CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3830|Reply: 2

Ramai salah layan anak

[Copy link]
Post time 3-3-2008 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Ramai salah layan anak





ATIRA merajuk apabila dimarahi ibunya kerana berebut sesuatu dengan adiknya.
Bukan sekali dia diperlakukan begitu oleh ibunya sehingga dia berasa seperti budak kecil dan perlu sentiasa mengalah pada adiknya.

budak kecil dilayan seperti orang dewasa, orang dewasa pula dilayan macam kanak-kanak

ATIRA merajuk apabila dimarahi ibunya kerana berebut sesuatu dengan adiknya.

Bukan sekali dia diperlakukan begitu oleh ibunya sehingga dia berasa seperti budak kecil dan perlu sentiasa mengalah pada adiknya.

Ada kalanya dia berasa diri tidak dipedulikan ibu kerana adiknya sering mendapat lebih perhatian. Bahkan kemarahan si ibu ada kalanya melampau dan tidak sepadan dengan perbuatannya pada si adik yang semakin hari semakin menunjukkan 'belangnya'.

Masalah dialami Atira sebahagian daripada masalah ibu bapa dalam mendidik anak-anak hari ini. Baik Atira mahupun adiknya, fenomena sebegini mungkin dianggap kecil oleh sesetengah ibu bapa.

Namun kesan jangka panjangnya begitu mendalam bahkan boleh memberi tekanan hebat dari sudut psikologi sehingga boleh mengganggu pemikiran atau emosi serta pergaulan mahupun pembelajarannya.

Apa yang sering berlaku dalam masyarakat kini apabila budak kecil dilayan seperti orang dewasa manakala anak dewasa dilayan seperti budak kecil.

Kesan layanan itu hanya menyemai bibit benci dan dendam anak-anak kepada ibu bapa.

Apa yang difahami seorang anak berusia lima tahun mengenai keletihan dan tekanan ibu yang baru pulang kerja selepas bergaduh dengan majikan?

Anak berusia lima tahun hanya faham satu perkara iaitu ibu ratu hatinya, tempat dia mencari perhatian, kasih dan sayang. Lalu, anak berusia lima atau enam tahun itu hanya mengikut nalurinya apabila cuba bermesra dengan ibu dan bapanya.

Dia tidak faham keletihan dan kerunsingan seorang ibu atau bapa kerana daya pemikiran mereka belum mencapai tahap berfikir orang dewasa.

Mereka hanya mengharapkan ibu mahupun bapa supaya sentiasa bersedia membantu mereka.

Anak-anak itu hanya mahu berkongsi cerita atau gurau sendanya dengan teman sepanjang hari persekolahan kepada kedua orang tuanya tetapi si bapa pula melenting marahkan anak.

"Kamu tidak tahukah aku penat?"

Bagaimana anak kecil mampu menafsirkan herdikan sebegitu? Itulah yang dikatakan ibu bapa 'tempang' yang belum dewasa dalam menghayati naluri manusia iaitu anaknya sendiri.

Sekiranya doktor atau pakar pediatrik berdepan dengan cabaran untuk membantu kanak-kanak menjelaskan sakit fizikal yang dialaminya, ibu bapa juga harus bersikap profesional dalam mengorek masalah anak-anak, terutama masalah jiwa dan perasaan.

Emosi anak yang gagal diluahkan akan menjadi penyakit dalam personalitinya. Usahlah ibu bapa menjadi punca sehingga beban dihadapi anak-anak semakin bertambah kerana ibu bapa kurang bijak mengatasinya.

Kanak-kanak yang dimarahi guru kerana bukunya diconteng oleh si adik, berasa dia dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukannya sekali gus membuatkannya bersedih.

Apalah yang dapat difahami kerana keupayaan kanak-kanak berfikir tidak dapat ditelah dengan bijaksana. Inilah yang dimaksudkan, anak kecil dilayan seperti orang dewasa.

Dalam sesebuah keluarga, anak sulung sering disuruh mengalah pada si adik. Tetapi jangan lupa, ketika anak sulung dimarah, dia sedang berada pada usia intensif pembentukan identiti dan emosi. Identitinya perlu dibangunkan manakala emosinya perlu dibentuk.

Si kecil yang sering menang itu pula belum mengerti apa-apa. Lalu, kesannya dirasai oleh anak yang sudah faham maksud kecil hati dan dendam itu.

Tidak bermakna, ibu atau bapa tidak boleh melepaskan rasa marah tetapi janganlah sampai tiada didikan dalam kemarahan itu.

Akhirnya, anak sulung menjadi taat mengikut arahan. Bukan kerana jadi baik tetapi kerana keyakinan diri yang rendah.

Sikap melampau ibu bapa memenangkan anak kedua, membuatkan anak sulung membesar dengan rasa rendah diri manakala si adik pula terus membesar dengan kelebihan diri atau rasa bangga.

Pakar psikologi turut mengaitkan anak jadi rosak kerana dimanjakan, hingga tidak belajar mengikut arahan. Si sulung lebih banyak menerima arahan, si adik pula lebih banyak mendapat kelebihan.

Anak yang sudah meningkat remaja sudah faham erti maruah diri. Apabila tiba-tiba mereka dimarahi di depan rakan hingga memalukannya, ia langsung tidak mendidik malah hanya mencetus dendam.

Janganlah perlakukan remaja seperti kanak-kanak manakala kanak-kanak pula dilayan seolah-olah sudah dewasa kerana aspek itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan masa depan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 03:45 PM | Show all posts
isk..terasa insaf diriku ini syd..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:39 AM | Show all posts
ermmm...tgk keadaan gak kot, kalo patut kena marah...2-2 sekali kena marah...i tak pilih yg mana kena marah atau tidak

tapi yg selalu jadi isu mengalah nie bila kita rasa yg tua tu lebih BERAKAL dgn adik....adik tu kekadang terlalu kecik utk paham, jadi kita harap yg tua nie mengalah sebab dia lebih memahami....

tapi kalo mengalah pun...bukan yg tua takde habuan lain, adalah benda yg lain utk pujuk dia....buat2 lah kata...cam ayat i selalu guna.."sebab tu kita panggil dia adik sebab dia bukan pandai cam abang"....

susah nak jadi mak nie dan igt kalo anak umur 5 thn takleh paham stress org tua cam kita....kita pun bukan robot sampai takde perasaan...after all we are not prefect!....

i selalu pesan kat anak nie, i am not a gud mother...so make sure u know how to "tampung" my weakness when u have ur own kids ...huhuhuhu, defensive lah plak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.425606 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list