Tumpang lalu Tuan Moderator
Hanya untuk berkongsi pendapat dan fikiran untuk sama-sama membantu menangani masalah Tahap keselamatan penggunaan jalanraya dan kesan jenayah yang semakin serius sejak mutakhir ini. Baru ini negara dikejutkan dengan kemalangan bas Ekspress yang telah membunuh seramai 20 orang sekali gus, tragedi ini amat sungguh menyayat hati kita semua, dari kesilapan seorang pemandu kenderaan awam yang telah di pastikan mempunyai rekod yang amat buruk, tetapi masih dibenarkan untuk memandu dan membawa penumpang di atas jalanraya. Menurut Berita Utama TV3 kelmarin mengenai komen Ketua Polis Negara, siasatan akan dibuat terhadap Jabatan Polis Trafik, kenapa orang sebegini masih dibenarkan memandu, dan beliau menyarankan supaya sistem point atau demerit dilaksanakan semula. Memang tidak disalahkan pada Takdir, sedangkan perkara ini kita boleh elakkan dari peringkat awal lagi, tetapi yang menjadi persoalan di sini ialah: 1. Tahap penguatkuasaan Pihak berwajib untuk terus melakukan waran tangkap setelah dipastikan pemandu itu telah mempunyai hingga 2 waran tangkap dikeluarkan. Mengapakah ini tidak dilaksanakan? Berdasarkan pengalaman belajar di Eropah ia tidak berlaku sedemikian rupa, yang mana apabila perintah mahkamah dikeluarkan ia amat cepat dilaksanakan. Apakah pihak keselamatan kekurangan aggota untuk melaksanakan penangkapan?. 2. Apakah sistem point yang pada dahulunya diperkenalkan dan dibincangkan di peringkat kabinet, tetapi tidak dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak berwajib, hanya hangat tahi ayam sahaja, bila kisah kemalangan ngeri berulang baru ia diperkatakan semula. 3. Mutakhir ini kesan jenayah yang melibatkan PATI amat membimbangkan ini banyak dilaporkan oleh pihak Ketua balai Polis di seluruh negara, tetapi apakah tindakan pihak berwajib menangani masalah ini?. Tidak perlu kita mempunyai senjata dan perlatan perang yang amat canggih sekalipun, tetapi negara kita amat mudah dibolosi yang memudahkan disabotaj oleh PATI jika berlaku konfrontasi dengan negara mereka. Perkara ini terlalu amat membimbangkan, dengan kemasukan PATI yang tidak terkawal. Apakah Pasukan Keselamatan kita tidak melihat ini suatu ancaman yang begitu serius?, sehinggakan rakyat tempatan sendiri mengeluh resah dan tidak merasa selamat hidup di negara sendiri? Sekian. |