CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7154|Reply: 41

Bila anak-anak tidak mahu bela mak sendiri

[Copy link]
Post time 5-10-2007 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..

pernah tak korang dengar atau lalui sendiri pengalaman anak-anak tak mahu bela mak dia.. atau aidk-beradik tak sepakat nak gilir-gilir bela mak... tapi aiva ni dah bertahun-tahun laa tengok pengalaman sendiri.. sampaikan kami adik beradik berharap tak akan buat mak atau ayah macam ni tapi manalah tahu dah ada orang asing join terus kacau bilau keluarga nauzubillah macam ni...
nenek aiva ni ada 6 orang anak
3 perempuan dan 3 lelaki.. bapa aiva anak lelaki yang ke empat,
mak sedara aiva ni pelik sket atau memang lepas tangan, sebab dia kata anak lelaki bela emak.. anak perempuan susah nak bela mak sebab menumpang rumah suami..disebabkan alasan itu.. bapa aiva laa yang bagi nenek aiva menumpang berteduh di rumah..

nenek aiva ni pun pelik jugak orangnya..  tabiat orang tua atau perlukan perhatian anak-anak.. nenek aiva ni suka perhatikan orang dan dia alami strok sebelah badan.. nenek aiva ni suka perkara-perkara yang glamer.. rumah aiva ni tak delaa besar sangat tapi mak aiva suka tukar langsir, gubah bunga, jadi rumah tuh berseri-seri.. tapi rumah anak-anak perempuan (mak sedara aku lah tuh) subal... mana laa nenek aiva suka dok rumah dorang, tapi mak - mak sedara aiva ni bukan tak berusaha menambat hati mak dia, supaya nak dok lama rumah dia, malah suka tolak pergi rumah bapa aiva..
nenek aiva kalau dok rumah mak sedara aiva bertahan cuma 2 minggu jer..

rumah kami, kalo nenek dok pun...paling lama minimum dalam masa 3 bulan dan mencecah sampai 6 bulan, akhirnya bapa aiva hantar nenek ke rumah nenek tapi nenek tuh uzur dok sorang-sorang hanya jiran-jiran tolong tengokkan.. hari tuh dia jatuh(banyak kali dah jatuh), bapa aiva amik balik dok rumah kami balik... tiap-tiap tahun melakukan perkara yang sama (letihlaa)

Pakcik aiva yang bongsu, pulak ikut cakap bini... nenek aiva macam takut nak dok rumah pakcik sebab bini dia suka hentak hentak barang... dulu nenek suka bini pakcik dipuji-puji, lawa, putih, tinggi.. sekarang muka beruk perangai beruk... nenek aiva dok di rumah pakcik tak sampai seminggu dah dihantar ke rumah mak sedara yang rumahnya subal tuh, tapi belum pun sampai 2 bulan, nenek aiva nak pergi rumah kami.. biasanya bulan puasa nenek dok rumah kami... tapi,

mak suruh pakcik dan makcik bela nenek... inilah first time aiva  tengok mak keras hati.. ayah pun tak cakap apa sudahnya mereka gaduh.. dan ayah kerap ke surau dan mengaji , memanglah rumah anak lelaki tapi yang bela menantu perempuan, mak aiva lah jadi mangsa keadaan.. yelaa takkan anak lelaki nak basuh mak dia nak lap kencing mak.. memang sesekali ayah ada buat tapi ayah kerja, mak yang dok rumah kena bela (mak mertua)

mak sedara aiva ni buta dan bodoh...bukan nak ucap terima kasih malah dituduhnya mak ni nak amik harta nenek rumah pusaka kat kampong tuh... dorang kata mak baik sangat sebab nak harta nenek yang tak seberapa tuh itula yang mak melenting sangat...

macam mana caranya nak lembutkan hati pakcik makcik aiva yang tak sedor diri tuh... :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2007 01:36 PM | Show all posts
perangai pakcik makcik awak dah memang azali macam tu nak nasihat yang macam mana lagi... nenek awak tu dah tua, kalau saya selagi ada hayat saya akan jaga sebaik mungkin penat tu memang ada tapi sekurang-kurangnya kita berusaha nak balas jasa orang tua...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 01:37 PM | Show all posts
ramai anak2 sekrang dah tak suka bela mak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 01:39 PM | Show all posts
bela jelah selagi ada umur nenek tu...biasalah, bila dah tua..tak larat..semua orang tak nak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 01:42 PM | Show all posts
aiva... pengalaman aiva same cam vimash... bezanya arwah nenek vimash ade 9 orang anak... tapi yang banyak berkorban untuk die cume anak2 perempuan.. yang lelaki? haram... mase dier sakit, lepas xcident, sorang pun tak nak jaga kat sepital... vimash yang disuruh jaga.... memula terpaksa, lepas tue rasa itu tanggungjawab.... kadang2 kul 3 pagi pun jaga tukar pampers dier.... anak2 die? langsung tak jenguk....

lepas keluar hospital, tak de siapa nak jaga, duduk rumah kat kg.. vimash gak la jaga.. tak keje la mase tue, coz kene jaga nenek... dalam 2 bulan lepas tue, kene psioterapi, duduk dengan mak cik kat kl.. but ape yang bestnye duduk dengan makcik tue? NOTHING!!!!! die buat mak dier macam sampah..... gile la anak buat mak macam tue, nenek vimash nangis, sedih aku nengok.... then, duduk ngan anak lelaki dier... suke skit hati dier... coz klu duduk rumah vimash, tak selesa coz my house kecik je....

kalau anak2 lelaki lain, mcm2 alasan diorang bagi, cucu nakalla, menantu keje la ape la... bagi vimash ini semua jenis anak derhaka... but the best part is...... lepas arwah nenek meninggal, yang buat mak dier cam sampah tue, sibukkkk nak harta yang tak seberape.. sudahnye, bomohkan my brother yang duduk kat rumah pusaka kat kg tue.... di hantarnya segala macam jenis hantu... but luckly my bro tak takut.... lagik dikacaunye hantu tue balik ade la...

N nak buat diorang lagik meroyan, harta, duit saham segala macam tak boleh dapat kat diorang coz original surat mati ade dekat my brother... coz dierlah yang membantu vimash uruskan arwah nenek....

pesal ye, anak2 tak nak bela mak diorang? pelik la.. padahal kite nie keluar dari perut ibu...... walau kecik hati macam mane sekalipun kite pada seorang ibu, kita tak layak langsung tak pinggirkan ibu........ lebih2 lagik anak lelaki yang syurganya dibawah tapak kaki ibu.... now my grandmother dah tak de... tapi yang tinggal nie la yang bergaduh rebutkan harta pusaka walau tanah sekangkang kera.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 01:44 PM | Show all posts
what goes around comes around just tunggu jer laa makcik pakcik u tua...baru sedar langit tinggi ker rendahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2007 01:51 PM | Show all posts
sedihkan ...   ... orang tua ni ibarat cam kita jaga dorang masa kecik ... kencing, berak, sakit pening sapa yang jaga kalau bukan orang tua sakit yang x boleh buat apa2 ... mudah2an aku x tergolong antara orang yang cam tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 01:51 PM | Show all posts
sepatutnya kau cr jalan nak lembutkan hati mak kau, agar terbuka hatinya nak bela nenek kau tu lagi. bukan cr jalan nak lembutkan hati mak2 sedara dan pak2 sedara kau yg dah tentu mmg cenggitu perangainya tu. mmg susah dah nak ubah perangai camtu sbb derang tu dah tua. dah tongkeh kata org perak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2007 02:00 PM | Show all posts
sedihkan ...   ... orang tua ni ibarat cam kita jaga dorang masa kecik ... kencing, berak, sakit pening sapa yang jaga kalau bukan orang tua sakit yang x boleh buat apa2 ... mudah2an aku x tergolong antara orang yang cam tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 02:03 PM | Show all posts

Reply #1 aiva's post

Su ada dengar dulu ada org kata seorang ibu bleh membela 10 org anak, tetapi 10 org anak blum tentu bleh bela 1 ibu,

Nasihatkanlah ibu bapa aiva belalah nenek aiva sehingga akhir hayatnya, dan pedulikan kata2 makcik aiva yang dengki dan tamak tu,

buat baik pada orang tua kita akan dibalas yang sama pada hari tua kita kelak, dan pahala yang kita dapat Allah saja yang tahu melimpah gandanya,

su percaya kalo tunjukkan contoh yang baik kepada anak cucu kita, kita akan dibalas yang sama dengan mereka, kalo tak pasti akan menyesal tak sudah disatu hari nanti.....bila tiba waktunya kita pula yang tua
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 02:04 PM | Show all posts
sekarnag ni bukan masa nak fikir camne nak lembutkan hati makcik pakcik kau, sebab kalau dah tak suka, bau wangi pun jadi cuka

sekarang ni kau kena pujuk parents kau supaya bagi jela nenek kau tinggal dengan kau, especially mak kau tu

sian orang tua jadi cam bola pulak. penat je jaga anak-anak dari kecik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2007 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by vimash at 5-10-2007 01:42 PM
aiva... pengalaman aiva same cam vimash... bezanya arwah nenek vimash ade 9 orang anak... tapi yang banyak berkorban untuk die cume anak2 perempuan.. yang lelaki? haram... mase dier sakit, lepas  ...


sepatutnya anak-anak kena gilir-gilirlaa kan bela mak, barulah tak terbeban dengan sebelah pihak jer... , bela orang tua ni susah sikit.. golongan warga emas ni lagi sensitif..nenek aiva ni bukan nak sangat pun datang rumah keluarga aiva tapi rumah anak-anak lain macam tak ikhlas menyambut dia... kekadang nenek muram jer ada masanya tetiba jer mengalir airmata kenang anak-anak punya perangai.. raya nanti sorang pun tak nak singgah rumah keluarga aiva.. dorang lepas tangan...

mak aiva memang dah anggap keluarga belah ayah ni dah tak wujud...
raya nanti nenek aiva akan dihantar ke rumah kami semula... sure dorang tak kan jenguk.. nenek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2007 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by mba at 5-10-2007 01:44 PM
what goes around comes around just tunggu jer laa makcik pakcik u tua...baru sedar langit tinggi ker rendahhh


entah.. mak sedara yang rumah banglo tuh anak dia semuanya lelaki..
dia berprinsip anak lelaki akan kena bela mak.. PARAID? anak perempuan tak perlu bela mak
aku sebenarnya tak setujulaa prinsip mak sedara aku tuh...
just wait and see but i don't want to see coz i hate her attitude...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 02:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2007 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by pinkish at 5-10-2007 01:51 PM
sepatutnya kau cr jalan nak lembutkan hati mak kau, agar terbuka hatinya nak bela nenek kau tu lagi. bukan cr jalan nak lembutkan hati mak2 sedara dan pak2 sedara kau yg dah tentu mmg cenggitu pe ...


mak memang sengaja buat macam ni... sebab mak pernah kenakan mak long dan mak long  pernah bela nenek hingga enam bulan sehingga dorang pun sampai cakap padanlah mak aiva bising-bising kat dorang, macam mak aiva bertahun-tahun dari mak bertunang dengan ayah sampai sekarang so mak memang arif dengan mak mertua dia tuh... i tell u all mana ada menantu yang serapat mak mertua rasanya mak aiva jer tahu luar dalam mak mertua nya tuh...

sebab nenek ni bukan mudah nak bela dia
makan ayam tak nak,daging pun tak nak.... dia suka makan ikan mahal-mahal.. ikan banyak tulang.. setakat ikan kembung tuh jangan harap laa dia nak telan.. kalao makan lauk tak sedap dia hentak sudu kat pinggan... jamah sikit jer... ini baru bab makan.. bab lain uihhh

sekarang ni mak tengah nak ajar anak perempuan nenek yang rumah dia subal tuh...
bior dia rase macam mana mak aiva bela nenek selama ni... mak aiva pun sedar dia menumpang rumah suami kan dan ayah aiva ni keras hati kalau dia nak bawak nenek dok rumah dia tak kira... so mak aiva bela jer laa tapi tak delaa hentak marah marah nenek...macam bini pakcik aiva tuh... melampau sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 02:25 PM | Show all posts
aiva.. dari pengalaman sy sdiri, agak lain sbb ayah masih ada. cuma mak yg sakit tak boleh bangun duduk. baring ajer. jd both of them tak nak ikut duduk rumah anak2 walau dipujuk. nak duduk rumah sendiri. bak kata arwah mak, nak meninggal dirumah sdiri.

letih, dan byk lagi tak tau nak ckp sebab bila jaga org dewasa lain sket dgn jaga budak2. mereka saiz besar dan berat. lagi pulak mereka sakit. jadi bila angkat nak mandi, basuh kencing berak tuh, mengaduh sakit tulang, sendi, dsb. budak2 boleh marah kalau tak ikut kata. tp kalau ibu, silap2 derhaka, jd kena byk sabar. itu saja kelainan.

nasihat sy, buat yg terdaya mampu. jgn pikir apa org nak kata. jgn menyesal kemudian hari. yg tak sedar diri tu, biar la mereka. kami adik beradik sekarang merasa sgt lega sbb arwah mak kata sgt puas hati kami adik beradik dpt jaga die mengikut kemampuan kami. ayah yg masih hidup pun berterimaksih kerana kami adik beradik jaga arwah mak. kami harap dpt buat perkara yg sama untuk ayah nanti, insyaAllah.

kami redha permergian mak 28/8/07 baru2 ni. dan kami tidak ada rasa menyesal kerana sudah buat yg termampu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2007 02:30 PM | Show all posts
bukan mudah nak tambat hati org tua, lebih2 lg yg berpenyakit, kena banyak sabar.........nnti kita tua, kita taula mcmna rasanya.
akak rasa tanggung jawab tak semestinya pd anak lelaki saje. anak pompuan pun tak salah berkorban jaga mak tp kena bincang dgn suami sbb mak mentua kan dah mcm mak sendiri?

psl mak sedara tuh, biarkan aje, sampai dia tua nnti, adalah balasan utk dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2007 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by ldg at 5-10-2007 02:25 PM
aiva.. dari pengalaman sy sdiri, agak lain sbb ayah masih ada. cuma mak yg sakit tak boleh bangun duduk. baring ajer. jd both of them tak nak ikut duduk rumah anak2 walau dipujuk. nak duduk rumah ...


terima kasih ldg kongsi pengalaman..
nenek sakit selama ni hanya mak dan ayah aiva buat sendiri.. sebenarnya aiva faham perasaan nenek dia kalau boleh mahu anak-anak dia bantu membantu menjaga dan memelihara dia...macam yang adik beradik ldg lakukan..sehingga nafas terakhir

tapi hanya sorang anak jer yang layan sakit pening dia, yang lain buat donno..
aiva rasa nenek sussah nak 'pergi' sebab anak-anak treat dia macam tuh... mungkin dia risau anak-anak dia yang tak take care tentang dia ni... akan alami musibah...

ldg, my nenek ni punya pandangan selagi kami tak bersatu selagi itulaa dia judge mak dan ayah aiva ni nothing... ini yang buat kami sekeluarga jeruk rasa... buat baik pun dipandang oleh nenek macam anak-anak yang lain jugak... tapi aiva paham nenek punya keinginan nak laksanakan itu Ya Allah seksanya.. biler laa mereka mahu insaf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2007 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by akakmanis at 5-10-2007 02:30 PM
bukan mudah nak tambat hati org tua, lebih2 lg yg berpenyakit, kena banyak sabar.........nnti kita tua, kita taula mcmna rasanya.
akak rasa tanggung jawab tak semestinya pd anak lelaki saje. ana ...


yelaa akakmanis..setuju... memang semua anak tak kira laki atau perempuan peranan sama jer...
mana ada anak lelaki jer kena bela mak.. bukan anak lelaki yang bela IBU bila bawak balik rumah tapi menantu perempuan laa bela jadi mangsa keadaan...

Pepatah melayu ada mengatakan....untung sabut timbul, untung batu tenggelam
jikalau seseorang IBU itu mendapat menantu perempuan baik memanglah beruntungnya
kalau dapat menantu perempuan perangai macam HANTU.. nasiblaa si IBU malang itu..dapat pulak anak Perempuan sendiri lepas tangan lagilaa satu sen pun tak guna...

sib baik nenek lahir enam orang anak kalao seorang anak jadik tunggul kayu laa si Ibu tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 02:55 PM | Show all posts
aiva.....pada aku baik je lah kau sekeluarga bela nenek tu. Jgn diharap pada keluarga lain yg tak sudi membelanya. Dlm hal ni mak aiva kena byk2 bersabar, mak mentua adalah bagaikan  mak sendiri jugak, tak apa lah bersusah sikit sekarang, byk pahalanya menjaga orang tua.

Kalau mak2 sedara aiva tak nak bela mak sendiri, biarkanlah......satu hari mereka akan tua juga, akan merasa apa yg dirasakan olih mak mereka.

Aku tahu menjaga orang tua bukannya senang. Dulu arwah mak aku dijaga olih kakak aku. Kami adik beradik bagi duit untuk keperluan dia, terutama untuk membeli pampers orang tua. Kami carikan sorang maid tuk menjaga keperluan dia. Kami bawak dia berjalan2 kesana kemari dgn kerusi roda dia.......mata dia pun dah tak nampak......kakak2 aku bergilir2 menjaga mak aku.....tapi dia lebih selesa dgn kakak no.2. Ragam dia pun dah mcm budak2, cepat terasa hati. Dlm hal ni orang yg menjaga yg kena byk2 bersabar.

Jgn lah jadi saperti kebanyakkan  orang sekarang yg tak sanggup menjaga mak sendiri sehingga tergamak menghantar mereka ke rumah orang2 tua......susah  nya mereka mengandung  9 bulan, sakit bersalin pun masih terasa, ditambah pula dgn perit jerih menjaga anak,sakit pening dijaga hingga tak tidur mlm..........tapi anak????  mereka tak sanggup menjaga mak sorang..................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.367907 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list