|
sok ari pertama start sekolah..aku ucapkan kepada semua warga sekolah seluruh malaysia, selamat kembali beb! untuk budak sekolah, mulakan hari anda
dengan semangat belajar baru. untuk cikgu2 mulakan dengan semangat keje dan mood baru. untuk parents yang baru 1st time anak ke sekolah, welcome to the new world. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesi persekolahan 2009 bermula 4 Januari
24/09/2008 4:04pm
KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010.
Bagi negeri-negeri lain, cuti penggal pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac; pertengahan tahun 30 Mei hingga 14 Jun; penggal kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 21 Nov hingga 3 Jan 2010.
Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah sebanyak 208 hari.
— BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
maak oooit... awalnya pikir thn dpn...  |
|
|
|
|
|
|
| |
|