CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7875|Reply: 27

sejarah dan nilai jasa suharto

[Copy link]
Post time 28-1-2008 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah nilai jasa Suharto

Oleh: SOPHA SULAIMAN (KORESPONDEN UTUSAN DI JAKARTA)

SUHARTO melambaikan tangankepada sekumpulan jurugambar semasa tiba di masjid Jakarta untukmenunaikan sembahyang Jumaat.Gambar bertarikh 25 September 1998. 朢euters.


HAJI Muhammad Suharto (Soeharto), lebih dikenali dengan panggilanPak Harto merupakan pemimpin paling lama menjadi Presiden NegaraKesatuan Republik Indonesia (NKRI), iaitu selama 32 tahun (12 Mac 1967

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2008 07:10 AM | Show all posts
Perginya Bapa Pembangunan Indonesia

Oleh ZAMBRI RAMBLI


Semangat patriotisme yang mendalam telah merubah perjalanan hidupanak petani yang pada awalnya hanya bercita-cita menjadi kerani. BekasPresiden Republik Indonesia ini bukan saja berjaya mengubah nasib 200juta rakyatnya, bahkan mencipta pelbagai sejarah sepanjang 32 tahunpemerintahan beliau.





JIKA ego selalu dikaitkan dengan pemimpin yang hebat dan berkarisma,lelaki ini tidak pernah membenarkan mimik muka menguasai wajahnya.Walaupun pernah menjadi jeneral tentera bertaraf lima bintang danmenjadi pemimpin paling lama mengepalai Republik Indonesia iaitu selama32 tahun, lelaki ini sebenarnya seorang yang sangat merendah diri.

Percaya atau tidak, selama lebih tiga dekad menjadi pemimpin agung,beliau tidak pernah membina apa-apa patung atau arca dirinya. Malah,tiada taman atau jalan di republik itu yang diberikan nama sempenanamanya.

Namun, legasi yang ditinggalkan beliau hakikatnya, lebih hebatuntuk sesiapa sahaja, bukan sahaja di nusantara bahkan seluruh duniauntuk mengingatinya. Beliau adalah lelaki pemilik kepada nama agung,Muhammad Soeharto atau sering dieja Suharto.


SUHARTO dalam persalinan tradisional Jawa  pada majlis perkahwinan anak perempuannya.


Selepas menghabiskan seluruh hidupnya demi perjuangan sebuah negarabernama Indonesia baik semasa menentang Belanda, Komunis, membangunkanekonomi republik itu dan mendepani kejatuhan yang memalukan, semalamcatatan diari perjuangan lelaki itu berakhir.

Setelah berada dalam keadaan kritikal sejak 4 Januari lalu, semalamtepat pukul 1.10 petang waktu tempatan (2.10 petang waktu Malaysia),Suharto menghembus nafas terakhir pada usia 86 tahun.

Pengumuman dibuat oleh bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia,Moerdiono melalui siaran sebuah radio tempatan ke seluruh negarasejurus selepas doktor yang merawat bekas presiden kedua itumengesahkan kematian Suharto.

Selepas sepanjang bulan Januari 2008 kumpulan doktor yang merawatSuharto mengumumkan ketidaktentuan tahap kesihatannya, semalam bekaspresiden itu diisytiharkan berada dalam keadaan paling cemas dankritikal di Hospital Pusat Pertamina, Jakarta. Bekas Presiden ituterpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan selainpelbagai organ badannya gagal berfungsi.




Enam anak Suharto hasil perkahwinannya dengan Siti Hartinah ialahSiti Hardiyanti Hastuti, Sigit Harjojudanto, Bambang Trihatmodjo, SitiHediati Herijadi, Hutomo Mandala Putra dan Siti Hutami EndangAdiningsih berada di sisi beliau sejak malam Sabtu lalu.

Walaupun mungkin ramai yang menyifatkan zaman di bawah pemerintahanSuharto penuh dengan amalan diktator, tetapi tiada siapa yang dapatmenafikan zaman kepimpinannya juga dianggap sebagai tempoh palingmakmur untuk lebih 200 juta rakyat Indonesia.

Kata pepatah Inggeris, 慉nda terpaksa menjadi kejam untuk menjadibaik
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 08:09 AM | Show all posts
gud artikel.........thanks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 09:49 AM | Show all posts
thanks.. kalau ko ada cerita pasal dia  jom kita baca sama2...  banyak yang sceptical tentang soeharto ni... baguih juga tahu serba sedikit sejarah hidup dia ni..!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 09:52 AM | Show all posts



2008/01/28
SUHARTO: A legacy divided
Amy Chew in Jakarta

32 YEARS OF RULE WITH AN IRON FIST: Allies and critics of formerpresident Suharto, who died yesterday aged 86, agree that his legacystill looms large in Indonesia's political, economic and cultural life.Suharto's autocratic rule, over more than three decades, was marked byrampant corruption, cronyiam and widespread human abuses.

MOHAMMED Suharto, the son of poor peasants, rose to lead the world'smost populous Muslim nation for 32 years and turned the backward Asiannation into a tiger economy.

Aman of few words, Suharto was complex and charismatic, and both reviledand loved by the people. He is remembered as the father of developmentby some and a butcher by others.

"I like Suharto very much,"said Sumirah, a domestic helper from Tegal, central Java. "When he waspresident, life was easy. There was always enough to eat, basiccommodities were cheap.

"Now life is very, very hard."
Even as he brought development to Indonesia, Suharto alsopresided over some of the worst atrocities in modern Indonesian history.

He ruled the vast archipelago of 17,000 islands with an iron fist. Dissent was brutally crushed by the military.

Unlikehis predecessor, Indonesia's founding father Sukarno, who united thecountry through patriotism and oratory, Suharto held Indonesia'sdisparate religious, ethnic and social groups together by sheer force.

"The meanest and cruellest dictator is the one who can smile while hishands are covered in blood," said journalist Rudy Madanir.

Suhartoseized power from Sukarno during the 1960s against the backdrop of theCold War. Fate presented Suharto with the opportunity to change thecourse of Indonesian history on Sept 30, 1965, when six generals and alieutenant were kidnapped and killed by a group of leftist officers.

Suharto,then a two-star general and head of the strategic army reserve Kostrad,was tasked with putting down the coup attempt and prosecuting theperpetrators.

When news came that army commander Ahmad Yani wasamong those killed, Suharto took control of the army. It blamed theCommunist Party of Indonesia (PKI) for plotting and carrying out thecoup.

Thus began a violent bloodbath to purge the country of communists.

Thearmy, on Suharto's orders, embarked on a campaign to incite the peopleto attack communist party members, the country's tiny ethnic Chinesecommunity and Sukarno loyalists.

Hundreds of thousands of PKImembers and ethnic Chinese were hunted down and slaughtered. Real andsuspected PKI members were taken away from their homes by localvigilantes and army units and killed by knife or bayonet.

Estimates of the death toll number from 100,000 to more than a million. It was one of the worst massacres of the 20th century.

Suharto moved swiftly to consolidate his hold over the armed forces, purging it of Sukarno loyalists and communist sympathisers.

In March 1967, Suharto was formally named acting president, and a year later, president.

Suharto's rise to power took many by surprise. He was an unknown army general who had displayed little interest in politics.

Theforce of Suharto's willpower can be traced back to his poverty-strickenand difficult childhood. He was born into a family of poor peasants onJune 8, 1921 in Kemusuk village near the royal city of Yogyakarta,Central Java, during the Dutch colonial era.

His parents'marriage broke up before he turned 2. He was brought up by each of hisremarried parents and relatives in different villages at various times,and knew no stability in his young life.

The hardship of his childhood and youth shaped his character.

Asthe leader of Southeast Asia's largest country, he set out to rebuildIndonesia's shattered economy by appointing a group of Western-trainedeconomists.

Suharto reined in the country's inflation,stabilised the rupiah and attracted foreign direct investment, whichcreated jobs and raised the standard of living for millions of poorpeople.

Throughout his rule, Suharto rarely spoke in public but smiled very often and earned himself the nickname "the Smiling General".

Heleft it to his generals and ministers to make public announcements. Thedistance added to his enigma and princely persona, which inspired fear,admiration and loyalty among the people.

It was only in the company of peasants, the people who toiled the land with their hands, that Suharto felt at home.

Theagricultural community, numbering in the millions, held a special placein Suharto's heart. He paid close attention to their needs, which inturn earned him their loyalty.

But among many Indonesians,Suharto was reviled for his human rights abuses and the corruption,cronyism and nepotism involving his children, family and friends.

Indonesia'sinvasion of Timor Leste and annexation in 1975 resulted in the death ofsome 200,000 people at the hands of the armed forces. Militaryoperations in the restive province of Aceh also claimed thousands oflives.

In 1998, when the Asian economic crisis hit Indonesia,the rupiah lost almost 80 per cent of its value. Overnight, millionswere thrown out of work and languished below the poverty line.

Amidwidespread civil unrest, Suharto resigned on May 21, 1998. Hesubsequently lived a quiet life in the leafy suburb of Menteng incentral Jakarta, and was rarely seen in public.

Critics andanti-corruption campaigners accused Suharto's family of amassing US$45billion (RM148.5 billion) in kickbacks or deals during his time inoffice. His family have denied such charges.

Last year, stateprosecutors filed a civil suit claiming US$440 million in state fundsand a further US$1 billion in damages for alleged misuse of money heldby one of Suharto's charity foundations.

Right till the end, Suharto remained an ambiguous, controversiol figure.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 09:23 PM | Show all posts
Adakalanya seorang yang dikatakan diktator dan mengamalkan sistem kuku besi mampu mentadbir negara dengan cemerlang berbanding seorang yang liberal dan demokrat.

Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Mohamad Suharto.Takziah buat keluarga Allahyarham,kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2008 09:57 AM | Show all posts
aku rasa rakyat indonesia lebih sengsara sekarang drpd zaman pemerintahan soeharto...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 06:13 PM | Show all posts
Suharto adalah right-wing dictator anak didikan CIA dizaman Perang Dingin. Beribu-ribu rayaat Indonesia yang tidak bersalah mati selepas insiden Gastapo 30 September. Insiden Gastapo 30 September ada satu konspirasi CIA-Suharto untuk menjatuhkan Sukarno yang berfaham kiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2008 06:16 PM | Show all posts
Suharto cetus hubungan lebih akrab antara negara Asean

PEMERGIAN presiden kedua Indonesia, Suharto, ke Rahmatullah kelmarin, meninggalkan legasi cukup besar bukan saja kepada rakyat republik itu, malah tempiasnya meliputi penduduk Asia Tenggara, terutama negara tetangga.

Walaupun media Barat mengecam dan menggelarnya diktator, hakikat yang perlu diterima ialah beliau bertanggungjawab membangunkan Indonesia selepas republik itu hampir hancur akibat pemberontakan komunis.

Suharto yang melepaskan jawatan Presiden pada 1998 ketika kemuncak pergolakan akibat krisis mata wang antarabangsa, memimpin Indonesia selama 32 tahun, sekali gus mencatat sejarah pemimpin paling lama berkuasa bukan saja di republik itu tetapi di dunia selepas Fidel Castro.

Pandangan bahawa beliau memerintah secara kuku besi seperti didakwa Barat masih boleh diperdebatkan tetapi hakikat bahawa Suharto adalah bapa pembangunan Indonesia tidak boleh dinafikan.

Malah, Malaysia sendiri pada peringkat awal pembangunannya turut mencontohi Indonesia serta mengambil ramai pakar termasuk doktor dan pendidik dari republik itu untuk berkhidmat di Malaysia.

Ketika kepemimpinannya, Suharto, turut mempengaruhi dasar serantau dan antarabangsa.

Dari segi hubungan dua hala, Malaysia pada dasarnya terhutang budi dengan Suharto kerana beliaulah menamatkan konfrontasi tiga tahun akibat slogan 慓anyang Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 29-1-2008 18:13
Suharto adalah right-wing dictator anak didikan CIA dizaman Perang Dingin. Beribu-ribu rayaat Indonesia yang tidak bersalah mati selepas insiden Gastapo 30 September. Insiden Gastapo 30 September ...


tentang pembunuhan beribu2 tu..bukan TDM kata..ianya satu cerita palsu dari barat yg membenci Suharto...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 03:33 PM | Show all posts

Reply #3 bubpallo's post

Apa beza diktaktor LEE KUAN YEW ngan Almarhum Suharto? Bezanya ialah Singapork ialah anjing belaan US di rantau ini manakala Indonesia tidak kelihatan berjaya untuk dijinakkan. Ini perbandingan permulaan.

LEE KUAN YEW jugak memerintah lebih lama dari Suharto. Lebih-lebih lagi menyiapkan anaknya sendiri sebagai Perdana Menteri. Memastikan Dinasti Lee terus terusan memerintah Singapork - negeri sekangkang Kuan Yew.

Untuk memerintah lebih 17,000 pulau, 200 juta rakyat memerlukan seorang pemimpin yang 'keras' dan berhati 'waja'. Jika tidak, seperti hari ini, Indonesia sudah kehilangan Timor Timur dan mungkin Irian Jaya dan Acheh. Apatah lagi, mohon maaf, dengan taraf pendidikan majoriti rakyat Indonesia, maka mereka dengan mudah dibakar emosinya. Dipengaruhi dengan sentimen kedaerahan, bangsa dan agama.

Lihat sahaja perbandingan Singapork yang juga diperintah keras walaupun rakyatnya hanya 2 juta sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 11:18 AM | Show all posts
Horizon: Pemergian Suharto tinggalkan persoalan
Oleh Khaidir Majid
qidir@bharian.com.my

ALLAHYARHAM Haji Muhammad Soeharto atau Suharto yang meninggal dunia Ahad lalu, walaupun sudah disemadikan masih menunggu hukuman sejarah terhadap dirinya. Setakat ini, belum jelas sama ada beliau akan diangkat sebagai wira ataupun disepak tendang sebagai pemimpin yang paling kejam.

Jika didengar ulasan daripada bekas menterinya, mahupun jika dihitung dari segi bilangan yang hadir pada pengebumiannya, Suharto bolehlah dianggap pemimpin yang amat dihargai rakyat dan negara. (Bukankah Suharto yang menerajui Indonesia ketika negara itu menyaksikan transformasi ekonomi paling menakjubkan di Asia?

Nasib lebih 200 juta rakyat diubahnya apabila negara itu dikeluarkan daripada ambang kebangkrapan kepada menjadi destinasi pelaburan menarik. Namun, jika diambil kira pandangan mereka yang menjadi mangsa pada pemerintahannya yang menjangkaui tiga dekad, ataupun pandangan pertubuhan hak asasi manusia, Allahyarham disamakan pula dengan rejim mendiang Ferdinand Marcos dari Filipina.

(Rekod hak asasi Suharto dianggap paling berdarah dalam sejarah rantau ini dengan penentangnya tidak diberi ruang langsung untuk bersuara.)

Apa sekalipun setiap orang bebas dengan pandangannya dan media Barat sudah pun menggunakan kebebasan ini dengan rata-rata menganggap Allahyarham memerintah sebagai seorang diktator, iaitu seorang pemimpin yang tidak terbatas kuasanya.

Jika benar Suharto memiliki kuasa tidak terbatas, siapakah yang memberi kuasa itu kepadanya? Sudah semesti bukan rakyat, kerana tidak mungkin mereka mahu melepaskan kuasa yang seharusnya mereka memiliki. Jika bukan rakyat, siapa pula yang boleh memberinya?

Pendedahan beberapa dokumen sulit daripada 1966 sehingga 1998 berhubung kait hubungan Jakarta dan Washington beberapa hari lalu sedikit sebanyak membongkarkan jawapan soalan di atas.

Ketika perang dingin sedang memuncak pada awal pemerintahan Suharto, Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon ketika itu tidak pernah mahu menegur apa yang dilakukan Suharto di negaranya. Begitu juga beberapa Presiden selepas Nixon, semuanya menganggap Suharto sebagai sekutu kuat Amerika. Mengapakah begini?

Seperti ditulis di atas perang dingin sedang memuncak ketika itu dan Suharto cenderung kepada kelompok pro-Barat sedangkan Sukarno sebelumnya lebih memihak kepada pendirian berkecuali. Keakraban seseorang pemimpin dengan kerajaan Barat yang menguasai ekonomi dunia, sudah semesti membolehkannya memerintah tanpa sebarang batasan kuasa.

Begitulah rumitnya sejarah pemerintahan Suharto yang jika mahu dijatuhkan hukum perlu juga mengambil kira peranan yang dimainkan kuasa besar. Patutkah beliau seorang saja dihukum? Jika setiap diktator, termasuk Suharto dan Allahyarham Saddam Hussein, saja dihukum ceritanya tidak mungkin selesai dengan kematian mereka.

Kuasa besar yang memupuk dan membiarkan mereka ini bermaharajalela, juga harus dihukum sejarah, agar tidak boleh lagi mereka mewujudkan diktator lain pada masa depan.

Seorang kolumnis Indonesia pernah menulis bahawa Suharto pernah mengingatkan gabenor wilayah di negara itu agar berwaspada terhadap tiga 'ta': iaitu harta, takhta dan wanita.

Mungkin juga perlu ditambah satu lagi 'ta' iaitu kata-kata. Kata-kata kuasa besar yang harus diwaspada kerana akhirnya boleh memakan diri.

Penulis ialah Pengarang Luar Negara, Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 06:35 PM | Show all posts
Suharto will get a premium seat in Hell! This murderous monster, thanks to his feeble health, he escaped the gallows but not  the wrath of the God's Hell. He has  committed gross crime against humanity including PKI's'  functionaries and little people, minority Chinese, Timorese and the Acehnese. This shall not be forgotten.

Praise for him? My foot!. Its like calling a murderer a hero. Hail Hitler!  He trade-off his bloody hands with American money and military hand-outs. He runs a corrupt government robbing the country's wealth through clever schemes of concession to close relative members, military junta's functionaries and  Chinese cukong, while the mass of Indonesian only get an token candy. Land distribution scheme ' transmigrasi' is a bloody joke and backfired- thousands of dislocated Maduranese was slaughtered in West Kalimantan because of government's incompetency. To date Indonesia is still an basket case.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 12:32 PM | Show all posts
My feeling at the first time I heard about his sickness, death, and towards all the media coverages, is at best indifferent. Personally, I am tired of following the controversies surrounding his case since he stepped down in 1998. And I felt that this nation has missed the opportunity bring a closure to his case.

I was born when he was already the president. And he is the only president I knew until 1998. In my last days of the college years, I joined the movement calling him to step down. But when he did step down at May 21st that year, somehow I did not feel joy or relief. A bit, yes, but not as much as I thought when I decided to join the movement a few months earlier. I felt his stepping down -- the way he stepped down -- was an anticlimax for the movement.

And yes, ten years after, it was not wrong after all to consider the 1998 movement as an anticlimax. The failure to bring the criminal and civil charge against Suharto to and end was only reflecting the bigger picture of the reformasi movement. Worse, some fellow students who called for a change even swallowed their words and became the politicians they used to criticize.

But I am not saying that the country isn't progressing. After all, I still chose today than the yesterday. We enjoy more personal freedom and many more. On the other hand, credit should be given to where it deserves. Suharto brought many improvements in the country's economy. Under his reign, poverty declined significantly, health and education has improved compared to the situation he inherited in the late 1960s.

I don't want to be trapped in any sides of overpraising or overloathing him. I believe the government should continue the civil charge against his foundations, as a symbol that this nation is moving forward. Suharto has died without being proven innocent or being prosecuted. But we should not continue finalizing the human rights abuse cases happened during his reign. Including, among other things, the kidnappings of prodemocratic activists and student shootings in 1998-99.

Good bye, old man. We should let you rest in peace now. But the country should move on in dealing with the dark past you inherited.


http://cafesalemba. blogspot. com/2008/ 01/rip-suharto. html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 05:56 AM | Show all posts
Suharto pergi, rakyat menangis

Daripada: SOPHA SULAIMAN (JAKARTA)

SUDAH seminggu bekas Presiden Suharto meninggal dunia. Tempoh berkabung pun berakhir semalam dan bendera tidak lagi dikibar separuh tiang.

Namun masih ada ucapan belasungkawa dari pelbagai pihak yang menzahirkan kesedihan kepada pihak keluarga diiringi doa agar amal bakti Allahyarham kepada bangsa dan negara diterima Allah s.w.t.

Sepanjang seminggu, riwayat hidup, jasa dan pengorbanan Suharto selama 32 tahun menjadi presiden disingkap kembali selain liputan besar-besaran pada hari kematian dan hari pengebumiannya.

Suasana hening di seluruh negara dapat dilihat di mana-mana ketika jenazah Suharto dibawa dari Jalan Cendana, Jakarta ke makam Giribangun, Solo.

Semua rakyat dari penarik beca, penjaja dan petani hingga para menteri bersedih dan berduka dengan perginya Pak Harto.

Indonesia mungkin sukar untuk mencari ganti tokoh seperti Suharto walaupun di akhir hayatnya timbul pelbagai kontroversi dan misteri.

Sebagai mengenang jasa besar Suharto, ada pihak mencadangkan bekas Presiden kedua Indonesia itu diberi gelaran sebagai pahlawan.

Aktivis prodemokrasi dan pejuang hak asasi manusia mahu tuntutan yang dikenakan ke atas Suharto dituntaskan terlebih dahulu sebelum menganugerahkannya sebarang gelaran.

Namun bagi rakyat terbanyak, tahlil, doa dan pengajian diadakan di seluruh pelosok negara dari surau hingga pondok pesantren bagi mendoakan roh beliau.

Ucapan belasungkawa dan karangan bunga memenuhi setiap sudut Jalan Cendana, Jakarta, tempat tinggal Suharto semasa dan selepas menjadi Presiden.

Salah satu karangan bunga di Jalan Cendana ialah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sahabat baik Suharto.

Malah Tun Mahathir menggagahi hadir pada hari Suharto dikebumikan walaupun terlewat tiba untuk bersama menyaksikan istiadat pemakaman.

Puluhan rakyat berdatangan dan pergi di Jalan Cendana dan Giribangun. Ada yang datang dari jauh dengan berjalan kaki semata-mata mahu memberikan penghormatan terakhir.

Di kiri kanan jalan, dari rumah Suharto ke lapangan terbang Halim Perdana Kesuma, rakyat berbaris sambil melambai tangan ketika rombongan kereta jenazah melewati jalan tersebut.

Jenazah Suharto diterbangkan ke Solo pada pagi yang hening Isnin lalu untuk upacara pengebumian negara yang dilaksanakan dengan penghormatan tentera dan adat jawa di Astana Giribangun.

Semasa hayatnya, Suharto minta beliau disemadi di sisi pusara isterinya, Ibu Tien Suharto yang meninggal pada 1996.

Lebih lima buah pesawat tentera dan komersiol mengiringi jenazah Suharto ke Solo.

Di Solo, rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat bersesak-sesak sepanjang jalan ke tempat pemakaman untuk melihat jenazah Suharto buat kali terakhir.

Sukar

Mereka mendekati kereta jenazah dan cuba menghulurkan tangan sambil menangis.

Bagi mereka sukar untuk mencari lagi seorang Suharto yang mengambil berat tentang nasib petani dan anak bangsa sementara bagi anggota keluarga Suharto ialah seorang yang cukup penyayang.

Ketika anaknya, Tommy dihukum penjara di Nusa Kembangan, Suharto yang sudah uzur menggagahi diri untuk menjenguk anaknya itu pada 2002.

Di kawasan Astana Giribangun yang terletak di atas sebuah bukit, ribuan lagi rakyat menanti ketibaan jenazah yang diusung oleh enam anggota tentera dan polis diiringi pemukul deram, pembawa bunga dan foto Suharto.

Suasana hening mewarnai istiadat pemakaman apabila azan dikumandangkan ketika masuk waktu Zuhur.

Setelah sejarah hidup dan jasa Pak Harto dibacakan, Tutut atau Siti Hardiyanti Rukmana, putri sulung Suharto dengan esak tangis meminta rakyat memberikan kemaafan kepada bapanya.

揝ebagai manusia biasa bapa tidak terlepas membuat kesilapan dan kesalahan. Jadi maafkanlah dia dan mohon Tuhan mengampuni segala dosanya,
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #14 adin's post

Satu eulogy yang amat menarik sekali untuk seorang diktator yang telah pergi. Malang sekali ia adalah satu suntingan dari Blogger sahaja bukan dari forumist asal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 11:45 AM | Show all posts
Dalam era 'Ode Baru' regim Suharto menganggap Indonesia sebagai 'Big Brother' dalam hubungan antara negara-negara Asean. LKY dan Mahathir cuma memandang sinis sahaja anggapan ini. Mereka tahu 'Indonesia is just another basket case' sahaja. Mismanagemt and Corrupt goverment.

Suharto mewarisi satu negara yang cukup kaya dengan limpahan hasil bumi dan rayaat yang nasionalismanya sungguh luar biasa. Di saat itu kedudukan ekonominya setaraf dengan China  dan India. The emerging economy.

Tapi lihat hari ini Indonesia maseh lagi di takuk lama. China sudah maju dan menjadi kuasa gergasi dalam ekonomi dunia. Pemegang utama reserb dalaman Amerika. World class manufacturer. India maju 'by leaps and bounds' dalam mempelbagaikan ekonominya saperti software dan automobile. Top engineering school saperti IIT (Indian Institute of Technology) di Chenni, Banglore, Kanpur dll adalah klas dunia juga IIM ( Indian Institute of Management) menghasilkan tenag kerja yang sungguh berkalibar. Saya sendiri telah melihat keadaan disana dan tidak hairan kalau dimasa terdekat kita di Malaysia terpaksa keIndia untuk mencari rezeki.....hmm.

Indonesia has lost the race and missed the opportunities to be a great nation. Habebi, kroni utama, dengan industri kapal terbang cuma tinggal sejarah. Projek kereta anak Suharto Bambang lenyap yang kita dengar cuma Thailand sahaja yang menjadi jaguh. Partamina cuma ' Mr 10%' makan komission  langsung tidak membangunkan industri minyak dan kini bergantung kapada orang asing termasuk Petronas.

To compare Singapore's and Indonesian's dictatorship is an act of folly. Firstly Singapore is puny and second LKW runs a no nonsense goverment and everythings are above board. Its an extreme case of survival. During separation Singapore, she was facing chronic labours unrest and problems of maintaining the economic status quo after the British withdrawal. Its a matter of doing the right thing not do it right.

In the case of gromming his son BG Lee it is not a case of raw napotism. BG was raised in the era when Singapore was facing a critical issues ( social, economics,defence, race etc.etc..) ...in my opinion he understood the issues better then any of the Singapore youth of his age. He has what it takes to shape Singapore future. A well breed son with double first from Cambridge , a prestigious  Singapore Armed Force scholar and mid-career training  in Public Administration from Kennedy School of Administration Havard...what more can I say...what is Bambang and Tutut....Hmmm

[ Last edited by  thamrong at 3-2-2008 11:51 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 12:38 PM | Show all posts
ak Harto legasi politik Indonesia
Oleh Johan Jaafar

Biar sejarah menafsir sendiri pemimpin kontroversi selepas era Sukarno

SESIAPA saja boleh mencari salah Allahyarham Presiden Suharto (Pak Harto). Beliau dikatakan diktator, pemimpin korup, malah pesalah jenayah kemanusiaan. Beliau disamakan dengan Nicolas Ceasusscu (Romania), Ferdinand Marcos (Filipina), Idi Amin (Uganda), malah Saddam Hussein (Iraq).

Jasa Pak Harto mudah dilupakan. Nama baiknya tercalar. Musuhnya akan mencari setiap kesalahan untuk memburuk-burukkan beliau. Memang pada saat terakhir pemerintahannya, beliau tidak disenangi dan anggota keluarganya dicemuh.

Kemarahan dan kebencian terhadap Pak Harto dirasakan daripada kalangan asongan hingga pengamen, daripada seniman hingga sasterawan, daripada kelompok intelektual hingga pimpinan NGO, malah di kalangan rakyat jelata. Lagu popular, karya sastera, malah akronim digunakan untuk mencemar nama Pak Harto dan keluarga.

Lebih malang bagi Pak Harto, krisis ekonomi yang melanda Asia memburukkan lagi keadaan. Ekonomi Indonesia merudum, rupiah hilang 80 peratus nilainya dan rakyat dalam kesusahan.

Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) datang dengan penyelesaian yang hanya memburukkan lagi keadaan. Satu daripada imej yang mengaibkan ialah apabila Pengarah Eksekutif IMF, Michael Comdessus berdiri berpeluk tubuh melihat Suharto menandatangani 'pakej pemulihan' IMF untuk Indonesia.

Kita tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Pak Harto ketika itu pastilah itu satu penghinaan bagi pemimpin yang bangga itu. Comdessus masakan faham makna perbuatannya yang dianggap angkuh dan biadab dalam budaya Timur.

Formula IMF yang sepatutnya menjadi penawar, merosakkan Indonesia. Negara itu menghadapi krisis lebih buruk. Pak Harto dipersalahkan. Beliau mengundurkan diri ekoran gerakan reformasi rakyat. Kaitan beliau dengan korupsi, kolusi dan nepotisme (KKN) menjadi bahan yang digunakan untuk menumbangkan beliau.

Orang terlupa bahawa krisis ekonomi Asia bukan berpunca daripada Pak Harto. Krisis ini menyebabkan kemusnahan kekayaan dan kerosakan bagi hampir semua negara yang terbabit, termasuk negara kita.

Secara jujur Asia belum sepenuhnya pulih daripada musibah yang bermula pada 1997 itu. Memang banyak faktor lain yang menyumbang pada krisis itu tetapi kita semua tahu bukan soal fundamental syarikat Asia atau rapuhnya ekonomi masa itu yang menjadi puncanya spekulasi mata wang oleh kelompok yang tamak menjadi pencetusnya.

Pak Harto memerintah selama 32 tahun waktu yang cukup panjang. Beliau memerintah secara kuku besi bagi memastikan bahawa Indonesia yang terdiri daripada 17,000 pulau itu tetap utuh dan bersatu.

Beliau tidak membenarkan sentimen kedaerahan untuk memecahbelahkan negara itu. Gerakan pembebasan mana-mana wilayah akan dihancurkan tanpa belas kasihan. Di tangan Pak Harto, Indonesia menjadi kuat dan bersatu.

Pada waktu sama beliau meneruskan usaha pembinaan negara bangsa yang unik bagi Indonesia. Suharto percaya bahawa bangsa Indonesia yang ditunjang oleh Pancasila dan prinsip satu bahasa aneka agama, budaya dan warisan amat penting untuk negara itu.

Bangsa Indonesia satu kenyataan dan bukan impian. Dengan meneruskan konsep 'demokrasi terpimpin' yang dimulakan oleh Sukarno, Pak Harto memberikan acuan demokrasi sesuai untuk Indonesia.

Indonesia di bawah Pak Harto menjadi harimau ekonomi Asia. Kemakmuran dirasakan secara menyeluruh dan Indonesia dengan segala keunikan menjadi kuasa ekonomi serantau. Jakarta berkembang menjadi kota yang ditandakan oleh pencakar langit dan gedung perniagaan raksasa.

Pak Harto memberikan kemewahan dan kejayaan ekonomi, sesuatu yang tidak mungkin boleh dilakukan pada peringkat awal kemerdekaan Indonesia. Kadar kemiskinan menjunam daripada 60 peratus pada 1970 menjadi 14 peratus pada 1990. Banyak kemajuan dicapai oleh Indonesia di bawah pimpinan Pak Harto.

Tidak mudah mentadbir Indonesia sebenarnya. Sukarno meletakkan asas yang kuat. Sukarno bertahan kerana karisme peribadi, retorika dan harapan yang diberikannya. Bagaimanapun, Sukarno menjadi mangsa pada kealpaan dan masalah peribadinya. Indonesia boleh menuju anarki tanpa pimpinan tegas Pak Harto.

Pak Harto juga menyedari peranannya sebagai 'abang besar' di Asia Tenggara. Asean yang ada hari ini adalah sebahagian dedikasi dan komitmennya. Lebih penting lagi Indonesia di bawah pimpinan beliau adalah sahabat sebenar Malaysia.

Tidak banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan masa itu dalam konteks hubungan dua hala. Mengambil kira penentangan Sukarno terhadap penubuhan Malaysia pada 1963 dan kempen 'Ganyang Malaysia', hubungan itu pulih secara baik dan menguntungkan kedua-dua pihak.

Pak Harto mengambilalih kepemimpinan daripada Sukarno pada waktu yang genting. Parti Komunis Indonesia (PKI) mulai menguasai Sukarno. Pengaruh PKI bukan saja dalam bidang politik tetapi budaya dan sastera. Penulis terkenal Pramoedya Ananta Toer misalnya menjadikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) untuk memastikan agar karyawan dan sasterawan tidak 'antirakyat'.

Buku dibakar dan sasterawan dihina. Tindakan itu menghantui Pramoedya kemudiannya. Karyawan dan seniman tidak dapat memaafkan Pramoedya kerana pembabitannya dalam Lekra.

Pak Harto didakwa bertanggungjawab menahan dan memenjara (selain menjatuhkan hukuman mati) kepada ahli parti komunis dan simpatisan mereka apabila PKI diharamkan. Lebih 200,000 orang ditahan.

Orang seperti Pramoedya dibuang ke Pulau Buru. Sentimen kebencian terhadap komunis berpanjangan. Tindak balas rakyat terhadap mereka juga kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Anak Kampung Kemusuk dekat kota Jokjakarta yang miskin dan datang daripada ibu bapa yang bercerai ketika beliau masih kecil menghargai makna kemiskinan. Beliau masuk tentera bagi mengubah kehidupannya.

Di dalam dunia ketenteraanlah Pak Harto membina kekuatan diri dan kebolehan memimpin. Apabila beliau diberikan amanah untuk memimpin Pasukan Deponogora pada 1962 yang dianggap ketumbukan elit Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Abri), barulah terserlah bakat kepemimpinan sebenarnya. Pada 1 Oktober 1963 berlaku Peristiwa Lubang Buaya apabila tujuh pimpinan tertinggi Abri dibunuh dengan kejam oleh penyokong komunis yang menamakan diri mereka Gerakan 30 September.

Mereka yang terbunuh ialah Ahmad Yani, Sutoyo Siswomiharjo, Donald Izacus Panjaitan, Siswondo Parman, R Suproto, MT Haryono dan Pieere Tandean.

Peristiwa Lubang Buaya mengejutkan Indonesia, khususnya tentera. Gerakan rakyat mula terasa. Sukarno mungkin tidak tahu menahu mengenai peristiwa itu tetapi beliau dianggap bertanggungjawab.

Indonesia harus hidup dalam pergolakan dan ketidaktentuan itu untuk beberapa tahun lagi. Hanya pada 1967, berlaku pemindahan kuasa daripada Sukarno kepada Pak Harto. Pada 21 Mac 1968 Pak Harto diisytiharkan Presiden Indonesia.

Setiap pemimpin mempunyai kelemahan, Pak Harto tidak terkecuali. Beliau bermula sebagai hero rakyat tetapi berakhir sebagai orang yang dimusuhi rakyat. Banyak pihak mengandaikan beliau mengumpulkan kekayaan peribadi bernilai berbilion-bilion ringgit. Anak beliau Siti Hardiyanti Rukmana, Bambang Trihatmoji, Siti Hediati Hariyadi, Hutomo Mandala Putra dan Siti Hutawi Endang Adiningsih dikatakan mengaut kekayaan luar biasa.

Sehingga pada saat akhir hayatnya desakan agar disiasat ke mana perginya wang yang digelapkan oleh Pak Harto masih kedengaran.

Pada waktu sama terdengar banyak suara bahawa beliau bertanggungjawab ke atas pelanggaran hak asasi manusia, baik dalam mengekalkan kuasa atau ketika gerakan membersihkan komunisme serta usaha mempertahankan Timor Timur (kini Timor Leste).

Pak Harto meninggalkan legasi yang luar biasa. Sebahagiannya tidaklah menyenangkan. Bagaimanapun, sumbangannya kepada Indonesia tidak boleh diketepikan.

Memang angin perubahan bertiup kencang selepas Pak Harto. Bukan rahsia lagi bahawa kebebasan bersuara dan akhbar cukup hebat di Indonesia pada masa ini. Sama ada itu prasyarat untuk menjadikan negara itu stabil dan terus makmur akan sama-sama kita lihat.

Indonesia mempunyai dua presiden dalam masa 53 tahun sejak kemerdekaannya pada 1945 hingga kejatuhan Pak Harto pada 1998. Dalam masa 10 tahun kebelakangan ini negara itu mempunyai empat presiden. Itu saja sudah menunjukkan betapa taring manusia seperti Sukarno dan Pak Harto.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 04:34 PM | Show all posts

Reply #10 revolusi_30's post

aku rasa pon camtu

~kalo dia slh....konfem leh buktikan dia salah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 05:58 PM | Show all posts

Reply #19 iza_yuss's post

Sejarah bukan bersandar kan ' aku rasa camtu'. Itu anti thesis namanya .
Hidup zama digital cuma 2 pilihan yes or no atau 1 and 0. Bukan aku rasa...hmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.078573 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list