View: 28232|Reply: 26
|
Maaf: Pertanyaan Mengenai Hamba Perempuan (Bahasa Kasar: Gundik)
[Copy link]
|
|
Maafkan saya.
Dah lama dah saya fikirkan...
Saya musykil & ingin tahu...
Zaman dahulu ada hamba abdi.
Gundik adalah salah satu category hamba...
Persoalan saya: kalau khalifah2 di Dunia Arab ker, kat mana2 sahaja zaman dahulu
menyimpan beratus-ratus gundik,
apa hukumnya?
Adakah diperbolehkan "penghambaan" lagi sekarang?
misal kata, ada perang di masa hadapan,
tawanan perang dijadikan hamba, sistem hamba datang semula...?
[ Last edited by sya_sugar_sugar at 10-12-2007 10:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
zaman dulu dgn hamba kena mnikah ker? x kn? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sya_sugar_sugar at 10-12-2007 12:45 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Maafkan saya.
Dah lama dah saya fikirkan...
Saya musykil & ingin tahu...
Zaman dahulu ada hamba abdi.
Gundik adalah salah satu category hamba...
Persoalan saya: kalau khalifah2 di Tu ...
ni buku sejarah mana cerita macam ni? buku sejarah musuh Uthmaniah kot? |
|
|
|
|
|
|
|
setahu saya, jadi hamba ni dua cara, tawanan perang dan keturunan. Tawanan perang yang boleh dijadikan hamba hanyalah tawanan perang jihad fi sabilillah kerajaan Islam sebenar. Susah nak cari kerajaan Islam sekarang ni. Ditambah pula kebanyakkan negara di dunia ni telah menandatangani charter PBB pasal peraturan perang, tidaklah mungkin perhambaan akan berulang secara rasmi, kecuali berlaku "system breakdown" yang teruk.
Hukum menyetubuhi hamba adalah halal. Tetapi kerana hamba sudah tak ada sekarang ni, cara2 dan syarat2nya sudah tak diajar ustaz2 sekarang ni, banyak kita belajar macam mana tuan treat hamba dari filem2 hollywood sahaja.
Syarat2nya ketat juga, antaranya yang saya pernah dengar kitab yang dibaca orang, hamba yang disetubuhi itu haram dijual, hanya boleh dimerdekakan sahaja (bila dia dah merdeka, dia bebas nak kahwin samada dengan bekas tuannya atau orang lain), anak yang dilahirkan oleh hamba itu secara automatis merdeka dan perlu disara oleh tuan sebagai anak sendiri, tuan tak boleh setubuhi hamba yang dah kahwin, tuan tak boleh 'share' hamba tu dengan orang lain, dan pelbagai syarat lain yang saya dah lupa - sehingga hamba tu dah jadi macam isteri pulak! Susah juga jadi tuan hamba ni, banyak responsibility.
Kalau dilihat dari point-of-view hamba itu sendiri, jika dia disetubuhi tuannya, peluang besar untuk dia untuk merdeka (keturunannya dah guarantee merdeka). Ini salah satu cara penghapusan penghambaan melalui keturunan. Dari point-of-view tuan pula, perlakuan itu mungkin nampak seronok, tetapi macam berpoligami laa... tetap menambahkan tanggungjawabnya dan kalau dia tak dapat melaksana dan menganiayai hambanya, hamba itu boleh mengadu dan tuannya boleh dihukum oleh pemerintah.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 10-12-2007 09:23 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
setahu saya, jadi hamba ni dua cara, tawanan perang dan keturunan. Tawanan perang yang boleh dijadikan hamba hanyalah tawanan perang jihad fi sabilillah kerajaan Islam sebenar. Susah nak cari ker ...
Syarat2nya ketat juga, antaranya yang saya pernah dengar kitab yang dibaca orang, hamba yang disetubuhi itu haram dijual, hanya boleh dimerdekakan sahaja (bila dia dah merdeka, dia bebas nak kahwin samada dengan bekas tuannya atau orang lain), anak yang dilahirkan oleh hamba itu secara automatis merdeka dan perlu disara oleh tuan sebagai anak sendiri, tuan tak boleh setubuhi hamba yang dah kahwin, tuan tak boleh 'share' hamba tu dengan orang lain, dan pelbagai syarat lain yang saya dah lupa - sehingga hamba tu dah jadi macam isteri pulak! Susah juga jadi tuan hamba ni, banyak responsibility
Disinilah timbulnya kata-kata "anak menjadi tuan kepada ibunya sendiri" yang sebenarnya.
Sekarang ni banyak dikiaskan kepada anak-anak yang menyuruh ibu mereka menjaga anak-anak mereka dan menguruskan rumahtangga mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 always_typo's post
beberapa perkara yg dinyatakan oleh saudara always typo mmg ada dlm kitab fekah..
sistem perhambaan merupakan suatu amalan yg zalim dan amat dibenci oleh Islam. ini kerana setiap manusia itu dilahirkan dlm keadaan bebas. Islam sendiri amat mementingkan pemeliharaan darah, keturunan, harta dan maruah manusia..
utk pengetahuan umum, ia merupakan kaedah 'halus' Islam dlm menghapuskan sistem perhambaan dlm tamadun manusia. sistem perhambaan telah bertapak dlm tamadun manusia sejak ribuan thn lagi. oleh kerana amalan ini telah lama wujud dan sukar dihapuskan, maka Islam telah memperkenalkan cara halus ini dan lama kelamaan sistem perhambaan terhapus dlm tamadun manusia.. tawanan perang tidak lagi dijadikan hamba kerana Rasulullah SAW sendiri telah memberi tauladan dlm cara melayan tawanan perang ketika perang Badar (fakta ini telah diketahui semua)..
cuba fikirkan apa rasionalnya kifarah membebaskan hamba bagi kesalahan-kesalahan berat seperti bersetubuh di siang hari pada bln ramadan, melanggar sumpah, melanggar nazar dan lain-lain? inilah cara Islam menghapuskan sistem perhambaan... |
|
|
|
|
|
|
|
roh islam itu sendiri mahukan hamba2 itu dimerdekakan. spt yg mention by goldraja, denda2 bg beberapa kesalahan ialah memerdekakan hamba. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sya_sugar_sugar at 10-12-2007 12:45 AM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Maafkan saya.
Dah lama dah saya fikirkan...
Saya musykil & ingin tahu...
Zaman dahulu ada hamba abdi.
Gundik adalah salah satu category hamba...
Persoalan saya: kalau khalifah2 di Tu ...
gundik ni perbuatan raja2 yg tak bertanggungjwb, mcm sesetengah raja melayu dulu kala. bukan salah agama. |
|
|
|
|
|
|
|
secara rasminya sekarang ini dah tak wujud lagi perhambaan dan sepatutnya istilah gundek itu sudah dihapuskan dari kamus dan generasi kini tidak mengetahui perkataan tersebut
namun secara tidak rasmi penggunaan hamba masih banyak berlaku di serata dunia akibat kerakusan manusia sbgmana perhambaan seks yang berleluasa |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam persoalan ini... (related jugaklah...)
saya sebenarnya masih confius...
berapakah jumlah Ummu Mukminin (para Isteri Rasullullah)..?
Adakah mereka termasuk Mariah Al-Qibtiyah?
Hamba yg dihadiahkan dari Mesir tu?
Selepas beroleh putera, apakah status Mariah Al-Qibtiyah?
a). Isteri Rasulullah
b). Orang merdeka?
c). No idea... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 10-12-2007 09:23 AM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
setahu saya, jadi hamba ni dua cara, tawanan perang dan keturunan. Tawanan perang yang boleh dijadikan hamba hanyalah tawanan perang jihad fi sabilillah kerajaan Islam sebenar. Susah nak cari ker ..
Hukum menyetubuhi hamba adalah halal. Tetapi kerana hamba sudah tak ada sekarang ni, cara2 dan syarat2nya sudah tak diajar ustaz2 sekarang ni, banyak kita belajar macam mana tuan treat hamba dari filem2 hollywood sahaja.
.
So, adakah ini bermakna kalau Sultan2 Arab dulu simpan sampai beribu2 gundik dalam harem tuh, tidak sama dgn zina?
Sesuatu yg boleh tapi dibenci Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
mengikut pandangan hamba...gundik ni macam perempuan simpanan yg tidak diiktiraf hubungan suami-isteri yg sah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 sya_sugar_sugar's post
Tiadalah saya mampu memberi hukum akan perkara yang telah berlaku, samada ianya benar2 berlaku seperti yang dikhabarkan atau macam lain. Perhambaan yang begitu asing dengan kita zaman kini adalah uruf (amalan kebiasaan) di zaman itu, jadi walaupun hukum syara' sama, akan tetapi cara penilaian dari segi masyarakat berbeza.
Tetapi kalau ianya bertentang dengan hukum syara', sudah pasti menjadi tanggungjawab ulamak di zaman tersebut untuk menasihat atau mencegahnya dan kalau sultan itu fasiq dan suka berbuat maksiat dengan berselindung di balik pemahamannya yang silap pasal agama, atau dinasihati ulamak-ulamak bermata dunia yang memandang pangkat dan harta, pasti azab siksa Allah di akhirat amat pedih sekali kepada mereka, nauzubillah.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 penpink's post
betul tu..
sebelum sebarang persoalan dijawab dgn lebih lanjut, aku harap anda semua perbetulkan pemahaman ttg HAMBA dan GUNDIK.. GUNDIK adalah perempuan simpanan, bkn HAMBA..
sultan arab memiliki gundik, tak perlu lihat jauh. sultan2 melayu pun satu ketika dahulu juga memiliki gundik. mungkin sekarang juga masih ada. org biasa pun ada yg menyimpan gundik, kerana gundik adalah perempuan simpanan bkn hamba.. |
|
|
|
|
|
|
|
pasal masa tu manusia hidup huru -hara, org main gundek, pompuan simpanan, ( wa tak tau la apa hukum nyer time tu )
saya tak tau la, tapi wa pernah la baca satu cerita kat dlm utusan, ni mungkin pada 'awal' kedatangan islam kot,
cam minum arak, pernah gak wa dengar pada awal kedatangan islam, ada org yg baru masuk islam , tapi masih lagi minum arak ( hukum wa tak tau la, ) tapi hukum pengharaman minum arak ni buat secara berperingkat....sampai la pada satu masa semua yg masuk islam diharam minum arak...
psal wa dgr pada masa tu , zaman arab jahiliyah adalah agak mustahil nak haram kan arak, pasal hampir semua rakyat arab jahiliyah ni minum....
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 11-12-2007 09:12 AM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tiadalah saya mampu memberi hukum akan perkara yang telah berlaku, samada ianya benar2 berlaku seperti yang dikhabarkan atau macam lain. Perhambaan yang begitu asing dengan kita zaman kini adalah ...
jadi kalo ikutkan hamba cam dlm cerita ali baba ( cerita p ramlee tu) kira hamba cam marjina tu buleh la disetubuhi kassim baba? cam tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 sya_sugar_sugar's post
Ramai sejarawan yang berpendapat Mariah Al-Qibtiyah dimerdekakan Nabi s.a.w sebelum dia dikahwini.
Tapi Nabi ni perangainya mulia, hamba atau merdeka semuanya dilayan dengan budi pekerti yang mulia. Begitu juga para sahabat, banyak cerita2 yang boleh dibaca pasal macam mana depa ni treat hamba2 mereka. Jadi isu Mariah Al-Qibtiyah seorang hamba ataupun tidak bukanlah isu besar bagi orang Islam yang mengikut syariat.
Cuma kebelakangan ini, golongan kafir yang mahu menimbulkan polemik yg dok concern sangat hal ni, kena berhati-hati agar tak berpengaruh. Mereka menggunakan contoh orang2 Islam yang fasiq dan engkar dan menganggap mereka ini mengamalkan Islam yang sebenar. Orang fasiq ni, mana2 zaman pun ada. Kita kena ambil tahu juga ilmu2 fekah lama ni, buat pegangan untuk menangkis puak2 yang suka memburuk2kan Nabi dan para sahabat. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah Nabi SAW pernah memiliki hamba ? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|