CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 8

Main Bunga Api.

[Copy link]
Post time 6-11-2007 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Hari ni kat apartment aku ada kes kebakaran yang melibatkan dua orang adik beradik.Tapi syukur takde sape sape yang mati.Aku satu keluarga tinggal kat tingkat 19 manakala kebakaran tu berlaku kat tingkat 17 betul-betul kat barisan rumah aku.Aku satu keluarga lambat bangun hari ni,maklumlah balik rumah lambat selepas bercuti panjang.Dalam pukul 9.30am aku dan suami terbau asap.Aku yang tengah mamai dok sangkakan orang bakar sampah,tapi tak logik pulak,macamana asap boleh sampai ke atas?Kerana tak sedap hati suami aku bangun dan meninjau keadaan.
Rupa-rupanya rumah bawah dah keluar api daripada tingkap bilik master room.Asap tebal jangan cakaplah.Suami aku turun bawah dan call bomba.Aku capai dokumen penting dan siapkan anak-anak aku yang masih baby.Rupa-rupanya dua orang adik beradik ada dalam rumah.Jiran-jiran suruh mereka bukak pintu,mereka takmau pulak.Bila rumah dah berasap mereka tak tahan,barula mereka bukak pintu
Dua beradik tu je yang tinggal kat rumah sementara ibu dan ayah mereka dah keluar bekerja.Yag sorang tu 9 tahun,adik dia 3 tahun,main bunga api dalam rumah.Sementara nak tunggu bomba datang,api telah berjaya dipadamkan dengan bantuan jiran-jiran.Aku tengok dari atas bomba baru sampai,alahai baru nak pakai uniform keselamatan.Kalau api tu besar,rumah aku pun dah disambar api.

1.Wajarkah anak-anak kita ditinggalkan tanpa ada orang dewasa menemani?Walau pun bukan baby,tapi mereka masih budak,kan?
2.Tak dapat la aku nak gambarkan kalau kunci rumah takde masa tu..nasib baik budak tu dapat cari kunci rumah dengan keadaan rumah yang bergril dan bermangga.
3.Macamana kita nak educate anak kita soal kebakaran ni?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2007 11:25 PM | Show all posts
ermmmm...mak/ayah camni yg patut kena saman

i pun dok apartment, tak pernah sekali-kali i tinggal depa 2 beradik ...tidur pun berangkut masuk stroller w/pun nak gi rumah kawan dlm blok yg sama...

pasal kebakaran nie, selain drp dapur ...anak2 nie takde punca utk bermain dgn api
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 06:51 AM | Show all posts
umur 9 tahun, apa sangat la yang dia tau bab2 keselamatan ni
ibubapa jangan ambil mudah perkara2 mcm ni
jgn bila dah terjadi, ada nyawa yang melayang baru nak menyesal
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 07:50 AM | Show all posts

Reply #1 gemini75's post

Yg ni kena educate mak pak nya dulu! Ada ka patut anak sekecil 3 thn ditinggalkan tanpa pengawasan org tua?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 08:07 AM | Show all posts
Sini tak ada bunga api so frust!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 7-11-2007 08:07 AM
Sini tak ada bunga api so frust!!



hehehe
nanti kita pos kan ek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2007 08:32 AM | Show all posts
mac pun tak setuju bila parents tinggalkan anak2 dirumah tanpa pengawasan. To me kalau dah 13 tahun, baru boleh ditinggalkan, itupun tgk personaliti budak tu. Tapi kalau tinggalkan budak 13 tahun, TIDAK HARUS ada responsibility jaga budak/adik dibawah 10 tahun.

Having said that, anak2 tinggal dirumah adalah perkara biasa sekarang ni. We cannot deny  that benda ni happens a lot. Atas pelbagai sebab.

Esp buat masa ni, dimana harga barang semua naik, so with doing so (anak berseorangan di rumah) at least beban nak bayar babysitter tak ada.

[ Last edited by  macademia at 7-11-2007 08:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 08:39 AM | Show all posts
On bunga api..

The last 2 yrs mac lihat pembakaran bunga api semakin berleluasa.

A friend of mine bought bunga api kat sempadan for a mere RM30, and masa open house dia bakar. Mak oi, the entire bunga api show took 15 minutes nonstop. Bunga api tu pulak seperti besar dan meriah seperti firework display malam merdeka pulak, cuma the time is shorter.

Last week pun, ada Indian wedding kat my area. The same firework display ada. MEriah sangat bunga api tu naik tinggi di langit.

In both occassion I expected police to pay the houseowners a visit, tapi takde pun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2007 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 7-11-2007 08:07 AM
Sini tak ada bunga api so frust!!


cian kak Dar....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.186207 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list