View: 5412|Reply: 30
|
Dua hari tanpa isteri (kes : merajuk)
[Copy link]
|
|
kali ini aku benar-benar tersepit. aku benar-benar memerlukan teman untuk berbicara, teman untuk mengadu masalah, teman untuk meminta nasihat dan pendapat 
sepanjang perkahwinan kami, inilah masalah paling besar pernah kami alami. Ianya amat mencabar kesabaran, kasih sayang, kesetiaan malah etika dan garispanduan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dalam menempuh hidup berumahtanggan
Kisahnya bermual begini....
Dua hari lepas, aku meminta isteriku menemani ku ke suatu tempat. Hari tersebut adalah hari yang amat istimewa kerana merupakan harijadi isteriku yang ke (dot dot). Aku bercadang untuk membelikan hadiah yang amat istimewa untuk isteriku. Dan tahun ini aku ingin isteriku sendiri yang memilihnya. Biarlah ianya sebagai simbolik bahawa aku sebagai suami yang akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk dirinya. Bak kata pepatah pak guard indon tempatku kerja 'yu nem it, yu get it!'.
Setelah puas memilih, akhirnya isteriku memilih beg tangan berharga RM150.
Tetapi.. aku menghadapi masalah besar!!!! kerana wang didalam dompetku cuma RM50. Aku memberitahu masalahku pada dia dan menunjukkan dompetku padanya untuk dibuat pemeriksaan. Setelah memeriksa dalam dompet sehingga poket seluarku, isteriku berpuashati yang duitku cuma RM50 tepat.
Memandangkan dia berkeras juga, aku terpaksa menelefon kawanku si Din (bukan nama sebenar). Din sanggup untuk memberi pinjaman sebanyak RM50 dan dibayar dalam masa seminggu. Tetapi duitku masih belum cukup. Aku perlu mencari RM50 lagi untuk membeli beg tangan untuk ku hadiahkan pada isteriku. Akhirnya aku terpaksa meminjam dengan isteriku sebanyak RM50. Isteriku marah-marah dan meminta aku untuk membayarnya dalam masa 3 hari... 
Akhirnya wang dalam tanganku cukup RM150. Akupun dengan girang gumbira pergi mendapatkan beg tersebut. Setelah membawanya ke kaunter, rupanya beg tersebut diberi diskaun 10%. Jadi aku cuma perlu membayar sebanyak RM150-RM15 = RM135.
Selepas itu, akupun dengan penuh kasih sayang menghadiahkan beg tersebut kepada isteriku. (aku terpaksa sensor adegan berikutnya kerana ianya kurang sesuai untuk tatapan umum, dan tidak berkaitan dengan plot drama).
Kembali kepada ceritaku yang asal, kini wangku berbaki RM15 (selepas mendapat diskaun 10%). aku berhasrat untuk membayar sedikit jumlah hutangku pada Din dan juga isteriku. Setiap seorang ku bayar RM5. Jadi jumlah hutangku tinggal RM45 seorang. Manakala baki RM5 (RM15-RM10) aku simpan sebagai belanja makanku sehingga hujung bulan.
Disinilah masalahnya bermula...
Di dalamperjalanan pulang ke rumah, satu persoalan besar telah menhantui fikiran kami berdua. Ianya sungguh mencabar ertinya kesetiaan dan kejujuran dalam berumahtangga. Aku suspek yang isteriku secara diam telah mencopet wang dari dompetku. Manakala isteriku mengesyaki yang aku merahsiakan sebilangan wang dari pengetahuannya.
Bayangkan.......
Wang aku = RM50
Wang isteriku = RM50
Wang Din = RM50
jumlah kesemuanya RM150.
harga beg = RM135
baki wang = RM15
bayaran hutang pada isteri = RM5
bayaran hutang pada Din = RM5
**** Baki hutang selepas pelarasan adalah RM45 x 2 = RM90
Baki wang dalam tangan aku = RM5
Jadi secara logiknya....
Baki hutang (RM90) + wang aku (RM50) + wang dalam tangan aku (RM5)
RM90 + RM50 + RM5 = RM145
Kenapa jumlahnya cuma RM145???? Sedangkan pada asalnya adalah RM150???? Mana hilangnya RM5????
Adakah isteriku yang mencopetnya? Adakah aku yang tidak jujur?...
Tolong leraikan persoalan ini...
Dah dua hari aku tak balik rumah dan bertegur sapa dengan isteriku...    |
|
|
|
|
|
|
|
wakaka.....teka teki ropenye...ape susah sgt??? bagi je la lebih.... interest... |
|
|
|
|
|
|
|
heheheh..... nie soalan matematik....nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Kakakakakakakakakakakaa.........meroyan warga FD nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahhah....
semalam bini dia
hari ini laki dia pulokkkk
kelako
 |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa poket tau tembus....hahahahahaha...pagi2 dah dpt soalan matematik |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kalakar la gilagila2 dan suami_gilagila2 nih...asik nak tergelak jek baca msg dia berdua ) |
|
|
|
|
|
|
|
GG ko tiru soklan UPSR ye? |
|
|
|
|
|
|
|
suami_gila gila,
hang ni mesti calculative tahap gaban kan.............RM5 pun nak kecoh. pi la overtime sari dapat la cover balik....... tak yah pikiaq lah. kira RM5 tu bukan rezeki hang sudah la..............hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
pening aku nak baca...  |
|
|
|
|
|
|
|
ni soklan dr email yg budak hotel tuhari..sajer dia pusing2 soklan straight forward jd mcmni sampai keliru nak menjwb..
hurm..apsal cara menulis gg n somi dia ni samer je ek?
sehati sejiwa katakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 jaja_maaman's post
agree..
duit isteri tetap duit isteri somi tak ada hak nak rasa walau sesenpun.. lainle kalu isteri redha..
duit somi leh jadi duit isteri coz isteri tetap ada hak..
kalu hidup leh bertolak ansur insyaallah ada rezeki yg menanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko memang dungu matematik!!!!! ko pegi belajar bab pertama tingkatan satu asas no negatif |
|
|
|
|
|
|
|
entah apa laa.. pasal rm5 pon nak pening.. halal je laa |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.. versi laki gg lagi details la.. siap dgn kira2 lak tuh..  |
|
|
|
|
|
|
|
hal kecik pun nak dipanjang2kan .
tak elok merajuk lama-lama, balik umah jelah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|