CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6759|Reply: 4

SUMO WRESTLING

[Copy link]
Post time 8-2-2008 07:10 AM | Show all posts |Read mode
aku rasa ada forummers yang pernah tengok citer sumo yg adlin shaufki main tu...  aku lak pernah tengok real sumo wrestler ni masa aku visit japan dulu... saje nak tengok.. kawan aku kat sana ajak... besar betul badan2 sumo wrestler ni.. kawan aku cakap depa makan macam 6 kali lebih banyak dari biasa  dan banyak karbohidrat utk energy dorang... dan usually they are going to bed after that massive eating.. to gain the mass of body..

this is the basic rules of sumo wrestling ni...   wrestler who either touches the floor with something else than his feet or leaves the ring which measures about 15 feet in diameter before his opponent, loses...   fights usually last about few seconds  but in rare occasions up to one minute or longer.. tu aje basic rules sumo... tapi japanese mmg hantu dengan sport ni.. sumo wrestling ni national sport of japan..

biasanya kalu kat japanese satu2 tournament tu makan masa 2 weeks.. sumo wrestler ni tak ada yang belasan tahun .. usually over 25  and less than 40.. berat dorang  about 265 kg...(about 580 lbs).. kalu kita tengok kan dorang cuma pakai big belt tu aje.. tu pun opponent boleh grasp campak kat luar sumo ring...(bukan mudah sebab berat sgt tapi dua dua pun kuat)..

teringat aku ada satu gambar sumo wrestler yang jatuh .. dan dan tak leh bangun.. berat sangat  sampai few people angkat sumo wrestler ni...  hehe..



masa aku tgk dulu  derang ni akan meditate / concentrate beberapa saat sebelum fight!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2008 07:13 AM | Show all posts
Ahli sumo dibunuh sebab malas

TOKYO - Polis Jepun menahan seorang bekas jurulatih dan tiga ahli sumo senior bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelatih berusia 17 tahun ketika satu kem latihan diadakan Jun lalu.

Tokitsukaze, 57, atau nama sebenarnya, Junichi Yamamoto disyaki bersama tiga yang lain mendera mangsa yang dikenali dengan nama samaran, Tokitaizan sehingga menyebabkan kematiannnya secara mengejut.

Tokitaizan atau nama sebenarnya, Takashi Saito dikatakan mengalami kecederaan teruk di seluruh badan ketika mayatnya ditemui.

Bagaimanapun polis tidak mengeluarkan kenyataan lebih terperinci berhubung tangkapan empat suspek itu.

Tokitsukaze sebelum ini dilaporkan telah memukul kepala Tokitaizan dengan sebiji botol pada 25 Jun lalu selepas didapati cuba melarikan diri daripada kem latihan tersebut.

Di samping itu, bekas jurulatih terbabit juga disyaki telah mengarahkan tiga ahli sumo yang lebih senior untuk mendera Tokitaizan.

Keempat-empat suspek itu kemudiannya secara bersama menyerang mangsa termasuk memukulnya dengan besi pemukul besbol.

Persatuan sumo Jepun dikatakan telah memecat Tokitsukaze pada Oktober tahun lalu berikutan insiden itu.

Daripada bedah siasat yang dijalankan selepas itu membuktikan kecederaan yang dialami Saito agak luar biasa berbanding kecederaan yang biasa dialami dalam latihan sumo.

Tokitsukaze turut mengaku pernah memukul kepala Saito dengan botol sehari sebelum kematiannya dengan tujuan untuk memaksanya berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh.

Tindakan itu juga diakui Tokitsukaze dilakukannya kerana tidak tahan lagi dengan sikap Saito yang malas berlatih.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, bapa Saito juga mengakui anaknya pernah dua kali cuba lari dari kem latihan iaitu pada pertengahan Jun dan sehari sebelum kematiannya.

Bagaimanapun beliau tidak pernah berkata bahawa anaknya telah dibuli dan didera.

- AP



jarang aku dgr belasan tahun jadi sumo wrestler tapi kalu tak silap aku.. pelatih ni makan masa gak buat latihan (bertahun gak lah..) sebelum dibenarkan bertanding...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2008 05:36 AM | Show all posts
Bakat sumo si cilik

Buat julung kalinya, di Sao Paulo, Brazil satu pertandingan sumo dianjurkan khusus untuk kanak-kanak dan remaja.


GELAGAT kanak-kanak ketika menyertai pertandingan sumo.

MenURUT sejarah, sukan sumo atau nama asalnya, sumai yang bermaksud 'berjuang' merupakan salah satu acara kebanggaan rakyat Jepun.

Ia juga dianggap unik oleh segelintir masyarakatnya memandangkan terdapat banyak upacara khas yang dilakukan sebelum atau selepas pertarungan bermula.

Antara atlet sumo Jepun yang juga merupakan juara dunia termasuklah Sadji Akiyoshi yang mencatat rekod menjuarai paling banyak kejohanan sepanjang karier dan juara dunia terbaru, Ozeki.

Walaupun pada asalnya ia adalah sukan tradisional rakyat Jepun, tetapi kini ia diiktiraf di kebanyakan dunia sehingga wujudnya pertandingan sumo yang disertai daripada pelbagai lapisan umur.

Berbadan besar dan memakai cawat. Itulah ciri asas yang perlu ada pada seseorang pemain jika ingin mengambil bahagian dalam pertandingan sumo.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Sao Paulo, Brazil. Baru-baru ini, satu pertandingan sumo, I Copa Sulamerica diadakan khusus untuk kanak-kanak dan remaja dari wilayah selatan Amerika.


PERTANDINGAN ini bertujuan mencungkil bakat golongan muda untuk menjadi ahli sumo profesional.

Merupakan penganjuran kali pertama, pertandingan tersebut menarik perhatian 300 peserta, terutamanya kanak-kanak perempuan.

Berusia dari enam hingga 18 tahun, kedatangan mereka membawa seribu satu harapan semata-mata untuk meraih gelaran juara sumo, I Copa Sulamerica pertama di wilayah itu.

Menariknya, setiap peserta perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam sukan sumo. Setiap peserta yang terdiri daripada dua orang akan saling menghadap antara satu sama lain di tengah pelantar pertandingan berbentuk cincin (dohyo), berukuran lilit 4.55 meter.

Mereka juga harus memakai mawashi iaitu lilitan kain yang berjuntai dan hanya menutupi bahagian hadapan anggota badan.


PEMAIN tidak dibenarkan menumbuk atau menendang lawan masing-masing.

Sebaik sahaja pengadil menjerit Hajime atau bermaksud mula, cara pertama yang boleh dilakukan ialah seorang pemain hendaklah cuba memaksa pemain lain untuk menyentuh mana-mana bahagian badannya supaya terkeluar dari bulatan sumo. Pemain yang terkeluar dikira tewas.

Cara yang kedua ialah seorang pemain harus memaksa pemain lain menyentuh mana-mana bahagian badannya kecuali tapak kaki ke atastikar sewaktu berada di dalam bulatan.

Cara terakhir dan dianggap paling berbahaya dalam permainan sumo itu ialah seorang pemain boleh mengangkat pemain lain dan mencampaknya keluar dari bulatan tetapi dia harus pastikan pemain tersebut betul-betul terkeluar seluruhnya dari bulatan.

Dalam pertandingan itu, perkara yang tidak boleh dilakukan ialah menumbuk, menendang, mencungkil, memicit, menarik rambut, mencekik atau mana-mana teknik mengunci sewaktu perlawanan.

Sekiranya pemain melanggar peraturan seperti menumbuk atau menendang, pengadil boleh memberi amaran dan sekiranya dia masih melakukannya, pengadil mempunyai kuasa untuk memberhentikan perlawanan sekali gus memberi kemenangan kepada pihak lawan.

Pertandingan itu diadakan bertujuan mencungkil bakat golongan muda khususnya remaja dan kanak-kanak untuk menjadi ahli sumo yang profesional.


SUKAN sumo dapat meningkatkan kekuatan mental dan
fizikal pemain.


Menerusi pertandingan yang dianjurkan itu juga, ia dapat mengajar mereka bagaimana cara untuk mempertahankan diri daripada pihak lawan atau musuh yang mendekati.

Secara tidak langsung, sukan sumo dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal pemain serta menguatkan daya kognitif peserta terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 12:18 PM | Show all posts
aku pernah dengar ..ahli sumo ni ade makanan khas...lain kem latihan ..lain menu/diet diorang...dan setiap menu tu menjadi rahsia untuk ahli kem latihan tu je...coz kem2 latihan ni bersaing antara satu sama lain.

ahli sumo jugak senang kalau nak turun kan berat badan bila dah tak mo aktif nak bersukan sumo...tak tahu la camana caranya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 12:02 AM | Show all posts

Reply #4 Maxx's post

i wonder how - take a look at that first post - badan wrestler tu berlemak betul! -
macamana nak turun kan berat badan tu..  won't be easy, though -
doable - but still  not an easy task rasanya -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.954686 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list