CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15652|Reply: 31

Khalid Jamlus didenda RM2,900 kes khalwat

[Copy link]
Post time 29-9-2007 01:04 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Bekas penyerang kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus, 30,mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan dua wanita di sebuahbilik hotel di ibu kota, pagi kelmarin.

Khalid yang dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah TinggiSyariah Putrajaya, Ibrahim Deris, pagi semalam didenda RM2,900. Diamembayar denda itu.

Bekas penyerang Perak itu yang memakai baju lengan panjangungu cair dan jeans biru kelihatan tunduk sepanjang perbicaraanberlangsung apabila Pegawai Pendakwaraya, Mohd Yusop Sulaiman,membacakan pertuduhan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 27 (A) Akta Kesalahan Jenayah Syariah(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, iaitu berkhalwat dan boleh didendatidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun ataukedua-duanya.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa JabatanAgama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu bilik bernombor 1814,Premier Negeri Sembilan Suite, Radius International Hotel, 51-A,Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada jam 9.25 pagi kelmarin hasilmaklumat orang ramai.

Pintu bilik itu dibuka seorang lelaki, Mohd Aidil Mohd Azhar,28, yang hanya berseluar panjang tanpa baju dan selepas diperiksa,pegawai penguat kuasa Jawi mendapati ada dua lagi lelaki dan dua wanitadi dalamnya.

Dua lelaki itu ialah Muhamad Khalid dan Zero Ridhuan Zainal Abidin, 28,manakala dua wanita berkenaan ialah Riza Royani Hussain, 31, dan RosZalina M Kaus, 31.

  Kedua-dua wanita yang berpakaian sendat itu duduk di atas katil manakala Khalid yang lengkap berpakaian pula sedang berdiri.

Mohd Aidil dan Zero Ridhuan turut didenda RM2,900 selepasmengaku salah terhadap pertuduhan sama. Riza Royani dan Ros Zalina yangjuga didakwa berkhalwat dijatuhi hukuman denda RM2,800 selepas mengakusalah.

bulan Ramadhan yg mulia ni pun nak buat perkara yg boleh menimbulkan prasangka buruk.......pukul 9.25 pagi pulak tu .......puasa ke tak tu......dalam bilik hotel pulak tu......pastu ada pulak perempuan yg berpakaian sendat pulak tu.......apalah agaknya yg diorang nak buat tu kalau tak kena cekup.......nasib baik kena cekup sebelum perkara yg  ke arah kemaksiatan berlaku......ish...ish...ish.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2007 01:13 PM | Show all posts
diorang dah bermalam kat situ agaknya. lepas balik terawih terus book hotel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 01:18 PM | Show all posts
entahlah....maybe boleh jadi.......tapi apsal lah ciput je denda yg diberi....... so aku tak heran kalau diorang buat lagi perkara nih.......

yg dua org perempuan tu pun dahlah Islam....malulah.....silalah bertaubat......kalau dah berpakaian sendat, dlm fikiran org ramai dah tentu akan terfikir yg korang berdua tu p*****r....... tak pasal2 org ramai akan bersangka buruk kat korang.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 01:21 PM | Show all posts
takkan la "kenduri beramai-ramai" kot dibulan puasa nih. tgk dari statement, khalid jamlus ni berpakaian lengkap. ni mungkin awek kekawan dia la nih, dtg bilik hotel nak lepak lam bilik aircond, aku kena berprasangka baik. nasib ko la khalid, dah ko jer yg terkenal di malaya ni dalam bilik tu, tu pasal nama ko naik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 02:15 PM | Show all posts
  jijiks
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 02:21 PM | Show all posts

Reply #4 capiloton's post

ntah2 masuk bilik jap nak ajak kawan dia tu gi somewhere... or nak tolong angkat barang pastu terborak2 jap. too bad la.. wrong place at wrong time.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2007 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by dragonaga at 29-9-2007 01:04 PM
Dua lelaki itu ialah Muhamad Khalid dan Zero Ridhuan Zainal Abidin, 28,manakala dua wanita berkenaan ialah Riza Royani Hussain, 31, dan RosZalina M Kaus, 31.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 06:48 PM | Show all posts

Reply #6 fairy_hobbit's post

haku pong raser mcm tu...
ntah2 ader yg nak kantoikan si khalid jamlus pemain pojaan pok jeng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 03:46 AM | Show all posts

Reply #8 epitome's post

Aku rasa kot.... dorang nak kantolkan khalid... tapi pegawai pencegah maksiat tu datang awal.... sbb tu ramai yg kantol..

[ Last edited by  aku76 at 30-9-2007 09:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 07:29 AM | Show all posts
pok jen....apa komen anda????? pemain pooojaan hati anda nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 10:51 AM | Show all posts
wat malu pak jamlus je ko nii...dlu kantoi disko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by aku76 at 30-9-2007 03:46 AM
Aku rasa kot.... dorang nak kantolkan khalid... tapi pegawai pencegah rasuah tu datang awal.... sbb tu ramai yg kantol..


pegawai pencegah rasuah ke pegawai pencegah maksiat????........
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 06:30 PM | Show all posts
mana pak jeng neh?? explain please..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 06:33 PM | Show all posts
mana pak jeng neh?? explain please..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 07:15 PM | Show all posts
dia berada di tempat kejadian ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 08:17 PM | Show all posts
  yg sudah tu sudah..beliau tetap pemain perak yg lejen setarap ngan azizol abu hannifah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


logic This user has been deleted
Post time 30-9-2007 11:50 PM | Show all posts
Mungkin semasa dlm bilik tu, diorang ni siap order room service

Bila waiter hantar makanan, diorang berlagak sombong

Tu yang waiter report kat Jawi

Banyak duit diorang tu ye...siap duduk kat suite....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 01:03 PM | Show all posts
patut malas ligan bola............ cehh lembut lutut...........

main mende lain terar la............
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 04:56 PM | Show all posts
aku memang dari dulu kureng dengan si Khalid Jamlus ni.. kes disko, kes takde disiplin dan kini kes khalwat. dulu kini dan selamanya ko memang hampess..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 06:39 PM | Show all posts
rupanya banyak jugak kepandaian khalid ni
bukan setakat di padang je

[ Last edited by  anakomar at 1-10-2007 06:41 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.529475 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list