|
Toyota Altezza IS200/300 - Perintis model Lexus
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
Jika anda tidak kisah dengan jenama Jepun, model ini lebih baikdaripada BMW E46 untuk model empat silinder, malah, harganya lebihmurah berbanding jenama jentera mewah lain.
KERETA sedan kompak ini direka oleh Toyota apabila menyedari pasaran menakjubkan berjaya dimonopoli oleh BMW 3 siri.
Model E36 (1992-1998) memberi ilham kepada jurutera Toyota dan Lexusuntuk turut serta dalam pasaran yang hanya didominasi oleh BMW 3 siridan Mercedes C Class.
Perkara pertama yang dipelajari oleh Lexus ketika itu ialah, pembelimasih lagi mempercayai kestabilan kenderaan pacuan roda belakang untuksebuah sedan bersaiz kecil bertemakan mewah.
Jadi, dengan pasaran Lexus di Amerika Syarikat (AS) yang telah sediauntuk dibolosi, Toyota menyerahkan tugasan tersebut kepada KetuaJurutera, Nobuaki Katayama.
Beliau adalah jurutera sama mengetuai projek Corolla AE86 pada tahun1985, yang menjadi kereta 'murah' Jepun kekal menjadi legenda sehinggahari ini.
Bagi pengeluar kenderaan Jepun tersebut, persaingan dilihat sebagai sesuatu yang sihat bagi mereka.
Setelah pelbagai faktor diambil kira, Toyota menjadi satu-satunyapembuat kereta Jepun bersaing dalam segmen ini. Maka lahirlah modelLexus IS atau Toyota Altezza pada 1998.
Model ini boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki ketika dipasarkan.Pada tanda harga sekitar 20 peratus lebih murah berbanding BMW danMercedes, Altezza sarat dengan pelbagai aksesori dan teknologi untukbersaing dengan model dari Jerman itu.
| BENTANGAN papan pemuka yang kemas dan mewah.
|
Dari segi psikologinya, pembuat kereta Eropah mula memandang serius cabaran baru mereka itu.
Altezza dikenali dengan dua model utama iaitu IS200 dan IS300.Setiap satunya dipasangkan dengan enjin 3S-GE empat silinder dua literdan 2JZ-GE, enam silinder sebaris dua liter.
Kebanyakan varian yang dibawa masuk ialah model IS 200 iaitu modeldua liter yang ditala Yamaha yang menghasilkan 210ps dengan transmisilima kelajuan automatik.
Majoriti model yang dibawa masuk oleh pengedarketika itu ialah versi empat silinder dua liter.
Perlu ada pelbagai pertimbangan untuk membeli kereta ini. Halanganpertamanya ialah jenama. Jika anda tidak kisah dengan jenama Jepun,kereta ini lebih baik daripada BMW E46 untuk model empat silinder.Bukan itu sahaja. Harga pasarannya sekitar RM15,000 hingga RM20,000lebih murah berbanding BMW dan RM20,000 hingga RM30,000 lebih murahberbanding Mercedes C-Class.
Toyota atau Lexus tetap sebuah kereta Jepun. Jika anda membelisebuah kereta yang berusia hampir 10 tahun, risiko kerosakan danpenukaran barangan pakai lusuh adalah perkara rutin yang perludilakukan.
Mengambil kira spesifikasi tropika dengan suhu panas, lambat launpenyelenggaraan komponen yang diperbuat daripada getah seperti mounting enjin dan sistem bushingadalah wajib dilakukan. Seperti kereta Jepun yang lain, enjin 3S-GEyang dipasangkan pada model ini merupakan enjin generasi awal yangtelah digunakan sejak model Celica tahun 1989.
Enjin usang? Tidak sama sekali. Pembuat kereta tidak akan membinaenjin baru pada setiap model. Enjin-enjin ini biasanya digunapakai padabeberapa model berbeza untuk mendapat pulangan matematik yang ekonomi.
| METER kronograf menampilkan imej sporty dan eksklusif.
|
Walaupun kereta ini direka pada tahun 1999, namun sasaran pasarannya menjadikan model ini nampak mewah.
Di bahagian dalamnya terbentang susunan papan instrumentasi gaya Eropah, suis-suis diletakkan cukup kemas dan teliti.
Bentangan meter utama kronograf memberikan sifat sporty diiringi dengan imej eksklusif.
Skrin navigasinya adalah daripada jenis pop-up dan tuil gearnya datang dengan bebola besi yang unik.
Kebanyakan model ini datang dengan tempat duduk hampir separuh bucket bersalut kulit lembut, cukup selesa. Tahap NVHnya pula jauh meletakkan model ini mengatasi mana-mana model Toyota ketika itu.
Bahagian luarannya menjadikan kereta ini lebih unik. Dengan offsetroda yang tidak banyak berbeza secara visual, kereta ini kelihatanseperti didatangkan dengan konfiguasri FF (enjin depan-pacuan depan).
Lampu belakangnya lebih ikonik dengan sepasang lampu pada boot lidyang diletakkan berasingan dengan gugusan lampu belakang yang dibalutperspex.
Sehingga kini, banyak pengeluar mula mengadaptasikan rekaan sebeginidan apa pun istilah yang diberi, ia kekal dengan gelaran Lampu Altezza.
Di pasaran kereta terpakai hari ini, kereta ini mungkin telahbertukar pemilik beberapa kali. Apa yang perlu anda lakukan sebelummembeli ialah memeriksa kondisi terlebih dahulu. Batuan dan jumlahpemilik tidak perlu dijadikan isu.
Satu pemilik dengan batuan rendah tidak akan bermakna kalau kereta macam lori sampah.
Paling penting ialah kondisi kerangka yang bebas kemalangan, enjinyang tiada lelehan minyak dan kotak gear yang sihat. Harga terpakaiAltezza bermula dari RM80,000 untuk model 1998/1999.
MODEL pacuan belakang ini dilengkapi BEAMS akronim
kepada Breakthrough Engine with Advanced Mechanism System.
2nd hand 10 years punya altezza pun starting rm80k ko!! tapi mmg classic model keta ni!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pergh..cun arr
kalo baru bape plak price nyer?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 ReLyZa's post
tak ada yg baru.. last 2002 toyota altezza |
|
|
|
|
|
|
|
2002??? 6yr arr
hrm...tp rasa cam condition ok kan...since tgk cam cun lg je |
|
|
|
|
|
|
|
Depan cam BLM.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ReLyZa at 1-3-2008 09:50 AM
2002??? 6yr arr
hrm...tp rasa cam condition ok kan...since tgk cam cun lg je
part dia masih jual tu mahal gak...tapi quality.. yg 2002 tu pun jual dalam rm85k around that figure more or less |
|
|
|
|
|
|
|
Yang buatkan orang tergila2kan model Toyota Altezza ni pasal lampu belakang dier yang stylo abis, tu yang banyak manufacturer lain nak tiru gak konsep lampu Altezza ni. In fact, even motor kapcai macam Yamaha Lagenda, Y135LC dgn Modenas Kriss pun ada buat gak lampu belakang stail Altezza ni. So kiranya Toyota Altezza ni pencipta trend fesyen lampu belakang laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Squall-Leonhart at 1-3-2008 02:28 PM
Yang buatkan orang tergila2kan model Toyota Altezza ni pasal lampu belakang dier yang stylo abis, tu yang banyak manufacturer lain nak tiru gak konsep lampu Altezza ni. In fact, even motor kapcai ...
aku rase r.. pasal aku tgk kete ni kat mesia time aku sekolah lagi.. mmg style lampu dia camtu... unik... |
|
|
|
|
|
|
|
2nd hand pun mahal nyer |
|
|
|
|
|
|
|
kereta ni production dia dah stop..
agak2 nak beli gak,
sumernya yang recond je lah...
lagi satu takyah risau pasal model keta nie..
pasal takkan kena tinggal dek model2 altezza baru..
production dia kan dah kena stop..
sampai bila2 itu lah altezza yng terakhir |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 stfunewbiez's post
tapi org still beli 2nd hand dia yg between 1998-2002 tu.. walau harga sampai rm84K... quality kereta ni mcm lexus |
|
|
|
|
|
|
|
lazat ke??
ekekke
worth it la kalo pakai kete neh |
|
|
|
|
|
|
|
fuh............dilema lagi nak amik Altezza nih ke atau Saga BLM........ |
|
|
|
|
|
|
|
member aku baru tangkap altezza rs200.. OTR rm130k recond 2002... dia kensel lancer gt sbb lambat bangat tunggu...
tapi cam mahal sket..
aku pon dulu pernah terpikir gak nak amik alteza ni..tapi pk2 kete lama2 recond ni takut meragam..sparepart plak tatau lobang nak cekau mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 woh_getoh's post
baik tangkap toyota caldinaaa...
now tgh tebaboommm |
|
|
|
|
|
|
|
Altezza baru memang dah x kuar ker..?
ingat kan baru nak minta sepupu beli guna AP member dia...?
susah ker nk dapat ka part dia...
ada website Altezza x....?
tq |
|
|
|
|
|
|
|
ape pasal kalo pasaran eropah papan pemuka (dashboards) mesti kemasan kemas??
kalo pasaran asia ni tayah kemas2 ke??
ade double stenderd ke orang asia ni bukan kisah sgt?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|