View: 7251|Reply: 8
|
Eh .. dia nak uji cinta aku...
[Copy link]
|
|
Cara si dia menguji cintaDemi menguji sejauh mana kesetiaan yang diberikan, si dia sanggupmelakukan apa saja demi mempertahankan ketulusan cinta yang dibina.
ALAHAI lelaki, walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkanperkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaanterhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagisesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu.Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihantersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjangmenjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
Adakah si dia materialistik? Sering menjadipersoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahapmaterialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di manamembelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamugagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.
* Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahapcemburu. Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauhmana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, diaakan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakantentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahajadiperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.
Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahusejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara diamengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengancara ini: Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.
Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkankejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si diaakan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernahbertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepadateman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.
Sumber: www.kompas.com dan kosmo.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
hm..awek aku dalm status 'anda lulus'..he3.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu mase first kopel aku da ckp awal2...
sya akan uji awak...cewahhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
aku x kapel dah sekarang...huhu..nak try kt member aku ar..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Wei ni bukan kat sini la....nanti aku pindahkan ke tempat lebih sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe sound weird but mostly true |
|
|
|
|
|
|
|
maknenye ak sume lulus la.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|