CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2080|Reply: 19

DUNIA INI SEMENTARA... sheikh!

[Copy link]
Post time 17-8-2007 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Tuan-tuan sekalian,

Sangat banyak kiasan, perumpamaan, atau ingatan tentang hakikat dunia, diantaranya: Dunia adalah jambatan keakhirat, kehidupan didunia adalah sementara, manusia umpama pengembara, manusia ibarat musafir, dunia medan ujian, dunia tempat beramal, dunia yang fana(binasa, sementara), dunia persinggahan sementara, mempersiapkan bekal menuju alam yang kekal, dan macam-macam lagi. Perkataan-perkataan ini membayangkan bahawa kehidupan manusia didunia ini sebenarnya adalah sangat-sangat sementara, meskipun begitu banyak tetapi berapa ramai manusia yang mahu benar-benar memikirkan secara sungguh-sungguh dan meresapi perkataan-perkataan itu kedalam hati, baiklah mari kita renungkan bersama, mudah-mudahan kita selalu dapat mengingat perkataan-parkatan diatas, sehingga menjadi buah mulut kita, dan mendatangkan pengaruh kuat dihati kita.

Suatu ketika dahulu, lebey kurang 200 tahun yang lampau, hidup satu raja dan rakyat jelata disebuah negara, ramainya berjuta-juta orang, ada yang kaya, ada yang miskin, ada lelaki dan perempuan, ada yang berpangkat, dihormati, dimuliakan, tak kurang juga jenis yang jika ada tak diperduli dan tiada tidak dicari, terdapat juga golongan perosak seperti perompak, penyamun,  pembunuh bersiri, lanun dan macam-macam. Tak kurang juga yang berpangkat besar, mahu dihormati dan disanjungi, berpakaian yang indah dan mahal, rumah besar tersergam, dengan kebun-kebun yang terbentang. Berlaku bermacam-macam situasi, dan keadaan seperti, perebutan kuasa, rampasan kuasa, penipuan, kemiskinan, kekayaan, kelapangan, kesempitan, dan dicelah-celah situasi ini, ada juga insan-insan yang asyik bercinta, berhibur, bersukan, gadis-gadis yang menjaga kulit pipi mereka supaya sentiasa halus dan gebu, dan macam-macam situasi.

Bagaimanapun, pada hari ini dimanakah mereka?, dimanakah mereka sekarang?, yang dulunya gagah, hebat, berkuasa, kayaraya, yang tampan, yang ayu dan pernah berjalan diatas muka bumi ini?, ........ya tepat sekali jawapan anda, anda memang bijak, mereka semua telah berada didalam kubur dengan tulang-tulang yang bertaburan, dan mulut mereka dipenuhi oleh tanah, dan mereka tidak dapat lagi untuk bergerak dan berusaha, tidak ada siapa yang kenal wajah mereka lagi, dan tidak ada siapa lagi yang sedih atas kematian mereka lagi...., inilah hakikat dunia...., memang dunia ini sementara dan penuh dengan keindahan yang melekakan.

Dicelah-celah situasi diketika itu, terdapat insan-insan yang tekun beribadah kepada Allah, yang taat, yang tidak lalai, yang membenci dunia dan cinta mati, yang selalu mengingati kematian, dan bersegera melakukan persiapan untuk menghadapi kematian, membuat amal dan bekal sebanyak-banyaknya. Yang berpesan-pesan dengan perkara yang benar kepada kawan-kawan mereka, tentang datangnya hari pembalasan, dan bersabar dan terus istiqomah dalam menjalankan tugas berpesan-pesan, Inilah insan yang beruntung dan bijaksana(bijakdisana).

Kesimpulan, kehidupan kita didunia hanyalah sementara, dan kehidupan kita ini yang usahakanlah iman dan amal, kerana apa yang kita bawa kealam akhirat hany adua perkara sahaja yaitu IMAN dan AMAL, hanya ini dua bentuk yang boleh dibawa dan dijadikan belakalan, yang lain semuanya menjadi umpama debu yang beterbangan dan lenyap dicelah kabus. Marilah kita mempersiapkan diri atas iman dan amal, untuk bekalan kealam yang kekal selama-lamanya.

Kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, kekal selama-lamanya, ...tidak akan habis..habis....infinity....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 09:51 AM | Show all posts
menginsafkan... mmg haikatnya dunia hanya sementara, bekalan utk menuju kepada kehidupan yang kekal hanya IMAN dan AMAL . dan semakin dunia semakin menua,semakin kuat pula cabaran kepada IMAN dan AMAL itu.. kadang2 sekarng kita ingat.. beberapa minit lagi kita lupa.. itulah hakikat akhir zaman. tapi janganlah kite jemu utk memohon ampun padaNYA.. ingtlah ALLAH MAha Penyayang dan Pengampun.. Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang beriman DI SANA kelak.. Waulahua'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 09:54 AM | Show all posts
Barang siapa yg berkata2 tatkala Khatib sedang berkhutbah,nescaya luputlah pahalanya.
Oleh itu diamlah dan dengarlah dgn taat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 09:55 AM | Show all posts
dlm al Quran selalu menyebut, kehidupan dunia hanya main senda gurau, sebentar sahaja seperti seketika di siang @petang hari,
bila kiamat akan dibangkitkan segala makhluk, masa itu dinampakkan segala amalan di dunia, harta@anak@pangkat x boleh ditukarganti, pahala@dosa adalh tanggungan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:05 AM | Show all posts
oleh itu gunakan masa sepenuhnya jgn tinggal solat n amalan lain, dalam tempoh 10 tahun selepas baligh adakah puasa, solat kita cukup?sibuk2 memang sibuk keja, tapi luangkan sedikit masa@tenaga@wang utk menagaji, sedekah,dll.bersediakah kita utk mati?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:25 AM | Show all posts
Manusia yg benar2 faham ttg MAKNA Dunia ini Sementara adalah manusia yg cintakan mati,
yg mencintai kematian lebih dari mencintai dunia....

Berbahagialah mereka yg cintakan mati,
kerana itulah ANUGERAH Allah SWT utk hambaNya yg Allah SWT rahmati dan berkati hidupnya...

Pada diri mereka, dijadikan DUNIA tempat ujian dan dugaan,
dijadikan dunia sebagai wadah utk mereka utk merintih dan berdoa,
dijadikan dunia hanya tempat melepaskan kelelahan,
dijadikan dunia dan kecintaannya, tidak ada erti dlm hidup mereka,

maka apakah lagi yg boleh mereka cintai,
selain dari mencintai kematian...

[ Last edited by  rainbows at 17-8-2007 10:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2007 11:47 AM | Show all posts
Mari kita renungkan sedikit lagi, kita tanya kepada diri kita, apakah yang kita buat tiap-tiap hari, adakah ia perbuatan yang boleh diconvert kepada amal yang akan kekal, atau perbuatan yang hanya mengandungi dosa atau tidak ada dosa atau pahala yakni sia-sia?, tanyakan kepada diri kita, menghitung amalan kita sebelum dihitung diakhirat adalah amalan yang sangat bijaksana. Sebagaimana seorang peniaga yang membuat bajet, target dan mengulangkaji perniagaannya setiap malam, bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda. Begitulah juga orang yang beriman kepada hari kiamat, setiap hari dia akan memikirkan peluang-peluang yang harus direbut agar dapat dijadikan bekalan di padang mahsyar nanti. Nabi saw menganjurkan kita bersedekah tak dapat banyak sedikit, walaupun sebelah buah tamar, inilah yang menunjukkan betapa pentingnya bekalan amal. Begitu juga pesanan beliau, jika hari kiamat sudah tiba walaupun jarak masa beberapa minit sahaja lagi akan berlaku kiamat, dan kita tahu kiamat akan datang sebentarlagi, sedangkan ditangan kita ada benih biji kurma, baginda suruh tanam. Begitu pentingnya amal, dalam keadaan kelam kabut seperti inipun baginda surah buat amal juga.

Penting sheikh, apabila kita mati kesempatan untuk beramal sudah tidak ada lagi, jika kita zikir pun dalam kubur, ia bukan satu amalan yang berpahala lagi, semuanya sudah tidak dikira. Nak menyesalpun didunia inilah kita menyesal, bila dalam kubur menyesal tak berguna, nak balik tak dapat, tidak apa yang boleh kita lakukan semasa itu, hanya amal didunia ini sahaja yang dikira dan boleh diharap untuk menyelamatkan kita dalam perjalanan yang sangat jauh, nak menangis didunia inilah shiekh.

Diakhirat nanti ada satu golongan yang menangis meraung-raung dalam ketakutan, sedang mereka diseret untuk dicampak kedalam api neraka, berkata malaikat yang melihat mereka, alangkah indahnya jika tangisan kamu ini didunia dahulu. Renungkanlah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 12:20 PM | Show all posts

Diakhirat nanti ada satu golongan yang menangis meraung-raung dalam ketakutan, sedang mereka diseret untuk dicampak kedalam api neraka, berkata malaikat yang melihat mereka, alangkah indahnya jika tangisan kamu ini didunia dahulu. Renungkanlah....


kerana mata yg menangis kerana menyesal atas dosa-dosanya ketika masih di dunia ini tidak akan di makan api neraka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 03:16 PM | Show all posts
insaf insaf insaf..... tp sering juga alpa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by braun at 17-8-2007 03:16 PM
insaf insaf insaf..... tp sering juga alpa...


Amat baik sekali keluhan ini, kerana keluhan ini adalah wakil kepada kebanyakan keluhan suara hati kita, baiklah sekarang mari kita cuba cari jalan penyelesaian kepada masalah ini, INGIN tapi LEMAH, MAU tapi MALAS, TAU tapi DILUPA-LUPAKAN, NAK tapi TUNGGULAH, NAK buat TAPI MALU dan macam-macam.

STEP 1. Pertama sekali kita perlu ada perancangan yang teliti, cari satu masa yang sesuai, kita duduk secara bersunyi diri untuk mengenangkan apa nasib kita dihari muka. Tak dapat tidak kita mesti buat, sebab ia sangat penting dan sebenarnya inilah perkara yang paling penting dalam hidup kita. Sebab diakhirat ada dua tempat sahaja, tak surga mesti neraka. Jadi kita bersunyi diri sebentar untuk membina keputusan dalam diri adalah satu perbuatan yang sangat terpuji dan menguntungkan. Tak perlu guna duitpun, daripada kita layan tv atau dengar lagu, luangkan masa sebentar untuk fikir nasib kita diakhirat, lagipun sampai bila kita nak layan dunia ini, kerja tak habis syiekh, kalau kita layan penat dibuatnya, begitu juga dengan hiburan, begitu juga dangan kelalaian, sampai bila sheikh...umur semakin meningkat, bilangan hari semakin kurang, countdown terus berjalan, tamatnya hari ini, berkurangnya umur kita sehari, semakin dekat dengan tarikh kematian, tetapi apa amal kita yang boleh dijadikan harapan sebagai bekal?, kita tanya diri kita betul-betul, dan kita jawab sendiri dengan ikhlas.

STEP 2. Kita perlu hidup dalam jamaah, atau kawan rapat yang selalu jenguk2 kita, dan suka bagi nasihat. Nasihat sangat penting shiekh, sebab nasihat untuk keselamatan kita sebenarnya. Bila kita berjamaah syaitan susah nak ngap kita, bila lalai ada org tegur tu yang mahal tu. Kita carilah kawan-kawan yang soleh dan bergaul dengan mereka, akhlak mereka akan mempengaruhi kita.

STEP 3. Cari satu amal yang baik yang boleh dijadikan satu amalan istiqomah sampai mati, contohnya baca quran 1 muka surat satu malam, senkurang2nya. Bila free baca banyak, bila sibuk tak dapat tidak satu muka surat mesti sebab ini amalan istiqomah. Amalan ini mempunyai pengaruh yang kuat, dan boleh merebak kepada melakukan lain-lain amal yg baik.

STEP 4. Selalulah cari cerita iktibar2 dari sejarah hidup org soleh, yang terbaik adalah kita ambil tahu sampai mahir sejarah dan perjuangan Rasulullah dan sahabat2nya. Dengan membaca sahaja boleh merubah hati kita kepada kebaikan.

STEP 5. Belajar benci nafsu dengan keinginannya yang jahat, benci dunia yang sia-sia, benci syaitan yang penuh tipudaya dan benci syahwat yang menyeleweng. Empat perkara ini kalau duduk dalam hati habis...buta hati jadinya.

STEP6. Kalau yang atas tu semua susah, apakata gi kedai batu nesan, tempah siap-siap BATU NESAN untuk diri kita. Letak batu nesantu dalam bilik tempat kita rehat...bila tengok batu nesan tu, ingat mati...insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 17-8-2007 04:50 PM

STEP6. Kalauyang atas tu semua susah, apakata gi kedai batu nesan, tempah siap-siapBATU NESAN untuk diri kita. Letak batu nesantu dalam bilik tempat kitarehat...bila tengok batu nesan tu, ingat mati...insyaallah...


Kot2 la ada orang yang lurus bendul nanti kata simpan batu nesan jadi bidaah....

Apapun perkara mengingati mati menginsafkan diri sendiri...

Adh-Dhuha
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.        

Al-A'laa
[14] Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).        
[16]
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;        
[17] Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.        
[18] Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -      
[19]
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

[ Last edited by  mnm77 at 17-8-2007 05:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 17-8-2007 05:36 PM


Kot2 la ada orang yang lurus bendul nanti kata simpan batu nesan jadi bidaah....

Apapun perkara mengingati mati menginsafkan diri sendiri...

Adh-Dhuha
[4] Dan sesungguhnya ke ...



batu nesan.....hermmm.......jk matiku tdk bernesan, asalkan dlm redha Allah SWT tdk mengapa ler....

seronok baca kisah para sahabat yg mencintai mati lebih dr mencintai kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 06:26 PM | Show all posts
shahih tuan..shahih shahih.. dunia ini mmg amat sementara...

akhirat jua kekal selamanyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 06:37 PM | Show all posts
tiada yg kekal di dunia fana ni.... akhirat jua yg kekal... mari la sama2 tambah saham akhirat kita
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 08:16 AM | Show all posts
Ada sebuah cerita pada zaman Rasulullah s.a.w,
Rasulullah sentiasa menceritakan akan perihal kebaikan dan kehebatan sahabat baginda yakni Sayidina Abu Bakar, sehingga menimbulkan kecemburuan di kalangan para sahabat-sahabat yang lain.
Sayidina Umar, dalam keadaan ingin mengetahui rahsia kehebatan Sayidina Abu Bakar, pergi berjumpa beliau pada suatu hari.
Sayidina Abu Bakar kemudian bertanya pada Sayidina Umar:

Di antara dunia dan akhirat, yang manakah yang engkau akan pilih?

Apabila ditanya soalan tersebut, Saiyidina Umar berdiam diri.

Kemudian Sayidina Abu Bakar menyambung lagi, bahawa beliau tidak memilih pun antara dua itu, kerana baginya beliau hanya hendakkan Allah atas segala-galanya, bukan hendakkan syurga.


Maaf, cerita ini tidak begitu detail kerana hanya di tulis berdasarkan ingatan sahaja.
Namun begitu, boleh kita simpulkan berdasarkan cerita ini akan kehebatan iman Sayidina Abu Bakar dan cintanya kepada Cinta yang Agung, iaitu Allah s.w.t, sehinggakan tidak memikirkan dunia dan akhirat yang dijanjikan kepadanya.
Oleh itu apa salahnya kita menjadikan cerita ini suatu iktibar.. bahawa lebih baik menjadikan Tuhan sebagai destinasi hidup dan mati kita lebih daripada akhirat..
Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 04:14 PM | Show all posts
Orang2 yang mencintai dunia, tidak akan nampak akhirat yang kekal..
Pada hal dunia itu hanya wujud di dalam hatinya, kerana dunia sebenarnya TIADA diluar sana.. Bila dia keluarkan dunia dari hatinya, baru dia nampak akhirat yang wujudnya bukan saja dari dalam hati, malahan diluar sana..


Iss.. Falsafah ke ni? Ada ke yang faham?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 19-8-2007 04:14 PM
Orang2 yang mencintai dunia, tidak akan nampak akhirat yang kekal..
Pada hal dunia itu hanya wujud di dalam hatinya, kerana dunia sebenarnya TIADA diluar sana.. Bila dia keluarkan dunia dari hat ...


aku rasa aku fhm....memg DUNIA itu tdk ada pd hakikatnya....DUNIA itu ada dlm HATI yg buta....
jika hati celik, dia takkan nampak DUNIA, dia akan nampak AKHIRAT sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 20-8-2007 12:17 AM


aku rasa aku fhm....memg DUNIA itu tdk ada pd hakikatnya....DUNIA itu ada dlm HATI yg buta....
jika hati celik, dia takkan nampak DUNIA, dia akan nampak AKHIRAT sahaja...


betul....

sebenarnya kata2 ni sgt2lah benarnya....

sepatutnya semua org kena pikir  camni dengan jelas....

bukan untuk org lain tapi untuk diri sendiri juga....

semoga semua org dapat memiliki hati yg celik macamnie...

InsyaAllah...,.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 01:19 AM | Show all posts

Alhamdulillah.........

terima kasih untuk semua post....

kerana mengingatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 07:43 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana saling mengingatkan sesama kita .... hidup di dunia hanya semntara, di akhirat jua kekal abadi.

Wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.087391 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list