CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23798|Reply: 124

SERAM : ANAK PONTIANAK [Setiap Khamis, 9.30 mlm, TV3]

[Copy link]
Post time 10-10-2007 12:26 AM | Show all posts |Read mode
susuk dh nk abis...anak pontianak akan ganti susuk...rs2 best tak??nie preview die....

http://www.youtube.com/watch?v=AT0toWASHJA



[ Last edited by  jac_diehard_fan at 25-10-2007 10:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 12:58 AM | Show all posts
oh ho.... citer seram gak ke.........???? bagus2
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 05:23 AM | Show all posts

Reply #2 Eddlisa_uyuk's post

khamis malam jumaat da di wajibkan utk slot seram
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 07:09 AM | Show all posts
ek hek, video saya? hehehehe, anak pontianak ni cam citer Charmed la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 09:12 PM | Show all posts
ni ala2 PHSM kew ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2007 10:27 PM | Show all posts
tp die pnya anak mcm tak sesuai je lah...tak kenal kut pelakon nya..sape ek pelakon nya???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2007 11:25 PM | Show all posts
Originally posted by HARRIER28 at 10-10-2007 10:27 PM
tp die pnya anak mcm tak sesuai je lah...tak kenal kut pelakon nya..sape ek pelakon nya???

a-ah..muka x mcm maya karin..kenalah buat iras2 maya,sebab anak dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 10-10-2007 05:23 AM
khamis malam jumaat da di wajibkan utk slot seram


semestinya.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2007 01:10 AM | Show all posts
tadi ada tgk iklan.... maya karin gak laa yg jadi pontianak tuh kan???
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 05:54 AM | Show all posts

Reply #9 Eddlisa_uyuk's post

elok gak die kekalkan pelakon asal.. kirenye ni sequel phsm la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 08:42 PM | Show all posts
sapa heroin? pompaun yg x glemer tu ke? lama2 kang glemer le bile rating series ni cecah 1 juta
yg aku tau pontianak tu ialah maya karin.oklah tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 02:14 AM | Show all posts
huhu another slot utk citer seram ke..bestnyer..boleh la layan setiap ari kamis malam ni..harap2 best la..tengok trailer pon cam ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 03:33 PM | Show all posts
Susuk last week dah finale. Today start ke uols?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 09:12 PM | Show all posts
a'ah title je lain tapi link cerita dgn PHSM....
mcm cerita2 pak selam tu...dari filem ke kaca tv...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 08:54 PM | Show all posts
Originally posted by azsagi at 18-10-2007 09:12 PM
a'ah title je lain tapi link cerita dgn PHSM....
mcm cerita2 pak selam tu...dari filem ke kaca tv...


agaknya anak pontianak tuh anak maria kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 09:21 PM | Show all posts

Reply #15 Eddlisa_uyuk's post

kalau anak maria,baik wat tajuk citer ni cucu pontianak ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by Ustaz_SUFI at 20-10-2007 09:21 PM
kalau anak maria,baik wat tajuk citer ni cucu pontianak ..


ahhaaa....kat paper hari nih ada bgth nama watak pompuan tuh mia....cucu maria
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 12:23 PM | Show all posts
Kuasa sihir dalam Anak Pontianak
24-10-2007 11:41:37 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ  

BERMOTIFKAN  mencari bakat baru dalam dunia lakonan, maka terhasillah drama pertama terbitan Pesona Pictures, 'Anak Pontianak (AP)' yang bakal menemui penonton TV3 bermula esok, Khamis 25 Oktober.

Drama yang membariskan pendatang baru Zarina An-Julie selaku tunggak utama akan menggantikan siri 'Susuk 2' yang berakhir pada minggu lalu.


Zarina An-Julie memegang watak Mia
(Foto dari fail Anak Pontianak)

Drama bagi slot Seram ini juga membariskan pelakon handalan dari filem 'Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) 1 dan 2' iaitu Maya Karin, Nanu Baharudin dan Ida Nerina.

Pelakon lain seperti Rozie Rashid dan Na'a Murad turut berjaya menggambarkan seram kehidupan pontianak dalam suasana kehidupan masyarakat biasa.


Rozie Rashid dan Na'a Murad berlakon watak ibu bapa Mia

Drama bersiri 13 episod ini adalah kesinambungan daripada filem 'PHSM 2' di mana Meriam lakonan Maya Karin menurunkan kuasa kepada cicitnya Mia yang dilakonkan oleh Zarina.

Musuh Meriam daripada keturunan Sukir Muluk mahukan kuasa batu mulia dan hanya satu cara saja untuk mendapatkannya iaitu dengan membunuh Mia.


Maya Karin dan Nanu Baharudin sebagai cameo dalam Anak Pontianak

Menurut penerbit 'AP' Shuhaimi Baba, drama di bawah arahan Ibrahim atau Brabam ini dirancang untuk membuat konsep yang berlainan daripada filem 'PHSM 2' selain mencari bakat-bakat baru untuk diperkenalkan kepada penonton.

"Kelainan yang dimaksudkan adalah dari segi era yang digunakan iaitu pada zaman milenium dan lebih moden berbanding filem 'PHSM 1 dan 2' yang menggunakan pakaian, latar set, bahasa dan lain-lain lagi yang menonjolkan zaman dahulu kala.

"Namun terdapat sedikit era yang terdapat dalam filem tersebut melalui babak imbas kembali (flash back) dan ketika Mia bertemu dengan keluarga Meriam," jelas Shumi mengenai drama pertamanya dengan kerjasama TV3 itu.


Mia dan kotak yang menyimpan rahsia keturunannya

Kata Shumi, drama ini dilakukan setelah kajian secara rambang dilakukan bagi mengenalpasti kehendak penonton terhadap genre seram.

"Ini merupakan drama pertama Pesona Pictures dengan TV3. Melalui peluang yang diberikan, kami menggunakan pendekatan yang berlainan dengan membuat survei secara rambang untuk mencari apa yang khalayak mahukan.

"Kekuatan drama ini dari segi muzik dan pelakonnya. Apa yang ingin ditonjolkan dalam 'AP' bukan berlandaskan dendam semata-mata tetapi turut memaparkan kuasa sihir (magic) yang akan diketahui secara tidak disedari dan perlahan-lahan.

"Ciri-ciri kemanusiaan (human) tetap ada dalam 'AP' dan juga digarap melalui konsep kontemporari ibarat 'superhero'," kata Shumi yang menampilkan Maya Karin sebagai cameo untuk imbasan kembali dalam drama ini.


Tok Salmi lakonan Noniswara menjadi musuh Mia dalam Anak Pontianak

Walaupun berpengalaman dalam penerbitan filem, namun Shumi akui terdapat sedikit cabaran untuk menghasilkan drama pertamanya ini.

"Terus terang saya katakan sukar untuk mengubah imej Maya Karin dan memberi aura spesial dari segi era (period) berlandaskan satu imbasan kembali.

"Selain itu, An-Julie terpaksa berlatih silat dan terbang dengan wayar dalam drama ini," ujar Shumi mengenai drama yang baru siap dirakam sebanyak lapan episod dan melalui proses penyuntingan.


Drama ini disasarkan kepada golongan muda

Shumi juga berkata yang mereka sedang sibuk mengumpul kesan khas yang menarik untuk siri 'AP' seterusnya.

"Untuk masa akan datang, saya memberi peluang untuk kembangkan lagi drama ini dan mencari lokasi di luar negara pula," ulas Shumi.

Dalam pada itu, pengarah 'AP' Brabam mensasarkan drama ini kepada golongan anak muda dan dia cuba meniru atau hampirkan kaedah yang dilakukan oleh Shumi dengan 'AP'.

"Perjalanan cerita pada mulanya agak perlahan (slow) tapi ia akan 'pick up' pada episod yang akan datang," kata Brabam yang melalui tempoh satu tahun dengan TV3 untuk membincangkan drama yang bakal menggantikan drama bersiri Susuk 2.

Saksikan 'Anak Pontianak' pada setiap Khamis jam 9.30 malam di TV3.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 03:39 PM | Show all posts
susuk dah abish, ganti pulak yg ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 06:44 PM | Show all posts
esok tgh hari..... pelakon2 anak pontianak nih akan diinterview kat wanita hari ini tv3 12.00tgh hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.325162 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list