolej kejururawatan awam serta 35 institusi swasta di bidang yang sama.

"Alangkah baik jika kita dapat satukan semua institusi kejururawatan ini di bawah satu bumbung. Ia boleh menawarkan kursus daripada peringkat diploma hinggalah ke sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah," saran beliau.

Pemilik ijazah Sarjana Sains Kejururawatan dan Pendidikan dari Universiti Edinburgh, United Kingdom, Rohani menyifatkan penubuhan universiti sedemikian amat sesuai dengan keadaan masa kini di mana negara mempunyai 75,000 jururawat yang aktif di perkhidmatan awam dan juga sektor swasta.

Kerajaan telah melakukannya untuk para guru, dengan mendirikan Universiti Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. Kenapa tidak satu universiti yang khusus untuk jururawat, dikendalikan dan diurus oleh mereka dari bidang kejururawatan turut diadakan" soal beliau.

"Universiti itu boleh dikendalikan secara penuh oleh mereka dari kerjaya kejururawatan. Ertinya semua jawatan dari peringkat pengajar, pensyarah, ketua jabatan, dekan serta naib canselor adalah mereka dari bidang kejururawatan," kata Rohani lagi.


Beliau menjelaskan sebuah universiti kejururawatan akan dapat memusatkan kesemua pengajian kursus kejururawatan.

"Sudah tentu ia perlu sebuah hospital pengajar untuk kerjakerja klinikal, tetapi masalah besar sekarang ialah tidak cukup pensyarah dalam bidang kejururawatan," tambah beliau.

Rohani berkata kementerian telah mula mengambil langkah yang baik dengan melantik seorang jururawat sebagai pengarah sebuah hospital umum di negara ini, misalnya, Hospital Lanau di Sarawak yang kini mempunyai pengarah yang merupakan seorang jururawat.

"Ini adalah langkah yang positif kerana pihak Kementerian Kesihatan telah bergerak ke arah memberi perhatian yang lebih terhadap para jururawat.

Tetapi kerjaya kejururawatan perlu lebih dari itu dari segi pembangunan kerjaya terutama dalam sektor awam," tegas beliau.

Kerjaya jururawat menarik


Rohani, yang dilahirkan pada 1952 di Pengadang Baru, Kuala Terengganu melakar sejarah hidup yang menarik dalam kerjaya kejururawatan.

Beliau memulakan persekolahan peringkat rendah di Oprah Estate Girls School, Singapura dan menamatkan persekolahan peringkat menengah di Teluk Kurau Secondary School, juga di Singapura.

Rohani kemudian memasuki bidang kejururawatan dan menerima sijil kejururawatan dari St George Hospital, New South Wales (NSW), Australia pada tahun 1969.

Beliau turut menerima sijil kejururawatan pediatrik dari Royal Alexandra Children Hospital, NSW.

Pencapaian beliau yang lain ialah sijil pengajaran klinikal (BCIT, Kanada), sijil lanjutan dalam pengurusan kejururawatan (UM) dan  ijazah sarjana dalam kejururawatan dan pengajian (University of Edinburgh, United Kingdom).

Rohani mula bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (dahulunya dikenali sebagai Hospital Universiti) pada tahun 1973.

Beliau kemudian menjadi pensyarah program sarjana muda kejururawatan, Fakulti Perubatan UM pada tahun 1999, dan dilantik Profesor Madya pada tahun 2003.

Kini, beliau sedang mengorak langkah untuk mendapat doktor falsafah dalam bidang pendidikan.

Hasil perkongsian hidup dengan Che Omar Ahmad, bendahari Universiti Terbuka  Malaysia (OUM), beliau dianugerahkan empat orang anak dan enam orang cucu.

Sikap orang ramai


Menurut Rohani, sikap dan pandangan orang ramai terhadap jururawat telah mula berubah dengan baiknya dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

"Pada zaman selepas Merdeka, ramai yang menganggap tugas jururawat sekadar memberi makan dan memandikan pesakit.

Sekarang mereka tahu tugas dan tanggungjawab jururawat amat berat di mana jururawat bertanggungjawab dalam membuat diagnosis kejururawatan," katanya.

"Jangan salah faham, diagnosis penyakit adalah tanggungjawab doktor.

Jururawat adalah orang yang tahu tentang apa yang perlu dibuat apabila pesakit mengalami keadaan kecemasan.

Contohnya, jika tekanan darah seorang pesakit tibatiba melonjak dengan tinggi, jururawat yang bertugaslah yang perlu memberikan rawatan segera kerana ketika itu doktor mungkin tiada dalam wad," kata Rohani.

Beliau menjelaskan di negara lain, jururawat diberi tugas yang lebih besar, misalnya di Botswana di selatan Afrika, di mana Menteri Kesihatannya adalah seorang jururawat.

"Mungkin satu hari kelak, Malaysia akan menyaksikan seorang senator pertama  dilantik daripada kalangan jururawat profesional," kata Rohani. BERNAMA


---------------------------------------------------------------------------------------------------

saya memang sokong la sangat kalau ada institut pengajian tinggi khusus
untuk kejururawatan.. -  nowadays memang ramai pelajar2 yang berminat
nak mengikuti kursus ni - bukan pelajar perempuan saja - tapi ramai juga
di kalangan pelajar lelaki yang interested untuk mengikuti kursus ini -

least - mungkin boleh banyakkan lagi kursus2 kejururawatan yang sedia ada dan
pastikan yang pelajar2 tersebut mendalami pengajian itu sehingga keperingkat
yang lebih tinggi lagi -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 09:50 PM | Show all posts
bukan banyak ke... ada 2-3 IPTA yg offer nursinglah.. Unimas one of them
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 11:09 PM | Show all posts

Reply #2 masnina's post

of course ada  tapi yang tu tak menyeluruh -
macam satu2 college yang focus untuk IT aje..

just like nursing -- specification in nursing -
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 06:44 AM | Show all posts

Reply #3 dexa's post

Originally posted by dexa at 24-3-2008 11:09 PM
of course ada  tapi yang tu tak menyeluruh -
macam satu2 college yang focus untuk IT aje..

just like nursing -- specification in nursing -


ada je.. kolej kejururawatan kat Malaysia ni.. yg professional pun ada..
sesiapa yg rasa2 berminat nak jadi nurse tu, leh usha2 kat website kolej2 ni :

Nilam College of Nursing and Allied Health Sciences - http://www.nilam.edu.my/index.html
- location: bacang, melaka
- Diploma in Nursing
- upon successful completion of the Diploma of Nursing course, graduates are eligible to seek registration as Registered Nurses with the Ministry of Health.
- Graduates are eligible to practice in health facilities worldwide such as Singapore, Hong Kong, Korea, Japan, United Kingdom, Australia, New Zealand, and Middle Eastern countries, subject to local regulations.

MAHSA College (Medical And Allied Health Sciences College) - http://www.mahsa.edu.my/
- location: pusat bandar damansara
- Diploma in Nursing, B.Sc (Hons) in Nursing Studies, BSc. (Hons) in Nursing Practice Development (Top Up Degree)
- actually ada lagi course lain : Physiotherapy, Pharmacy, Medical Lab Technology, Radiography & Environmental Health

Pantai Institute of Health Science and Nursing - http://www.pantai-education.com.my/
- location: hospital pantai, kuala lumpur
- Certificate in Nursing & Diploma in Nursing
- Established in 1993 to train nurses for Pantai Group of Hospitals The Institute and its other centre in Ayer Keroh, Melaka, assume the responsibility to train and develop a new generation of nurses and allied health professionals. With the support of 7 hospitals of the Pantai Group, the institute has a long-standing reputation in providing nursing education which is well recognized locally and internationally.

Adventist College of Nursing - http://www.pah.com.my/acn/
- location: georgetown, penang
- Assistant Nurse Program & Diploma in Nursing Program
- Accredited by Ministry of Education & Board of Nursing Malaysia No P5N1-784

Hospital Fatimah School of Nursing - http://www.fatimah.com.my/cns.html
- location: ipoh, perak
- Trained Assistant Nurse & Certificate of Nursing

Tun Tan Cheng Lock College of Nursing, Assunta Hospital - assunta college
- location: petaling jaya, selangor
- Assistant Nurse Certificate & Diploma of Nursing

& under kementerian kesihatan pun ada buat kolej kejururawatan kat hospital2 seluruh negara -
Hospital Alor Setar,  Hospital Sungai Petani,  Hospital Pulau Pinang,  Hospital Bukit Mertajam, Hospital Ipoh,
Hospital Taiping, Hospital Kuala Lumpur,  Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Kelang), Hospital Melaka,
Hospital Seremban,  Hospital Sultanah Aminah (Johor), Hospital Muar,  Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan),
Hospital Kuala Terengganu, Hospital Kubang Kerian,  Hospital Sibu,  Hospital Umum Kuching,
Hospital Queen Elizabeth (Kota Kinabalu),  Hospital Duchess of Kent (Sandakan)

         
terima kasih uncle google!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 08:59 AM | Show all posts
memang susah ler kalau nak tunggu IPTA khas untuk bachelor of nursing saja.. baik utamakan kursus2 kritikal iaitu satu uni awam yg khas untuk pelajar2 medical sekaligus, kalau ada pon merangkumi semua la termasuk medic, biomedic, farmasi, dentist dll itupon ipts le macam imu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 02:10 PM | Show all posts
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA ade tawarkan BACHELOR OF NURSING SCIENCE.. tp skang msh kt sstgh branch je la.. terbuka kepada semua nurse d malaysia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2008 08:58 AM | Show all posts
KPJ ada offer diploma in nursing kt Kolej nya dkt Nilai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2008 05:57 AM | Show all posts
Universiti untuk jururawat

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM

Melihat senario hari ini yang menyaksikan kesedaran tahap kesihatan yang semakin tinggi, mungkinkah sebuah universiti yang menawarkan kursus jururawat diwujudkan di Malaysia?



KERJAYA kejururawatan perlu lebih daripada itu terutamanya dari segi
pembangunan kerjaya dalam sektor awam



"IMPIAN saya satu hari nanti, Kementerian Pengajian Tinggi akan menubuhkan sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang khusus menawarkan program pengajian kejururawatan."

Demikian harapan Profesor Madya Rohani Arshad, penerima anugerah Tokoh Jururawat Seri Zamrud 2008.

Anugerah itu pertama kali diadakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lalu sebagai menghargai kerjaya kejururawatan di negara ini.

Ia disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican pada majlis yang diadakan di Hotel Santubong, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Rohani yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) merupakan Profesor Madya pertama dalam bidang sains kejururawatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Beliau berpendapat, penubuhan universiti tersebut adalah langkah yang tepat ke arah meningkatkan lagi pembangunan aspek akademik dan kecekapan kerjaya jururawat.

Menurut Rohani, universiti itu boleh mengambil pelajar dan kakitangan akademik dari negara lain dan pada masa yang sama, ia juga boleh menjalankan program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik dengan institusi luar negara.

Rohani berkata, Malaysia kini mempunyai 19 buah sekolah dan kolej kejururawatan awam serta 35 institusi swasta di bidang yang sama.

"Alangkah baik jika kita dapat satukan semua institusi kejururawatan ini di bawah satu bumbung. Ia boleh menawarkan kursus daripada peringkat diploma hinggalah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah," saran beliau.

Memiliki ijazah Sarjana Sains Kejururawatan dan Pendidikan dari Universiti Edinburgh, United Kingdom, Rohani menyifatkan penubuhan universiti sedemikian amat sesuai dengan keadaan masa kini di mana negara mempunyai 75,000 jururawat yang aktif di perkhidmatan awam dan sektor swasta.

Kerajaan telah melakukannya untuk golongan guru dengan mendirikan Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. Jadi, kenapa sebuah universiti yang khusus untuk jururawat yang dikendalikan dan diurus oleh mereka dari bidang kejururawatan itu sendiri dapat diadakan" soal beliau.

Beliau menambah: "Universiti ini boleh dikendalikan secara penuh oleh mereka daripada latar belakang kerjaya kejururawatan. Ertinya semua jawatan dari peringkat pengajar, pensyarah, ketua jabatan, dekan serta naib canselor adalah mereka daripada bidang kejururawatan," kata Rohani lagi.

Beliau menjelaskan, sebuah universiti kejururawatan akan dapat memusatkan kesemua pengajian dalam kursus kejururawatan.

"Sudah tentu, universiti ini memerlukan sebuah hospital pengajar untuk kerja-kerja klinikal, tetapi masalah besar sekarang ialah kita tidak cukup pensyarah dalam bidang kejururawatan," katanya.

Rohani berkata, kementerian telah mula mengambil langkah yang baik dengan melantik seorang jururawat sebagai pengarah sebuah hospital umum di negara ini, misalnya, Hospital Lanau di Sarawak yang kini mempunyai pengarah yang merupakan seorang jururawat.

"Ini adalah langkah yang positif kerana pihak Kementerian Kesihatan telah bergerak ke arah memberi perhatian yang lebih terhadap jururawat. Tetapi kerjaya kejururawatan perlu lebih daripada itu terutamanya dari segi pembangunan kerjaya dalam sektor awam," tegas beliau.

Rohani mula bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1973. Beliau kemudian menjadi pensyarah program sarjana muda kejururawatan, Fakulti Perubatan UM pada tahun 1999 dan dilantik Profesor Madya pada tahun 2003.



ROHANI ARSHAD menunjukkan trofi dan sijil Anugerah Tokoh Jururawat
Seri Zamrud 2008 di Kuala Lumpur



Kini, beliau sedang mengorak langkah untuk mendapat ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.

Menurut Rohani, sikap dan pandangan orang ramai terhadap jururawat telah mula berubah dengan baiknya dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

"Pada zaman selepas merdeka, ramai yang menganggap tugas jururawat sekadar memberi makan dan memandikan pesakit. Sekarang, mereka tahu tugas dan tanggungjawab jururawat amat berat di mana jururawat bertanggungjawab dalam membuat diagnosis kejururawatan," katanya.

"Jangan salah faham, diagnosis penyakit adalah tanggungjawab doktor.

"Jururawat adalah orang yang tahu tentang apa yang perlu dibuat apabila pesakit mengalami keadaan kecemasan. Contohnya, jika tekanan darah seorang pesakit tiba-tiba melonjak dengan tinggi, jururawat yang bertugas perlu memberikan rawatan segera kerana ketika itu doktor mungkin tiada dalam wad," kata Rohani.

Beliau menjelaskan di negara lain, jururawat diberi tugas yang lebih besar, misalnya di Botswana di selatan Afrika, di mana Menteri Kesihatannya adalah seorang jururawat.

"Mungkin satu hari kelak, Malaysia akan menyaksikan seorang senator pertama dilantik daripada kalangan jururawat profesional," kata Rohani. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2008 08:11 AM | Show all posts
lagipun walaupun nama course tu Nursing, tak semestinye takpayah combine dgn fakultii perubatan lain sbb sebagai seorg nurse, u kena la tau apa Occupational Theraphy, Physiology and relations diaorg, including tugas2 doctor.
bagus ape kalo tau cross-instituitional, sbb menambahkan bidang pengetahuan dan compentency...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 09:08 AM | Show all posts
aku rs byk ipt yg offer program nursing.. cuma samada d peringkat dip atau deg dan samada full time atau part time.. klu full time, kt ipta aku rs ade.. but klu utk part-time, stahu yg aku terbaca, kt OUM je.. baiki klu tersilap info..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 10:57 AM | Show all posts
USM pon ade tawarkan nursing nie kat Kampus Kesihatan, Kubang Kerian
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 07:03 AM | Show all posts
Kolej jururawat pacu ekonomi
BERITA HARIAN

SEREMBAN: Pembinaan kampus kolej jururawat bertaraf antarabangsa di Bandar Sri Sendayan, dekat sini, diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih bersepadu di bandar baru itu pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sesuai dengan lokasi yang strategik, kewujudan kolej berkenaan akan turut membantu merancakkan lagi kemajuan ekonomi negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang memberi fokus utama kepada pembangunan bandar baru itu selepas berjaya menyelesaikan kemelut tanah pemilikan peneroka Felda Sendayan yang berlarutan hampir 12 tahun.

"Selama 24 bulan kita tidak boleh buat apa-apa kerana lebih tertumpu kepada menyelesaikan kemelut pemilikan tanah seperti yang dijanjikan dalam pakej yang kita tawarkan.

"Sekarang sudah sampai masanya untuk kita memusatkan tumpuan memajukan Bandar Sri Sendayan termasuk menggiatkan aktiviti pemasaran bagi menarik lebih ramai pelabur membuat pelaburan di bandar itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah Bandar Sri Sendayan, antara Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dengan Kolej Universiti Jururawat Antarabangsa (IUCN) di Klana Resort di sini.

Hadir sama ialah Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Radzak Abdul Rahman; Pengerusi IUCN, R Summugam; Pengarah Run Education Sdn Bhd, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Datuk Mohammad Haslah Mohamad Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif IUCN, Prof Datuk Dr Hashim Yaacob.

Menteri Besar berkata, pihaknya sudah menetapkan pembangunan Bandar Sri Sendayan lebih menjurus kepada pembangunan mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar.

"Sehubungan itu, kerajaan tidak akan membenarkan operasi kilang yang boleh menjejaskan alam sekitar tetapi tumpuan diberikan kepada mewujudkan pusat pendidikan dan komersiol termasuk penginapan bertaraf antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Dr Hashim berkata, pihaknya akan membelanjakan RM200 juta bagi membina kolej berkenaan di kawasan seluas kira-kira 80 hektar yang bakal dilengkapi bangunan akademik, pusat sukan, pusat penyelidikan dan penginapan pelajar.

Beliau berkata, pembinaan projek itu akan dimulakan pertengahan Jun ini dan dijangka siap menjelang Julai tahun depan sebelum pengambilan pelajar pertama bermula pada September 2009.

"Buat permulaan kita menganggarkan 3,000 hingga 5,000 pelajar dengan 60 peratus daripadanya pelajar tempatan manakala selebihnya pelajar asing termasuk China, Australia, India, Kanada dan Amerika Syarikat akan mengikuti pengajian di kolej itu.

"Matlamat kita untuk melahirkan lebih ramai jururawat terlatih bagi memenuhi keperluan dalam negara kerana ketika ini kekurangan kakitangan berkenaan ketara dengan nisbah seorang jururawat bagi 600 orang penduduk," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 07:05 AM | Show all posts
Kolej ShahPutra tawar ijazah jururawat
BERITA HARIAN

KOLEJ ShahPutra di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, bakal menjadi institusi pengajian tinggi swasta pertama di Pantai Timur menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, tidak lama lagi.

Memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara kolej berkenaan dengan University of Hertfordshire, United Kingdom bagi melaksanakan program Top Up Degree itu, di Kuantan, baru-baru ini.

MoU itu ditandatangani Pengarah Urusan Kolej ShahPutra, Datin Suziyati Idham, manakala Universiti of Hertfordshire diwakili Head of School and Associate Dean of Nursing and Midwifery, Lyn Karstadt dan Regional Director, Dr John C Bemish.

Pengerusi Eksekutif Kolej ShahPutra, Datuk Dr Azman Zaini, berkata kerjasama dengan University of Hertfordshire itu penting kerana ia membolehkan lepasan diploma kejururawatan meneruskan pengajian ijazah di kolej berkenaan tanpa perlu ke luar negara.

Katanya, University of Hertfordshire akan membantu melaksanakan program termasuk dari segi penyediaan pensyarah, modul kurikulum, peperiksaan dan penganugerahan ijazah, manakala Kolej ShahPutra pula menyediakan semua keperluan infrastruktur.

Beliau berkata, pemeteraian MoU itu tepat pada masanya kerana Kolej ShahPutra kini dalam proses meningkatkan penawaran program berteraskan Sains Kesihatan.

揇engan adanya program ini, kita berupaya membantu negara melahirkan lebih ramai jururawat bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang kini semakin meningkat.

揗alah, usaha ini juga mencerminkan keupayaan Kolej ShahPutra menawarkan program pengajian peringkat ijazah kejururawatan setanding universiti lain,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.084090 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list