View: 44278|Reply: 205
|
Pengalaman Accident Yg Ingin Diceritakan.. (Kisah dan Tauladan)
[Copy link]
|
|
................ACCIDENT!!!!!!!!
Assalamualaikum.......aku copy thread aku sendiri dari Bod lain....dirasakan amat sesuai utk bod ni....so aku copy paste masuk.
Korang pernah kemalangan jalan raya, air atau udara? Teruk tak? Ada sampai masuk spital tak???
So aku bukak thread ni utk bagi peluang pada forumer cerita sedikit sebanyak ttg pengalaman kemalangan yang korang pernah alami...
Thread accident ni hanya yang melibatkan kemalangan jalan raya,air dan udara yang korang alami sendiri bkn ahli keluarga, kawan2, binatang peliharaan korang atau sengaja nak ulang cerita ttg accident yang korang tengok kat tv ........
..........dan ianya mestilah melibatkan kenderaan bermotor yang tertakluk bawah undang2 jln raya, air dan udara....kemalangan melibatkan UFO tlg letak kat thread lain atau korang bukakla thread sendiri....
So, aku mulakan dgn diri aku sendiri...
1) Kemalangan pertama
Masa aku umur 8 thn Masa tu aku belajar bawak moto ngan abah aku, pijak brek ngan gear kaki aku tak sampai, so abah aku dok belakang tlg tekan gear ngan brek. Masa bwk moto tu aku lost kontrol dan jth tersembam, muka calar balar, abah aku lebam2. Blk rumah abah aku dpt kuliah Maghrib ngan mak aku dan didenda kena tido kat sofa satu malam .
2) Kemalangan kedua
Masa 1st semester matrik
Aku ngan member aku berpoya2 kat kl, blk kol 10pm naik Yamaha RXS(moto otai) pinjam member aku yang lagi satu. Sbb laju sgt aku gi hantuk moto kat depan aku yng di tunggang olh 2 org amoi. As a result, Muka aku calar lagi, 2 btg gigi depan aku patah(sekrg dan repair blk ), bibir atas aku koyak dan nyaris terjatuh, kulit tgn dan jari terkupas dan lain calar minor. Lepas kemalangan sebuah van DHL yang kebetulan lalu kat situ telah menghantar mangsa2 (aku yg plg teruk) ke hospital Kajang, disana aku terima 20 jahitan kat bibir dan ditahan kat wad 1 minggu.
3) Kemalangan ketiga
Ini kemalangan kereta, aku bwk kereta on da way to P.D. Kilometer 298 PLUS hway hala selatan(kat Bangi) kereta (Company punya) hilang kawalan dan terbalik.....nasib baik aku tak mati....calar sikit aje...tak masuk hospital.
4) Kemalangan keempat
Kemalangan kereta jugak
Kat bulatan berhampiran kilang Carlsberg Shah Alam...sikt jek...aku mengelamun terus gi langgar satu Proton Satria kat depan aku. Disebabkan aku drive 4WD, Satria tu kemik teruk (4WD ok jek ). So...gi buat report kat balai polis SS11...claim insuran.
5) Kemalangan kelima
Masih kemalangan kereta(4WD)-Company punya lagi
Pukul 9 mlm aku baru blk kerja dari Melaka, dlm kepala hotak aku terpikir nak blk terus tido. Masa tunggu lampu merah bertukar ijau kat trafik light berhampiran Petronas UPM Serdang, satu malaun drive Proton Iswara Aeroback kaler merah telah menyondol belakang 4WD aku dari belakang (korang tau2 jelah kalau Proton Iswara gi tonyoh 4WD ape result dia ). aku selamat tanpa sebarang kecederaan. Yang dlm Iswara tu (4 orang)....2 org yg duduk kat depan masuk spital...tp kecederaan tak seruis, luka2 dan ada sikit patah (ada 2 kapel dlm Iswara tu). Sudahnya dari plan nak tido awal terus tertangguh sampai dkt pukul 1pagi sbb settelkan report dan kereta sekali
Sooo....itu adalah pengalaman kemalangan jalan raya yang melibatkan aku sendiri (bukan cerita rekaan).....
Terima Kasih:2cool:
Kepada Momod....kalau thread seumpama ni dah ada.....korang boleh Solex.....
[ Last edited by takumi86 at 8-3-2008 01:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 matamata's post
Byk gile ko accident... |
|
|
|
|
|
|
|
amik port dulu.. nanti nak explain... :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha first x ciden aku masa umur aku 13tahun baru dapat motor masa tu pakai suzuki rc80 bodybesi ni huk2 aku masuk lobang bawa laju x perasan huk2 terus jadi cam superman masuk semak ka sebelah gelap la dunia ni sekejap huk2... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sapa2 kat sini yg pernah accident lalu meninggal ada tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 5-3-2008 09:34 PM
ada sapa2 kat sini yg pernah accident lalu meninggal ada tak?
ade.. aku eksiden.. "meninggalkan" moto di tepi jalan... pastu panggey lori suh angkut g repair.. huhuhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 matamata's post
aku pernah eksident masa naik ngan imono.. member opis lamaa
keter satriaaa dan kena kat carrefour subang jayaa
now ni 2-2 dah pindah kerja company lainnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada juga terlibat dlm beberapa kemalangan sama ada melibatkan kete atau moto. Aku anggap semua ni warning dari Tuhan agar aku lebih menghargai nyawa yg dipinjamkan. Aku cuma listkan tiga aje untuk renungan bersama.
1. Umur 12 tahun. Kena langgar dek kete bapak aku masa dia tengah reverse kete. Masa tu bapak aku baru nak kuar dari rumah utk ke hospital melawat mak aku. Tayar kete tu dah betul2 ada kat tengkuk aku. Mujur ada org jerit, then tolong tolak kete coz jln depan umah tu agak curam. Bapak aku pengsan pas tu.
2. Masa belajar kat U. Balik malam ke Johor ikut jln persekutuan naik moto. Kejadian berlaku antara jln seremban ke tampin dalm kul 11.30 mlm. Jln clear masa tu, so bawa agak laju lah. Aku tetiba ternampak kerbau atas jalan, dah dekat sgt so aku tak sempat nak buat apa2, maklumlah kerbau yg hitam dimalam yg gelap gulita mana nak nampak. Moto aku rosak teruk, tak boleh nak bawak dah. But, aku cuma cedera kat tangan n lutut aje. Pas tu aku, gi ada satu umah kat situ. Bagi salam agak lama gak baru lah dia buka pintu. Dekat kul 12pm, org kg tentunya dah mimpi baik punya. Pak cik tu cukup baik hati, bagi aku tumpang tido umah dia, siap buatkan aku kopi lagi. Esok pagi masa sarapan dia tanya camana boleh eksiden, aku jawab, aku terlanggar kerbau. Dia kata, betul ke kau nampak kerbau. Coz dia kata dua minggu lepas ada gak kete aksiden katanya langgar kerbau pd mlm hari ditempat yg sama, org bawak kete tu putus kaki, n kete dia remuk tapi dia tak jumpa lak kerbau yg mati or tercedera.
3. Dah keje. Aksident bawa moto gak, CBR600rr. Aku beli moto ni bulan Feb 2007 masa tu arwah mak aku tengah sakit menunggu hari (kanser). Aku tangguh lah bawa moto tu coz arwah mak aku pesan hati2 bawa moto tu. Dua minggu lepas dia meninggal, aku bawa moto tu. tengah malam, lepas hujan, Aku nak potong kancil, dia hempit aku sampai ke divider. Aku tak boleh buat apa, hit the divider then the bike become out of control. Luckly aku sempat lepaskan bike tu and at the same time pakai complete riding suit. Aku tak cedera pun, tp hati manyak terluka coz moto baru beli tercedera.
4. Yg ni extra aje. Baru2 ni minah jepun ngan Alphard dah hentak kete Honda Stream RSZ aku kat pintu belakang. Kemeknya sikit aje. Telefon insuran tak smpi dua jam dia bagi aku kete ganti. Ni yg best insuran kat oversea ni. Kalu aksiden tak yag gaduh2. Semuanya will be take care of by the insurance company. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg meninggal itu boleh mengundi.. kenapa tidak menceritakan pengalaman dieorang kemalangan.. ye x ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kemalangan-kemalangan aku...
1. Masa Darjah Dua...ada kereta nak masuk simpang tak bagi signal kat Rengit. Kereta Cortina bapak aku yang belakang terus tersondol. Adik aku pecah bibir, aku lebam sket kat dahi. Kira la jugak kan pasal aku ada dalam kereta tu...
2. Masa Darjah Lima. Aku nak cross jalan naik basikal (ni salah aku jugak la ni) aku tak perasan ada motor lalu...terus kena sideways. Nasib baik pelan. Brek basikal aku putus, seluar aku koyak, luka kat siku..yang membengangkan aku, walaupun kira salah aku, motor tu cabut macam tu aje!
3. Kat depan Kampung Istana, BP, bawak Accord bapak aku - aku nak masuk simpang, kereta2 dari depan dah bagi line...tak alih2 ada satu motor ni mencilok..apa lagi menonggeng le mamat tu dengan bini dia. Yang best, bini dia macam bagus je marah2 aku...maklum le masa tu aku baru dapat lesen...tengah mengong lagi le....Setel macam tu...
4. Kat simpang PLUS-Jelapang...aku baru balik antar member aku tunang. Sampai kat simpang tu, lagi, ada kereta nak masuk simpang...aku nak elak, lane kiri ada kereta, so baik aku rempuh dia aje! Head on beb....Yang ni panggil Trafik...memang tak banyak cite memang dia salah. Yang bestnya pakcik member aku kata, kenapa hang tak reverse, lepas tu hentam lagi, kasi pecah radiator dia? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. jln genting klang ke mrr2 dkt kem askar... perdana jadi perdana aeroback.
2. terbang roundabout kat jln enggang berhampiran au3 (dkt petdag punya opis dulu) tapi tak lepas. 2 tyr dlm roundabout, 2 tyr atas jalan. and ofkos roundabout tuh dikelilingi longkang so terpaksa tinggal lama nak hangkut geng2 tlg angkat kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman langgar bumper orang dpn.
chinese lady.. takde apa2. tapi saya panic la sbb saya takde Licence. hehe
byr Rm100 kautimm. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 spirkaklampuru's post
haah..mmg top masa tu...kire tahan gak tayar sotong ni...masa aku blaja dulu, prjalanan dr serdang- kota tinggi, kota tinggi-serdang, tayar sotong ni x penah pancit kat hway... |
|
|
|
|
|
|
|
ckp psl xcident nih....
kira aku nih.... kalu org nk minang aku.... kena timbang kilo....
sbb sana sini parut xcident |
|
|
|
|
|
|
| |
|