View: 8446|Reply: 6
|
lukisan atau gambar figura- pandangan anda?
[Copy link]
|
|
Orang melayu atau islam begitu fobia tentang melukis atau lukisan manusia
Islam sendiri mengariskan pelbagai pandangan.
Oleh sebab itu, perkembangan seni visual di kalangan melayu hanya menular pada akhir 1880-an apabila Hikayat Abdulllah oleh Munsyi Abdullah sebagai bukti lukisan kesedaran visual yang pertama di Malaya.
Tidak hairan bangsa melayu agak tertinggal dari bangsa lain di dunia dari segi lukisan seni visual. Motif2 alam sering digunakan utk tenunan, ukiran, pertukangan, anyaman dan sebagainya.
Jika diperhatikan Mesir sendiri mengekalkan lukisan pada dinding2 piramid sebagai bukti merekod oleh penduduk Mesir Kuno dahulu. Bagaimana manusia menyampaikan sesuatu peristiwa melalui lukisan telah bermula pada era lukisan-lukisan gua.
Di negara kita, Gua Tambun, Perak menjadi bukti episod merekod oleh manusia Negrito zaman Poleolitik 30,000 tahun dahulu.
Hakikatnya kini, Kita sering mendengar kata-kata orgtua yang mengatakan malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah jika ada lukisan bergambar.
( tidak termasuk melukis gambar porno- ia tetap haram)
Jika dikatakan melukis untuk belajar hukumnya harus. Bagaimana pula pengkarya-pengkarya melukis figura untuk tujuan kebaikan? Apa hukumnya?
Apa pandangan kalian? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 srumut's post
Lukisan dibenarkan dlm Islam...
Yg haram adalah arca krn ia 3 dimensi n berbayang...
Ada thread ttg hukum buat gambar ni... kat page belakang kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju cuma alangkah baiknya ada nas dari aspek religi ( al-quran & nas) bagi menguatkan hujah ni
terima kasih
nanti saya cari page tu
cuma sedikit keliru apabila orgtua sering gambarkan malaikat takkan masuk ke dalam
...tidakkah bermaksud malaikat maut pun takkan masuk kerumah?
a lot of ppl will do the maksiat dalam rumah..tak nak kuar2 la agaknya
yup lukisan atau patung 3d yang dimaksudkan sbg haram dalam islam
sayang, orang melayu dahulu tinggalkan seni merekod melalui visual akibat fahaman religi melukis itu haram hinnga hanya akhir 1880-an baru muncul kesedaran visual oleh masyarakat melayu
maaf harap tidak menyinggung mana2 pihak ye |
|
|
|
|
|
|
|
as for my opinion..yg dikatekan malaikat xmasuk tu just malaikat hafzah(malaikat yg menjage manusia).. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 srumut's post
bukannya takleh tapi rasanya gambar takleh purely sbb kita tend to idolize bende lawa.
dok memuja gambar mmg jadi bende lain la kot.
masyakat melayu kan jenis mengikut saja dari dulu lagi so bila takde pendedahan takde lah kesedaran.
zaman modern ni dah lain sket. moderation seeped into everyone's life so org dah sedar tentang keperluan seni instead of banning purely because tok imam kampung dia kata takleh. mcm tu arr..
agak2 paham tak analogi yg panjang ni? hihih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...
aku refer drawing berbentuk kebendaan....maksudnya selain dari objek makhluk hidup. Dulu aku mmg suka melukis gambar manusia... terutama masa zaman kegemilangan komik 'singa ganas', 'pedang setiawan', 'dewa naga' dll... Sekadar suka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...sedikit perkongsian maklumat tentang persoalan Tt....
Petikannya dari: http://pmram.org/index.php?optio ... lmiah&Itemid=69
SOALAN:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa & ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali
Saya meminati seni dan lukisan. Namun, daripada pembacaan, saya dapati terdapat larangan dalam menghasilkan potret atau mana-mana lukisan yang menyerupai objek hidup. Daripada pemahaman saya, penghasilan lukisan seperti itu seolah-olah mencabar ciptaan Yang Maha Pencipta. Bagaimanakah kedudukan sebenarnya? atau saya tersilap dalam memahami maksud sebenar larangan tersebut.
Keduanya, mengenai kedudukan gambar fotografi yang dirakamkan. Saya amat mengharapkan penjelasan kepada soalan-soalan berikut:
1. Bagaimanakah kedudukan melukis potret dan objek bernyawa dalam hukum Islam.
2. Adakah ciri sesuatu potret yang dihasilkan, iaitu 'berwarna' (menyerupai wajah sebenar yang dilukis), atau 'hitam putih' (menyerupai wajah sebenar tetapi tidak berwarna) menjadi penentu dalam mengharuskan penghasilan potret tersebut?
3. Apakah kedudukan membingkaikan gambar fotografi objek hidup (manusia dan haiwan contohnya), lalu digantung di dinding rumah mahupun pejabat?
Sekian.
Ratapan keampunan kepadaNYA Yang Maha Pengampun atas segala kejahilan.
Daripada: NUR HIDAYAH HAJI DAUD (Malaysia)
JAWAPAN:
Muqaddimah
Islam adalah agama yang mencintai keindahan sehingga di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:
إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada keindahan
Antara perkara yang dianggap sebagai satu keindahan yang mempunyai nilai kesenian adalah gambar yang dilukis di papan-papan kanvas dan ukiran-ukiran yang dipahat di atas batu atau kayu.
Persoalannya, adakah Islam berdasarkan ijtihad para fuqaha membenarkan kesemua lukisan dan ukiran atau sebaliknya?
Beberapa perbahasan yang disepakati dari segi hukumnya oleh seluruh para fuqaha Islam
1. Seluruh para ulama Islam bersepakat bahawa seseorang individu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar benda yang merupakan hasil ciptaan manusia itu sendiri seperti melukis gambar rumah, kereta, masjid, komputer dan sebagainya.
Ini kerana manusia telah dibenarkan untuk mencipta benda-benda tersebut. Apabila seseorang individu itu telah dibenarkan oleh Islam untuk mencipta kereta, dia juga boleh melukis gambar kereta. Ini kerana gambar kereta lebih mudah untuk dihasilkan berbanding dengan mencipta kereta. Kalaulah mencipta kereta yang lebih sukar telahpun dibenarkan oleh Islam, maka menghasilkan gambar kereta lebih-lebih lagi dibenarkan.
2.  Para fuqaha Islam juga telah bersependapat mengatakan bahawa seseorang itu boleh untuk melukis gambar-gambar alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah Taala seperti gambar tasik, sungai, laut, bulan, bintang, matahari dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sekiranya gambar alam semulajadi itu dijadikan sebagai bahan sembahan orang yang bukan beragama Islam seperti golongan penyembah matahari, maka sekiranya penyembah matahari meminta sang pelukis untuk melukis gambar matahari untuk disembah selepas itu, pastinya hukum melukis gambar matahari ketika situasi ini adalah haram. Ini kerana gambar yang bakal dilukis akan digunakan untuk tujuan maksiat iaitu menyembah selain daripada Allah Taala.
Beberapa perbahasan yang tidak disepakati dari segi hukumnya oleh para fuqaha Islam
Kebanyakan para fuqaha berpandangan bahawa seseorang pelukis dibenarkan untuk melukis gambar tumbuh-tumbuhan, rumput, buah-buahan dan pokok-pokok. Mereka tidak membezakan antara pokok yang berbuah ataupun pokok yang tidak mengeluarkan buah. Bagi kebanyakan para ulama, hukum melukis tumbuh-tumbuhan dan pokok adalah seperti hukum melukis alam semulajadi seperti sungai, laut, gunung-ganang dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, hanya seorang ulama sahaja yang tidak membenarkan melukis gambar pohon-pohon yang mengeluarkan buah. Ulama tersebut adalah Al-Imam Al-Mujahid.
Oleh itu, sekiranya seseorang pelukis ingin melukis gambar pokok yang berbuah, maka berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, hukumnya adalah dibolehkan.
Jawapan Kepada Soalan Yang Ditujukan
Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang
Berbalik kepada soalan yang ditanya, ia berkisar berkenaan hukum melukis gambar objek yang hidup yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Sememangnya para ulama berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith Rasulullah yang zahirnya melarang lukisan.
Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.
Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.
Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.
Berdasarkan jawapan di atas jelaslah kepada kita bahawa:
Melukis gambar objek yang hidup sama ada gambar manusia atau binatang adalah dibenarkan oleh para fuqaha dalam Mazhab Al-Imam Malik selagi mana gambar tersebut dalam bentuk lukisan atau ukiran. Walaubagaimanapun Al-Malikiyyah (ulama di dalam mazhab Al-Imam Malik) tetap menganggap melukis gambar manusia atau binatang adalah makruh sekiranya gambar objek bernyawa tersebut adalah sempurna.
Namun sekiranya anda ingin memegang pandangan yang mengharamkan sebarang lukisan yang menggambarkan objek manusia atau binatang, maka berdasarkan kaedah:
الْخُرُوْجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ
yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan", maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila anda tidak melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar manusia atau binatang.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang berpegang dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib diperbetulkan. Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka seseorang muqallid (individu yang tidak sampai ke tahap mujtahid) berhak untuk meilih mana-mana pandangan tanpa menerima sebarang dosa.
Hukum Gambar Fotografi
Gambar fotografi adalah dibenarkan selagi mana gambar yang diambil tidak diharamkan untuk dilihat. Oleh itu, apabila seseorang mengambil gambar temannya dalam keadaan si teman menutup aurat, hukum mengambil gambar tersebut adalah dibenarkan. Jelasnya mengambil gambar manusia yang yang tidak menutup aurat adalah diharamkan.
Gambar yang berwarna ataupun hitam putih adalah sama dari sudut hukum. Keadaan gambar tersebut adalah hitam putih atau berwarna bukanlah penentu kepada sesuatu hukum.
Hukum Menggantungkan Gambar Di Dinding
• Hukum menggantungkan gambar selain dari gambar manusia dan haiwan adalah dibenarkan. Contohnya gambar tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.
• Namun sekiranya gambar yang digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang sempurna, maka berdasarkan pandangan Al-Malikiyyah, hukumnya adalah makruh sekiranya gambar tersebut digantung atau dimuliakan.
• Sekiranya gambar tersebut tidak dimuliakan, contohnya gambar yang ada pada hamparan, bantal, selipar, kasut dan sebagainya, maka tindakan menggunakan dan menyimpan barang-barang tersebut adalah tidak digalakkan. Ini kerana yang sebaiknya adalah tidak menggunakan langsung sebarang gambar kepada objek hidup.
• Walaubagaimanapun, berdasarkan pandangan para ulama selain daripada Al-Malikyyah, mereka mengharamkan seseorang individu untuk menggantungkan sebarang gambar manusia atau binatang yang sempurna.
• Sekiranya gambar yang ingin digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang tidak sempurna seperti gambar kepala manusia sahaja, gambar kepala seekor singa, gambar seekor lembu tanpa kepala dan gambar manusia yang dadanya berlubang, maka kebanyakan para ulama membenarkannya tanpa ada sebarang hukum makruh.
Wallahu A'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|