View: 2098|Reply: 6
|
Maklumat pantas dalam kereta
[Copy link]
|
|
Maklumat pantas dalam kereta
MENONTON filem cakera video digital (DVD) dalam kenderaan sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Malaysia, tetapi bagaimana pula dengan melayari Internet menggunakan komputer dibina khusus untuk kegunaan dalam kereta?
Selain mengakses Internet melalui jalur lebar tanpa wayar di komputer atau telefon bimbit, pengguna mempunyai pilihan lain: unit pemprosesan komputer (CPU) dan skrin peka sentuh tujuh inci yang dipasang pada kenderaan masing-masing.
Jelas sekali, pengguna mempunyai banyak alternatif memandangkan kemudahan seperti ini pasti memudahkan akses pantas Internet.
Ia bukan sekadar hiburan semata-mata, malah boleh dimanfaatkan sebagai sumber maklumat terkini menambah ilmu di dada.
Jika dilihat dalam konteks semasa, komputer mudah alih berInternet dalam kenderaan membantu mengatasi jenayah kerana ia mampu menjadi alat komunikasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan, seterusnya mencegah berlakunya kejadian tidak diingini.
Contohnya, ketika kita bersiar-siar menaiki kenderaan dan mendapati sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, Internet pada kenderaan membantu apabila pemandu boleh menyemak rekod melalui nombor plat dalam laman web pihak berkuasa.
Seterusnya terpulang kepada pengguna untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut. Ini satu kelebihan komputer mudah alih yang sedia ada pada kenderaan dengan usahasama teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dibangunkan agensi kerajaan.
Mengambil contoh usaha dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membasmi jenayah di Malaysia, pelbagai cara dapat digunakan untuk memberi khidmat kepada masyarakat dengan satu daripadanya melalui Rakan Cop.
Rakan Cop menyalurkan maklumat melalui hotline, khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan multimedia (MMS) dan kiriman e-mel kepada laman web PDRM.
Dengan adanya akses untuk menghantar e-mel kepada PDRM, komputer mudah alih berInternet pasti sekurang-kurangnya mengelakkan kejadian jenayah.
Kastam Diraja Malaysia (KDRM) sendiri mempunyai perancangan melancarkan Sistem Maklumat Kenderaan Elektronik (EVIS) bulan depan dalam usahanya menangani masalah kesesakan di semua pintu masuk ke negara ini, selain mengatasi peningkatan kes kenderaan curi yang masuk dari negara jiran.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata sistem EVIS yang sedang diuji di semua pintu masuk di Brunei dan Thailand itu membolehkan pemilik kenderaan mendaftar kenderaan mereka menerusi Internet, sebelum masuk atau keluar dari negara ini.
揝istem ini bukan saja mempercepatkan kemasukan kenderaan ke negara ini, tetapi juga memastikan semua kenderaan yang masuk adalah sah, bukan kereta curi. Kastam yakin ia dapat membantu polis mengesan jika ada kenderaan curi masuk dari negara jiran, |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dalam keter nak surf sambil drive, aku recommend bookmark spital2 yang berdekatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 0001's post
betul,betul,betul |
|
|
|
|
|
|
|
kat mesia sistem ni dapat bertahan ke? kereta berjemur kat tengah matahari..silap2 cair komponen sistem ni |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]揓ika peminat kereta boleh membelanjakan RM20,000 semata-mata untuk mempertingkatkan sistem bunyi, apalah sangat RM6,000 lebih untuk memiliki sebuah set komputer yang bergaya dan canggih, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 trunks's post
I wonder kalau rm6000 nyer computer keter tu boleh run Photoshop? Atau Rainbow 6?
Seriously aku sangat tak percaya benda ni boleh idup... giler lah nak surf sambil bergerak merata... static net servis kat dalam rumah pun teruk and tak stable, jgn haraplah mobile servis ni akan setaraf - mungkin kuat2 pun mobile surfing at dialup speed and kat bandar2 besar jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 0001's post
Photoshop? cuba tengok ni
Originally posted by raiza at 27-9-2007 07:44 PM
Pentium Mobile 800Mhz (PM800) dengan Zero L2 cache, chipset Intel 852GM
GMCH dengan ICH4, DDR RAM 512MB yang boleh dipertingkatkan sehingga 1GB
serta cakera keras 40GB.
Photoshop CS2 tak guna RAM banyak kan?ini specs PC tu..aku agak
PS tak banyak sangat problem, tapi cuba ko baca quote di bawah..
untuk dipasang pada bahagian belakang tempat duduk kenderaan.
ahahahah..ko tak kan selesa nak buat kerja ko, tengok kat mana letaknya PC tu..
mesti pening babe..
Komputer ini dihidup dan dimatikan secara automatik apabila enjin dihidup atau dimatikan,
tanpa menjejaskan sistem atau perkakasannya.
Aha, guna kuasa engine kereta huh?so engine tak on, tak boleh buat apa |
|
|
|
|
|
|
| |
|