View: 3458|Reply: 1
|
Kabel berstruktur permudah rangkaian
[Copy link]
|
|
Oleh Husain Jahit
Kabel, pemangkin pelbagai kemudahan
KEHIDUPAN seharian kita kini amat sukar mengelak daripada menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sama ada untuk bekerja atau bersantai.
Walaupun tidak secara langsung, mungkin kita menerima tempiasnya daripada penggunaan orang lain yang mana kita berberurusan dengannya.
Contoh paling mudah ialah komunikasi, yang mana telefon sebagai alat yang membolehkan kita berhubungan dengan keluarga atau rakan dari jarak jauh.
Begitu juga dengan urusan kewangan di bank atau berurusan dengan agensi kerajaan yang hampir keseluruhannya dilakukan menggunakan ICT.
Ramai antara kita menggunakan PC untuk melakukan tugas di pejabat dan berkomunikasi menggunakan telefon, tidak kiralah telefon bimbit atau telefon biasa.
Komputer di pejabat, kebanyakan berasaskan sistem rangkaian di atas pelayan yang sama. Bermakna aplikasi dan datanya digunakan secara berkongsi.
Dengan perkembangan teknologi, kaedah capaiannya pula kini boleh dilakukan secara berwayar atau tanpa wayar.
Mungkin tidak ramai antara kita yang terfikir apakah teknologi yang digunakan di sebalik perkhidmatan yang kita gunakan seharian.
Kita menggunakan PC berangkaian untuk bekerja, tapi apakah teknologi penyambung dengan sistem pelayan, dan kita berhubungan dengan orang tercinta dari jarak jauh, tapi apakah teknologi pemboleh kepada panggilan telefon itu?
Dunia ICT ketika ini maju dan inovasi menyebabkan perkhidmatan boleh dicapai menggunakan kaedah berwayar atau tanpa wayar.
Walau apa pun kaedah yang kita gunakan, wayar tetap menjadi faktor utama dalam setiap sistem yang digunakan.
Dua jenis wayar digunakan secara meluas iaitu jenis kuprum dan optik gentian. Dua jenis wayar ini sama pentingnya dalam persekitaran penggunaan yang berlainan terutama mengenai jarak.
Wayar kuprum lebih sesuai digunakan untuk penyambungan jarak dekat iaitu di bawah 100 meter, sedangkan wayar gentian optik lebih sesuai untuk penyambungan jarak jauh kerana didapati lebih kos efektif dan selamat.
Jika menggunakan komputer berangkaian, di bahagian belakang unit CPU terdapat satu kabel rangkaian selain kabel punca kuasa.
Sama juga dengan kaedah capaian tanpa wayar sekiranya anda menggunakan PC notebook. Capaian tanpa wayar hanyalah dari PC ke unit capaian (access point), sedangkan dari access point ke pelayan masih menggunakan wayar dan wayarnya adalah sama dengan yang ada pada PC berangkaian tadi.
Oleh itu, walau apa jenis capaian yang anda lakukan, wayar masih menjadi faktor pemboleh yang utama.
Semakin ramai pengguna di atas satu pelayan, semakin besar sesebuah sistem perkomputeran itu, bermakna semakin banyak wayar rangkaian yang terbabit untuk penyambungan.
Kita boleh membayangkan bagaimana kerja jurutera atau juruteknik yang menguruskannya, lebih-lebih lagi membabitkan sebuah bangunan yang besar dan pengguna hingga beribu orang.
Secara logiknya, sudah tentu wayar berselirat di sana sini yang mungkin disorokkan di atas siling atau di bawah lantai yang kita tidak nampak. Keadaannya mungkin sama dengan mee segera yang biasa kita makan.
Apa pun, dunia semakin canggih dan teknologi semakin penting. Pengguna semakin ramai, data semakin besar. Adakalanya sesebuah organisasi itu perlukan sebuah pusat data untuk memudahkan lagi pengurusan.
Pemasangan kabel sebenarnya ada standard tertentu yang perlu diikuti oleh semua pengeluar bagi menjamin kebolehoperasiannya di dalam persekitaran berlainan platform.
Kabel berstruktur dirujuk kepada perkabelan yang digunakan terutamanya di peringkat dalaman. Pada asasnya ia direka untuk perkabelan telefon dan sistem rangkaian setempat (LAN).
Namun, dengan keperluan mendadak ketika ini, kabel berstruktur itu juga sudah digunakan untuk sistem sekuriti, kamera televisyen litar tertutup (CCTV), kawalan industri, audio/video dan pelbagai aplikasi berkaitan penggunaan bangunan terutamanya bangunan pintar.
Walaupun kabel itu semuanya nampak sama dari mata kasar, tapi teknologi di sebaliknya menyimpan seribu perbezaan terutamanya keupayaannya menyalurkan maklumat serta kelajuan.
Ramai antara kita tahu sejarah penciptaan telefon oleh Alexander Graham Bell pada 1889. Sebenarnya beliau jugalah yang mencipta inovasi wayar kuprum berpintal dan sistem pensuisan untuk menghubungkan di antara dua telefon di lokasi berlainan.
Inovasi wayar berpintal itulah yang digunakan hingga sekarang dengan teknologi pembuatan yang berlainan dan kelajuan yang berbeza.
Apabila dunia semakin canggih dan menuju ke era digital sepenuhnya, keperluan terhadap capaian berkelajuan tinggi semakin mendadak, sedangkan data pula meningkat berganda-ganda setiap tahun.
Laporan firma kaji selidik terkemuka, IDC mendapati jumlah maklumat digital pada 2006 ialah 161 bilion Gigabait (GB) dan dijangka meningkat sehingga 400 bilion GB pada 2008.
Sementara laporan Forrester Research pada 2005 pula mendapati bilangan perkakasan yang terhubung ke Internet ialah 300 juta dan ia dijangka meningkat sehingga 14 bilion perkakasan pada 2010.
CommScope adalah pengeluar rumusan kabel berstruktur terbesar dunia. Menerusi rumusan Systimax Solutions ia menyediakan rumusan penyambungan akhir-ke-akhir untuk suara, data, video dan aplikasi pengurusan bangunan dalam kedua-dua rangkaian enterpris berwayar atau tanpa wayar.
Systimax Solutions menyediakan pelbagai produk berkuasa tinggi termasuk wayar kuprum GigaSPEED X10D dan GigaSPEED XL Solutions, wayar optik gentian LazrSPEED dan TeraSPEED dan sistem tampungan pintar iPatch Systems. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada itu, Systimax AirSPEED Solutions melengkapkan portfolionya dalam persekitaran rangkaian tanpa wayar.
Naib Presiden, Sokongan Teknikal Global dan Standard Antarabangsa, Systimax Solutions, Matias Peluffo, berkata trend pertumbuhan permintaan ke atas kelajuan memindah data bertambah dengan satu |
|
|
|
|
|
|
| |
|