saya setuju dgn dilto.
Saya memang ade kedai dobi. Ade dua jenis dobi yang saya buat. 1.Dobi biasa dan 2. Dobi coin op.
Kalau Jen tengok kedai dobi Pressto (sila cek website). Pelaburan sampai 320K. Logik ke?. Walhal kalau duit banyak tu boleh bukak 6 kedai dobi ( kos 50k satu kedai). Kalau 320k berapa loan nak kena bayar pada bank?. Overhead kat francahisor lagi, francais fee, royalti. Berapa ribu pulak yang tinggal untuk rolling capital nanti.
Saya ada satu cerite. Satu hari saya jumpa seorang makcik kat dalam bank. Masa tu saya tunggu untuk bank in duit syiling kutipan dobi coin op. Mak cik tu tegur saya, mana dapat duit syiling banyak?. saya bagitau pasal bisnes yang saya buat dan cerite modal yang diperlukan.
Makcik tu terkejut sebab dia kat bank nak tanya pasal laon/pinjaman untuk join program francais 'coin op'. Kalau x silap saya dia dapat 2 washer dan 2 dryer. Lebih kurang 50k. Congak-congak bulan-bulan makcik tu dapat dalam lebih kurang 300.00 sahaja. Yang lain tolak servis fees, bayar sewa tapak, bayar bank etc.
Saya pernah teleefon sorang mamat yang iklankan dalam paper nak jual biz 'coin op' dalam metro dan star. dia x bagitau masalah sebenar, tapi investment yang di buat x berbaloi dan masalah lain dari francaisor. Cuba bayangkan kalau invest 50k, bulan -bulan dapat 300.00. banyak ke?
Walhal kos untuk beli mesin-mesin dan renovation hanya 25K. dan hasil terus dapat sendiri.
Kalau nak join jugak, beli aje kedai atau center yang dimiliki oleh francaisor tu sendiri. Dan buat audit berapa banyak diorang dapat sebulan melalui center tu. Mintak dokumen akuan untuk diperiksa. Kalau diorang telus boleh dapat.
Jen boleh tanya di kementerian diorang boleh tolong. Atau boleh tanya MFA dan attend seminar yang dianjurkan. Biar lambat sebab buat analisa daripada kena kaput. |