CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4822|Reply: 38

online business ku.... ramai kata buang masa aje!!

[Copy link]
Post time 28-2-2008 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Aku ni org baru lagi kat cari forum, tapi telah lama menjadi pembaca forum ini.... ini kalau bahagian classified tu aku rajin letak ads. Cuma nak share aku punya pengalaman sikit melalui internet business.   aku ni tk lah famous macam blogger liewcf, gobala atau faiz shokkahwin... tapi very low profile.

Ramai yang nak buat duit melalui internet, namun ramai yang confused, takut dan tak tahu. Banyak sgt produk2 yang menjaminkan boleh buat duit internet cepat, namun hampir semuanya temberang. Kalau ada yang pernah beli, mesti tahu...
Kalau nak tahu rahsia internet business yang tahan lama ialah consistency dalam mencuba dan belajar

Permulaan aku....
lebih empat tahun dahulu waktu aku kerja dengan Sapura System...(dah closed down ...vss) aku start online business dengan website www.ninedesigncraft.com ( dah tamat website ni - kalau google adalah sepihan dia tinggal ) dan dalam masa setahun, mati website ini dan aku hampa. Ramai waktu tu kat Sapura kata aku buang masa.. buang duit la... tapi aku yakin boleh. aku pergi seminar, joint member lain yang pandai internet dan belajar. kawan aku yeo yang jual audio parts diyparadise.com bg aku byk semagat...

Mula buat duit...
Aku mula buat duit dengn affiliate marketing, dapatlah dalam usd300 - 400 sebulan.. kira okaylah. Dapat bayar kete, minyak, h/p, astro... ringanlah skit. Sapura pun tak ada naik gaji...waktu tu... hanya bayangan VSS. Namun aku tak ada website dan hanya gunakan forum mat salleh sprt DP forum, warrior forum and etc. Memang lebih susah nak jual ebook pada org malaysia waktu tu... sekarang lebih open. Memang best sebab aku byk belajar, buat kawan melalui forum... tapi aku tak puas hati kerana aku tak ada website dan waktu google adsense mula famous...

Mula buat website...
lalu aku mula buat website aku toliveonline.com yang tujuannya membantu orang baru yang hendak belajar cara cara start online business. kira khas untuk newbie lah katakan. Lagi hampa sebab memang tak ada income pada mulanya sebab tak ada ramai visitors. tapi lepas setahun.. aku mula nampak hasil. Income dari affiliate mula msuk... dan consistent dan income google adsense dah bertambah... lebih ramai vistor, lebih byk income. ramai internet business gagal bukan sbb product atau service yang ditawarkan.... cuma tidak ada traffic. Bayangkan.. anda buka kedai jual barangan terbaik dipasaran, tapi tak ada org tahu kat mana kedai anda... mest bankrup punya.. kan? No sales... haa sama la online business....

Kini dan sekarang....
kini income aku selepas hampir 3 tahun dalam online business dah mencecah USD1200 ke USD 1700 sebulan. 60% daripada income ini adalah dari google adsense. Income tak byk lah compare dgn blogger blogger hebat, tapi masih dalam linkungan RM4000++ sebulan dan mula naik ke lingkungan 5000++. Cukup nak bayar kete, rumah, makan minum, bil bil dan lain lain. Yang penting HALAL...
Aku ni insuran consultant skrang... kira duit bisnis insuran aku boleh disimpan la skit... tak pressure sgt.

Rahsia aku satu aje... consistent dan buat sesuatu yang anda minat. Jangan duk beli aje ebook yang ada dalam pasaran, tapi cuba faham minat anda dan buat sesuatu yang anda suka. Byk sgt produk yang memberikan janji manis, tapi sebenarnya bukan semudah itu. Contohnya, adsense yang dikatakan boleh buat duit, tak perlu buat apa apa... Mana ada cam tu, kalau tak ada visitor ramai... sampai mati tak dapat buat income besar. Contoh mamat dari shoemoney.com yang buat lebih daripada USD30,000 sebulan dengan adsense, tapi tgk visitor dia... unique visitor per day 20,000 !!!

Cuba anda faham... jika penulis ebook kata anda boleh buat duit tanpa henti dan duduk diam aje, kenapa dia nak jual ebook susah susah, kena promote la, update website la... kenapa dia tak duduk diam dan duit masuk tak henti henti. Kenapa dia nak jual ebook ... Namun byk ebook yang baik, cuma anda perlu berhati hati sebelum beli...
Yang paling penting...usaha anda.

That is my two cents... harap saya dapat bantu dan tidak mengyakiti sesiapa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2008 11:24 AM | Show all posts
Bang, leh ajor say affiliate marketing? Stakat ni cam x jd je... Saya guna PPC + landing page
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 11:47 AM | Show all posts

Reply #1 rahmanalwi's post

BRO..ajo cane nak buat iklan besar2an kat internet..modah rendah ataupn free jer hehe!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 03:12 PM | Show all posts
Ater mcm mana caranya nak tahu juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 07:25 PM | Show all posts
GUD SHARING...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:02 PM | Show all posts
boss..aku ade buat blog..
aku masih x paham la google adsense function camne..
aku ade letak dlm blog aku..cite skit camne nak dpt income dr adsense ni..
kene register dulu ke..


aku budak baru belaja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2008 08:41 AM | Show all posts
Originally posted by rahmanalwi at 28-2-2008 10:56 AM
Mana ada cam tu, kalau tak ada visitor ramai... sampai mati tak dapatbuat income besar. Contoh mamat dari shoemoney.com yang buat lebihdaripada USD30,000 sebulan dengan adsense, tapi tgk visitor dia...unique visitor per day 20,000 !!!


First time aku baca ada org tulis Shoemoney kat forum nie. Mmg tahap otai lah dia nie

Sorang lg John Chow... dia tak guna adsense pun utk blog dia. Dpt jana USD$30,000 gak sebulan. Mantap. :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2008 01:05 PM | Show all posts
Salam semua...

Sungguh tak disangka ramai yang hantar email kat saya... malu pulak nak mengajor.. kita ni bukan terrer sgt...
Tapi saya boleh tulis sikit sikit la apa yang saya tahu ya...

Yang paling penting dalam online business ialah traffic... tanpa traffic memang comform website akan mati!:@
Saya selalu syorkan kalau nak marketkan produk yang ada pasaran, cuba targetkan untuk satu dunia kerana market lebih besar dan lebih senang. Kalau nak focus pada Malaysia aje, lebih susah skit sebab market kecik. Lagi satu kalau boleh, gunakan bahasa inggeris dalam website/blog anda supaya selain daripada orang malaysia, pembaca masih boleh faham.

Website saya toliveonline.com memang saya target oversea readers especially US dan Europe. Ini kerana bayaran untuk per click adsense lebih tinggi ( paling tinggi yang saya pernah dapat per clik ialah USD3.), lagi satu especially jika promote ebook dalam USD, ianya tidak semahal bagi mat salleh compred to malaysia atau geerally asian. Contoh, satu ebook USD29 untuk orang di UK dan Europe lebih murah kerana currency lebih tinggi. Kalau kat malaysia dan jadi kat RM105, mahal tu.

1. Jika anda gunakan blog/website, pastikan anda submit setiap post anda pada social website seperti digg, squiddo, reddit dan lain lain. Tapi pastikan bahasa inggeris sebab yang baca pun international readers. Ini memang boleh generate traffic yang agak byk.

2. Classifed ads - sperti cari, iklanika, malaysiakini dan lain ada section classified. Sila letakan iklan anda pada website website ini dan buat dengan consistent. Ini boleh membantu anda dapat traffc daripada malaysia kerana ramai pembaca dalah daripada malaysia.

3. Forum - saya lihat byk orang post kat forum, gunakan media ini untuk membina credibility website anda. Selalu tinggal singnature dibawah setiap post. Ini dapat membantu juga.

4. Google Competitor anda. Jika anda menjual tudung, cuba cari laman lain yang menjual tudung dan Google domain dia. Anda akan lihat byk result yang akan menunjukan link pada laman itu. Lawati setiap link itu dan cuba link balik pada laman anda. Contohnya, jika dia ada link daripada squiddo, anda pun patut buat profile dalam squiddo sama seperti dia.

5. Comment di blog orang. Sila lawati blog orang lain yang topic dia sama dengan topic laman anda, dan tinggalkan comment yang membina atau totally bertentangan tapi membina dengan pendapat blogger itu. Ini akan membuat pembaca blog tersebut ingin tahu siapa anda dan mungkin akan melawati laman anda.

6. Yahoo answer - jika kita perhatikan, ramai yang menjawap soalan di yahoo answer dengan mensyorkan ebook atau service lain. Anda jangan berbuat demikian, tetapi cuba jawap soalan dengan baik dan penuh. Tinggalkan link anda dibawah jawapan anda. Jika maklumat itu byk dan ada pada laman anda, jawap separuh dan separuh lagi mita pembaca baca dilaman anda.

7. Email marketing - ini sesuai sgt untuk maket dimalaysia. Jika ada menghantar email, pastikan ianya ada signature anda.

8. Viral marketing  - jika laman anda menjual tudung, maka buat satu ebook percuma dengan menunjukan pelbagai fesyen ikat/pakai tudung dan barikan dengan percuma pada pembaca laman anda, melalui email, forum classified dan lain lain. Tapi pastikan anda menyertakan link pada ebook tu pada header atau footer atau dimana mana yang anda suka. Ramai org suka benda free, jadi ini pasti dapat bantu anda menpromosikan laman anda. Minta pembaca nada memforwardkan ebook ini pada kawan kawan mereka yang gunakan tudung.

9. Article marketing - paling sesuai jika laman berbahasa inggeris. gunakan article marketing iaitu dengan menulis report atau rencana pendek mengenai sesuati topic related to your website/blog topic.  

10. Pastikan laman anda cantik atau cantik mata memandang. Jangan buat laman yang terlalu terang atau susah nak dibaca. Org yang melawati laman anda akan cabut lari cepat....

11. Buat link byk byk. Dimana sahaja dalam internet yang anda boleh tinggal link , pastikan anda tinggalkan satu.

12. You tube... jika boleh buat video ke, download ke you tube. Pastikan anda link dalam video anda.

Jika anda lihat, mengenerate traffic memang kerja yang paling susah. Selagi kita tak establish, memang perlu kerja keras.

TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 01:54 PM | Show all posts
wa byknyer information..tengkiu bro!!

satu lagi..no 13...moh join saye www
spam..spam...

[ Last edited by  ctredzuan at 30-4-2008 05:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 02:07 PM | Show all posts
KUH!KUH!KUH!

LAWAK LU BRO MOONEEY!!!..SINI PUN NAK TEMPEL.ANYWAY THANKS LER..AKU DAH MASYUKK ARI NI.MEMBER RUMAH AKU PUN JOIN BWH AKU DAH.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 02:52 PM | Show all posts
bro..no 4 tu aku x paham la....ekekkeek..
general sgt la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 02:59 PM | Show all posts
Thank you brother!
Anyway, we need to be patient in order to make money online
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 04:02 PM | Show all posts
alhamdulillah ader lagi sorang yang sudi kongsi ilmu...

cuma yang berminat nak belajar jgn give up.. ramai sgt yang give..tak nak tambah ilmu.. lepas tu kata buang masa
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 05:42 PM | Show all posts
bro mooneey..rase berminat nak sign up ler.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:32 PM | Show all posts
gud sharing rahmanalwi

aku suka post camgini... bertambah ilmu aku hari ni.. tq2 ...  kalu ada tips lain kongsi ler lagi..

nak tanya sket ler kot2 ko ada experience.. aku ada buat jual produk jugak la.. jual online, bukan ebook la, benda yg ada physically.. setakat ni jual kat satu forum local jek..

katalah kalu aku nak jual international plak... macammana dgn

1) payment option utk buyer
2) tax
3) courier dn packaging
4) lain2  (3 tu jek yg aku tau ... hehe)

mmg jelas byk yg aku nak kena belajar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 09:09 AM | Show all posts
Kenapa den rasa newbies2 nie cam owang yang sama jer ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 01:52 PM | Show all posts
bro..aku nak tau lebih lnjut lagi lar sbb aku kurang paham bace kat sini.cek p.m key
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 03:52 AM | Show all posts
internet business, takes time.. and lot of commitment...

bagi aku its depend... kalau nak cara promosi free search engine lah jawabnya.. lagi lama domain tu lagi bagus, dan jagan lupa optimize page untuk SE friendliness

shoemoney tu dia banyak guna forum... satu tips aku kasi;

Tulis blog, dengan tajuk yang baik.. worth for reading lah maksudnya..
lepas tu announce topic tu dalam forum atau email blogger lain tentang isu yang korang buat..

tapi kena ingat... internet business bukan semata-mata korang generate income dengan google adsense.. internet its too big and exciting market. MALAYSIA.. we lack of super webmaster. kebanyakkan part-time dengan internet.

setahun lepas akaun google aku kena terminate... so at last aku start business sebenar, memang mengagau cari income. tapi akhirnya dapat gak momentum tu..

Google adsense sesuai untuk journalist web, tapi sekarang aku terus jual barang jer dalam internet... sape2 yg baru try lah google.. tapi dengan polisi google yg baru memang korang akan terasa perlahan...

semoga berjaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 10:16 AM | Show all posts

menjawap soalan soalan yang diajukan...

sorry la kawan kawan, bz skit sebab kes insuran-insuran dah mula masukkk....

inshaallah dalam hari ini saya akan cuba bantu dengan soalan soalan yang di ajukan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 10:58 AM | Show all posts
aku tolong sama la mana yang boleh di tolong



katalah kalu aku nak jual international plak... macammana dgn

1) payment option utk buyer
untuk payment nih ader tiga option
i. Paypal = paling top. dapatkan debit kad Public Bank ( stakat nih yang paling ok utk malaysia ) utk verification dan juga bawak duit kluar.
ii. 2co ( 2 checkout ) utk creditcard processor ader fees but paling murah banding lain.
iii. money transfer seperti western union = boleh dapat maklumat cara dari bank yang berdekatan anda...maybank pun boley

2) tax
kita pos takder kena tax...but pihak derang je la.. kalo kena tax masa derang nak amik derang yang kena bayar tax. Just inform derang kita hantar barang gitu jer..lagi satu trick ialah buat pos berdaftar n tick kat situ as gift / present.

3) courier dn packaging
courier bergantung pada jenis barang yang dihantar. kalo fragile dan mahal. better amik yang include insurance. packaging standard biase guna je kertas minyak. lain kalo nak balut cecantik. buat le dalam kertas minyak ... nasib le kalo org tu koyakkan kertas tuh... kalo dapat balut shrink wrap pun bagus untuk protect barang tuh.. who knows right kalo under miss handling.

4) lain2  (3 tu jek yg aku tau ... hehe)...
lelain tak leh nak jawab soklan nih sebb tak tau ape nak jawab
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.385632 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list